ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 28 September 2013

Melayu kena jadi ANAK MENTERI..senang beli RUMAH

Ahad, 29 September 2013

Anak MENTERI boleh beli RUMAH RM7 juta juta juta...pasal DIA PANDAI dan RAJIN BELAJAR..simpan DUIT dalam TABUNG BULUH sejak zaman JEPUN memerintah MALAYA lagi...kah kah kah..ko orang jangan MELALAK lah..


Rumah Banglo Mewah Nedim Nazri Aziz RM7.242 Juta? Kerja? Pegawai Khas Kementerian Pelancongan? Bisnes?

Rumah Banglo Mewah Nedim : Senang atau tidak bergelar pemimpin? Susah, kena “melabur”, kena yakinkan rakyat Malaysia, bersusah payah berkempen, mesti menjawab persoalan rakyat Malaysia lebih-lebih persoalan yang membabitkan keraguan perbelanjaan yang telus melibatkan duit rakyat Malaysia dan lain-lain. Nah…inilah antara harga yang perlu dibayar apabila bercita-cita bergelar pemimpin.

Sekali lagi nama anak Nazri Aziz Nedim Nazri Aziz “bergema” apabila sebelum ini isu pelantikkan anaknya (KLIK SINI) mendapat perhatian ramai pihak termasuklah kalangan kakitangan awam.

Terbaru, Nedim Nazri Aziz dikatakan berkemampuan memiliki banglo mewah bernilai RM7.218 Juta bersama-sama dengan diskaun RM500,9444.08 (-7%) atas nama bumiputera bumiputera.

Bangga? Sedikit bangga, apabila seorang anak Melayu kita berjaya memiliki sebuah banglo yang cukup mewah pada usia yang cukup muda? Tetapi……..persoalannya sekarang ini, mewahnya hidup beliau? 

Perniagaan apakah yang beliau jalankan? Bisnes apa yang beliau usahakan? Hanya berbekalkan jawatan pegawai khas Kementerian Pelancongan mampu berbelanja mewah seperti ini?

Jadi, adalah lebih baik bola persoalan isu pemilikan banglo mewah bernilai RM7.242 juta Berita Semasa dipulangkan semula kepada keluarga Nedim Nazri Aziz termasuklahlah ayahnya, Datuk Seri Nazri Aziz dikala rakyat Malaysia dan juga penjawat awam yang lain berperah keringat dan tenaga untuk memilki rumah idaman mereka berharga hanya sekitar RM200,0000-RM400,000.

Jikalau keluarga Shahrizat Jalil mampu membeli kondo mewah bernilai RM34.56 juta (KLIK SINI), Berita Semasa tidak terkejut. Ini kerana mereka menjalankan perniagaan lembu peringkat kebangsaan. Tetapi…..bagaimana pula, Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri boleh memiliki banglo mewah ini? Sumber?

Jawapan Nazri Aziz Vs Isu Rumah Banglo mewah Mohamed Nedim Bin Mohamed Nazri

“Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya,” kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: “Rumah apa?”Sumber : Malaysiakini



Gambar Dokumen Rumah Bunglo Nedim Nazri Aziz?



OBAMA nak bagi HADIAH terSOHOR kat MP Malaysia..pasal RASUAH..kah kah kah

Sebelum PRU... beriya-iya dia merayu...
Selepas PRU... rakyat kena "tipu"


Buletin Pakatan Rakyat shared Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )'s photo.



Malaysia antara negara tertinggi amal rasuah, menurut kajian

Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.

Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.

Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. – 27 September, 2013.

OLEH JENNIFER GOMEZ


dR MADEY..marah kat ROSMEWAH..pasal bendera Malaysia..kah kah kah

Semakin hari Tun Mahathir semakin mengarut. 

Nampak gayanya kenyataan mantan presiden Umno selama 22 tahun, Mahathir Mohamad semakin hari semakin terserlah mengarutnya. Semalam Mahathir nasihatkan ahli Umno agar jangan pegang jawatan terlalu lama. Apakah dia telah lupa bahawa dia pernah pegang jawatan presiden parti haprak itu selama 22 tahun dan menjadi presiden Umno serta perdana menteri yang paling lama memegang jawatan? 

Mahathir juga menasihatkan ahli Umno agar jangan amalkan budaya cantas mencantas. Apakah dia lupa sebenarnya amalan mencantas pemimpin pelapis berwibawa itulah yang dia sendiri amalkan selama dia berada persada kuasa kepimpinan Umno!! Mahathir mancantas Tengku Razaleigh dan dia jugalah yang mencantas Anwar Ibrahim hanya kerna kededua pemimpin itu jauh lebih cerdik, berwibawa dan bersih darinya. Aduhai kesiannya: Semakin hari Tun Mahathir semakin mengarut. Dia dah nak mampus agaknya!

Nasihat Mahathir: Usah pegang kuasa terlalu lama

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berharap pemimpin Umno tidak memegang kuasa terlalu lama sehingga tidak disenangi ahli dan rakyat yang akhirnya akan menjejas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Like ·  ·  · 4 hours ago · 



Buletin Pakatan Rakyat shared Anak-anak pasir puteh ( Tokjanggut Kelate )'s photo.
Rosmah dan Bendera Malaysia Terbalik.. Mana Laporan Polis?


Bayangkan, jika bendera ini orang PR yang buat.. Jika pembangkang duduk tempat Rosmah tu, nescaya akan terpekik lah Perkeso, Beras Jati dan lain-lain Ngok-ngok totok tayang gigi kat tv terkumat kamit.

Maka seminggulah muka depan tv dan akbar dok putar cerita ni siap report polis lengkap.

Dalam program ni.. Takda sapa berani tegur bendera kita terbalik kod!!!

Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!
Apa pun tak boleh!!!

Mana Juak2 pengampu nie.. Cepat la Bertindak...

copy dan edit dari Dr.Amirul Amin




.

Friday, 27 September 2013

MENARA WARISAN..nak KAYAkan KRONI BN UMNO lagi..

Sengaja nak KUMPULKAN..projek MEGA kat KL..supaya CINA yang sokong BN..terus dapat PROJEK..siapa yang akan bekalkan SIMEN dan BESI..syarikat MELAYU ker..?? Aku bagi soalan PALING BODOH..untuk anda jawap..tak sebut IMPAK..pada harga TANAH dan RUMAH..yang sampai KIAMAT pun..MELAYU..tak kan MAMPU nak beli..

Tuesday, October 26, 2010


Menara Warisan (Chapter Terakhir) - Segalanya Yang Anda Mahu Tahu.

PNB merupakan sebuah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

PNB bukannya sebuah badan yang menyediakan dana untuk wakil-wakil rakyat menjaga kawasan mereka. Mereka menjalankan perniagaan dan keuntungan kepada perniagaan itu digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka seperti ASNB dan juga beberapa saham lain lagi.



Pembinaan Menara Warisan di kawasan strategik tersebut adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sekiranya menara tersebut tidak diperlukan lagi satu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga berlipat ganda.

Jika sekarang dibina dengan kosnya RM 5 bilion, 10 tahun lagi mungkin ianya menjangkau RM 8 bilion. Tahun demi tahun nilainya akan naik. Rekod setakat ini belum pernah menunjukkan nilai hartanah di negara kita menurun. Semuanya makin menaik tahun demi tahun.

Pembinaan menara tersebut bukan lagi serampang dua mata, tetapi ianya serampang bermata-mata. Selain itu ianya boleh menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita.

Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.

PNB juga akan memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.

PNB boleh menjual bangunan lamanya atau mereka boleh simpan sebagai aset dan sewakan kepada pihak lain. Berebut-rebut syarikat yang berminat untuk menyewa bangunan lama PNB sekiranya tawaran dibuka, kerana ianya berada di kawasan yang strategik.

Penentangan DAP dan sekutunya terhadap perkara ini bukan kerana lain, hanya kerana satu sebab sahaja iaitu kerana ianya milik bumiputra. Sekiranya bangunan tersebut dibina oleh Ah Chong, Ah Seng atau Ah Kaw mereka akan sokong 100 % dan akan memujinya. (seterusnya..)

p/s : MIM difahamkan bahawa pembentangan di dalam Bajet 2011 adalah kerana tanah tapak Menara Warisan dan fasa-fasa lain pembangunan adalah milik kerajaan Malaysia.

Thursday, 26 September 2013

Pengundi TEGAR..BN UMNO Luar Bandar


Masalah yang paling sukar dan hingga kini belum dapat diatasi ialah usaha PAS/Pakatan Rakyat untuk menawan hati pengundi tradisi, khususnya di luar bandar yang masih sangat tegar menyokong Umno/BN. 

Usaha ini sudah lama dilakukan, namun keputusan PRU yang lalu menampakkan bahawa pengundi tradisi masih tetap menyokong Umno dengan hujah takut Cina memerintah, takut negara tidak aman, takut rakyat kembali hidup susah seperti zaman baru lepas Perang Jepun dulu, takut Melayu hilang kuasa, takut itu dan takut ini lagi.

Ini adalah aliran pemikiran pengundi tradisi, statik, tidak dinamik, amat sukar berubah, amat terpengaruh dengan janji wang dan pelbagai bantuan dari parti yang memerintah. Pemberian wang RM500 oleh kerajaan dianggap sangat besar.

Makanya untuk membalas budi, mereka menyokong parti yang memerintah. Kesan pemberian ini menyebabkan Pakatan Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun, masih tetap ada sejumlah pengundi tradisi ini yang berfikiran dinamik, bersikap bebas dan merdeka dalam erti tidak terpengaruh dengan segala macam pemberian daripada parti yang berkuasa. Mereka bebas untuk mengundi siapa yang difikirnya layak untuk diberikan amanah.

Jumlah golongan ini kecil tetapi memberi makna besar dan inilah menyebabkan undi untuk PAS/Pakatan Rakyat bertambah di kawasan pengundi tradisi seperti di Selangor, Perak, Melaka dan di Johor sendiri.

Dalam situasi di mana pengundi tradisi sangat kuat menyokong parti yang memerintah, maka Pakatan Rakyat, khususnya PAS – kerana PAS paling banyak bertanding di luar bandar - menghadapi cabaran sangat getir untuk mendapat sokongan daripada kawasan luar bandar yang didominasi oleh pengundi Melayu ini.

Contohnya, antara lain, kawasan di Selangor yang dipanggil Anjung Utara – Ulu Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan beberapa lagi, calon Pakatan Rakyat masih belum berjaya menawannya dalam PRU yang lalu. Ini berlaku walaupun PAS menang 15 kerusi yang kebanyakannya kawasan pengundi campuran di mana Pakatan Rakyat memerintah Selangor untuk penggal kedua.

Kesukaran di Selangor ini diakui pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu. Oleh itu mereka mengatur langkah segera untuk menerobos kawasan Anjung Utara itu selepas menyaksikan keputusan PRU yang lalu di kawasan itu di mana kelihatan Pakatan Negeri Selangor begitu cepat mengatur strategi walaupun PRU ke-14 lama lagi.

Tidaklah wajar diperincikan strategi untuk ‘memutihkan’ kawasan di sebelah utara Selangor itu, tetapi yang jelas Pakatan Rakyat mengatur segera pelbagai rancangan ke arah menawan kawasan Parlimen dan DUN di situ.

Ini adalah usaha segera Pakatan Rakyat di Selangor, tetapi bagaimana pula di negeri lain, seperti di Kedah, umpamanya, di mana kerajaan PAS/Pakatan rakyat di negeri itu ditewaskan dengan teruknya. Bagaimana pula di Kelantan, di mana PAS memerintah 22 tahun di negeri Cik Siti Wan Kebang itu, tiba-tiba tewas 15 kerusi dalam PRU yang lalu di mana keputusan ini sangat mengkhuatirkan. Khabarnya, mujurlah ada pengundi anak perantau Kelantan yang pulang mengundi, kalau tidak entah bagaimana keputusannya.

Keputusan PRU yang lalu di Johor pula menyaksikan permulaan yang baik, di mana dulunya PAS hanya menang dua kerusi DUN, tetapi kini bertambah dua lagi menjadikan empat kerusi DUN yang dimenanginya. Tetapi kemengan itu, antara lain, disebabkan sokongan pengudi Cina sebanyak 47 peratus di dua DUN yang baru dimenangi dalam PRU tersebut. Bagaimanapun DAP mencapai kemenangan gemilang di Johor bersama PKR.

Mesejnya di sini ialah, Johor bukan lagi kubu kebal Umno/BN dan zaman pencerahan boleh berlaku dari sekarang di negeri selatan tanah air itu jika PAS/Pakatan Rakyat berusaha dari sekarang dengan strategi yang tepat untuk menwan hati budi pengundi tradisi ini.

Di Terengganu, pencapaian PAS di negeri itu dalam PRU yang lalu membina kembali harapan bahawa negeri yang pernah diperintah oleh PAS itu kemungkinan besar akan dapat kembali kepada PAS dalam PRU akan datang kerana sekarang ini hanya selisih majoriti dua kerusi antara BN dan PAS. Di negeri itu, pengundi tradisi Melayu hampir mencapai 90 peratus.

Di Perak, prestasi PAS/Pakatan rakyat juga memberangsangkan. Walaupun negeri utara itu banyak juga kawasan tradisi, tetapi ia mampu mengekalkan kemenangannya di kerusi tersebut di samping kerusi kawasan campuran yang dimenangi oleh DAP dan PKR. Ini menyebabkan majoriti BN hanya lebih tiga kerusi di negeri itu.

Di Pahang dan Negeri Sembilan yang juga banyak kawasan pengundi tradisi, menampakkan harapan bahawa Pakatan boleh menawan kawasan tersebut dalam PRU akan datang, sementara di Perlis yang juga majoritinya adalah kawasan tradisi Melayu berusaha keras menawan hati budi pengundi tradisi ini.

Setakat ini saya belum mendapat gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai demografi pengundi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, saya tertarik dengan ucapan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Bintulu, Sarawak baru-baru ini bahawa dakwah atau penerangan PAS mestilah ‘memasuki’ rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka.

Ini, katanya, disebabkan sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, kata Dr Dzul, PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada setiap pilihan raya sewajarnya memastikan penerangan yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu.

“Politik kita bermula dengan dakwah dan kita bukan politik saja, tetapi berpolitik dan berdakwah. Iaitu di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi politik kepada mereka dan ini perlu dilakukan serentak,” kata Dr Dzul.

Becakap mengenai pengalamannya sebagai ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, beliau berkata, bahawa bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.

“Ini kerana sebahagian besar pengundi Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS/Pakatan Rakyat. Bahkan, pengundi muda juga ada yang bersikap demikian sedangkan sebelum itu mereka banyak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PAS/Pakatan Rakyat seperti pertandingan futsal, motocross dan lain-lain,” katanya.

Oleh itu, katanya, pendekatan dakwah dan politik yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tradisi Melayu bukan saja sekadar dapat ‘memasuki’ rumah mereka tetapi juga memenangi hati budi mereka.

Menurutnya, ini jelas berbeza dengan golongan Melayu bandar dan pertengahan yang sedia berbinncang, berdebat, berseminar dan lain-lain dalam usaha PAS/Pakatan Rakyat melakukan pendekatan kepada mereka.

Inilah perihal pengundi tradisi yang sangat perlu ditangani oleh Pakatan Rakyat dengan segala kebijaksanaan, bukan memikirkan hal yang remeh temeh

Tuesday, 24 September 2013

Bil Internet..Malaysia Taiwan Singapura

Kat Malaysia RM149 dapat 5Mbps...kat TAIWAN

5Mbps hanya RM55.90...kat Singapura RM141 

kita dapat 200 Mbps...jadi kalau orang AFRIKA 


Zimbabwe kata...


MELAYU UMNO BN nih..lanun 

PEROMPAK darat...jangan lah MARAH yerk..???


Tunggulah 56 tahun lagi...kot kot Malaysia 

akan MAJU...