ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 8 January 2013

Kenyataan Media Presiden PAS tentang Kalimah Allah


Kenyataan Media Presiden PAS tentang Kalimah Allah


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-Imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

8 Januari 2013

25 Safar 1434H,

PETALING JAYA 8 Jan: Tindakan mahkamah dan saman sivil akan diambil terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) jika syarikat tersebut gagal selesaikan masalah air di Selangor, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

“Jika perlu, saman sivil atau tindakan mahkamah akan diambil. Syabas juga perlu memikirkan pampasan kepada penduduk terlibat kerana ramai dari mereka yang berpendapatan rendah.

“Ada yang terpaksa hantar baju ke dobi dan makan di luar,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

“Menurut Syabas pada 4 Januari, masalah bekalan air terputus akan selesai dalam masa lima hari. Tapi sampai sekarang tak selesai lagi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Kata Zuraida, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syabas dan penyerahan memorandum ke ibu pejabatnya di Jalan Pantai Baru 10 Januari ini.

Menurut beliau, selepas tinjauannya ke rumah pam Wangsa Maju pada 3 Januari, pihak Syabas melaporkan empat dari lima rumah pam pulih.

“Tetapi pihak hubungan awam Syabas pula melaporkan hanya dua pam yang pulih. Masalah ini telah masuk minggu kedua. Isu ini menjadi isu nasional dan beritanya merebak ke luar negara,” tegas Ketua Wanita KEADILAN itu.

Beliau menuntut Syabas membuat rondaan ke kawasan terlibat tanpa henti bagi memastikan tangki statik sentiasa mempunyai air.

“Bukan hanya menunggu aduan semata-mata. Saya terima banyak laporan talian aduan, tapi Syabas tak dijawab,” katanya.

Zuraida juga mendesak Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar menyiasat bekalan air terputus memandangkan masalah ini tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kononnya menuju negara maju.


“Tak mungkin semua sistem gagal serentak dan tak ada mekanisme serta sistem sokongan sewajarnya yang dapat mengelakkan kejadian bekalan air terputus,” tegasnya.-Kd

No comments:

Post a Comment