ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 7 September 2012

Khalid Samad Tokoh PAS Yang Paling Dibenci UMNO


Pendedahan Mengapa Khalid Samad Tokoh PAS Yang Paling Dibenci UMNO!!!!


Saudara/ri sedar tak? Sejurus selepas PRU 2008 dan sejurus selepas kekalahan UMNO/BN di 5 negeri itu, media2 milik UMNO telah menyerang Khalid Samad secara bertubi-tubi. Pada masa itu Khalid Samad cuma menziarahi sebuah gereja untuk berucap kepada pengundi2 beliau yang beragama Kristian.

Mereka yang menghadiri majlis tersebut bukanlah kesemuanya pengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Setengah dari hadirin yg beragama Kristian itu adalah pengundi dan penyokong Barisan Nasional ataupun tiada parti. 

Maka, apa sebab nak serang Khalid Samad sebegitu rupa? Ramai lagi Ahli2 Parlimen BN yang berucap di gereja. Najib sendiri pergi menziarahi Paus, Ketua UMUM Mazhab Katolik di Vatican. Juga, pada waktu itu, Khalid Samad bukanlah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam PAS.

Khalid Samad pada waktu itu tiada pengaruh dalam PAS Pusat mahupun di negeri2 lain di Malaysia. Pengaruh Khalid Samad pada masa itu sekadar di PAS Shah Alam dan sedikit sebanyak di Selangor. YANG SEBENARNYA….. Sewaktu mula2 menubuhkan kerajaan di Selangor, Hasang Ali telah memainkan peranan memberi maklumat2 yang bohong dan tipu kepada pimpinan2 PAS Pusat.

Malahan, secara terus kepada Presiden PAS berbagai-bagai cerita tohmah dan bohong berkaitan Kerajaan Pakataan Rakyat Selangor diberikan. Strategi BISIK Hasan Ali ni Tulang Besi pernah saksikan sendiri dengan mata kepala Tulang Besi. Maka, Presiden PAS terpengaruh dan pernah satu waktu Presiden PAS bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO serta keluar dari Pakatan Rakyat.

Semua ini adalah akibat hasutan dan tipu daya ala iblis yang dilakukan oleh Hasan Ali. Maka, di waktu yang kritikal itu, satu-satunya tokoh dari PAS Selangor yang mempunyai hubungan samada dengan Presiden PAS mahupun pentadbiran Kerajaan Negeri adalah Khalid Samad. Sedar atau tidak, di dalam 6 bulan pertama (dan mungkin lebih) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid Samad adalah satu-satu tokoh yang aktif memerangi kempen hasut dan fitnah tajaan Hasan Ali.

Berani saya kata kalau tiada usaha agresif Khalid Samad, nescaya PAS sudah pun bersama-sama dengan UMNO sekarang ini dalam Barisan Nasional. Khalid Samad menggunakan hubungan pribadi beliau dengan Presiden PAS untuk mengendurkan pengaruh fitnah Hasan Ali serta kedudukan beliau dalam Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat. Maka, Hasan Ali pada masa itu sudah menemui kegagalan.


Lantas beberapa tindakan drastik diambil. Secara dalaman, kedua-dua Shaari Sungip serta Khalid Samad dipecat dengan rakus dari apa-apa jawatan Perhubungan Negeri Selangor. Secara luaran, Hasang Ali menggunakan hubungan UMNO beliau yang kemudiannya menggunakan jaringan media mereka untuk memfitnah serta menista Khalid Samad. Jaringan media UMNO tersebut termasuklah:
a. Harian2 UMNO seperti Utusan Malaysia
b.Media elektronik seperti TV3
c. Blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari
d. Cyberuk2 mereka di alam Facebook dan Twitter
Tidak lama dahulu Khalid Samad menang saman beliau terhadap Utusan Malaysia kerana Utusan menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin yang bertajuk “Zulkifli bidas Pak Janggut”. Tujuan utama serangan jentera UMNO terhadap Khalid Samad adalah berkaitan dengan peranan Khalid samad yang berjaya menumpulkan segala fitnah dan hasutan hasan Ali serta kuncu2 UMNO dan geng perpaduang dalam PAS.

Ia tiada kena mengena dengan pendirian Khalid Samad yang menyebelahi hak kaum Hindu di Seksyen 23 Shah Alam untuk membina kuil mahupun mempertahankan hak orang Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam bible mereka. Jadi, saya harap tuan2 pembaca sekelian dapat memahami sebab sebenar serangan fitnah ke atas Khalid Samad selama ini. Sekian

TULANG BESI

Kereta MEWAH...Lagu NEGARA KU

Gambaran sistem ekonomi kapitalisme dunia

British selalu kata : MELAYU malas...pasal itulah Melayu MISKIN...sekarang..Melayu BUKAN UMNO...MALAS...itu pasal lah MISKIN...kena kerja dari PAGI sampai MALAM...woooi...

BIAR GAMBAR BERBICARA....KERETA MILIK RAKYAT DENGAN KERETA MILIK ANAK PEMIMPIN UMNO!!!!
 
 



Amat tersentuh jiwa dan terguris hati apabila admin melihat gambar-gambar ini.


Perbandingan antara kereta milik rakyat dengan kereta milik anak mantan pemimpin teragung UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mokzani Mahathir.

Punyalah kaya raya anak Mahathir ni... cukai jalan saja setahun hampir RM25,000 tidak termasuk insuran.

Harga kereta jangan cakaplah.

Tak mungkin beliau hanya memiliki sebuah saja kereta.  Paling kokak 4 buah kereta mewah. Itu paling lekeh.

Zaman UMNO memerintah jurang hidup rakyat dengan para pemimpin UMNO termasuk anak beranak, kaum kerabat dan kroni amat jauh sekali.

Mungkin sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad beriya-iya maukan syaitan dan jembalang yang rapat dan beliau kenali secara peribadi, menjadi pemerintah negara ini dari malaikat yang belum teruji. Rupa-rupanya inilah sebab utamanya.

KERETA KINI SUDAH MENJADI ALAT KEPERLUAN DAN BUKANNYA KEMEWAHAN.

HANYA PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT.. MERASAI DENYUTAN NADI RAKYAT SAJA YANG MAU BERKERAS HARGA KERETA DITURUNKAN.

YANG PALING PELIK SEKALI... PARA PENGIKUT UMNO KEBANYAKKANNYA HANYA MEMILIKI SEBUAH KERETA PROTON MAUPUN PERODUA... TETAPI MENYOKONG TAKSUB UMNO YANG PARA PEMIMPINNYA HIDUP MEWAH DILUAR KEMAMPUAN MINDA KITA BERFIKIR.



NOTA:
kenapa kita mesti menipu
orang melayu
kenapa kita mesti bodohkan
orang melayu

beritahu bahawa lagu negaraku ini
telah diciplak dari lagu peranchis memula moon

kenapa nak bodohkan orang melayu
dah ramai orang melayu bodoh

dengar lagu dari klip ini
ini ialah lagu terang bulan
kah kah kah
bukan negara ku
kah kah kah





HINA LAGU NEGARAKU: LEMBAGA PENGARAH UMT TUNGGU LAPORAN - mStar

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih menunggu laporan berhubung kes individu yang dikatakan pelajar institusi itu, menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada universiti itu berhubung perkara itu.

"Sekiranya betul ia melibatkan pelajar UMT maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita kecewa dengan apa yang berlaku, tidak kira sama ada dilakukan oleh pelajar atau pun individu lain," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya laporan sudah dibuat pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak berhubung perkara itu. –TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…CUKUP LAAA….JANGAN BUAT KERJA BODOH…. kah kah kah..

kah kah kah…DI INDONESIA INI LAGU TERANG BULAN…. kah kah kah..

kah kah kah… YANG BUAT LAGU INI ORANG PERANCHIS… kah kah kah…

woit..... NEGARA KU LAGU CIPLAK... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA RAKYAT INDONESIA TAHU.... kah kah kah..

woit....JANGAN LAH BODOHKAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah.. JANGAN LAH SEKSA ANAK MAHASISWA INI…. kah kah kah..

kah kah kah… YANG PATUT DILAKUKAN IALAH BUAT LAGU NASIONAL BARU…. kah kah kah..

nota:
di zaman konfrantasi dulu
bung karno selalu menganjing malaysia
dengan memainkan lagu terang bulan ini
kah kah kah

Thursday, 6 September 2012

TOKOH DALAM UMNO PUN DAH MELUAT

TOKOH- TOKOH DALAM UMNO PUN DAH MELUAT DENGAN "ULAMA-ULAMA MUDA UMNO NI!!!!!!!..SILA BACA NI WEH!!!!!!



Bekas mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.


Dr Asri  juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan  lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”kata Asri dalam kenyataannya di  laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej  sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.

Kontroversi memijak potret perdana menteri (PM) Najib Razak dan isteri dan kibaran bendera baru pada malam kemerdekaan diperbesar-besarkan oleh media  hingga memaksa polis mengambil langkah drastik bagi menangkap pesalah tersebut.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya  mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam  laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri  apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“ Maka tidak pelik jika Allah  menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi...

KALAU TOKOH-TOKOH UMNO PUN DAH MELUAT DAN MEYAMPAH AKAN GELAGAT PERANGAI "ULAMA-ULAMA" MUDA DALAM UMNO.. APA TAH LAGI RAKYAT BIASA.

PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR


PECAH RAHSIA - PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR DALAM POLITIK


SATU cara je nak jatuhkan Anwar.  Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.

Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar.  Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu.  Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya?  Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar.  Apa kekuatan dia?  

Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani.  Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar.  Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah.  Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar.  Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.  
Habis tu bagaimana?  Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari politik.  Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada yang berani lebih dari Anwar.  Negara kita dipimpin oleh Najib, dan Presiden Umno pun Najib.  Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar macam-macam kat TV dan akhbar.  Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.

Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja.  Anwar telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan oleh ibunya sebagai anak jantan.  Anwar telah beberapa kali mencabar Najib berdepan.  Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?  

Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam atau Nalla?  Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua Kerajaan atas apa jua tajuk.  Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM.  Ketika itu, barulah kita boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan.  Selagi ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera dari PKR saja.

Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk kali pertamanya cubalah bersikap jantan.  Pujuklah dia untuk berdebat dengan Anwar.  Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari persada politik.  Sampai bila mahu baling kasut dan cat?
 kasut pagi-pagi buta
Dicatat oleh 

TAK MAMAK KELING MELAYU...hilang di DUNIA kah kah kah

Gua Dah Bagitau... Lu Orang Semua Tak Percaya...!!!!

Gua dah bagitau kat sini, lu orang tak percaya cakap gua.... bak judul sebuah lagu apa ntah "Ramalan Ku Benar Belaka".... waka.. waka.. ekk..ekkk... hahahaha....!!!!


Yang sebenarnya terus terang gua cerita kat sini... si Mahadeath bila kata kesian kat Hang Tuah maknanya memang kesian gilerrrrr.... beb....!!!! Tun Azazil nih sembang jer... pasal pertahankan melayu, yang tersiratnya adalah dia sebenarnya mempertahankan bangsa mamak dia tuuuuu... hahahaha....!!!!

Dan gua pun kesian jugak kat bangsa melayu yang selama ini taksub gilerrrr.... dengan Pahlawan yang kononnya Melayu terunggul dari Melaka tu..., mana tak kesiannya... ntah wujud atau tidak wallahuaklam...., jika wujud apa buktinya...???

Tapi si Mahadeath tau yang Hang Tuah wujud... sebab tu dia cuba perbetulkan kata2 hikmat Hang Tuah iaitu"Tak Mamak Hilang Di Dunia".... muakakakaka....

Apa lu orang masih tak caya dengan kata2 gua nih.... di bawah ini buktinya dan di sini serta di sini faktanya... adakah gua bersalah kerana mengiyakan kata2 Mahadeath.... salah kah gua... perlukah gua di dakwa bawah seksyen 114A....????

Rais Anak Yatim.... tolong bagitau sama gua.... bersalah kah gua ini.... hahahahaha.....!!!!


"Tak Mamak Hilang Di Dunia"
"United Mamak Naina Organisations"
Errrr.... ada persamaan tak...???? muaaa...klaka...klaka...klaka......!!!!

Betulkah Hang Tuah berbangsa Melayu...??? atau adakah dia berbangsa Cina, orang asal (asli), bangsa mamak...???? Allah Maha Mengetahui.....!!!!

Ntah makhluk Jin mana ntah yang mamat tu dakwa berjumpa dalam mimpi kononnya adalah Hang Tuah.... gua cadangkan mamat tu pergi belajar dulu ilmu ROH sebelum perbodohkan Bangsa Melayu abad ke 21 nih...., masih ada lagi spesies Melayu Bangang Saluran 1 yang berkawan dengan Jin... hahahaha....!!!!

Perghhhh.... Negeri Melaka memang menyimpan 1001 sejarah beb..., esok lusa gua akan lakarkan sejarah buat orang2 Melaka... dengan tajuk postingnya "Melaka Darul Pondan".

Politik Kita Memang Caca Merba


Politik Kita Memang Caca Merba

POLITIK KITA MEMANG CACA MERBAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)


Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. Ada yang tunjuk kemaluan pada gambar pemimpin tertentu, ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi samada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:
“Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini hasan”).

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).
Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Piawaian

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz Muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin al-Khattab.

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.

Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’. Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Fatwa Artis

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.
“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apapun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada’ dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!

Iklan Jalang dalam Berita Harian

Iklan Jalang dalam Berita Harian


“Urut 5 bintang oleh wanita umur 18-25 tahun” percayakah kita bahawa itulah iklan dalam ruangan sisipan Klassifieds Berita Harian muka surat c7 bertarikh 6September 2012. Lihat visual iklan di atas.

Percayakah kita bahawa iklan tersebut disiar di dalam Berita Harian akhbar Melayu di antara yang terulung dalam Negara ini? Iklan yang tidak senonoh itu tidak ubah sama sahaja seperti promosi pelacur murahan di jalan Pudu, lorong Haji Taib dan jalan Bukit Bintang. Malah sama sahaja dengan iklan-iklan di pondok-pondok talifon dan tiang letrik.

Berikut kita singkap kembali Sejarah Berita Harian (dipetik dari Berita Harian Online)

 1 Julai 2012 genaplah 55 tahun Berita Harian lahir sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini yang berjaya mencatat pelbagai sejarah sejak kelahiran pertamanya pada 1 Julai 1957, seusia dengan kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan sudah ditempa dan pelbagai perubahan juga sudah dilalui sama ada dalam aspek fizikal, pengisian mahupun kepemimpinan.

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini menggunakan bahan sama dengan akhbar Straits Times. Pada ketika itu, Berita Harian menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya dengan harga 15 sen.
Seramai hanya lapan orang kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. 

Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baru `masthead' diperkenalkan.

Tahun 1972 menyaksikan tampuk kepemimpinan di Berita Harian diambil alih oleh Abdul Wahab Zain yang sepanjang pembabitannya sebagai pengarang berjaya menambah dua muka surat tambahan menjadikan keseluruhan 12 muka surat pada 1974. Fokus penambahan ketika itu menumpukan kepada ekonomi, nota fotografi, tips menghadapi peperiksaan, lebih penumpuan kepada hiburan, berita luar negara dan rencana umum.

Sebelum beliau mengundur diri pada 1975, Berita Harian berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya Abdul Samad Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1978 dan digantikan pula Salim Kajai pada 1978. 

Dalam era kepemimpinan Salim Kajai, dua perubahan besar berjaya dicapai iaitu pelancaran Edisi Bandar Berita Harian pada 1979 dan sekali lagi imej baru pada 'masthead' selain seksyen baru yang memberi sedikit penekanan terhadap elemen hiburan dengan kali ini, harga jualan juga meningkat kepada 35 sen senaskhah dan dinaikkan sekali lagi kepada 45 sen sebelum Adibah Amin dilantik sebagai pengarang pada 1983.

Setahun selepas itu, Ahmad Sebi Abu Bakar dilantik menggantikan Adibah dengan jawatan Pengarang Kumpulan dan satu kejayaan terbesar di bawah pimpinannya ialah apabila Berita Harian dan Berita Minggu disatukan di bawah Berita Harian Sdn Bhd pada 1985. Pada 20 Oktober tahun sama, Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilancarkan.

Dua tahun memimpin Berita Harian, Ahmad Sebi digantikan A Kadir Jasin yang berperanan besar dalam memperkenalkan Anugerah Bintang Popular pada Disember 1987 sebelum melepaskan kepemimpinan itu kepada Ahmad Nazri Abdullah pada 8 April 1988. Pembabitan Ahmad Nazri selama 10 tahun sebagai Pengarang Kumpulan mencetuskan kelahiran akhbar tabloid sukan, Jaguh pada 8 Ogos 1989 yang mempunyai 16 muka surat.

Seharusnya Berita Harian di antara akhbar Melayu yang terulung itu tidak kemaruk wang iklan dengan beroleh pendapatan dari iklan jalang.
LU PIKIR LA SENDIRI….!

Kedajalan UMNO-APCO Melayu PPinang


Kedajalan UMNO-APCO Melayu PPinang

Assalamualaikum muslimin/muslimat yang dihormati sekelian

Di sebalik segala retorik palsu pembela Melayu,1Malaysia, ketuanan, negara,patriotik dan agama yang mana jauh menyimpang teramat tapi hanya indah pada telinga sahaja! Itulah kenyataan sebenar parti sekutu apco yang konon pembela Melayu!

Ayat yang dijaja sekian lama pada ngok-ngok & penyokong totok parti karat biru yang menunggu masa ditalkinkan sahaja. 

Sejak kebelakangan ini kedajjalan UMNO-APCO yang amat terdesak sungguh menonjol, dari berbagai siri insiden pengkhianatan termasuk merosakkan harta benda parti pembangkang (PR),mengancam, mengugut dan mencederakan rakyat, terkini mengkhianati majlis tazkirah DSAI dengan mengganggu termasuk membaling kasut ke dalam masjid!

Dengkinya anjing-anjing gerombolan parti perasuah dan penyeleweng tersohor meningkat pada tahap babi gila dan haramjadah. Bacul untuk menjawab hujah-hujah PR mereka membuat khianat, memecah tingkap dan melempar cat dan batu pada bas penerangan PR, malah berani sampai mahu memecah masuk tempat penginapan DSAI!

Dengan berbagai-bagai pembongkaran dan pendedahan penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO-APCO setiap hari mereka gelabah tahap babi gila. Tanpa jawapan konkrit, direka karya fitnah, konon PR khianat sambutan kemerdekaan, tidak jemput sultan. Membontot gambar Najib dituduh penyokong Bersih, bendera jadi isu bila para belia yang sedar sejarah diputar mengibarkan sang saka Malaya. DSAI konon agen yahudi dan berbagai lagi fitnah tanpa bukti dibangkitkan.

Tapi lucu juga kerana segala tuduhan dan fitnah tanpa bukti macam dibenarkan pihak berwajib seperti PDRM dan Peguam Negara. Segala laporan daripada PR yang lalu lengkap dengan bukti dibutakan dan pekakkan saja seperti kes campurtangan Najib dalam kes MRT! Terbaru ada ura-ura mahu pula KTM diswastakan kepada kroni yang sudah kaya raya!

Hanya di Malaysia laporan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa termasuk sekali dengan bukti jadi tidak laku sebaliknya jika dari pembangkang secepat kilat disiasat,di samping menutup bukti pembangkang dengan akta rahsia dan pelbagai akta lain.

Apa punya bengap dan bangang tahap tenuk atau nangoi pihak-pihak dan agensi-agensi yang diperalat dan diperlembukan oleh UMNO-APCO-BN! Hanya kerana takut  sang pemerintah zalim dan perasuah prinsip dan iman ditolak tepi. Harga diri dan maruah tiada mengalahkan binatang yang paling jijik, semua slogan dan moto seperti mainan untuk perbodohkan rakyat. Sekian lama kebejatan, kelentongan dan penyelewengan yang sudah dilaporkan di sejukbekukan atau dibakulsampahkan.

Kasihan kepada penyokong totok macam lembu percaya bulat-bulat apa saja kerajaan UMNO-APCO hebohkan menerusi media barua pemfitnah mereka.

Terkini parti yang dilabel paling perkauman dan rasis berasaskan kecinaan, melalui ketua menteri Pulau Pinang LGE telah mendedahkan bagaimana pemimpin UMno-APCO Pulau Pinang yang konon pembela Melayu pulau, menyeleweng tanah-tanah orang Melayu dengan sekelip mata berjuta disauk! Mengapa pengerusi UMNO Pulau Pinang tidak berani menjelaskan kepada KM LGE bagaimana keadaan ini boleh terjadi?

Sejak memerintah lebih 50 tahun di Pulau Pinang UMno/apco/BN menyauk, merembat dan memfaraidkan sesama kroni dan gerombolan segala projek, infra struktur dan peruntukan macam harta mak bapak sendiri. Dan Melayu bangang penyokong totok terus bertepuk tangan, berdemo dan menunjuk sokongan membabi buta pada sang pemimpin penyamun sambil menuduh LGE paling perkauman dan melampau!

Hingga duit penghargaan warga emas pun dipolitikkan menjadi isu, lebih teruk tanpa malu dan maruah hingga kini duit yang mahu umno pulangkan tidak sampai-sampai juga! Malah tanpa maruah dan muka tebal kulit babi ada barua-barua UMNO memohon kembali untuk duit penghargaan warga emas!

Dengan bukti bukan fitnah, LGE mendedah kedajjalan tokoh UMNO buat duit dengan mengkhianati amanah orang Melayu dengan kelentongan masuk berjuta-juta ke dalam poket! Tapi tiada langsung siasatan atau tuduhan menyeleweng kedengaran, tiada demo dari barua-barua geng mamak bumiputra umno pun, tiada mamak bawa 'taik' pergi ke KOMTAR pun. Tiada pun mamak yang bawa 'taik' pada pemimpin-pemimpin UMNO yang menyeleweng tanah Melayu Pulau Pinang, mana mat-mat rempit yang dibayar untuk mengganggu lalu lintas sekitar KOMTAR?

Takkan tanpa fulus yang patut di'hulur'kan baru nak berdemo? Sungguh pelik dan lawak hanya di Malaysia kisah-kisah begini boleh terjadi. Samseng ada lesen tanpa PDRM ambil tindakan, kencing dan pijak gambar pemimpin PR tiada masalah tapi pijak gambar PM Malaysia wajib ditahan. Baling kasut dan ganggu tazkirah PR tiada hal, bongkar dan dedah penyelewengan jadi kesalahan besar bawah akta rahsia atuk mereka.  Anda buat laporan, andalah pesalahny , hanya di Malaysia!

Jangan lupa ABU menjelang PRU-13 ini. Nyahkan gerombolan pengkhianat negara yang konon pembela rakyat dan negara. Allahu Akhbar

Allahu Akhbar

Wassalam
jingoza - 20 Syawal 1433 (7 September 2012)
Sumber: Weblog M@RHAEN

POLIS berTUGAS...pilih BULU KOTE??


from ZAKRI ALI RANGKUTI by atsixty

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.

hahahaha.....siasat berdasarkan laporan dibuat!!!!! yg aku tau, banyak jugak laporan yg dibuat oleh PAS & PR atas pelbagai isu....tapi banyak yg tak jalan... kalau puak umno buat laporan, belum tulis lagi...siasatan dah siap....

inilah undang-undang rimba.... siasat hanya jika ada laporan walaupun semua orang dah tahu kesalahan dilakukan. sebenarnya polis boleh buat laporan sendiri seperti dalam kes pegaduhan kaum di Taman Dato harun dan kes siti norhaliza diserang oleh peminatnya di johor bharu. polis sendiri yg buat aduan.

Setahu aku berpuluh report telah dibuat...malah dlm kes Sdr. LGE siap masuk berita lagi..Masalahnya disini..... sebenarnya polis tak bukak kertas siasatan . .so macam mana polis nak siasat......??????

Tindakan Polis Menggari Gadis Yang Menyerah Diri Dipertikaikan

Gadis Cina yang sekadar baru dikategorikan sebagai suspek sudah digari bila dibawa untuk dirakam percakapannya.






Inspektor polis yang belasah pekerja hotel di Seremban, dengan bontot pistol yang tersebar luas di Youtube dan internet apabila dibawa ke Mahkamah dengan 6 pertuduhan jenayah, dan dibawa ke lokap polis sementara menunggu jamin langsung tidak digari.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".

"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.

Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa juga tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.

Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan tindakan polis menggari itu mengikut prosedur.

Diasak lagi pemberita sama ada tindakan polis itu mengikut prosedur sekalipun gadis tersebut menyerah diri, Mohmad yang ditemui pemberita di rumah terbuka IPK KL di Pasar Seni berkata:

"Kita tengok. Sebab itu dalam peruntukkan undang-undang dia ada proses menangkap macam mana.

"Kalau tuan-tuan baca dalam Kanun Acara Jenayah, tengok macam macam proses tangkapan oleh pihak polis."

8 individu masih diburu

Sementara itu, Mohmad menjelaskan polis menggunakan peruntukan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat suspek itu kerana akta tersebut masih berkuat kuasa.

"Maknanya akta ini masih lagi berkuat kuasa. Jadi kita ada hak (untuk menggunakannya)... Peruntukan masih lagi sah untuk diguna pakai," katanya.

Mengulas perkembangan terkini berhubung baki suspek yang didakwa memijak gambar perdana menteri, Mohmad berkata pihaknya masih 'memburu' lapan lagi individu yang terlibat.

Manakala, setakat ini tangkapan yang dibuat masih lagi kekal seramai tiga orang dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan, tambahnya.

Sebanyak 238 laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

laki shahrizat songlap duit lembu tak kena gari..khir toyo telan rasuah tak kena gari.. sakau duit pkfz pn tak kena gari..tp pijak gambar najib dah kena gari..ternyata polis juga sebahagian syaitan yg dikenali.. mmg PDRM ni perlu di BERSIHkan habis-habisan.. buang semua tali barut samseng dan mafia umno/apco dalam PDRM..

Yg salah mmg tetap salah,tp knape perlu ada layanan double standard? yang membongkar kes rasuah telah digari tetapi penjenayah rasuah dilayan seperti VVIP...sedih sy melihat gadis ini dan sudah pasti undi utk bn dari kaum cina akan menjunam teruk dlm pru 13 nanti..syabas PDRM kerana telah membantu perjuangan Pakatan Rakyat..

Mafiaboss

ANWAR ker SAIFUL..tak berak DUA HARI???

Gua Tak Sanggup Beb...!!!!

Bila baca tajuk di sini... adakah ianya memberi jawapan kepada tajuk yang ini pula..???

Pandai2 lu oranglah buat kesinambungan ceritanya... iaitu pada tajuknya.. bukan isinya.. hahaha..., (yang ini sekadar gurauan bagi yang nak berfikir saja, tapi kalau malas nak fikir macam puak2 umnoporno tu... just ignore jelah apa yang gua taipkan tuuu.... hahaha..)

Yang bawah ini juga untuk insan yang mempunyai akal untuk berfikir, jangan jadi macam penchachai umnoporno tau....!!!! Syaitan2 umnoporno memang dilahirkan sejak azali lagi untuk malas berfikir beb..., pasal tu diorang semua sanggup diperlembukan oleh pemimpin2 diorang... perumpamaannya macam lembu di cucuk hidung.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.


"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel. - Mkini.

Tapi apa nak dihairankan dan merasa pelik dengan apa yang berlaku di Malaysia nih, selagi yang memerintah itu Keraaaaa....jaan yang bernama Barisan Nasional aka United Mamak Naina Organisations (umno) macam2 perkara boleh berlaku beb... tiada yang mustahil beb...!!!!

Sebab itulah dalam salah satu jawapan komen gua di sini, mengatakan Kuasa umno mengatasi Kuasa Allah beb...., puak2 laknatullah umno itu lebih Syaitan daripada Syaitan yang original beb..., selama ini pun apa yang puak2 umno laknatullah tak langgar beb...????

Dari segi Perlembagaan Negara, selamba derkkk... diorang bedal semacam jer...

Dari segi hukum agama walaupun mengistiharkan Negara Malaysia sebagai Negara Islam.... ada ke pernah diorang patuh...??? Waima Ketua Agama Islam sendiri... dari 9 negeri... hanya satu atau dua negeri saja yang OK.... selainnya KO.... hahahaha... (lu orang pun tau negeri mana kaaannnn....)

Dari sudut perundangan...., diorang pusing sana sini asalkan "Matlamat boleh Menghalalkan caranya". Habis segala maknenek cerdik pandai bertaraf Profesor, Cendekiawan, Ahli Agama, Ulama pelbagai di beli dengan wang hengget..., mana2 daripada golongan ini yang mudah tunduk dengan nafsu dan wang hengger pasti akan menggadaikan maruah serta prinsip mereka kepada pemerintah.



Itulah uniknya Malaysia beb.... cuma Mat Saleh dari Australia tu jer... yang tak faham dengan keunikkan Negara Tercinta ini.... hahahha....!!!

Berbalik kepada 1001 kisah Pelik Bangang di Malaysia nih... antaranya kisah Budak tak cukup Akal yang gila publisiti seperti Mat Saleh Australia tu ulas...., lu orang buatlah penilaian sendiri. Selain daripada itu.. apa saja isu melibatkan Anwar Ibrahim yang dimainkan oleh cyberuktroopers umporno selama ini, bagi gua semuanya fitnah berbayar beb...

Contohnya, jam tangan "Omega"... sebenarnya yang diserahkan oleh Eskay pada pihak polis adalah buatan Taiwan dan bukannya Anwar punya, pasal tu diorang dok jadi gila babi mendesak Anwar serahkan (tunjukkan) pada polis.

Banyak lagilah perkara yang boleh dipertikaikan melalui logik akal berkaitan kes liwat dan kes China Doll berkaitan Anwar Brahim. Semuanya tu fitnah umno laknatullah semata-mata. Hanya manusia yang berakal sahaja boleh menilaikannya, yang spesies tak tercapai dek akal tuuuu... adalah spesies umno... sebabnya akal diorang dah transfer dalam kepala Lembu.... muakakakakaaaa....!!!!

Lastly..., apa yang mampu gua katakan...., jika mandat pemerintahan negara ini diberikan juga kepada barisan nasional aka umno.... maka selama itu jugalah Rakyat akan diperlembukan dan diperbodohkan oleh Keraaaa...jaan barisan nasional... dengan isu2 Bangang lagi Meloyakan.

Sanggupkah lu orang menjadi Rakyat yang diperbodohkan oleh Keraaaa...jaan bn....???? Sendiri mau ingat laaaa....!!!!

(Gua merapu entry nih... dari Singapura, seperti yg gua bagitau sebelum ini)