ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 10 September 2011

Kaji Kursus Yang Kurang Mendapat Kerja


SUMBER : http://mynewshub.my/bm/2011/03/25/kaji-kursus-yang-kurang-mendapat-permintaan-kerja/

Kaji Kursus Yang Kurang Mendapat Kerja

    March 25, 2011
    No Comments


    KUCHING – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula kursus tawarannya yang kurang mendapat permintaan di pasaran kerja semasa, kata ahli majlis Mara, Norol Azali Sulaiman di sini.
    Beliau berkata untuk memastikan pelajar tajaan Mara berpeluang mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, beberapa penyesuaian semula akan dibuat dalam kursus yang ditawarkan agar relevan dengan kehendak industri semasa.
    “Selain itu, kita turut menerapkan kemahiran keusahawanan dan kemahiran asas kepada pelajar tajaan agar mereka dapat bekerja sendiri,” katanya kepada pemberita pada karnival pendidikan Mara 2011 peringkat negeri Sarawak di sini Jumaat.
    Beliau berkata sebagai contoh, kemajuan dalam beberapa bidang industri, misalnya perubatan, turut mendorong beberapa perubahan dalam kursus yang perlu ditawarkan kepada pelajar tajaan Mara.
    Ketika ini, katanya, Institusi Pendidikan Mara (Ipma) termasuk bidang kemahiran kini telah mencapai 305 buah iaitu 95,911 pelajar pendidikan tinggi, pelajar menengah (111,516) dan pendidikan latihan dan kemahiran (116,780).
    Norol Azali berkata seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telahpun menamatkan pengajian sama ada di dalam mahupun luar negara manakala untuk pengambilan Julai tahun ini, Mara menawarkan sebanyak 27,347 tempat bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah pertama dan sarjana.
    Mengenai kegagalan pelajar tajaan Mara untuk membayar balik pinjaman, beliau berkata pihak pengurusan Mara akan meningkatkan lagi usaha dengan kerjasama beberapa agensi untuk memastikan mereka yang berkenaan membayar hutang yang masih tertunggak.
    Katanya setakat ini masih ada kira-kira RM500 juta hutang tertunggak membabitkan pinjaman pendidikan dan perniagaan.
    “Mara ada mengambil beberapa langkah untuk memastikan peminjam ini membayar balik hutang seperti sekatan perjalanan ke luar negara, namun ia bukanlah mandatori,” katanya. – BERNAMA



    KEPALA BATAS – Pusat Latihan GiatMara merancang untuk membuka pusat latihannya di Selatan Thailand bagi memberi peluang kepada rakyat di negara itu mengikuti pelbagai program kursus kemahiran anjurannya.
    Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata pembukaan pusat latihan GiatMara di negara jiran itu akan membolehkan istitusi latihan berkenaan memperoleh faedah bersama antara Malaysia dan Thailand.
    “Pelbagai faedah turut diperoleh antaranya kita boleh membuat pertukaran tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu… contohnya kita boleh menghantar tenaga pengajar mengikuti latihan kepakaran yang dimiliki Thailand dalam bidang spa dan rawatan kesihatan, serta kimpalan bawah air,” katanya kepada pemberita selepas Penyampaian Sijil Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) Belia Selatan Thailand, di sini Selasa.
    Turut hadir pada majlis berkenaan Konsulat Jeneral Thailand di Pulau Pinang Voradet Viravakin.
    Shahiruddin berkata perbincangan berhubung pembukaan pusat latihan di negara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat.
    Shahiruddin turut mencadangkan agar pelatih-pelatih Selatan Thailand yang telah menamatkan kursus mereka di pusat latihan GiatMara di Malaysia menubuhkan alumni bagi menjalin kerjasama ekonomi antara pelatih di kedua-dua negara.
    Sebanyak 109 belia Selatan Thailand berjaya menamatkan latihan kemahiran di Giatmara sejak PKTM diadakan pada 2007 dan menerusi alumni itu, kelak mereka boleh menjalin kerjasama peluang perniagaan dengan pelatih Malaysia.
    Sementara itu, Voradet berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu dan berharap penubuhan pusat latihan berkenaan memberi manfaat kepada belia di sana.
    Voradet percaya penubuhan pusat latihan itu akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.
    PKTM adalah kerjasama bantuan latihan teknikal antara Malaysia dan Thailand dengan inisiatif untuk memakmurkan jiran.
    Para pelajar yang dipilih akan mengikuti latihan kemahiran di GiatMara selama enam bulan dan menjalani latihan industri selama tiga bulan di syarikat terpilih. – BERNAMA


    Dek penangan Soalan Bocor SPM 2010, alhamdulillah ramai anak-anak Malaysia menguasai ilmu SPM 2010. Jumlah pertambahan kelulusan dan tidak berkurang juga bilangan pelajar yang BUNGKUS TERUS.


    Mungkin Soalan Bocor SPM2011 tidak berulang. Tapi percayalah, bahawa poket rakyat akan terus bocor daripada pegangan masing-masing.


    Dalam kesibukan anak-anak untuk menerus cita-cita ke IPTA, IPTS, IPTS Luar Negara, IPTA Luar Negara, Kolej-Kolej Awam dan Swasta, maka, para ibu bapa penjaga, sudah mula:


    1. Mencongak hari, bila nak keluarkan Dana Simpanan Insurans Pendidikan anaknya.


    2. Menghitung masa, boleh dikeluarkan rezab KWSP untuk bayar penganjuran pelajaran anaknya.


    3. Mengenal siapa PTPTN, MARA, Yayasan-yayasan Negeri, Pusat Zakat dan BaitulMal, Para Penaja Pendidikan Korporat seperti PETRONAS, TNB, TM, 1MDB, Sime Darby, Felda, Khazanah Nasional, MONBUSHO JEPUN dan banyak lagi.


    Dalam kemaruk anak-anak selepas keputusan SPM keluar, ada lagi mak bapak yang masih lupa diri:


    1. Belilah kereta dan motorsikal untuk bunuh anak mereka yang gila stereng dan merempit ibarat jalan mak-bapak dia yang bikin. Kalau mak-bapak ada anak soleh dan solehah, alhamdulillah, ke syurgalah mereka.


    2. Mulalah merancang acara-acara khas meraikan anak mereka. Adalah lebih mulia, jika yang banyak gila duit, hantar anak itu ke Tanah Haram. Berikan budak itu hadiah paling mahal dalam dunia mudanya iaitu menghayati nilai hidup di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.


    3. Mana yang tak beduit, hantarlah setandan pisang emas atau berangan ke Masjid berdekatan masa Jumaat akan datang ini. Sebagai jariah daripada zuriat yang dijanjikan rezeki melimpah ruah kepadanya.


    4. Ada yang kaya raya lagi, minta catering hantar makanan kepada rumah anak-anak yatim dan orang tua di kawasan sekitar. Taja beberapa orang anak yatim dan orang miskin untuk belajar seperti mana yang diperoleh faedah oleh anaknya.


    Pak Sedaro fikir umat Melayu kena ubah konsep mencongak keputusan SPM. Daripada amatan Pak Sedaro, soalan SPM sejak tahun 2004 amat mudah kerana diulang-ulang, yang membezakan hanyalah fakta. Konsep soalan sama setiap tahun. Apakah anak-anak kita benar-benar pandai, diuji mengikut kasta ilmu? Atau sekadar menongkat masa, buat pengumuman bahawa rakyat Malaysia makin pandai?


    Soalan zaman Pak Sedaro jika dikupas daripada tahun peperiksaan 1970-1995, akan ada 10 pola berbeza. Mencabar dan terasa kesusahannya. Apakah kita terus melahirkan robot manusia? Atau kita melahirkan insan berfikir, insan "thinking leader", insan "transformasi ilmu mantiq dan ilmu metafizik"?


    Kementerian Pelajaran Malaysia, jadikanlah SPM sebagai mauduk penyusunan strategi sejak pelajar berumur 13 tahun. Indoktrinasi ilmu kolonial British sudah dirasai basi oleh anak-anak Malaysia. Transformasi pendidikan Malaysia mesti diberi jatidiri dan pengukuhan.


    Belajarlah daripada Profesor Berilmu, bukan daripada Profesor Buta Kayu.

    SUMBER : http://sas-2008.blogspot.com/2011/03/pusat-tuisyen-rakyat-dun-batang-kali.html

    Pusat Tuisyen Rakyat Dun Batang Kali dilancarkan

    Sebahagian dari usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), pejabat Pusat Khidmat Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Pendaftaran awal yang telah diambil dari kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah berjaya mengumpulkan lebih 80 peserta, menurut Koordinator PTRS, Shaiful Anuar Sulaiman, tuisyen tersebut telah bermula semalam di 45M Jalan Orkid 2A Bandar Bukit Sentosa 48020 Rawang.

    Nasruddin Abd Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat memerangkap Penyelaras Dun Batang Kali telah melancarkan program PTRS ini semalam di pejabat Dun Batang Kali. Beliau berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun ketiga itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.
    Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Batang Kali khususnya dan Parlimen Hulu Selangor amnya. Semua guru-guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang dipilih khas dan berpenggalaman.

    Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas yang sudah bermula pada 6 Mac akan dibuka setiap Ahad dari jam 9pagi sehingga 1 petang. Semua perbelanjaan tuisyen adalah ditanggung oleh kerajaan negeri di bawah potfolio
    Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan 
    Modal Insan, YB Dr Halimah Ali.

    No comments:

    Post a Comment