ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 14 January 2012

Gua Merayu... Sokonglah Umno


Gua Merayu... Sokonglah Umno..!!!!

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Minggu lalu DAP telah mengadakan Persidangan Kebangsaannya di Shah Alam, Selangor. Saya tidak berminat mengulas apa yang mereka bisingkan. Cumanya, saya ingin berkongsi rasa sedih dan pilu apabila saya melihat bumi Selangor yang suatu ketika dahulu adalah bumi parti kita tetapi kini DAP bersama Pakatan Rakyat telah berjaya mengadakan kongres mereka dengan begitu megah sekali.

Saya menangis siang dan malam mengenang nasib parti saya yang telah kalah di Selangor. Air mata ini tumpah kerana tidak sanggup untuk melihat manusia seperti Lim Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan konco-konco mereka menginjak-injak gembira atas kebebasan berhimpun di bumi Selangor.

Jika parti saya tidak korup di Selangor, pasti muka-muka DAP ini tidak akan dapat menjejakkan kaki mereka di bumi parti kita ini. Jika bekas MB Selangor tidak bermain politik penyapu, tidak bina mahligai besar, pasti habis Pakatan Rakyat kami sapu. Tapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur nasi.

Bahasa Malaysia

Perisik-perisik saya telah memberitahu bahawa persidangan DAP kali ini, ramai perwakilan yang datang dari seluruh negara dan pelbagai kaum. Dalam ucapan perbahasan itu, saya diberitahu bahawa sudah mula ramai pembahas yang berucap dalam Bahasa Malaysia.

Saya diberitahu bahawa sebelum era tsunami 2008, kongres DAP ini semuanya berbahasa Inggeris dan Cina. Sikit-sikit saja berbahasa Malaysia. Tetapi kini telah berubah.

Pada saya ini perkembangan yang sangat berbahaya kerana orang-orang DAP ini sudah mula pandai menguasai Bahasa Malaysia. Jika mereka pandai berbahasa Malaysia, ramai orang Melayu akan tertarik dengan parti ini. Ini pula bencana bagi parti kita.

Jika orang-orang DAP pandai berbahasa Malaysia, pastilah orang Melayu akan mudah faham tentang perjuangan DAP. Jika mereka sudah faham, pastilah pula mereka akan sedar bahawa DAP ini parti yangdemokrat, adil dan bersih.

Sudah tentu perjuangan parti saya tidak akan releven lagi. Al-maklumlah, parti saya ini hanya untuk kaum Melayu, begitu juga dengan kawan-kawan kita MCA dan MIC, masing-masing untuk Cina dan India sahaja.

Generasi muda

Perisik-perisik saya juga ada melaporkan bahawa pada persidangan DAP itu kelihatan semakin ramai orangMelayu khususnya orang muda telah hadir sebagai penyokong dan pemerhati. Pada hemat saya, ini juga satu perkembangan yang bahaya.

Mengapa saya katakan bahaya?

Kerana, jika ramai orang muda Melayu yang menyokong atau masuk DAP, pastilah parti saya akan semakin pupus pemimpin pelapis di masa hadapan. Ini pasti akan merosakkan rancangan kita untuk melakukan transformasi parti. Nak harap ketua pemuda kita yang ada sekarang ini, susahlah, asyik main futsal dan tweetting saja.

Saya pelik melihat gelagat anak-anak muda Melayu ini. Kita dah bagi macam-macam. Dah bagi kebebasan berhimpun, dah bagi tahu akan pinda AUKU, sekarang ini kita juga dah bagi baucer bantuan untuk membeli buku berharga RM200. Tetapi hingga kini, budak-budak ini masih lagi berdegil tidak mahu menyokong parti kita.

Apa lagi yang mereka mahu? Duit dah bagi, kebebasan kita bagi, sekarang mereka nak apa lagi? Apa istimewa sangat parti DAP itu? Kan lebih baik sokong dan masuk parti saya, senang nak dapat biasiswa belajar macam si Saiful Bukhari tu, contoh dah ada depan mata, tapi masih keras kepala.

Budak-budak macam Adam Adli tu, apa dia tahu tentang kebebasan akademik? Dia hanya tahu turunkan bendera muka pemimpin saya sahaja. Memanglah itu bukan bendera Malaysia atau bendera negeri. Tapi mana kita boleh biarkan bendera pemimpin besar kita dipermainkan. Ha, sekarang dah kena gantung belajar, padan muka.

Err..... bukan parti kita tak mahu kebebasan pelajar tapi cukuplah kebebasan yang kita tentukan. Pelajar tidak ada hak nak tentukan kebebasan sendiri.

Bukti transformasi

Ingatlah bahawa saya akan terus berjuang demi keadilan, transformasi yang sedang parti kita lakukan ini pasti akan berjaya dengan syarat anda terus mengundi saya dan parti saya.

Contoh paling nyata adalah kes Lelaki X yang telah dibebaskan oleh mahkamah. Memanglah saya marah kerana hakim berani tunjuk pandai dengan mendaulatkan undang-undang. Sepatutnya hakim kena ikut cakap parti. Kalau bukan kerana parti kita, tak kan hakim tu dapat jadi hakim.

Tapi nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana hakim sudah membuat keputusan, kita pun terpaksa terima.Tentulah saya kena kata ia adalah bukti transformasi. Kalau tidak mana nak letak muka kita?

Apa pun media massa masih kita punya. Apa yang media massa tulis dan siar, itulah yang rakyat akan percaya. Tuan-tuan dan puan-puan pun mestilah percaya kerana masa depan anda bergantung kepada pemerintahan parti kita.

Transformasi Rakyat PRU-13.

Apa deklarasi?

Berbalik kepada persidangan DAP itu tadi, perisik-perisik saya memberitahu bahawa DAP telah mengumumkan Deklarasi Shah Alam yang ada sebut tentang solidariti ekonomi iaitu:

Perlaksanaan gaji minimum

Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi
Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita
Mengurangkan pergantungan kepada buruh asing
Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi
Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan memalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT ( cekap, akauntabel dan telus)
Meluhurkan undang-undang
Mempertahankan hak-hak sah pekerja

Memanglah semua itu baik tapi kalau dilaksanakan, hancurlah parti kita. Mana ada peluang untuk ketua-ketua bahagian dan kroni-kroni kita nak cari makan kalau semuanya cekap, akauntabel dan telus?

Memang kita tahu ramai kontraktor Melayu yang cekap dan berkelayakan. Tapi mereka bukan ahli parti kita. Seperti yang terjadi di Pulau Pinang, ramai kontraktor kita tak dapat projek kerana tak cukup kelayakan. Walau pun Melayu yang layak dapat projek, ini tidak adil kerana kontraktor-kontraktor parti kita yang kurang cekap tidak mendapat apa-apa.

Saya nak terangkan bahawa soal nak membanteras korupsi ini bukanlah satu kerja yang mudah. Rasuah di kalangan pemimpin parti kita sudah menjadi budaya. Kalau tak ada rasuah, susahlah nak menang. Nasib baik kita kawal media massa.

Jadi bolehlah kita gunakan istilah “politik wang” untuk menggambarkan rasuah. Kalau tidak malulah kita kerana orang Melayu di kampung akan tahu kita bergelumang dengan rasuah.

Transformasi yang pemimpin kita nak buat itu memang bagus. Tapi kalau nak ubah sesuatu yang sudah menjadi budaya macam parti saya ini, kenalah ambil masa. Lainlah DAP yang sudah lama mengamalkan budaya cekap, akauntabel dan telus.

Jadi, jangan pedulikan deklarasi DAP. Jangan pedulikan itu semua. Yang penting, terus sokong parti kita. Bila kita kekal berkuasa, yang mendapat pangkat, kedudukan dan projek adalah pemimpin kita juga.

Apa salahnya orang Melayu tumpang gembira dengan kejayaan para pemimpin kita. Atau adakah orang Melayu rela gadaikan maruah bangsa yang parti kita perjuangkan demi mewujudkan kerajaan bersih, cekap dan telus yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?

Sanggupkah kita melihat orang Melayu maju tetapi para pemimpin parti kita hidup merempat? Sanggupkah kita melihat anak-anak Melayu mampu bersaing dengan kaum lain sedangkan para pemimpin parti kita tidak ada peluang lagi untuk mendapatkan projek-projek besar?

Sanggupkah wahai Melayu-Melayu sekalian...??? 

Kategori: Satira/cerpen
Tajuk: Jangan pedulikan deklarasi DAP
Oleh: Daing Yahya

Friday, 13 January 2012

Memilih seorang Perdana Menteri.


Elok cari cara lain untuk memilih seorang Perdana Menteri.

Sistem pemilihan pemimpin khususnya Perdana Menteri yang ada pada hari ini mungkin penyebab kepada keadaan celaru yang kita sedang hadapi sekarang. Oleh kerana Perdana Menteri di pilih dari pemimpin utama UMNO maka pada hakikatnya seorang Perdana Menteri di pilih oleh lebih kurang 4000 orang perwakilan Melayu UMNO sahaja. Ia bermakna Perdana Menteri Malaysia itu di tentukan oleh 4000 orang perwakilan UMNO dan orang lain tidak ada kuasa untuk menentukan Perdana Menteri.

Kalau dahulu sistem ini merupakan sistem yang baik tetapi oleh kerana sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang di pilih oleh 4000 orang perwakilannya ia sudah menjadi penyebab utama kepada kecelaruan yang kita sedang hadapi sekarang ini. Empat ribu orang perwakilan ini sebenarnya amat penting kerana merekalah yang menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Orang Melayu sendiri tidak boleh memilih siapa Perdana Menteri. Hanya perwakilan yang di berikan mandat oleh ahli-ahli UMNO untuk menentukan siapa Presiden UMNO dan secara konvensyennya seterusnya menjadi Perdana Menteri negara.

Oleh kerana sistem perwakilan inilah yang membuatkan menjadi perwakilan itu sebagai modal perniagaan. Menjadi perwakilan merupakan perniagaan yang sekejap tetapi memberikan pulangan yang besar kerana perwakilan boleh ‘dibeli’ undi-undi mereka dengan harga yang lumayan oleh mereka yang sanggup membayar harga itu semata-mata untuk duduk di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi parti. 

Budaya ini sudah menjadi budaya yang menjadi penyebab kepada keruntuhan nilai politik Melayu selama sejak lebih dari dua dekad yang lalu. Kebanyakan pemimpin apabila terpilih menduduki Majlis Tertinggi itu menjadi keliru. Mereka tidak tahu samada mereka yang duduk dalam Majlis Tertinggi itu ada kah oleh kerana kepimpinan mereka atau oleh wang ringgit yang mereka taburkan semasa siri kempen pemilihan parti itu.

Apa-apa yang di beli itu tidak tahan lama. Apabila kita selalu sangat memakan makanan yang di beli dari luar akhirnya kita akan merasa jemu dan balik memasak di rumah untuk mendapatkan kelainan rasa makanan itu. Kata ramai yang mahir dalam isu permakanan, sesiapa yang memakan makan yang di beli dari luar terus-terusan kesihatan tubuh kita akan luntur dalam jangka masa panjang. 

Mungkin oleh UMNO di pimpin oleh mereka yang memimpin hasil dari pembelian undi itulah yang menyebabkan batang tubuh UMNO itu sudah menjadi lemah dan menghadapi berbagai-bagai penyakit yang terminal. Yang jelas kita nampak sekarang UMNO sedang menghadapi penyakit ‘cancer’ yang ‘malignant’ kerana semua sel yang baik-baik dalam UMNO itu telah dimakan oleh sel-sel yang jahat. Akhirnya batang tubuh UMNO itu semakin hari semakin lemah walaupun tubuh itu ada lah tubuh yang besar. 

Apabila memilh pemimpin seperti memilih Perdana Menteri, mereka yang menghadapi ‘cancer’ inilah yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemilihan. Seperti yang kita tahu mereka-mereka yang sakit dan tidak sihat tubuh badan dan pemikiran ini tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan yang betul. Dengan pilihan yang salah inilah yang telah memperjudikan nasib bangsa dan negara untuk masa depan.

Maka sistem memilih pemimpin utama negara dengan cara perwakilan ini patut di hentikan dan mencari ‘mechanism’ yang lebih baik dari cara dan sistem sekarang. Pemilihan Perdana Menteri perlu dibuat oleh semua rakyat supaya pemilihan itu benar-benar pilihan rakyat, bukannya di buat oleh perwakilan yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan ‘trading’ terhadap undi-undi mereka dengan wang ringgit, kerana kepimpinan negara mesti pemimpin yang mendapat sokongan yang ‘legitimate’ dari rakyat.

Cadangan ini tidak mungkin dapat di lakukan oleh kepimpinan yang sedang memimpin kita kerana cara perwakilan ini menjaga kepentingan peribadi mereka. Hanya satu cara sahaja untuk melakukan perubahan ini, iaitu untuk rakyat melakukan pemindahan kuasa dari yang ada sekarang kepada pihak yang lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Malaysia ini negara kita, maka kita lah yang berwajib untuk melakukan perubahan itu. Jangan mengharapkan mereka yang berkepentingan peribadi yang keterlaluan untuk mengubah nasib masa depan negara dan generasi kita. Sistem sekaranglah yang menyebabkan Azeez Rahim misalnya boleh memenangi kerusi MT sedangkan Shahril Samad tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan dalam pemilihan yang lalu. Semuanya ini kerana politik perwakilan yang di kotori oleh 'pembeli-pembeli' undi yang berlaku tanpa kawalan dalam pemilihan itu.

Negara memerlukan seorang pemimpin Melayu untuk menjaga dan memulakan penggubalan sistem pemilihan PM yang terbaik untuk kita semua yang terdiri dari berbilang kaum ini.

Mungkin ramai yang akan mengkritik saya kerana cadangan ini, tetapi secara seriusnya elok kita semua rakyat memikir dan menimbangkan cadangan ini.

RM RM rakyat yang BN babi negara LINGKUPKAN.


Woiiii...Banyaknya tersenarai.......Tolong kira..

Masyaallah,,, terkejut beruk aku, ada lagi hamba Allah yang sanggup menulis balik aktiviti-aktiviti yang melibatkan trillion wang rakyat didalam satu komen dalam sebuah blog otai Pro UMNO.... Aku copy paste balik.... Hang baca dan kiralah berapa banyak duit rakyat lingkup oleh kerana UMNO....



I think the following problem more than Anwar's problem :-

1. PKFZ RM12bill

2. Submarine commission RM500mil

3. Sime Darby RM964mil

4. Paya Indah Westland RM88mil

5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost

6. Eurocopter deal RM1bil wasted?

7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil

8. MRR2 repair cost RM70mil

9. Maybank Overpaid BII RM4bil

10. Tourism -NYY kickback RM10mil

11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M

12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M

13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M

14. MRR2 Repairs—————————— RM 70M

15. MATRADE repairs ————————– RM 120M

16. Cost of new plane used by PM————– RM 200M

17. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M

18. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M

20. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M

21. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B

22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B

23. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B

24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s
is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia
RM30 billion in the 1990s.

27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).

28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd.
operation to shore up the stock market

29. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of
€75.99 million (RM 348 million)
Same as No:20?

31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra
was established, this orchestra has swallowed a total of RM500
million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum
!!

33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat
Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul
Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching
Maths and Science in English over the past five years. Out of the
amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase
of information and computer technology (ICT) equipments which it is
unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs
per market price of less than RM3k through some new consortiums that
setup just to transact the notebook deal. There was no math & science
content for the teachers and the notebooks are all with the teachers'
children now.

35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two
private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted
to RM910 million.
Expanding on No 2?
36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge"
37.RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms,Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge

38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks

39. National Astronaut Programme – RM 40 million

40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

41. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket

42. RM 2.4 million on indelible ink

43. Samy announced in September 2006 that the government paid
compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.
RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from
the toll hike in 2008 alone.

44. RM32 million timber export kickbacks involving companies
connected to Sarawak Chief Minister and his family.

45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time
when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three
paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
Expanding on No:11
46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.

47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.

48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.

49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.

50. Kuching Prison bailout costing RM135 million.

51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.

52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million.

53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in
BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of
BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

54. Alienation of tens of thousands of hectares of
commercial lands and forestry concessions to children and relatives
of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.

55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion
ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge
profits.In addition, there were much wastages and forward trading of
Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since
the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we
have absolutely no idea of the amount.

56. RM5700 for a car jack worth RM50

57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113
within a few minutes

58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000

59. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480

60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500

61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143

62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO?

63. RM17 billion subsidy to IPP

64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order
-- how much compensation???

Sumber : blogger.

Thursday, 12 January 2012

ROKIAH bogelkan MADEY.


Kononnya Le Tour de Langkawi (LTdL) kini sudah menjadi satu branding yang kuat ianya tidak perlu lagi dijalankan di tempat asalnya, Langkawi kata ketua pegawai operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal. 

"Walau di mana pun acara ini diadakan, LTdL kini sudah jadi brand name yang cukup kuat di Asia. Tidak semestinya kalau kita tidak bermula di Langkawi, perlumbaan ini tidak boleh dikenali sebagai Le Tour de Langkawi,” katanya dalam sidang media selepas majlis menerima penajaan untuk edisi perlumbaan tahun ini di ibu pejabat LTdL, Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

"Untuk tahun ini, kita tidak melibatkan laluan Langkawi dan salah satu sebabnya kita mempunyai obligasi penajaan terhadap negeri Terengganu, di mana mereka memberi penajaan sebanyak RM1 juta kepada perlumbaan kali ini.

"Kita menukar sedikit laluan kali ini dan memberi kelebihan kepada negeri Terengganu. Tahun ini, kita ada tiga peringkat perlumbaan di Terengganu,” katanya. (Bernama)

Tindakan ini tidak ubah seperti nama Langkawi ‘dilacurkan’ kepada Terangganu. Venue Langkawi untuk sukan ini tidak pernah konsistent, sekejap ada sekejap tiada. Sesuka hati mereka sahaja.

Rakyat Kedah dan Langkawi khasnya tentunya terguris kerana negeri mereka tidak mampu menaja RM1juta untuk sukan ini maka itu negeri yang kaya dengan sumber minyak menyambarnya. Penduduk Langkawi hanya melopong kerana tidak ada 'economic spill over'hasil dari sukan ini untuk menjana pendapatan harian mereka. Dalam lain perkataan pakai nama tapi pendapatan habuk pun taraaak.

Kita tunggu dan lihat apa komen Tun M selepas ini.