ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 10 September 2011

Wanita BOGEL sukan..Zaman Batu?


Harun Yahya - Zaman Batu (Suatu Pembohongan Sejarah) - download buku (PDF)




Kaji Kursus Yang Kurang Mendapat Kerja


SUMBER : http://mynewshub.my/bm/2011/03/25/kaji-kursus-yang-kurang-mendapat-permintaan-kerja/

Kaji Kursus Yang Kurang Mendapat Kerja

    March 25, 2011
    No Comments


    KUCHING – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula kursus tawarannya yang kurang mendapat permintaan di pasaran kerja semasa, kata ahli majlis Mara, Norol Azali Sulaiman di sini.
    Beliau berkata untuk memastikan pelajar tajaan Mara berpeluang mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, beberapa penyesuaian semula akan dibuat dalam kursus yang ditawarkan agar relevan dengan kehendak industri semasa.
    “Selain itu, kita turut menerapkan kemahiran keusahawanan dan kemahiran asas kepada pelajar tajaan agar mereka dapat bekerja sendiri,” katanya kepada pemberita pada karnival pendidikan Mara 2011 peringkat negeri Sarawak di sini Jumaat.
    Beliau berkata sebagai contoh, kemajuan dalam beberapa bidang industri, misalnya perubatan, turut mendorong beberapa perubahan dalam kursus yang perlu ditawarkan kepada pelajar tajaan Mara.
    Ketika ini, katanya, Institusi Pendidikan Mara (Ipma) termasuk bidang kemahiran kini telah mencapai 305 buah iaitu 95,911 pelajar pendidikan tinggi, pelajar menengah (111,516) dan pendidikan latihan dan kemahiran (116,780).
    Norol Azali berkata seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telahpun menamatkan pengajian sama ada di dalam mahupun luar negara manakala untuk pengambilan Julai tahun ini, Mara menawarkan sebanyak 27,347 tempat bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana.
    Mengenai kegagalan pelajar tajaan Mara untuk membayar balik pinjaman, beliau berkata pihak pengurusan Mara akan meningkatkan lagi usaha dengan kerjasama beberapa agensi untuk memastikan mereka yang berkenaan membayar hutang yang masih tertunggak.
    Katanya setakat ini masih ada kira-kira RM500 juta hutang tertunggak membabitkan pinjaman pendidikan dan perniagaan.
    “Mara ada mengambil beberapa langkah untuk memastikan peminjam ini membayar balik hutang seperti sekatan perjalanan ke luar negara, namun ia bukanlah mandatori,” katanya. – BERNAMA



    KEPALA BATAS – Pusat Latihan GiatMara merancang untuk membuka pusat latihannya di Selatan Thailand bagi memberi peluang kepada rakyat di negara itu mengikuti pelbagai program kursus kemahiran anjurannya.
    Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata pembukaan pusat latihan GiatMara di negara jiran itu akan membolehkan istitusi latihan berkenaan memperoleh faedah bersama antara Malaysia dan Thailand.
    “Pelbagai faedah turut diperoleh antaranya kita boleh membuat pertukaran tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu… contohnya kita boleh menghantar tenaga pengajar mengikuti latihan kepakaran yang dimiliki Thailand dalam bidang spa dan rawatan kesihatan, serta kimpalan bawah air,” katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Sijil Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) Belia Selatan Thailand, di sini Selasa.
    Turut hadir pada majlis berkenaan Konsulat Jeneral Thailand di Pulau Pinang Voradet Viravakin.
    Shahiruddin berkata perbincangan berhubung pembukaan pusat latihan di negara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
    Shahiruddin turut mencadangkan agar pelatih-pelatih Selatan Thailand yang telah menamatkan kursus mereka di pusat latihan GiatMara di Malaysia menubuhkan alumni bagi menjalin kerjasama ekonomi antara pelatih di kedua-dua negara.
    Sebanyak 109 belia Selatan Thailand berjaya menamatkan latihan kemahiran di Giatmara sejak PKTM diadakan pada 2007 dan menerusi alumni itu, kelak mereka boleh menjalin kerjasama peluang perniagaan dengan pelatih Malaysia.
    Sementara itu, Voradet berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu dan berharap penubuhan pusat latihan berkenaan memberi manfaat kepada belia di sana.
    Voradet percaya penubuhan pusat latihan itu akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.
    PKTM adalah kerjasama bantuan latihan teknikal antara Malaysia dan Thailand dengan inisiatif untuk memakmurkan jiran.
    Para pelajar yang dipilih akan mengikuti latihan kemahiran di GiatMara selama enam bulan dan menjalani latihan industri selama tiga bulan di syarikat terpilih. – BERNAMA


    Dek penangan Soalan Bocor SPM 2010, alhamdulillah ramai anak-anak Malaysia menguasai ilmu SPM 2010. Jumlah pertambahan kelulusan dan tidak berkurang juga bilangan pelajar yang BUNGKUS TERUS.


    Mungkin Soalan Bocor SPM2011 tidak berulang. Tapi percayalah, bahawa poket rakyat akan terus bocor daripada pegangan masing-masing.


    Dalam kesibukan anak-anak untuk menerus cita-cita ke IPTA, IPTS, IPTS Luar Negara, IPTA Luar Negara, Kolej-Kolej Awam dan Swasta, maka, para ibu bapa penjaga, sudah mula:


    1. Mencongak hari, bila nak keluarkan Dana Simpanan Insurans Pendidikan anaknya.


    2. Menghitung masa, boleh dikeluarkan rezab KWSP untuk bayar penganjuran pelajaran anaknya.


    3. Mengenal siapa PTPTN, MARA, Yayasan-yayasan Negeri, Pusat Zakat dan BaitulMal, Para Penaja Pendidikan Korporat seperti PETRONAS, TNB, TM, 1MDB, Sime Darby, Felda, Khazanah Nasional, MONBUSHO JEPUN dan banyak lagi.


    Dalam kemaruk anak-anak selepas keputusan SPM keluar, ada lagi mak bapak yang masih lupa diri:


    1. Belilah kereta dan motorsikal untuk bunuh anak mereka yang gila stereng dan merempit ibarat jalan mak-bapak dia yang bikin. Kalau mak-bapak ada anak soleh dan solehah, alhamdulillah, ke syurgalah mereka.


    2. Mulalah merancang acara-acara khas meraikan anak mereka. Adalah lebih mulia, jika yang banyak gila duit, hantar anak itu ke Tanah Haram. Berikan budak itu hadiah paling mahal dalam dunia mudanya iaitu menghayati nilai hidup di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.


    3. Mana yang tak beduit, hantarlah setandan pisang emas atau berangan ke Masjid berdekatan masa Jumaat akan datang ini. Sebagai jariah daripada zuriat yang dijanjikan rezeki melimpah ruah kepadanya.


    4. Ada yang kaya raya lagi, minta catering hantar makanan kepada rumah anak-anak yatim dan orang tua di kawasan sekitar. Taja beberapa orang anak yatim dan orang miskin untuk belajar seperti mana yang diperoleh faedah oleh anaknya.


    Pak Sedaro fikir umat Melayu kena ubah konsep mencongak keputusan SPM. Daripada amatan Pak Sedaro, soalan SPM sejak tahun 2004 amat mudah kerana diulang-ulang, yang membezakan hanyalah fakta. Konsep soalan sama setiap tahun. Apakah anak-anak kita benar-benar pandai, diuji mengikut kasta ilmu? Atau sekadar menongkat masa, buat pengumuman bahawa rakyat Malaysia makin pandai?


    Soalan zaman Pak Sedaro jika dikupas daripada tahun peperiksaan 1970-1995, akan ada 10 pola berbeza. Mencabar dan terasa kesusahannya. Apakah kita terus melahirkan robot manusia? Atau kita melahirkan insan berfikir, insan "thinking leader", insan "transformasi ilmu mantiq dan ilmu metafizik"?


    Kementerian Pelajaran Malaysia, jadikanlah SPM sebagai mauduk penyusunan strategi sejak pelajar berumur 13 tahun. Indoktrinasi ilmu kolonial British sudah dirasai basi oleh anak-anak Malaysia. Transformasi pendidikan Malaysia mesti diberi jatidiri dan pengukuhan.


    Belajarlah daripada Profesor Berilmu, bukan daripada Profesor Buta Kayu.

    SUMBER : http://sas-2008.blogspot.com/2011/03/pusat-tuisyen-rakyat-dun-batang-kali.html

    Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan

    Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.

    Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
    Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.

    Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
    Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan 
    Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

    Friday, 9 September 2011

    Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH

    by 

    Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH


    British terus meningkatkan propaganda buruk terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. 

    British sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik mungkin sehingga berjaya menarik simpati masyarakat Melayu.

    Masjid Jamek Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.


    Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo. 



    Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.

    Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. 

    Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.

    Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harian yang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

    Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

    Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika Dipenjara
    Pak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis. 

    Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British di atas penglibatannya.

    Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.

    Misteri WASIAT Kematian Mat Indera
    Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir. 


    Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara, mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata mereka berhak menjalankan hukuman tanpa memaklumkan kepada waris. 


    Inilah yang amat menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang meragukan mereka, Polis menggunakan alasan bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat diterima oleh Pak Johan dan bapanya.



    Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut. 

    Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis. Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.

    Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah kepada kematiannya ia terus difitnah. 



    Selepas sehari suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib), Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke Seri Medan. 

    Jika ada penambah baikan dalam penulisan ini amat dialu-alukan.

    Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Sekian.

    PERGERAKAN PARANG PANJANG.


    PERGERAKAN PARANG PANJANG

    Kerajaan Jepun telah melantik bapaku menjadi ketua kampung Ngor dan kampung-kampung kecil sekitarnya, iaitu Changkat Duku, Tualang Bengok dan Tanjung Tok Yen. Sebagai ketua kampung bapaku telah dianugerahkan sebuah lencana tembaga sebesar mata kukuran dan disekelilingnya berbentuk seperti mata gergaji. Kuasa ketua kampung pada masa itu sama dengan ketua-ketua kampung pada masa ini.
    Manakala Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPJA) telah melantik bapaku menjadi ketua orang-orang Melayu yang menyertai pergerakan mereka. Bapaku dan penduduk-penduduk kampung terpaksa menjadi seperti ’golok bermata dua’; menyokong kerajaan Jepun dan menyokong orang-orang dari Parti Komunis Malaya (PKM).
    Beberapa orang ahli-ahli Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA) dan ahli Jawatankuasa cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) daerah Kuala Kangsar sering datang menemui bapaku di Paya Pak Banun. Mereka telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampungku dan kampung-kampung lain.
    GERAKAN ENTI - JEPUN
    Di antara keder-keder Parti Komunis Malaya (PKM), Wang Seng (lelaki Cina, berkelulusan Senior Cambridge) dan bekas wartawan sebuah surat khabar Inggeris di Singapura. Dia menganut fahaman Marxisme dan berkiblatkan kepada Komunis China, Baharuddin Tahir atau Baharuddin ’topi mengkuang’, berasal dari Sumatera, tinggal di Kati. Jadi anggota KMM sebelum perang dunia Kedua, menyertai gerakan anti-Jepun dan menjadi anggota PKM dan kader penyusunan massa. Dia sentiasa memakai topi mengkuang, lepasan sekolah agama Islam di Indonesia.
    Seorang guru agama Islam – Mudir Madrasatul Kamaliah, Kati, Kuala Kangsar, Fakeh Haji Ghazali berasar dari Chemor dekat Ipoh, telah menjadi mubaligh agama Islam bagi pihak Malayan People’s Anti Jamapenese Army (MPAJA).
    Fakeh Ghazali telah mengeluarkan fatwa, bahawa orang-orang Melayu dan Islam lebih baik bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) daripada bekerjsama dan menyokong penjajah Jepun dan penjajah Inggeris yang berkuasa atas orang Melayu dan umat Islam.
    ”Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang menentang penjajah Jepun dan Inggeris dan membantu orang Melayu memerdekakan tanah air mereka, tetapi orang Islam jangan sampai merosak akidah kerana bekerjasama dengan pihak parti komunis,” katanya.
    MEMPERHAMBAKAN MANUSIA
    Fakeh Ghazali telah memberi amaran kepada umat Islam, bahawa komunis menafikan wujud Allah. Fahaman itu amat bahaya kepada umat Islam, setiap orang Islam yang menganut fahaman komunis menjadi murtad dan kafir.
    Menurutnya, penjajah Jepun dan penjajah Inggeris mengamalkan dasar kapitalisme dan memperhambakan manusia. Mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan boleh menguasai umat Islam
    Dua orang perempuan Cina masih muda kader Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Che Som dan Che Bee telah menjadi penyebar fahaman komunis di kalangan kaum ibu Melayu di kawasan Kuala Kangsar telah tiga kali datang ke kami.
    Mereka telah meminta bapaku, supaya memujuk seorang perempuan muda yang cantik, isteri orang, di kampung Changkat Duku supaya menjadi kader Parti Komunis Malaya (PKM) seperti mereka. Tetapi bapaku telah menolak pemintaan mereka itu.
    MENYIMPAN PERASAAN MARAH
    Pada satu hari, dalam satu perjumpaan antara Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) dengan orang-orang kampungku, telah tercetus pertengkaran antara bapaku dengan beberapa orang ahli Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Pertengkaran itu terjadi setelah bapaku menentang pendapat mereka yang mengatakan komunisme sama dengan Islam.
    ”Kalau nak ajak kami masuk komunis, kami tak nak, kami orang Islam,... kami boleh bekerjasama kerana melawan Jepun,...tapi kalau ajak kami jadi kafir kami tak boleh,” kata bapaku kepada mereka.
    Pertengkaran itu telah dapat diredakan setelah Baharuddin ’topi mengkuang’ menyokong pendapat bapaku. Dia memberitahu, fahaman komunis tidak boleh diterima oleh orang-orang Islam. Orang-orang Melayu boleh bekerjasama dengan orang-orang komunis kerana sebab-sebab tertentu, seperti menentang penjajah. Walau pun pertengkaran itu menjadi reda dan masing-masing telah faham, tetapi beberapa orang lelaki China telah menyimpan perasaan marah kepada bapaku.
    Sebenarnya di kalangan Parti Komunis Malaya (PKM) ada di antara orang-orang Cina – sama dengan orang-orang China dalam parti-parti politik mereka sekarang - , yang berhasrat hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara Cina baru atau Cina seberang laut (nan yang) - negara komunis dan semua orang Melayu menganut komunis.
    CINA SEBERANG LAUT
    Singapura yang dulunya sebuah negeri Melayu, tetapi kerana cita-cita kalangan orang-orang Cina seperti yang aku utarakan di atas ini, maka kini pulau itu Temasik itu telah menjadi sebuah republik yang dikuasai oleh orang-orang China seberang laut.
    Sebagai seorang yang telah dewasa dengan pergolakan politik tanah air dan dunia, aku mendapati penjajah yang dilakukan dengan senjata dan politik sama bahasanya dengan penjajahan ekonomi seperti yang wujud di negara kita sekarang ini.
    Kejayaan penjajahan ekonomi oleh penghijrah-penghijrah (immigrants) dalam sesebuah negara, akan menjadikan penduduk-penduduk asal negara itu lemah dalam semua bidang. Mereka terkapai-kapai ke sana kemari dalam keadaan ’menang sorak kampung tergadai. Anak-anak muda mereka, walaupun berpendidikan tinggi, tetapi tidak lebih dari jadi buruh dalam negara sendiri, sama ada buruh kasar atau pun buruh berkolar putih.
    Tiga malam kemudian, kira-kira tujuh orang lelaki China telah datang ke dangau kami. Mereka telah mengajak bapaku mengikut mereka ke dalam kebun getah tidak jauh dari belakang dangau kami kerana hendak berunding. Tetapi apa bila tiba dalam kebun getah itu mereka telah menangkap bapaku dan mengikatnya pada sebatang pokok getah di situ.
    PARTI KOMUNIS MALAYA

    Mereka memberi kata dua kepada bapaku; kalau bapaku mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), mereka tidak akan membunuh bapaku, tetapi kalau bapaku tidak mahu bekerjasama dengan mereka, maka mereka akan membunuhnya.
    Menurut bapaku, setelah dia mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak akan menyebelahi Jepun, maka mereka telah melepaskan bapaku dan mereka telah meminta maaf kepadanya.
    Semenjak dari malam itu, bapaku telah berpura-pura bekerjasama dengan orang-orang Parti Komunis Malaya (PKM). Secara sulit dia telah berhubung dengan dua orang sheikh ’Pergerakan Parang Panjang’, iaitu Sheikh Othman di Kampung Baiyan, Taiping dan Kiyai Salleh, Batu Pahat, Johor.
    Kerana bapa dan ibuku mementing pelajaran aku dan adikku, lebih-lebih lagi kerana di huma kami tiada guru untuk mengajar kami membaca Quran, maka mereka mengambil keputusan berpindah dari huma itu ke kampung kami.
    SEKITAR KEBUN GETAH
    Setelah kami berpindah ke kampung, tidak ramai orang Parti Komunis Malaya (PKM) yang datang ke rumah kami. Hanya Wang Seng dan Baharuddin topi mengkuang yang sering datang secara bersembunyi-sembunyi.
    Pada tiap-tiap malam gurila-gurila Parti Komunis Malaya (PMK) sentiasa berkeliaran di sekitar kebun getah dan belukar di pinggir kampung kami. Mereka juga telah menyebarkan surat-surat khabar Parti komunis Malaya (PKM) di kampung kami dan kampung-kampung lain. Di antara surat-surat khabar dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi dan Jawi, ialah Bintang Merah, Berita Benar, Suara Rakyat dan Bintang Timur.
    Perigi tempat kami mengambil air mandi terletak di bawah bukit, kira-kira 300 ela dari rumah kami. Kira-kira seminggu sekali aku mendapati surat-surat khabar itu diletak di pinggir telaga itu dan ditutup dengan daun pisang.
    Sama ada di rumah datukku mahupun di rumah bapaku tidak ada tersimpan surat-surat khabar lama. Datuk dan bapaku seperti kebanyakan orang kampung Melayu di hulu-hulu negeri dan di pendalaman pada masa itu amat jarang membaca surat khabar.
    MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM
    Pada masa itu hanya surat-surat khabar Parti Komunis Malaya (PKM) itu sahaja yang ada. Media itu telah menjadi bahan bacaanku dan sumber ilmu pengetahuan am(general knowlege)ku, terutama mengenai media hal ehwal dunia.
    Aku masih ingat-ingat lupa, iaitu pada muka dua surat khabar Bintang Merah ada sebuah artikel tiga kolum. Dalam artikel itu ada tulisan lebih kurang begini ’...British, Amerika dan mereka yang beragama Kristian tidak akan henti-henti untuk memusnahkan umat Islam. Mereka mempengaruhi umat Islam dengan kemewahan hidup, budaya alat mereka yang berlawanan dengan Islam dan bahasa Inggeris, kerana bahasa itu menjadi bahasa dunia’.
    Walaupun aku masih belajar dalam darjah tiga di sekolah Melayu, tetapi kerana aku rajin membaca surat khabar Jawi dan buku-buku agama bertulisan jawi juga, maka aku telah mempunyai pengetahuan am yang agak baik berbanding dengan murid-murid sedarjah denganku, di sekolah Melayu tempat aku belajar.
    Walaupun aku masih kanak-kanak, tetapi aku telah mengetahui kerja dan peranan pemberita dan wartawan. Pada usia begitu aku telah mempunyai cita-cita untuk menjadi wartawan seperti Wang Seng anggota Parti Komunis Malaya(PKM) atau macam abang saudaraku, Abdullah Kuak yang pandai menulis rencana-rencana untuk majalah-majalah agama di Pulau Pinang dan Singapura.
    BACA SURAT KHABAR
    Aku mulai mengetahui tugas dan peranan wartawan ialah dari Baharuddin (topi mengkuang) dan Wang Seng. Manakala Wang Seng telah mengajarku mengenai surat-surat khabar di negara China dan negara-negara lain.
    Aku masih ingat akan kata-kata Wang Seng, ”...orang baca surat khabar dapat banyak ilmu, orang tak baca surat khabar fikirannya jadi lemah.”
    Wang Seng juga orang yang pertama telah mengajar ilmu kewartawanan kepadaku. Walaupun dia tidak mengajarku bagaiamana menulis berita, rencana dan sebagainya, tetapi dia telah memberitahu kepadaku, di mana surat khabar di terbitkan, bagaimana berita-berita, rencana-rencana dan gambar-gambar didapati oleh surat-surat khabar di seluruh dunia. Dia juga memberitahu, orang-orang China memandang wartawan sebagai ’Raja yang tidak bermahkota’.
    Dengan menggunakan surat khabar ’Bintang Merah’, Wang Seng telah mengajarku mengenai kepala berita (head line), berita dalam negeri, berita luar negeri dan beberapa pengetahuan mengenai persurat khabaran.

    WARTAWAN MENCORAKKAN DUNIA
    Wang Seng telah menasihatkan aku, apabila aku telah tamat belajar nanti, pekerjaan yang baik bagiku ialah bekerja sebagai wartawan. Katanya, bekeraja sebagai wartawan boleh memusing dan mencorakkan dunia ini. Menurutnya guru hanya mengajar murid-muridnya di sekolah, tetapi wartawan mengajar semua manusia, walaupun mereka itu raja, presiden, pegawai kerajaan, pedagang, buruh kasar atau para petani di kampung-kampung.
    Sementara Baharuddin ’topi mengkuang’, telah memberitahu ramalannya kepada bapa dan ibuku, iaitu apabila aku telah besar dan dewasa nanti, aku akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan terkenal atau tersohor. Manakala adikku, Ghazali, akan menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, tetapai tidak terkenal atau tidak tersohor seperti aku.
    Perkataan dan ramal Baharuddin ’topi mengkuang’ itu telah merangsang semangatku untuk menjadi seorang pemberita atau wartawan. Kerana cita-cita itulah agaknya, aku telah menjadi seorang kanak-kanak yang rajin membaca. Ingin mengetahui sesuatu yang wujud di alam ini. Di sekolahku, aku pernah dimarah oleh dua tiga orang guruku, kerana aku telah banyak bertanya kepada mereka akan perkara-perkara yang mereka tidak dapat menjawabnya atau sengaja tidak mahu menjawab.
    Aku masih ingat, pada masa itu kebanyakan guru tidak suka murid-murid mereka lebih pandai dari mereka. Mereka itu masih kuat memegang pada fahaman ’guru makan garam dulu dari murid’.
    MUSUH AGAMA ISLAM
    Aku sering mendengar dua orang kader Parti Komnunis Malaya (PKM) itu bercakap dengan bapaku, bahawa orang-orang komunis yang menentang Jepun bertujuan untuk membela orang-orang Melayu, membela agama Islam dan menolong mereka menuntut kemerdekaan. Tetapi, walaupun aku masih kecil, aku tidak percaya kepada percakapan mereka itu. Aku sering diberitahu oleh ustaz Mohd.Amin Farid dan ustaz Mohd. Khir Nawawi yang mengajar aku mengaji Quran, iaitu orang-orang komunis tidak percayakan Allah dan musuh agama Islam.
    Pada satu hari aku telah terjumpa surat khabar lama, ’Majlis’, dalam peti di rumah datukku. Aku telah membaca surat khabar bertulisan Jawi itu dengan mengeja atau merangkak-rangkak. Aku telah membaca dan memahami rencana pengarangnya, iaitu:
    ’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari sanalah menjalar ke benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan agama al Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar (Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama Islam).
    Kita pernah mewartakan 30,000 buah masjid Islam di Russia telah ditutup oleh kerajaan komunis sama ada dijadikan panggung wayang atau pun kandang kuda dan jamban dan beberapa banyak pula gereja Kristian telah bernasib seperti masjid-masjid itu.’
    Pada masa itu gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak terdiri dari orang-orang China yang kebanyakan dari mereka penanam-penanam sayur dan tembakau, halia, sayur-sayuran secara haram di dalam kawasan-kwasan Hutan Simpan, di sepanjang kaki banjaran Gunung Bintang Hijau dari daerah Kuala Kangsar hingga ke daerah Grik atau Hulu Perak.
    LOMBONG BIJIH TIMAH
    Selain dari mereka itu, terdapat juga guru-guru sekolah cina, peniaga-peniaga kecil seperti tukang basikal, bengkel kenderaan, tukang kayu dan buruh ladang getah dan lombong bijih timah.
    Manakala dalam kawasan Sungai Siput Utara, Kinta hingga ke Perak Selatan, Tanjung Maling anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) terdiri dari pemuda dan pemudi China yang bekerja sebagai buruh ladang getah dan buruh lombong bijih Timah. Dan sedikit dari mereka itu terdiri dari guru-guru China, peniga dan mereka yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.
    Kebanyakan orang-orang China suku Hainam, suku Kong Sai yang bekerja di Rumah Rehat, hotel dan restoran menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
    ’Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang menggunakan perasaan anti-Jepun khususnya di kalangan penduduk-penduduk China. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti – Jepun Penduduk Tanah Melayu. Keanggotaannya terbuka kepada semua penduduk Tanah Melayu. Topi yang dipakai oleh Tentera Anti – Jepun ini mempunyai tiga bintang yang dianggap mewakili orang Melayu, China dan India. Tentera ini juga lebih dikenali sebagai askar Bintang Tiga. Oleh kerana semasa pendudukan Jepun, pertubuhan yang teratur dan kuat untuk menentang Jepun ialah Bintang Tiga yang dikendalikan oleh Parti Komunis, maka ramai orang China, yang tidak pun bersimpati dengan fahaman komunis, telah menganggotai Bintang Tiga kerana mereka bencikan Jepun. Jadi, satu lagi kesan pendudukan Jepun yang penting ialah menguatkan Parti Komunis Malaya.
    Usaha Jepun hendak menentang Bintang Tiga membawa kesan yang buruk. Kebanyakan anggota polis Jepun ialah orang Melayu. Apabila Jepun hendak menghapuskan Bintang Tiga, orang Melayu yang menjadi polis Jepun diarah melakukannya. Jadi, sebenarnys pertentangan Jepun dengan Bintang Tiga, telah merupakan pertikaian orang Melayu dengan orang China kerana dalam pasukan polis Jepun ramai orang Melayu dan dalam Bintang Tiga kebanyakan-nya orang China. Dengan itu hubungan orang Melayu dengan orang China menjadi renggang.’
    Sementara hartawan-hartawan China menjadi golok mata gua; mereka membantu Jepun dan membantu Inggeris. Kata datukku, bahawa orang-orang China seperti punai dengan pokok jerai, di mana ada buah jerai masak , di situlah banyak burung punai.
    TIDAK DIGANGGU GUGAT
    Kerana bapakku ketua kampung, maka semua orang China suku Kong Sai yang hidup sebagai setinggan atas tanah Hutan Simpan kerajaan telah ’bergantung harap’ kepadanya, terutama untuk menolong mereka supaya tidak diganggu gugat oleh askar Jepun. Sama ada terpaksa atau secara sukarela, mereka itu adalah penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya (PKM).
    Mereka sering membawa kepada ayah dan ibuku ayam Tongsan dan sayur-sayuran. Aku telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal orang-orang China kebun sayur yang sering datang ke rumahku.
    Semenjak pada zaman penjajah Inggeris hingga pada masa ini, ada di antara orang-orang pendatang di Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai perasaan jujur bergaul dengan orang-orang Melayu, ada yang perpura-pura bergaul tetapi hati di dalam bermusuhan dan ada pula yang berbaik- baik dengan orang-orang Melayu dengan berazimatkan ’ anti perkauman’ tetapi mereka mempunyai tujuan yang tertentu atau ’ada udang di sebalik batu’.
    Sekumpulan orang-orang Cina yang kaya raya di Ipoh telah pergi ke London membuat tuntutan kepada Kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang-orang Melayu. Sementara itu sebilangan besar orang-orang Cina di Johor dan Singapura yang menunggu-nunggu masa untuk menjadikan Singapura sebuah Negara Cina Seberang laut. Mereka telah berhasrat demikian setelah terbitnya sebuah buku geografi di Negara Cina yang memaparkan peta Kepulauan Melayu sebahagian dari Negara China.
    Amalan-amalan tidak sihat itu masih berlaku dalam pergaulan hari-hari, politik, sosial, pendidikan dan pernigaaan dan perdagangan pada masa kini. Maka sama ada pemimpin-pemimpin Melayu nampak atau tidak, bahawa falsafah ’telunjuk lurus kelingking berkait’ terus wujud dalam masyarakat ’majmuk dan muhibbah’ di negara ini.
    Pada masa aku menulis buku ini, aku khuatir negara kita ini akan berlaku seperti pantun Melayu yang telah ditulis oleh seorang ahli parti Islam, Hizbul Muslimin pada tahun 1945, penulis dan guru agama, Yahaya Nasim:

    Dari mana hendak ke mana,
    Tinggi rumput dari padai,
    Sini Cina sana Cina,
    Malaya jadi pajak judi.
    (Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).
    Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

      NASIHAT




      JANGAN BERANGAN - ANGAN

      Kita sedang dalam perjalanan menghadapi pilihan raya umum. Jika seseorang pemimpin besar dan kecil telah tegal dengan pendirian masing - masing, bahawa amanah Allah dan rakyat jelata telah ditunaikan, maka, janganlah takut menyertai pertadingan dalam pilihan raya teersebut nanti.
      Tetapi, jika masing- masing sedar, bahawa dirinya telah dipilih oleh orang ramai untuk menjadi wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Parlimen - Dewan Rakyat, tetapi mereka telah duduk dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negeri seperti ‘orang tolol’ atau orang berotakkan sagu, maka, patutlah mereka tidak berfikir lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum mendatang ini.
      Negara mengeluarkan wang untuk orang - orang pandai dan bijaksana, bukannya untuk ‘orang - orang tolol’ atau orang berotakkan sagu.
      Orang - orang demikian elakkan diri dari berangan - angan untuk menjadi wakil rakyat.
      Orang yang memakan dan menggunakan wang dan harta negara dalam keadaan tolol dan berotak sagu, samalah dengan pengemis atau, paling buruk samalah dengan perompak.