ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 31 December 2013

Kenang KEMBALI..Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim

Monday, May 24, 2010



Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pada

sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anda mungkin juga meminati:

Zaid fail petisyen Hulu Selangor dan saman Utusan Meloya

Zaid Ibrahim calon PKR Hulu Selangor


BN gerun dengan Zaid


Hulu Selangor - Zaid terus difitnah


Zaid vs Kamalanathan (BN)

Monday, 30 December 2013

Singa Ekonomi Islam LAWAN anak ROSMAH.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim : Singa Ekonomi Islam. 

1.Tidak ramai kenal Tan Sri, beliau merupakan antara ikon korporat bumiputera terkemuka. Dengan kepimpinan beliau, syarikat JohorCorporation (JCorp) membesar daripada sebuah syarikat peladangan kecil hingga sekarang sebuah konglomerate dengan nilai pasaran RM18 billion dalam industri ladang kelapa sawit (Kulim), kesihatan (KPJ) , makanan (QSR) dan banyak subsidiari lain. 

2.Sejarah Jcorp ialah apabila kerajaan negeri Johor ketika Menteri Besar Othman bin Mohd Saat ingin membangunkan negerinya, lalu menubuhkan Johor State Economic Development Corporation (JSEDC) pada tahun 1968.Selain pembangunan, JSEDC juga ingin memberi peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada golongan bumiputera yang dahulu ramai berpendapatan rendah.Perniagaan pertama adalah membeli ladang getah dan kelapa sawit dengan pinjaman RM10 juta. 

3.Tan Sri dilantik sebagai CEO Jcorp pada tahun 1982, perolehan syarikat itu cuma RM152 juta, tetapi apabila beliau bersara pada tahun 2010, syarikat kongolemerate itu memperoleh RM8 billion dengan mencipta pekerjaan kepada 65 000 orang di 11 negara. Satu kejayaan yang besar dalam 28 tahun sebagai pengurus. 

4.Syarikat Kulim adalah syarikat kelapa sawit ke-12 terbesar di dunia mengikut nilai pasaran pada 2009, syarikat KPJ adalah syarikat kesihatan swasta terbesar di Malaysia, manakala syarikat QSR mengendali operasi restoren terkemuka dunia seperti Pizza Hut dan KFC. Ini semua kejayaan beliau dalam masa 28 tahun sebagai CEO JCorp. 

5.Selain itu, Tan Sri juga semasa CEO JCorp melaksanakan program intrapreneur, dimana syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh syarikat JCorp untuk berkembang maju. Jauh daripada syarikat swasta lain yang ingin mengaut keuntungan dengan memusnahkan semua pesaing. 

6.Antara minat saya kepada beliau adalah bukan sahaja kejayaannya dalam bidang korporat, malah beliau tetap pegang teguh kepada perjuangan ekonomi Islam. Walaupun syarikat swasta biasanya utamakan keuntungan semata-mata, tetapi Tan Sri juga utamakan kebajikan rakyat melalui wakaf korporat. Satu konsep dimana syarikat mewakafkan harta dimana hasilnya akan diberi kepada kerja-kerja kebajikan. Contohnya syarikat Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) bernilai RM501juta berniaga dan peratus keuntungan akan pergi kepada kebajikan ( 5% Majlis Agama Islam Johor, 25% program fisabilillah, dan 70% dilaburkan semula). 

7.Malangnya, tidak banyak syarikat besar milik Islam ingin mewakafkan harta mereka kepada kebajikan, majoriti syarikat yang membuat wakaf ini milik JCorp.Mungkin ada syarikat lain tetapi tidak banyak atau mereka membuat secara senyap. 

8.Apabila seorang hartawan bersara, biasanya dia akan meluangkan masa berehat, tetapi Tan Sri sekarang memimpin Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan niat untuk membangunkan ekonomi Islam sambil membuat kerja-kerja kebajikan. Secara jelas Tan Sri ingin teruskan perjuangan membangunkan ekonomi Islam tanpa mengira umur. 

9.Secara kesimpulan, Tan Sri merupakan contoh kepada anak muda di negara ini, etika kerja yang cekap dan amanah telah membangunkan sebuah syarikat dimana sebelum ini masyarakat bumiputera dilabel sebagai tidak mahir berniaga. Bukan sahaja utamakan keuntungan, kebajikan rakyat juga diberi tumpuan oleh Tan Sri ketika beliau berada di puncak kepimpinan dan juga apabila beliau sekarang bersara. Perjuangan perlu diteruskan oleh anak muda negara untuk memajukan perniagaan dan jangan lupa untuk memberi sumbangan waqaf dengan apa yang mampu demi kesejahteraan rakyat. -AR-

SPRM tidak boleh siasat anak Rosmah beli kondominium RM110 juta? ha ha ha ha...


SHAH ALAM 30 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat pembelian kondominium mewah bernilai RM100 juta oleh anak tiri Perdana Menteri kerana tidak mempunyai undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan.

Memetik laporan Harakah Daily, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka mencadangkan supaya peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

“Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.

Riza adalah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi perkahwinan terdahulu.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London dan beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti serta hartanah.

Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street”.

Seorang kolumnis hiburan menulis berkenaan pembelian kondominum mewah itu, pada Disember 2012 tetapi hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya dan mempersoalk pembelian itu.

Kondominium terbabit dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, selain mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik daripada beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel, pada 19 November lalu.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali daripada Timur Tengah dan Asia serta hanya akan membiayai filem itu sahaja.

Penghasilan Wolf of Wall Street dilaporkan membabitkan US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Selangorkini

Sunday, 29 December 2013

Kutub menyongsang pada 2015?

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2013



Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
< 1 / 1 >

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

ARTIKEL BERKAITAN

Friday, 27 December 2013

AHLI KOPERAT..KEMBALIKAN 3 DARJAH KEBESARAN NEGERI JOHOR







Bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor, semalam.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya.

"Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.

Dipertrunkan semula artikel berkenaan demi kebenaran, keadilan dan pencerahan.

KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. 

Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. 

Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.

Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.

rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai, 
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.

you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,

a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.

hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,

anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.

their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,

sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.

PERKASAm...jemaah MAMAK PADUKANG




Aku sudah lama tidak komen perkembangan politik tanah air. Tetapi bila ada kawan hantar gambar KuLi resmi perhimpunan UMNO perkasa, aku mula google gambar KuLi dan Ibrahim Ali.


Sepertimana dijangka, kesimpulan dari gambar-gambar yang dipapar oleh image google, perkasa Ibrahim Ali itu kini sudah dipenuhi dengan muka-muka mamak.

Heh heh heh.... Setiausaha Agung Perkasa itu rupanya Syed...tetapi syed dan maidin tak ada beza. 

Ekuiti 30% bumiputra yang diperjuang perkasa itu sebenarnya idaman geng-geng ini. 

Periksa lah sendiri bahawa majoriti merekalah yang mencadang projek dan mendapat peluang perniagaan melalui kepentingan kerajaan.

Dua-dua jenis spesis manusia yang menumpang dan berdagang hidup di negara orang. Sama-sama tak ada budaya dan tanah air sendiri. 

Hidup ambil peluang atas sentimental melayu terhadap UMNO. Dua jenis spesis manusia ini hidup untuk wang, kuasa dan pangkat semata-mata.

Melayu sebenarnya baik terhadap bangsa lain dalam Negara Malaysia. Tetapi dua jenis ini menggunakan sentimen melayu melalui UMNO untuk membenci komuniti bukan Melayu. 

Dasar hidup pariah dan kasta jika dibiar, Malaysia akan jadi India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka...

Kenapa negara etnik India tidak moden dan kaya sepertimana China kini, sedangkan mereka mempunyai populasi penduduk yang hampir sama?. 

Kenapa penjajah gagal menjadikan etnik China sebagai hambanya hingga ke hari ini?...sedangkan etnik India masih terus diguna-guna oleh penjajah?

Supaya lebih jelas kepada mata semua orang, saya sertakan fakta.

1). Ketua Setiausaha Negara - YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa

2). Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan - YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah.

3). Board of Director Petronas - YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

4). Board Committees Petronas - YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Cuba Tuan-tuan google nama-nama di atas dalam internet. Kumpulan ini berebut-rebut untuk memegang jawatan besar dalam kerajaan dan syarikat kerajaan khasnya yang melibatkan kewangan.

Ditambah lagi Patail yang menipu serta ada yang bergelar Shah letak gelaran Doktor pada nama mereka. Semuanya kerana pangkat, harta untuk menaikan taraf kasta.

Inilah hasil yang Mahathir tinggal kepada melayu UMNO untuk generasi akan datang.

Monday, 23 December 2013

Parti POLITIK bengong..lebih BIJAK dari PROFESOR???

Sekolah sekolah kena juga...ikut aktiviti UTAMA...sektor ekonomi...di sekeliling sekolah tersebut...kalau dekat sawah padi / kelapa SAWIT...ada sekolah atau kolej dan Universiti...yang berkaitan PADI / kelapa SAWIT...

Begitulah jugak..kalau dekat kawasan industri kereta...perikanan..dusun buah-buahan...kalau dekat bandar...sekolah SUKAN..sekolah KEBUDAYAAN...macam JEPUN dok buat...

Ini tidak..asyik nak PROJEKkan sekolah...agar KRONI dapat ..kantin..bekal KOMPUTER yang dah nak dibuang ke TONG SAMPAH..juta juta RM..

Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusat



The Malaysian Insider – 37 minutes ago


Laporan Bank Dunia dedah prestasi pelajar Malaysia merosot akibat sistem berpusa …

Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat dalam mengawal pengambilan dan rancangan perbelanjaan menyumbang kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka, kata laporan Bank Dunia hari ini.

The Wall Street Journal melaporkan Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan, pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks sementara maklumat umum prestasi sesebuah sekolah sukar untuk diakses.

"Sekitar 65% daripada pengambilan guru dilakukan oleh kerajaan dan bukannya sekolah itu sendiri, berbanding dengan hanya 5% di Korea Selatan, di mana sekolah-sekolah awam mempunyai lebih autonomi," kata laman berita tersebut yang memetik laporan Bank Dunia.

Pengarah Bank Dunia Asia Tenggara, Ulrich Zachau, berkata ibu bapa sukar untuk memberi maklum balas kepada pengurusan sekolah dan dengan mengambil kira faktor tersebut, sekolah menjadi kurang bertanggungjawab.

Kedudukan terbaru Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) sangat buruk, berada pada kedudukan 52 daripada keseluruhan 65 negara yang dikaji selidik.

Pelajar yang berusia 15 tahun diuji dalam matematik, sains dan membaca.

Berada di kedudukan tiga belakang, Malaysia jauh ketinggalan dengan kedudukan Singapura yang berada di tangga ke-2 malah negara berpendapatan rendah, Vietnam berada di tangga ke-17 lebih baik daripada Malaysia.

Laporan Bank Dunia juga menyatakan walaupun terdapat bilangan guru yang mencukupi di Malaysia, ibu bapa berpendapat kualiti pengajaran adalah suatu yang perlu dibahas.

Ibu bapa mendakwa guru tidak komited dalam tugas mereka, memetik contoh guru yang lebih asyik dengan telefon bimbit mereka daripada mengajar pelajar semasa waktu kelas.

Bagaimanapun, guru pula mempertahankan diri mereka dengan berkata, ia adalah tidak adil melabelkan guru sebagai tidak komited.

"Guru mengamalkan kaedah berbeza dalam mengajar pelajar," kata Adele Phang, seorang guru yang dipetik berkata dalam laporan The Wall Street Journal.

Ibu bapa juga bimbang terhadap dasar kerajaan yang berpatah balik antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran matematik dan sains.

"Kerajaan sering beralih dalam dasar pendidikan, seperti beralih kepada Bahasa Malaysia daripada Bahasa Inggeris, ia hanya menambah kekeliruan dalam sistem yang sudah kelam-kabut," kata laporan tersebut yang memetik Sarah-Jane Thomas, ibu tunggal di Ipoh.

Dalam usaha untuk memperbaiki sistem pendidikan, kementerian memperuntukkan sejumlah besar wang dalam Pelan Induk Pendidikan Negara dan mensasarkan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di Malaysia.

Rangka pelan tindakan tersebut bertujuan mengalihkan pandangan agar rakyat Malaysia mula melihat pendidikan sebagai kerjaya profesional serta memberikan lebih autonomi kepada pejabat pendidikan negeri dan daerah. Ia juga berharap untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam sistem pendidikan.

Kementerian pendidikan juga memperuntukkan RM54.6 bilion dalam Bajet 2014, peruntukan paling tinggi dalam mana-mana bidang.

Memetik "keperluan segera untuk mengubah sistem pendidikan Malaysia", laporan Bank Dunia berkata, pendidikan di dalam negara gagal menjalani pembaharuan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan untuk melahirkan kumpulan berkemahiran profesional.

"Saya berpendapat dalam mana-mana negara, agenda pemulihan kualiti pendidikan adalah rancangan jangka masa panjang, ia tidak boleh berlaku sekelip mata," kata Zachau.

Tetapi, Malaysia juga menghadapi isu banyak tenaga kerja di dalam negara yang berhijrah untuk bekerja di luar, dan agensi pengambilan pekerja Kelly Services melaporkan hampir 20% tenaga kerja berpendidikan tinggi meninggalkan negara untuk bekerja di negara yang mempunyai kedudukan ekonomi lebih kukuh.

Ia menyebabkan Malaysia kurang berdaya saing dengan dengan negara jiran Singapura, yang merupakan sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai banyak profesional. - 24 Disember, 2013.

MELAYU CELAKA...kudakan ANAK YATIM???


Kepala hotak Soz Cyili on Monday, December 23, 2013


Menangis bhai. Aku bukan nya ahti tisu. Tapi aku menangis baca artikel neh. Rasa marah, sakit ahti, geram semua ada. Aku pernah gak tinggal kat rumah anak yatim masa kecil2 dulu. Dalam setahun setengah kot. Almaklumla dari keluarga susah kan. So aku terasa la juga sikap yang ditunjukkan oleh orang2 kaya dalam cerita kat bawah.

FYI, anak yatim ke anak yang ada family sempurna ke, anak orang kaya ke, anak orang miskin ke anak apa2 sekalipun, kami berhak dilayan seperti seorang manusia dan tak patut dipandang rendah atas perbezaan status dan darjat.

Harap maklum. 

Baca la..

KISAH BENAR – HAKIKAT MENGHERDIK ANAK YATIM.

Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan.

Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami. Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Dato’ Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau terasa nak datang, beliau akan datang sahaja. Di situ saja kami sudah terpaksa mengurut dada bersabar dan bersangka baik, beliau mungkin ada banyak urusan. 

Maka, kami kompromi untuk menyesuaikan diri kami mengikut masa Dato’ ini. Jika diikutkan, kami tidak harap pun untuk terlibat dalam majlis yang bakal dianjurkan tetapi kami melihat sebagai satu jemputan yang mana mereka berkehendakkan anak-anak kami untuk memeriahkan majlis malah menyanyikan 2 buah lagu dalam koir. 

Pertemuan pertama ditangguh banyak kali, begitu juga pertemuan lain yang diaturkan juga ditangguh dan dan dibatalkan tanpa notis atau dengan notis minit akhir sedangkan anak-anak kami telah buat persiapan sepanjang hari untuk kononnya menunjukkan progress latihan lagu-lagu yang diminta untuk dinyanyikan. Lebih dari 4 kali berjanji semuanya tidak ditepati. Nak kata ON pun tidak, nak kata CANCEL juga tak pasti. Beberapa kali anak-anak menunggu sepanjang hari sampai ke lewat malam kerana Si Dato’ janji nak datang tengahari. Hancur semua program kem cuti sekolah gara-gara acara ini.

Dalam kesabaran anak-anak diuji begitu sekali, Dato’ yang memetik nama Tuanku Sultanah Haminah membawa titah meminta anak-anak memainkan lagu “Minta Sedeqah” yang bertajuk “Tolong Kami” dendangan asal Allayarham Tan Sri P. Ramlee. 

Anak-anak kami sudah kami didik untuk tidak meminta-minta. Furqan mereka mengatakan, adakah wajar kami nyanyikan lagu ini? Namun kami pujuk mereka mengatakan lagu ini kita nyanyikan UNTUK PIHAK YAYASAN yang mahu mengutip derma, bukan kita. Di dalam benak kami, masih kami berbaik sangka sedang pada ketika ini kami sudah lihat seperti ada yang tidak kena. Bukanlah kami ini sombong kerana tidak meminta derma. Tetapi kami lebih suka berbuat sebaiknya, dan jika ada yang simpati dan suka, mereka boleh memberi dengan ikhlas atas dasar kasih suci kerana Allah, bukan kerana kami meminta-minta.

Begitulah seterusnya, pelbagai janji kunjungan untuk pemeriksaan latihan, latihan bersama combo DBKL, pertemuan bersama composer, mesyuarat protocol, nak bawa anak ke Istana dan entah apa-apa, kesemuanya dibatalkan tanpa notis. Kehadiran terakhir Dato’ ini beberapa hari sebelum majlis membawa titah lagi, iaitu minta anak berlatih lagu Yayasan terkini oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang bernada tinggi kerana beliau tidak dapat hadir. Hancur suara anak-anak sampai ada yang sakit tonsil, ada yang demam termasuk vokalis utama.

Kem Cuti Sekolah yang menjadi rutin tahunan kami kepada anak-anak kami tergendala sepanjang 3 minggu untuk latihan koir dan MENUNGGU janji yang tidak ditepati oleh munafik ini. 

PADA PETANG SEBELUM MAJLIS

Program rehearsal protokol adat istiadat dan latihan bersama okestra DBKL yang dijanjikan jam 10 pagi ditunda jam 1 ptg. Itupun tertangguh lagi. Lagu “Ampuni kami” yang awalnya diminta Tuanku telah dibatalkan. Lagu itu mungkin terlalu Islamik, mencacatkan majlis kerana mereka belum bersedia untuk beristighfar lagi agaknya. Lagu “Tema Yayasan” bernada tinggi yang telah membuatkan anak-anak demam dan pecah suara turut dibatalkan. 

Yang diminta ialah lagu “Minta sedekah”. Itu pun di’trimmed’ menjadi 3++ minit dengan versi mereka, bukan versi yang kami latih anak-anak. Segalanya harus dirombak semula dalam masa beberapa jam itu juga. Janji untuk latihan secara live bersama Okestra juga mendukacitakan. Kami diberi rakaman minus-one yang entah apa-apa. Mereka sibuk melatih Jamal Abdillah, Jaclin Victor dan seorang penyanyi India. 

Anak-anak kena jadi pak pacak berdiri memerhati penyanyi Diva berlatih. Hampir jam 7, mereka kata masa dah tak ada. Anak-anak tak perlu berlatih dengan Okestra. Kami kata apa sudah jadi? Lagu diubah senikata, nada dan kunci. Semua 3 lagu yang dilatih dibatalkan semuanya. Akhirnya dapatlah berlatih HANYA 1 KALI bersama okestra. Nak minta tambah mikrofon pun mereka tak beri.

Si Dato’ menjanjikan 3-4 buah bilik yang akan menjadi tempat berehat dan persiapan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum persembahan. Makan pagi dan tengahari tak perlu risau katanya kerana ia juga telah disediakan. Dato’ juga dengan yakin menjanjikan meja anak yatim di barisan depan, sebaris meja utama Tuanku Sultan. Anak-anak ini akan diraikan sebagai VVIP dalam majlis itu. Nama majlis itu sendiri adalah untuk meraikan anak-anak yatim kononnya. 

Berubah dari janji awal jam 10 am, kami dipanggil jam 12 tengahari untuk mengadakan rehearsal penuh bersama combo DBKL dan mesyuarat protokol pada jam 1 petang. Kami diingatkan untuk tidak lewat agar tidak menjadi masalah kepada Pegawai Protokol Istana sedangkan beberapa kali pegawai protokol dan combo DBKL janji untuk hadir ke RPWP terus senyap begitu saja..!

Sebelum jam 12 tengahari, kami sudah berada di sana. Pada ketika ini, kami terbiar terkontang kanting sendirian apabila Dato’ yang menjadi individu pengatur kami di sana gagal dihubungi. Telefon tidak berangkat, mesej tidak berjawab. Keadaan berterusan sehingga beliau sendiri muncul pada sekitar jam 4 petang. Waktu itu anak-anak sudah kelaparan dan bergelimpangan atas lantai tepi tandas. Anak-anak diberikan satu rakaman dan memaksa mereka ikut rentak baru yang diringkaskan itu, nada dan senikata semua kena ubah semula.

Kami yang hadir awal akhirnya tiada taklimat protokol dan juga tiada rehearsal selain penyelarasan mikrofon sahaja. Dengan Dato’ masih terus gagal dihubungi, 36 orang rombongan yang DIJEMPUT SEBAGAI VVIP ini menjadi gelandangan di tepi tandas lobi bawah berhadapan dengan ballroom yang mewah. Anak-anak sudah mengeluh lapar dan makanan di hotel kesemuanya terlampau mahal untuk kami beli. Bilik yang dijanjikan juga tiada, menyebabkan anak lelaki dan perempuan terpaksa menjadi gelandangan di atas karpet hotel sementara menunggu jam 6 petang untuk waktu rehearsal yang BARU. 

Pada mulanya, di luar ballroom itu ada juga beberapa set sofa untuk kami 35 orang menunggu dengan perut yang kelaparan, tetapi sehingga jam 2.30 petang, pihak hotel telah mengalihkan kesemua sofa yang tinggal untuk di bawa ke tempat lain. Barangkali itu cara mereka mengusir kita dari bersidaian di lobi itu dan mencemar pandangan ‘orang-orang tertentu’. Tambahan pula lobi itu menjadi persiapan satu parti sosial remaja yang macam “sial” lucahnya. Anak-anak geleng kepala, bagaimana majlis Ketua Agama Negara dibuat di tempat dan masa yang sama dengan majlis maksiat yang bertelanjangan dan mabuk-mabuk semuanya?

Kami tiada pilihan selain menunggu dengan bersila di atas lantai. Lebih memalukan, di antara 36 orang ini ialah Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin, Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri yang dahulu adalah usahawan yang berjaya. Sekadar Shangri-La bukanlah sebuah hotel yang asing pada beliau. Beliau sendiri memfakirkan kesemua kekayaan dan segala harta yang ada pada beliau termasuk diri beliau sendiri untuk pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin DISOKONG oleh 19 lagi “co-founder” yang lainnya.

Dr. Masjuki masih tenang sambil berbaring di lantai dek kerana kepenatan dalam mempersiapkan anak-anak selama tempoh 3 minggu. Salah seorang dari co-founder mencadangkan kepada beliau untuk balik dan tidak beserta dalam program makan malam yayasan itu. Dr. Masjuki menjawab, ikutkan hati begitulah juga. Tetapi kerana hormat akan Tuanku Sultanah dan prinsip mendaulatkan Sistem Beraja, beliau telan sahaja layanan buruk yang sedang berlaku ketika itu. 

Seolah-olah kehadiran kami di sana tidak wujud dan tiada siapa yang kisah sekumpulan 36 orang dari Rumah Pengasih Warga Prihatin ini menjadi gelandangan di situ. Tiada yang prihatin untuk tanya sudah makan ataupun belum. Perut anak-anak sudah berkeroncong. Pengiring dewasa menahan lapar, sedikit bekalan roti dan susu diberi pada anak-anak untuk alas perut. Setelah pasti tiada lunch dari Dato’ penganjur yang tidak nampak muka dari pagi, kami terpaksa menghantar wakil untuk mencari makanan luar. Jam 4 petang, wakil kami pun berjalan lebih 2km untuk mencari makanan yang wajar untuk mengalas perut anak-anak. 

Dalam menunggu makanan dibeli, Dato’ dari Yayasan itu tiba-tiba muncul. Tidak ada bahasa lagi kerana kehadiran beliau terus meluru kepada anak-anak untuk dipalu memalu kompang, bukan nak tanya dah makan ke belum? Dah dapat bilik ke belum?. Beliau hanya memeriksa apa yang beliau rasa perlu untuk persembahan malam itu. Tidak pula beliau menemui, jauh sekali meminta maaf terus kepada Dr. Masjuki, seorang OKU yang jelas dilihat terbaring keletihan di lantai penjuru dinding itu. 

Jam 5 petang kami diberikan 2 bilik kecil. Sebaik saja kami anak beranak mula makan makanan yang dibeli setelah berjalan merata bandar itu, 5.30 petang baru kami dijemput ‘makan tengahari’. Rehearsal pula akan bermula jam 6 petang. Itu bermakna, tiada rehat langsung. Kami ambil keputusan hanya anak-anak nisak dan ibu-ibu saja turun makan, yang lain cukup alas perut makanan yang telah dibeli.

Jelaslah satu pembuktian dari sangkaan kami bahawa insan ini hanya memikirkan tentang ‘perutnya’ sahaja tanpa mengira akan kebajikan dan perasaan orang lain. Minta maaf diberikan lebih kurang sahaja. Mungkin malu YANG AMAT BESAR lalu mereka berdua tidak berani berhadapan dengan co-founder, sampai kami pulang. 

KONFLIK REHEARSAL

Sebelum makan malam, sesi rehearsal bersama combo DBKL hampir dibatalkan kerana kesuntukan masa. Mereka dahulukan latihan seorang anak India, Jamal dan Jaclin Victor sampai lancar. Dengan tegas kami katakan kami dipanggil untuk rehersal dan tidak diberi peluang langsung. Kami akan tinggalkan majlis kerana tidak mahu mengorbankan maruah anak-anak kami untuk membuat persembahan tanpa latihan. Akhirnya anak-anak diberi peluang untuk mencuba. 

Alhamdulillah latihan agak lancar biarpun Cuma sekali. Padahal anak-anak ramai yang DEMAM dan KEPENATAN, terutama sekali anak perempuan kami yang tidak boleh selamba-selamba baring di atas karpet dan secara tak langsung membenarkan orang yang lalu lalang memerhatikan tubuh mereka yang sedang tidur itu. Mereka sudah diajar tentang aurat itu bukan sekadar BALUT tetapi menutupi dan juga postur yang nampak dan menggamit aura. 

Apapun, prinsip kami adalah untuk melakukan apa sahaja dengan bersungguh sungguh. Memang kami didik anak anak kami untuk mendaulatkan Raja. Atas alasan itu juga kami teruskan persembahan dengan bersungguh sungguh walaupun tidak dilayan seperti yang dijanjikan sejak menjejak kaki di hotel pagi itu. Jika ini jemputan komersial biasa, pasti kami sudah tinggalkan sahaja majlis itu.

MALAM MAJLIS

Kami jenuh menenangkan anak-anak kami yang terkurung awal dalam dewan, asyik bertanya kenapa maghrib itu tidak solat berjemaah macam biasa? Mereka juga pelik kerana dikatakan VVIP majlis, tapi diletakkan di tepi dinding HUJUNG dewan. Ada 5 meja untuk anak-anak yatim termasuk dari 2 sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur berada dalam barisan “VVIP” kami di sebelah dapur. Hiasan bunga di atas meja juga tidak sama. Menu makanan yang sepatutnya menu masakan Cina pada malam itu tetapi yang sampai ke meja anak-anak “VVIP” majlis hanyalah “makanan gorengan mudah” dan tidak ditambah apabila habis. 

Mujur kami didik anak kami untuk tidak gelojoh dalam menjamah. Seorang sudah terbiasa ambil satu dan tidak lebih. Tetapi kami sempat jeling meja anak-anak tahfiz dan yatim yang lain di sebelah kami yang licin tak berbaki. Ada anak tahfiz yang baru 9 tahun umurnya mengatakan masih lapar. Sebak kami mendengarnya kerana mereka juga senasib dengan kami dan kami juga rasa ia tidak mengenyangkan anak-anak kami. Malang bagi mereka kerana murobbi mereka tidak ada bersama untuk membela.

Majlis yang dihadiri seorang Ketua Agama Negara itu menyaksikan seolah-olah satu pertunjukan fesyen pula. Anak-anak kami yang diletak di belakang asyik bertanya..>

“Ayah, ayah… boleh ke makcik tu pakai tudung baju ketat begitu? pakai tudung tapi dada terbelah begitu? Boleh ke pakai sopan tapi kain terbelah sehingga ke pangkal paha? Kenapa pakaian Makcik itu terbelah di belakang?”… solat?

Dan macam-macam lagi soalan yang terpaksa kami jawab kepada anak-anak kami. Baik juga kerana boleh kami tunjukkan mana baik dan mana yang buruk. Pada kami, ia seperti satu penghinaan kepada seorang ketua Agama Negara Islam yang berdaulat dengan tetamu majlis berpakaian secara jahilliyah. 

Duduk sahaja Sultan dan Sultanah, seorang MC wanita membuka tirai program dengan mempersilakan sebuah tarian kebudayaan persembahan JKKN. Hati kami terdetik, di manakah daulat Ketua Agama Islam apabila disambut dengan tarian kebudayaan dan sepanjang aturcara sehingga pulang tiada langsung doa dibacakan. Kami berbaik sangka lagi, mungkin kerana berkompromi dengan kira-kira 10-20% tetamu beragama lain. 

Di dalam ucapan Dato’ Wira yang juga orang kuat kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah, beliau menyatakan highlight program-program sepanjang tahun yang lalu. Kami mendengar dengan khusyuk. Pastinya dalam program yang singkat, beliau memberikan highlight kepada program yang paling besar sahaja. Antara program yang dinyatakan ialah seperti; 

1. Lawatan ke rumah anak yatim
2. Pembelian baju kelengkapan sekolah untuk 200 orang anak yatim
3. Sunat beramai-ramai (50 orang)

Dengan kutipan derma berjumlah RM2.3 JUTA diumumkan pada malam itu, kami sebagai pentadbir Rumah Pengasih Warga Prihatin dengan 109 orang warga berani katakan kesemua program di atas itu sepatutnya tidak menelan belanja lebih dari RM100,000. Jika di”lajak”kan sekalipun mungkin boleh cecah RM500,000 dan ia masih jauh dari kutipan yang diperolehi. Kami tak mahu menyangka-nyangka tentang ini, cukuplah kami tinggalkan satu persoalan di sini. 

Dalam ucapan Dato’ Wira, beliau membacakan banyak hadith tentang anak-anak yatim. Antaranya adalah pesanan untuk tidak mengherdik anak yatim. Namun bagi kami, mengherdik itu tidaklah hanya terhad kepada meninggikan suara kepada anak-anak yatim. Apabila hak asas mereka mendapat makanan itu juga dinafikan, kami kira itu lebih dari satu herdikan halal seorang guru kepada muridnya. Kedudukan meja VVIP yatim, Jenis makanan berbeza untuk VVIP yatim, bilik rehat dan makan tengahari yang dijanjikan kesemuanya gambaran MENGHERDIK secara hakikat. Yang paling penting ialah bagaimana mereka mengeksploitasi anak-anak yatim semahunya untuk kepentingan kutipan yang kami tidak pasti untuk apa. 

Sejak 8 tahun dengan residen seramai 109 orang, kami di RPWP jalankan usaha dengan cara berpuasa. Semua co-founder mengeluarkan dana dan tenaga sendiri mentadbir rumah ini. Mungkin pada malam itu, sebahagian pegawai Yayasan memandang kami yang MENGIRING ini sama seperti mereka yang mendapat faedah dari kutipan tetapi di sebalik itu mereka mungkin tidak Nampak, Dr Masjuki sendiri bukan bertambah kaya setelah menubuhkan RPWP sebaliknya terus menjadi fakir. Begitu juga co-founder yang lain. Semuanya korbankan harta masing-masing dahulu dan tidak mengharap derma untuk menjalankan program harian kami. 

Kami sedar, mereka rupanya tidak cukup atau mungkin tiada anak yatim di bawah naungan mereka. Anak-anak kami diwajibkan memakai badge Yayasan dan dengan itu ucapan Dato’ Wira boleh memberikan highlight kepada Sultanah yang di dalam ballroom pada malam itu ada 66 orang anak-anak yatim. Pengacara Aznil jelas mengatakan Yayasan yang memberikan penempatan untuk anak-anak kami kerana lencana Yayasan itu, atau mungkin diminta berkata begitu. 

Jelas kami dah faham. Sebuah yayasan yang sebenarnya tidak / kurang memiliki atau menjaga anak-anak yatim secara sistematik, juga tiada laman web yang aktif dengan facebook yang baru 300 likes membuat makan malam dengan menggunakan Nama Sultanah Kedah (Permaisuri Agong) bagi mengutip derma korporat dan persendirian dengan jumlah yang banyak. 

Kami tak mahu melanjutkannya seperti ia satu tuduhan yang pasti, tetapi yang nyata kami hanya di bawa untuk menyanyikan lagu “minta sedekah” dan langsung diletak di hujung dewan TANPA ADA SEORANG PUN pegawai Yayasan yang sudi menjengah meja-meja yang “Kononnya VVIP” itu. Kehadiran anak-anak yatim di hujung dewan hanya satu lesen bagi penganjur mengatakan mereka ada anak yatim dan juga membuka simpati penderma untuk menderma lagi. 

Operasi kami memelihara 109 orang anak yatim dan asnaf yang menjadi residen berbeza sekali. Di atas tanah seluas setengah ekar dengan kos pembinaan, makanan berkhasiat, pendidikan dari pakar pendidik. Prasarana asas yang memadai yang kami bina sendiri secara gotong royong lebih dari 8 tahun lalu. Belanja bulanan kami hanya sekitar RM35,000-45,000 sebulan. Bukan mewah tetapi mencukup. Jika dihitung selama 1 tahun, kos operasi kami adalah sekitar RM500,000 sahaja. Semuanya berkat infaq dan hasil perniagaan kecil kecilan yang kami tabungkan kesemuanya.

Kuncinya ialah PUASA. Kami pihak co-founder MELABUR harta dan diri kami, BUKANNYA mengambil sebahagian untung dari pendapatan derma. INILAH JULUNG KALI kami izinkan anak-anak kami turutserta dalam program malam amal setelah bertahun-tahun kami menolak permintaan banyak pihak lain untuk menggunakan Nama kami untuk tujuan ini. Dan apa saja penyelewengan yang kami bimbangkan jelas terjadi pada kali pertama ini juga.

Kami kecewa dengan apa yang berlaku. Kami pasti Tuanku Permaisuri Agong juga akan kecewa jika mengetahui perkara sebenar di belakang tabir. Kami pula tiada laluan memandangkan laluan untuk kami menyuarakan perkara ini bagi pihak Yayasan mengambil pelajaran seperti tertutup. Maka, artikel ini kami karang supaya ia menjadi pelajaran kepada yang lain-lain. 

Jika ada laluan yang lebih baik untuk kami memaklumkan perkara ini kepada Kebawah Duli Tuanku, pasti kami juga tidak gemar menyampaikannya dalam rencana terbuka sebegini. 

Sebelum ini kita dengar ada rumah-rumah anak yatim dari utara Malaysia yang anak-anaknya dikerah menjual barang dan meminta derma kononnya mereka daif. Tetapi dilihat, pengasasnya berkereta mewah dan akhirnya ia diharamkan. Rupanya, kita mungkin akan saksikan apa yang terjadi ini adalah satu scam berprofil tinggi. Pengutipan derma untuk anak yatim tanpa ada anak yatimnya. 

Sebagai hamba rakyat, kami tidak rela jika nama raja yang menyayangi anak-anak yatim dan asnaf digunakan untuk kepentingan segolongan manusia. Ramai yang meminta kami menyaman penganjur, namun itu bukan kerja kami. Banyak lagi urusan kami yang lain untuk anak-anak ini. 

Cukuplah kisah ini diambil pelajarannya oleh masyarakat. Para pengasas tidak hairan dengan makanan dan bilik hotel. Tapi apa yg dilakukan terhadap anak-anak kami SANGAT KAMI TIDAK RELA.! Kerana kami sayang mereka, kami tatang mereka macam minyak yang SANGAT penuh.

Sila ikuti beberapa klip video sebagai pengesahan berita.





Alhamdulillah bersyukur beberapa anak dapat buahtangan angpau RM100 seorang dan kuih raya yang kami tidak tahu bila tarikh luputnya kerana bungkusan itu bertulis SELAMAT HARIRAYA 2013.

WARGA PRIHATIN 

Sunday, 22 December 2013

Pengarah2 n CEO CEO...spesis BEROK syarikat BN UMNO???

Orang KUAT...Tenaga Nasional dulu dulu...dan orang KUAT..PETRONAS juga...sudah LARI..letak jawatan...pasal PENGARAH pengarah spesis BEROK ...di sokong oleh CEO CEO monyet...dah jadi MAHARAJA bangang...tak nak dengar NASIHAT orang Profesional...menguruskan SYARIKAT...

Pengarah dan CEO CEO...itu..ingat depa banyak sangat RM RM RM dalam SAHAM syarikat...MUKA TAK MALU weh...itu SEMUA harta NEGARA...harta RAKYAT weh...



Perghhh... CEO Tabung Haji dapat RM 700,000.00 Bonus..

Pencarum dapat 6% jek.. Ko simpan RM 1 juta pun baru dapat RM 60k jek..

CEO duduk lenggang kangkung.. dpt 700k

Pencarum bagai nak giler berusaha simpan duit.. dpt RM65k..

Syabas bebeh!

[admin] "Dalam sidang media di Lobi Parlimen pagi tadi (16 Okt 2012), saya mendedahkan ..... 

Kesian kat Penyimpan Tabung Haji, Bonus bagi Tahun 2011 untuk CEO Tabung Haji dapat RM700,000.00, sedangkan kami penyimpan dapat bonus/dividen sekitar 6% (jika kami menyimpan RM1 juta baru dapat bonus RM60,000.00 .. 

CEO dapat RM700,000.00 wow .... tidak bertanggungjawabnya Kerajaan kepada penyimpan/umat Melayu/Islam Malaysia" - Dato' Mahfuz Omar

Najib Sudah Boleh Dikategori Perdana Menteri OKU ?? - Posted by Addin Deen





Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13 lalu. 

Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang dari poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PRlah yang lebih dulu melakukan kenaikan. 

Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihanraya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif letrik, tol dan pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup rakyat. 
Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang lain.

Dalam masa yang sama, jika Najib ingin membandingkan kenaikan gaji wakil rakyat, beliau sepatutnya melihat kepada kerajaan negeri Sarawak yang telah melakukan kenaikan gaji dan elaun lebih awal serta pada peratusan yang lebih tinggi lagi berbanding di Selangor.

Bercakap mengenai kenaikan kadar tol pula, Najib mempertahankan cadangan kenaikan itu dengan mengatakan jika tol tidak dinaikkan, maka cukai terpaksa dinaikkan. 

Terlihat di sini bahawa untuk menambah pendapatan dan mengelakkan hutang negara terus bertambah, Najib hanya melihat cara mudah untuk memperolehi wang iaitu melalui kenaikan harga barang, menambah kadar cukai dan penghapusan subsidi.

Bahkan melalui apa yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan juga didapati telah menjual dan memajak beberapa aset negara untuk mencapai sasaran defisit negara 2013 pada kadar 4 peratus daripada KDNK sebagaimana yang dijanjikan, berbanding 4.5 peratus pada tahun lalu, jelas membuktikan bahawa Najib semakin kehilangan upaya dalam mentadbir negara ini.

Sudah tentu penjualan aset negara ini adalah berdasarkan nasihat daripada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala di mana ketika mengetuai MAS, beliau juga pernah mengambil pendekatan sama iaitu menjual bangunan ibu pejabatnya untuk memperolehi pendapatan.

Lalu apa jadi kepada MAS sekarang, sudahlah hilang bangunan, prestasinya juga terus merosot. Catatan untung hanya direkodkan pada tahun awal Idris Jala mengetuainya saja dan jelas keuntungan itu kerana menjual bangunannya.

Daripada menaikkan harga barang, menambah kadar cukai, menghapuskan subsidi dan menambah derita rakyat, Najib kini menjual aset negara pula. Beliau sudah menjadi seorang yang kurang upaya atau OKU dalam memimpin negara ini.

Jika dalam kehidupan seharian OKU bermaksud orang kelainan upaya tetapi dalam kes Najib, maksud yang sesuai ialah orang kurang upaya. Beliau kini dilihat tidak mampu lagi membawa negara melangkah lebih jauh menuju kemajuan dan memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Setiap hari berita yang diterima rakyat adalah berita sedih belaka.

Najib pada hakikatnya sudah menjadi Perdana Menteri yang OKU sifatnya. Yang beliau nampak hanyalah menaikkan cukai, memotong subsidi dan menaikkan harga barang sebagai jalan mudah memperolehi wang dan pendapatan bagi negara. Kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin jauh daripada lubuk hatinya.

Jika dalam dunia pekerjaan, mereka yang sudah mengalami kecacatan kekal atau dikategorikan OKU sudah dibolehkan mengambil pencen Socso, maka Najib juga sebenarnya layak dimasukkan dalam kategori itu. 

Beliau pada hakikatnya sudah menjadi OKU dalam memimpin, berfikir dan merencana sesuatu yang bermakna untuk negara. Beliau juga tidak mampu lagi memimpin dengan lebih kreatif atau beraksi dengan lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.

Lagi lama, lagi derita rakyat dibuatnya. Lagi lama juga, tiada apa lagi yang tinggal akhirnya nanti. ~shahbudin





JAWAPAN HARAMJADAH BADAK JAMBUL




Betina Sihir Si Badak Sumbu Semah Jambul kini merasa terpukul dengan isu-isu panas yang bermain di bibir rakyat yang mengaitkan dirinya dengan sifat mengada-ngadanya dalam pentadbiran keraaaa jaan. Woi Badak Jambul, ni zaman maklumat dan rakyat yang celik IT dah ramai. Jangan ko ingat ko jer yang cerdik dan semua rakyat ni bodoh. 
Kesemua 7 jawapan yang ko berikan tu hanya auta kerana faktanya....... 

1. Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006. Ko nafikannya tapi camana dengan keterangan ini.....

2. Cincin berlian berharga RM24 Juta. Mula-mula wang tabungan pastu bukan milik ko pulak..... 


3. Berjoli di luar negara......ko lah isteri PM yang paling kerap keluar negara.......


4. Pembaziran Projek Permata. Ni projek yang ko bebankan ke atas rakyat......


5. Bergaya dengan perhiasan mewah. Ko berani ke siasatan bebas untuk ni........


6. Isu 'First Lady'. Lagak ko yang menyebabkannya......


7. Isu menjadi Perdana Menteri Keenam. Kalo tak kenapa.......


Ni adalah penafian penuh Semah....


Sejarah dah banyak membuktikan seorang pemimpin boleh tumbang kerana wanita seperti Leila Trabelsi, Margeret Trudeau, Imelda Marcos, Farah Pahlevi dan lain-lain. 

NajiboRos juga tak lama lagi akan menerima nasib yang sama. Memang celaka ko Najib kerana peras keringat rakyat bagi memenuhi kehendak isterimu. 

Perbuatan Najib membela Rosmah terus menerus adalah suatu kezaliman......

Allah menegaskan dalam Surah An-Nahl ayat 90;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. 

Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.