ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 22 September 2011

Bukan RM sahaja...SEJARAH pun TAMAK jugak?


SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEORANG ANAK MUDA

Meluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal
30hb Ogos 2011

MUKADIMAH

Baru-baru ini, telah tercetus satu kontroversi berkenaan kebangkitan semula pengaruh komunisme di Malaysia. Penulis memerhatikan perkembangan ini semenjak daripada peristiwa Demonstrasi BERSIH 2.0 pada beberapa bulan terdahulu. Di antara taktik yang digunakan oleh regim pemerintah ialah dengan menuduh,tujuan penganjuran demonstrasi tersebut adalah untuk menghidupkan kembali pengaruh komunis dalam negara (penangkapan 6 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia di bawah Emergency Ordinance 1948). Hal yang sama turut terjadi beberapa hari yang lepas, apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu memberikan komen tentang peranan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan negara. Komen ini,seperti yang telah penulis jelaskan,mempunyai 'beban sejarah' dan ia pantas menjadi modal politik pihak Ethno-Nasionalis seperti Parti UMNO dan pertubuhan yang sealiran dengannya.

Selepas merenung kesemua hujah-hujah kedua-dua belah pihak,penulis berpendapat bahawa,kontroversi ini tercetus berikutan dokumentasi sejarah atau versi sejarah yang dipaparkan kepada masyarakat telah disunting,dibuang separuh,digelapkan setengah dan difokuskan segelintir sahaja. Apa yang penulis maksudkan ialah,pemaparan versi sejarah yang dipelajari masyarakat sejak zaman persekolahan sehingga dewasa ialah versi sejarah menurut perspektif regim penguasa. Sejarah yang ditonjolkan hanya memberikan 'kredit' perjuangan kemerdekaan kepada parti pemerintah sahaja. Sebaliknya, sejarah yang menonjolkan pihak lain sama ada dibuang sama sekali atau dikecilkan 'kepentingannya' sekadar menjadi pelengkap kronologi sesuatu peristiwa. Penulis berpendapat, ini merupakan perbuatan ‘menyimpangkan sejarah’ asal dengan tujuan politik. Tidak dinafikan, parti pemerintah harus dipuji kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan proses kemerdekaan Negara. Namun, perlu kita fahami bahawa, kemerdekaan itu bukan hanya ‘peristiwa sehari’ tetapi merupakan suatu proses yang panjang.

Perlu kita akui, sebelum kemunculan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/PEKEMBAR), terdapat banyak organisasi kiri (left leaning) yang telah merintiskan perjuangan kemerdekaan Negara. Ramai daripada kalangan kita yang terlupa tentang kewujudan organisasi seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin, Barisan Tani Semalaya (BATAS), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Aangkatan Pemuda Insaf (API), Gerakan Anak Muda (GERAM) dan beberapa pertubuhan lain yang turut serta menyumbang tenaga dan idea ke arah proses kemerdekaan Negara. Namun, disebabkan oleh sikap kita (regim penguasa) yang gemar memadamkan sejarah untuk membentuk ‘hegemoni’ dalam fikiran rakyat bahawa hanya parti pemerintah sahaja yang berjuang untuk merdeka, catatan sejarah negara ini dikesampingkan dan hanya menjadi ‘subaltern history’ yang berlegar untuk diselidik oleh mereka yang mengkaji sejarah mahupun politik Negara sahaja. Berdasarkan hal ini, penulis merasakan ‘sejarah perjuangan kemerdekaan negara’ harus diuruskan kembali agar diketahui oleh generasi muda.

PERINTIS AWAL PERJUANGAN KEMERDEKAAN 

Kesedaran politik di Malaysia agak lambat berbanding Negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Di Indonesia, pada tahun 1905 sudah terdapat organisasi politik awal seperti Sarekat Dagang Islam (Sebelum dijenamakan semula sebagai Sarekat Islam pada tahun 1912) untuk menjadi platform politik masyarakat peribumi yang dipimpin oleh pejuang terkenal seperti Hj Oemar Said Tjokrominoto dan Hj Agus Salim. Di Filipina pula, gerakan politik seperti La Liga Filipina dan Katipunan pada tahun 1892. Di Malaya (sebelum dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963), organisasi politik yang bersifat kebangsaan hanya timbul pada tahun 1938 (sebelum itu yang ada hanyalah organisasi yang bersifat parokial/kewilayahan) di bawah pimpinan pejuang yang bersifat anti-establishment dan anti feudal seperti Ibrahim Yaakob. Organisasi KMM dilihat begitu progresif dan mahukan perubahan yang radikal kepada nasib anak bangsa. Contoh yang dapat diberikan ialah penerbitan tulisan Ibrahim Yaakob hasil pengamatannya (observation) ke seluruh Negara yang bertajuk ‘Melihat Tanah Air’(1941). Tulisan ini merupakan antara percubaan pertama untuk menganalisis keadaan tanah air yang berada di bawah penjajahan Inggeris.

Penulis pasti tidak ramai daripada kalangan kita yang pernah mengetahui fakta ini selain mereka yang terlibat dalam pengajian politik atau sejarah Malaysia. Sebelum kemunculan Dato Onn Jaafar dalam aktivisme kemerdekaan Negara, kita sudah mempunyai ramai aktivis yang sudah terlibat aktif dalam menentang penjajah dan membangkitkan kesedaran rakyat akan penindasan dan kemunduran di tanah jajahan. Setiap hasil bumi Negara (pada tahap analisis periphery countries oleh penganalisis aliran Neo Marxis) akan diangkut ke Negara penjajah (pada tahap core countries). Pejuang-pejuang awal kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Hj Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan lain-lain nasionalis kiri telah mula memahami kepentingan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris.

SEJARAH YANG DIPENCILKAN 

Mereka yang disebutkan di atas merupakan nasionalis kiri yang anti establishment anti kolonial. Mereka mengambil sikap tidak bekerjasama dengan penjajah, namun masih mengambil saluran demokrasi untuk mencapai tujuan dan hasrat perjuangan mereka. Hasilnya, pada 17 Oktober 1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu parti politik pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu pasca perang dunia kedua. Walaubagaimanapun, parti ini telah diharamkan pada 18 Jun 1948. Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, PKMM merupakan parti politik pertama yang ditubuhkan dan tidak berbentuk militan berbanding Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada tahun 1930. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa PKM turut menyumbang kepada kemerdekaan Negara melalui 2 fasa perjuangan mereka.

1) Perjuangan menghalau penjajah Jepun melalui kerjasama sulit dengan British
2) Perjuangan anti kolonial menentang penjajah British.

Dua bentuk perjuangan yang dilaksanakan oleh PKM ini ‘membolehkan’ mereka menerima kredit memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Namun, setelah Tanah melayu mencapai kemerdekaan, perjuangan ideologi marxisme oleh PKM diteruskan ke atas kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atas anggapan kerajaan pimpinan Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merupakan ‘anak emas’ British dan hanya meneruskan dasar kapitalisme yang diasaskan oleh pihak kolonial. Walaubagaimanapun, ini merupakan suatu hal yang lain berikutan fasa perjuangan bersenjata yang melalui zaman yang berbeza. Apa yang penulis cuba tampilkan di sini ialah bagaimana PKM juga turut terlibat dalam usaha membebaskan Tanah Air daripada penjajahan British. Berikutan itu, mengapakah kita mahu menafikan sumbangan mereka? Di sinilah penulis menyatakan akibat daripada ‘beban sejarah’ yang dipikul oleh PKM sepanjang penentangannya ke atas pentadbiran Negara pasca merdeka menyebabkan mereka langsung tidak dicatatkan sebagai penyumbang tenaga dalam proses kemerdekaan Negara.

Ramai daripada kalangan kita yang hanya mengenali PKM sebagai sebuah organisasi militant yang dianggotai oleh etnik Cina sahaja, tetapi tidak berusaha memahami terdapat juga regimen dalam PKM yang dianggotai oleh etnik Melayu iaitu Regimen ke 10. Perlu penulis terangkan di sini bahawa kebanyakan ahli Regimen ke 10 PKM merupakan nasionalis kiri-Melayu yang terpaksa masuk ke hutan untuk menyertai perjuangan bersenjata PKM kerana diancam oleh pihak penjajah British. Perlu diingati, pada tahun 1948, pihak penjajah British telah menguatkuasakan Ordinan Darurat (kini peranannya diteruskan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) untuk menghapuskan kebangkitan nasionalisme Melayu yang dikepalai (spearheaded by) oleh pertubuhan-pertubuhan kiri di Tanah Melayu. Di antara pemimpin aliran nasionalis kiri yang dihumban ke penjara tanpa bicara adalah Ahmad Boestamam,Kamaruzaman Teh, Yahya Nasim dan beberapa tokoh kiri yang lain. Demi mengelakkan diri daripada turut sama ditahan tanpa bicara, terdapat sebilangan tokoh nasionalis kiri yang tiada pilihan lain selain menyertai PKM di hutan, ini termasuklah mereka-mereka seperti Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad dan lain-lain.

Namun, ‘beban sejarah’ yang dipikul oleh PKM telah ‘mengelapkan’ sumbangan pejuang-pejuang nasionalis kiri ini daripada dipaparkan kepada masyarakat sebagai tokoh kemerdekaan. Mengapa kita perlu bimbang kepada komunisme yang sudah tersimpan dalam ‘arkib sejarah dunia’? Penulis berpendapat, komunisme masa kini hanyalah sebatas konsumerisme sahaja seperti pemakaian baju T berlambang bintang, Red Star, Sickle and Hammer serta imej tokoh-tokohnya seperti Che Guevara, Lenin, Mao dan lain-lain. Perlu kita fahami, semenjak penubuhan PKM pada tahun 1930 sehingga kini belum pernah terjadi revolusi proletar di Malaysia. Tanggapan bahawa perjuangan komunisme cuba dihidupkan kembali di Malaysia hanyalah telahan karut oleh mereka-mereka yang masih tersekat memorinya di zaman perang dingin (Cold War).

Penulis melihat catatan sejarah politik di Britain, para pemuka Irish Republican Army (IRA) seperti Jeneral Michael Collins (1890-1922) sendiri pun turut diiktiraf oleh pihak British sebagai wira tempatan Ireland selain daripada Eamon De Valera (1882-1975). Amerika Syarikat sendiri turut menghargai dan mengiktiraf pemimpin pemberontakan Chiricahua-Apache iaitu Geronimo (1829-1909) sebagai wira tempatan. Namun, mengapakah kita tidak pernah memberikan ‘kredit’ kepada pejuang-pejuang kiri yang turut sama berjuang untuk Negara? Berdasarkan hal ini, penulis merasakan kita perlu meluruskan kembali catatan sejarah bangsa dan Negara daripada terus diselewengkan demi kepentingan politik sesetengah pihak.

KESIMPULAN 

Keamanan dan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini bukan hanya hasil usaha sesetengah pihak sahaja, bahkan merupakan usaha kolektif yang membabitkan banyak ideologi dan aliran perjuangan. Kesilapan utama kita ialah sentiasa meminggirkan catatan sejarah Negara demi ‘meampilkan’ sesetengah pihak sahaja sebagai aktor utama kemerdekaan negara. Dalam sejarah Negara dan bangsa kita, ramai ‘wira-wira yang tidak didendang’ telah semakin dilupakan oleh rakyat. Hal ini berlaku bukan hanya kerana mereka malas untuk membaca atau mengkaji, tetapi kerana catatan sejarah telah ‘dibengkokkan’. Sempena perayaan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 ini, penulis berharap agar kita kembali mengenang jasa-jasa kesemua pejuang Negara, bukan hanya jasa sesetengah pejuang sahaja. ‘Interaksi sejarah’ yang berlaku di masa silam perlu kembali diluruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih memahami dan meghargai ‘catatan sejarah’ Negara daripada perspektif yang pelbagai. Perbuatan ‘meminggirkan’ sejarah yang benar hanya menyebabkan terlahirnya generasi pelapis yang tidak progresif dan tidak kritis. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54.

NOTA

Sila rujuk buku seperti Cheah Boon Kheng.1984. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After Japanese Occupation of Malaya 1941-1946, Filem 10 Tahun Sebelum Merdeka oleh Fahmi Reza dan lain-lain buku berkenaan perjuangan nasionalis kiri untuk penjelasan lanjut.
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com

Datuk Maharaja Lela Perak...ceramah di masjid HULU SELANGOR?


Rumah Pejuang Melayu Perak, Terbiar


PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.

Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Ia berdasarkan penemuan beberapa barangan untuk menghisap dadah dan tilam buruk di bahagian dapur kediaman berkenaan yang didakwa Ramli angkara golongan muda tempatan.

Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.

Malangnya, daripada sanjungan sebagai pejuang, beberapa individu kalangan bangsa sendiri yang dipercayai sebelum itu, berpaling tadah dengan menuduh beliau serta beberapa lagi rakan seperjuangannya, selaku pemberontak sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana selain kediaman Maharaja Lela, keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak juga dalam keadaan menyedihkan.

Keadaan sekarang cukup menyedihkan berbanding beberapa tahun lalu kerana ini adalah kawasan bersejarah yang mempunyai nilai begitu penting dalam sejarah Malaysia," katanya.




Wakil2 Rakyat UMNO dan MIC dapat Tauliah dari MAIS / JAIS?

Khalid Samad sedang didakwa di bawah Seksyen 119 kerana tiada tauliah untuk memberi tazkirah(bukan mengajar????). Di bawah ini ada beberapa gambar wakil2 rakyat UMNO memberi tazkirah di beberapa masjid. Adakah MAIS/JAIS akan mengambil tindakan ke atas mereka?

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah MAIS.





Ni adalah gambar ADUN Hulu Bernam yang diambil dari laman web kerajaan negeri Selangor, bagi mereka yang tidak mengenalinya:


Juga, gambar P. Kamalanathan, wakil rakyat MIC dari BN sedang memberi kata-kata aluan dlm perasmian program di Perkarangan Masjid Al-Taufikiah, Felda Soeharto pada 10 Julai 2010, bermula jam 0745 pagi.

Perhatikan lambang BN di baju beliau sewaktu memberikan kata-kata aluan ini? Soalnya skrg, adakah P.Kamalanathan juga telah mendapat tauliah dari MAIS untuk berucap dlm masjid?


Tak hairanlah Pengerusi MAIS, Mohamad Adzib Isa, tidak mengambil apa-apa tindakan. Dia pun ada dlm majlis yang sama:


Takda pula kita dengar Mohammad Adzib bising pasal tauliah, pasal orang bukan islam tak boleh masuk masjid dan sebagainya seperti dibawah. Orang Islam mcm Khalid dia tindas, tapi org bukan Islam mcm P.Kamalanathan dia tatang macam minyak penuh.

Sikap Pengerusi MAIS ini menampakkan pro UMNO yang keterlaluan. Ustaz Asri, Abdullah Yaasin boleh ditangkap atas alasan tiada tauliah. ADUN2 UMNO dan P.Kamalanathan bebas bercakap dlm masjid pakai baju lambang BN.





Tulang Besi

Wednesday, 21 September 2011

PUNDA MONE ...lembumno jual konrak


PEMUDA INDIA BALING KERUSI DI RUMAH TERBUKA PM (GAMBAR)

Majlis sambutan rumah terbuka PM kemarin telah menjadi kecoh dengan kehadiran beberapa orang pemuda India membawa kerusi untuk di serahkan kepada PM (Punda Mone) Al Imam Ustaz Najibi ibnu Al Razaki.


Pada mulanya pengunjung rumah terbuka Al Ustaz Najibi menyangkakan pemuda india yang membawa kerusi itu adalah pekerja sebuah syarikat yang mendapat projek untuk supply kerusi ke rumah terbuka itu.


Namun begitu keadaan menjadi agak tegang seumpama tegangnya zakar seorang haji melihat gadis yang berpakaian seksi di hadapannya. Kerusi2 itu telah terus di bawa kepada Al ustaz Najibi yang juga lebih di kenali sebagai Punda Mone(PM)


Menurut supervisor kepada pemuda India itu mereka tidak mahu kerusi2 itu kerana hanya mahu menjadi paria umno sahaja. :-Kah kah kah.. Kalau nak tau apa itu hindu paria, inilah dia. Hindu ni sanggup jadi pariah kepada umno walaupun selama ini umnolah paling kuat maki hamun hindu, Kah kah kah


Selama ini orang hindu di malaysia di tindas oleh parti yang depa sokong ini. Kalau nak naik taraf dan tak mau di tindas orang India mesti jadi melayu. Macam mana mau jadi melayu? tukarlah nama yang ada banyak huruf EEE kah kah kah.


tapi hindu di atas ni memang layak sokong BN kerana depa suka orang panggil depa Hindu pariah kah kah kah



Siapakah Kontraktor Bumiputera itu... Wikileaks

Salam Sejahtera,

Tak payah lagi nak berteka teki kontraktor bumi mana yang dok dapat habuan dari anugerah kerajaan melainkan kontraktor UMNO, dan dari UMNO pulak selalunya ada hubungan kait kroni anak, adik, menantu dan sebagainya... bukan sikit duit, RM 8 billion....

, .



Sumber cyberita.


Ramai Melayu Gila kerana Mat Sabu..

Oleh :

21 SEPT — Habis semua orang gila kerana Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendapatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.
Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.
Tiba-tiba Mat Sabu mengusik sekalian rakyat Malaysia, dia hendak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang dikiranya tidak tepat. Dikaitkannya kisah Bukit Kepong yang diwayangkan oleh Jins Samsuddin, seorang seniman Umno. Disebutnya nama Mat Indera yang hadir dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong itu.
Mat Indera itu timbul kerana ada buku separuh rasmi diterbitkan oleh kerajaan Johor dengan kata penghantar oleh Menteri Besar Dato Ghani Othman. Dia dibariskan bersama Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail, Dato Maharajalela, Tok Janggut dan lain-lain.
Nama-nama yang disebut dalam buku itu banyaknya penentang penjajahan British. Mereka itu dianggap wira oleh masyarakat. Bersama nama-nama itu ada namat Mat Indera. Bila orang lain dianggap wira, kerana Mat Indera ada sama, maka logiknya dia pun seperti wira jugalah.
Mat Sabu selalu mengusik hal itu setiap kali menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerana kali ini dia menjadi Timbalan Presiden PAS dan masyarakat bukan saja mula demam pilihan raya tetapi otak berserabut dengan pilihan raya, maka jenaka yang ditimbulkan oleh Mat Sabu menyebabkan semua pihak melenting, seperti naik gila belaka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minta dia taqwa. Ertinya sudah dia mengucap.
Akhbar-akhbar menggunakan bermuka-muka surat mengenai reaksi orang atas usikan Mat Sabu itu. TV pun mengambil masa berita yang panjang tentangnya.
Profesor-profesor sejarah pun bangun, semuanya marahkan Mat Sabu. Mereka pertahan sejarah yang dipertikai Mat Sabu itu. Mereka kata Mat Sabu tak buat penyiasatan. Adakah mereka sudah membuat penyiasatan yang tahan uji?
Satu ketika dulu seorang Naib Censelor Universiti Malaya, Prof. Dr Syed Hussain Al-Atas mengira profesor kita adalah profesor kangkong belaka. Kata-katanya itu dikira laju tetapi isu itu tidak pernah diselesaikan.
Sehingga ada profesor yang mengira bahawa pejuang-pejuang kiri yang menuntut kemerdekaan dulu karut belaka. Mereka itu anti raja. Betullah komunis itu ditolak oleh masyarakat umum, tetapi yang kiri itu bukan semua komunis. Orang sekolah dewasa boleh bercakap begitu tetapi profesor tak betullah bila bercakap begitu. Status profesor itu tinggi. Tetapi semuanya bercelaru setelah diusik Mat Sabu.
Setengah NGO dan berbagai lapisan masyarakat meninggalkan kerja masing-masing di sana sini membuat laporan polis. Penuh balai polis didatangi oleh orang marahkan Mat Sabu.
Polis memang sudah tidak menang dengan banyaknya jenayah. Dengan ucapan Mat Sabu, bertambah fail aduan di balai-balai polis.
Bekas polis baik yang berpangkat tinggi mahupun yang prevet, yang sudah lama bersara dan yang baru bersara semuanya bersuara kalau boleh hendak mereka cekek Mat Sabu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dikatakan berkata, jika dia berkuasa lagi, mungkin dia tahan Mat Sabu.
Tetapi yang lebih memeranjatkan Tun Hanif tidak setuju Tanah Melayu idak pernah dijajah Inggeris. Semua orang kata Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Pejabat Tanah Jajahan British di London ada rekod ia pernah menjajah kita. Sebagai penjajahlah ditukarnya nama Tanah Melayu menjadi Malaya.
Tun Hanif percaya kita pernah dijajah Inggeris. Katanya, Inggeris datang membantu dan berkhidmat kepada Raja-Raja Melayu. Tun Hanif bercakap di depan Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam, tokoh-tokoh sejarah kita.
Mereka cepat-cepat menegur Mat Sabu, tetapi tidak dilaporkan mereka cuba membetulkan Tun Hanif. Seolah-olah sensitivti mereka tentang sejarah tak menentu. Bila mereka diam dengan keterangan Tun Hanif, seolah-olah Tun Hanif bercakap betul.
Tun Dr Mahathir pun ikut berjenaka juga setuju yang Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, cuma Raja-raja Melayu saja segan dengan Orang Putih.
22 tahun Dr Mahathir menyampai ucapan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Untuk apa ada hari kemerdekaan setiap tahun dan kerana apa dia beerucap begitu?
Apabila mereka kata Brtitish tak pernah jajah Tanah Melayu, dua-dua Tun itu sudah menolak fakta sejarah. Sejarah kata, Inggeris pernah menjajah. Mereka sesperti tidak ssetuju dengan sejarah.
Habis semua sejarah tonggang langgang disebabkan oleh orang-orang yang dilatahkan oleh kenyataan Mat Sabu.
Saya teringat dongeng Kulub Kecil. Dia membuat berbagai cerita menyakat Kulup Besar. Habis harta Kulup Besar kerana mendengar sakat Kulup Kecil.
Ucapan Mat Sabu macam jenaka Kulub Kecil juga menyebabkan semua boleh gila kerana pandangannya.

Mendekati Sekularisme..MenJILAT LUDAH?


Mendekati Sekularisme

Ucapan ErdoÄŸan telah memberi tanda yang besar kepada perubahan di dunia arab pasca revolusi(saurah) di Mesir. Ucapan tokoh dari AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) yang dihadhiri jutaan manusia dari pelusuk Mesir, diberikan penghormatan seawal turun di lapangan terbang Kaherah lagi. Tokoh yang dianggap berjaya mengahwinkan demokrasi dan Islam ini pernah dipenjarakan 10 bulan kerana membacakan sebuah puisi lama warisan negara berbunyi seperti ini : Menara adalah bayonet kami, kubah masjid adalah topi -topi, masjid adalah berek- berek, dan orang beriman adalah tentera- tentera kami."


Apa yang mengejutkan, selepas itu ErdoÄŸan yang mengetuai AKP telah menang tiga kali berturut- turut dalam pilihanraya parlimen Turki,  dengan mendapat 47% undi popular pada 2003 lalu meningkat kepada 50% pada 2007.


Jilat Ludah...???? Buuussssiiittt.....!!!!


Muaaaakakakakakaka..... wakakaka...wakakaka... wakakaka.... hahahaha..... buuuussssiiittttttt..... wa cakap luuuuu..... hahahaha......!!!!


Perghhhhh.... gelinya hati gua tak terkira.... mana taknya... hari khamis lepas sambil menunggu waktu penerbangan gua buat last update/entry baca di sini.
Minah tu komen;
"tulah orang cakap, bila nak menulis guna akal. sekarang nak cakap apa? dah sah2 najib announce nak mansuhkan ISA. dah ludah kan, jilat lah balik."
Boleh gua sambung ketawa lagi kepada semua pencacai2 umporno yang bangang lagi bodoh bertingkat2nih... muakakakaka... wakakaka.... wakakaka... waka..waka...., sekarang nih sapa yang nak jilat balik ludah tuuuuu.....


Apa laaaaa...... dah bertahun hidup dalam Malaysia nih, masih buta hati dan akal untuk melihat kemunafikan pemimpin2 umporno.... hahahaha.... terutama sekali si Bapak Munafik Najib Razak tuuuuu....


Mansuhkan ISA kononnnnnn....!!!! hahaha.... macam haramjadah wa cakap luuuuu....


Apa yang si lembu Nazri nih cakap...??? hahahaha.... undeng-undeng ISA tukar nama jer.... tahanan tanpa bicara akan tetap diteruskan.... hahahaha....


Samalah dengan puak2 umporno punya doktrin.... minum arak tak haram... makan babi haram.... pasal tu puak2 umporno punya perangai macam sial haramjadah.... termasuklah pemimpin2nya dan anak beranak diorang.... kah...kah...kah.....


Lagi mau sokong kaaaaaa...... ????


Kepada pencacai betina yang komen suruh gua jilat ludah tuuuuu.... weeeiiiii... lu tolong sampaikan salam gua kat Najib macam gambar kat bawah nih...




Khas buat Najib... hahahaha.... Busssiiiiitttttt...!!!!


Dalam ucapannya, ErdoÄŸan mengatakan bahawa sekularisasi Turki tidak mengikut model sekular Anglo- Saxon atau model Barat, tetapi menjelaskan bahawa, "Individu tidak boleh menjadi sekular, tetapi negara boleh. Seorang Muslim yang taat dan patuh boleh mentadbir negara sekular."


Kalimah sekular, barangkali amat menakutkan. Namun, seharusnya tidak ada apa yang perlu ditakutkan pada satu kata: sekular. Datang dari Latin, saeculum, sekular adalah pengalaman Barat, saat ranah agama bertarung dengan ranah politik. Pengalaman inilah, yang lalu menghasilkan negara demokrasi seperti yang mereka nikmati dewasa ini. Demokrasi, dan sekular adalah dua hal yang tidak terpisah. Untuk menjadi sebuah negara demokrasi, kata Luthfi Assyaukanie, maka semestinya turut menerapkan sekularisasi.


Sekular menjadi istilah yang sangat sensitif kerana perbincangan tentangnya masih lagi dimonopoli dengan wacana pasca-pencerahan di Eropah yg melibatkan pertentangan sengit antara gereja dan failasuf, juga politikus. Dan sekularisme dalam dunia Islam juga sensitif kerana ia muncul menerusi wajah Mustafa Kamal atTaturk yg meninggalkan luka yg dalam terhadap umat Islam, sebetulnya itu Kemalism, bukan sekular semata-mata, tambahan pula waktu itu khilafah baru sahaja dimansuhkan lantas Kemalism mengakui bahawa ideologinya sekular. Wacana akan terhenti kalau kita menghentikannya setakat Kemalism di Turki mahupun laicite di Perancis.


Takrif sekularisme ErdoÄŸan lebih sejajar dengan yang difahami oleh Tariq Ramadhan berbanding Sayyid Qutb, Al-Qaradhawi dan Al-Attas yang telah membentuk pandang alam masharakat Islam di Malaysia sejak beberapa generasi. Bagi Tariq Ramadhan, sekularisasi sebagai cara yang menghampiri ideal untuk memelihara pluraliti masyarakat dan menjamin kebebasan individu. Negara tidak ada hak untuk menguasai agama individu, bahkan Islam, Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan ajaran masing- masing.


Harus diingat, sekular itu adalah prasyarat utama untuk demokrasi. Sangat sulit untuk menjadi sebuah negara demokrasi tanpa adanya negara sekular. Demokrasi memang menuntut sekularisasi. Sebab itu, ada pembedaan antara wilayah agama dengan wilayah politik. Namun begitu, harus diakui juga bahawa bentuk sekularisasi ini ada pelbagai. Tapi, itu adalah persoalan lain. Yang harus kita terima terlebih dahulu, sekularisasi adalah merujuk kepada proses pertama penubuhan sebuah negara demokratik. Kalau kita mahu menjadi negara demokrasi, maka harus sekular dulu. Tidak mungkin Negara Islam, atau negara teologi apa-apa pun, dapat menjadi negara demokrasi, tanpa menerapkan sekularisasi.


Dalam wacana agama dan negara, biasanya rakyat itu selalu dipertentangkan dengan Tuhan. Selalunya, demokrasi ditafsirkan apabila Tuhan tidak memasuki urusan politik manusia. Itu makna demokrasi. Justeru, kalau negara-negara Muslim mahu demokrasi, maka wilayah Tuhan dan wilayah manusia harus dibedakan terlebih dulu. Ini maknanya, tidak boleh ada kesempatan bagi agama sehingga agama menjadi candu oleh pemerintah untuk mengkhayalkan rakyat(baca : orang miskin). Tidak boleh ada juga, pemerintah yang mengaku sebagai wakil tuhan di muka bumi, lantas wajib taat walaupun zalim kerana dia lah yang paling benar. 


Ini maksud sekularisasi dalam negara demokrasi. Pada zaman Nabi SAW dahulu, dalam urusan mu'amalat yang melibatkan kebijaksanaan manusia dan lebih kepada melihat kepada tujuan-tujuan syarak dan prinsip-prinsip umum(al-iltifaat ila al-ma'ani wa al-maqasid) , Nabi mendahulukan mesyuarat (syura) bukannya memutuskan terus walaupun baginda SAW seorang nabi, dan para sahabat juga akan bertanya kpd Nabi SAW, "adakah arahan engkau ini merupakan wahyu?" sebagaimana berlaku dalam banyak peristiwa.


Bukan maksudnya demokrasi sekular memusuhi agama. Tapi, membezakan. Ini bertujuan untuk membezakan urusan agama (Tuhan) dengan urusan rakyat (manusia). Lantaran itu, agama tidak boleh sesekali ikut campur dalam urusan rakyat. Agama adalah urusan peribadi, biarpun kita tidak menafikan bahawa ada beberapa hal agama yang bermain di ruang publik. Namun, secara asasnya, itu adalah persoalan lain. Cuma, sekarang kita berbicara tentang sesuatu yang ideal. Dalam membicarakan mengenai sesuatu yang ideal, sudah tentu dua skop ini—agama dan rakyat—mestilah diasingkan, meskipun memang dalam waktu-waktu ada persentuhan.


Jasa sekularisasi ErdoÄŸan adalah besar di Turki. Reformasi terbesar yang dialami oleh Turki sejak sekularisasi ErdoÄŸan seperti azan sudah boleh dilaungkan dalam bahasa Arab kembali, mahasiswi dapat bertudung di dalam universiti, dan banyak lagi sekatan agama yang tidak dapat dilakukan pada zaman atTaturk.


Secara zahirnya, mereka mengakui sebagai sebuah parti yang mempertahankan dasar negara yang sekular, tetapi secara tidak sedar didapati sekular anti agama di Turki sudah bertukar kepada tidak anti agama. Apabila ditanya tentang semangat perjuangannya, ErdoÄŸan secara terang-terangan mengatakan bahawa beliau mendokong sekular. Tetapi disebalik perkataannya itu, banyak ruang-ruangan kefahaman rakyat terhadap Islam semakin terserlah.


ErdoÄŸan melihat perlembangan yang sekular memberikan hak-hak asas yang sama kepada semua agama dan individu. Manakala hak-hak orang Islam hanya terjamin sekiranya mereka menjadi orang yang taat kepada agama. Selagi orang Islam tidak tunduk kepada hukum-hukum(melalui kefahaman), tentu pelaksanaan dan penguatkuasaan hukum juga terbatas. Menyoroti sirah, Umar sendiri pernah menangguhkan hukuman hudud potong tangan (sariqah) pada zaman darurat berikutan tidak mahu fitnah timbul kerana ketidak cukupan syarat melaksanakannya.


Ruang sekular dan keterbukaan inilah yang sedang dimanfaatkan oleh  ErdoÄŸan supaya ruang kefahaman kepada Islam semakin jelas supaya hukum Islam dapat dilaksanakan.


Dalam model Turki sekular, negara telah mengawal agama --cara ia diorganisasikan, dipercayai dan diajar. Walaupun negara atas nama sekularisme, mengawal tata agama, agama tidak dibenarkan untuk membuat undang- undang atau peraturan hal ehwal negeri. Sebagai natijahnya, sekularisme Turki telah mencorakkan institusi agama yang tersendiri melalui aparatus negara(disebabkan keterbukaan) supaya ia dapat memerintah dan mengawal aktiviti agama.  Malah, dalam ihal ni negara tidak berat sebelah sejak institusi itu hanya menjaga Islam, melalui satu tafsiran. Maka Sunni Islam menjadi "agama rasmi" dalam amalan rakyat kecuali bagi non- Muslim dan Syiah Alawi. Selain itu, idealisme Islam menjadi kewajipan di sekolah- sekolah telah mengukuhkan monopoli Islam melalui tafsiran dan pengajaran.


Malaysia dan Sekularisasi


Sebagai seorang warganegara Malaysia yang menjunjung penuh prinsip perlembagaan, antara lainnya bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sekular. Memahami situasi Malaysia yang semakin rencam dan caca marba berikutan banyak isu perkauman dan agama yang timbul, marilah kita belajar dari pengalaman barat bagaimana harus menerapkan sekularisasi dalam sosio- agama.


Sejak zaman berzaman, negara ini memegang konsensus bahawa nyawa Malaysia yang terbentuk sering saja disandarkan pada Melayu-Islam, sembari disaluti dengan omongan, "turut menghargai kaum-kaum lain."


Bagaimanapun, sejarah dan omongan tak menghasilkan apa-apa.


Pandangan sepihak Melayu- Islam membentuk model- model negatif seperti "isu sensitif," "mengugat keselamatan negara," "ketuanan Melayu" dan "bangsa pendatang" menatijahkan akhirnya setiap kelompok memendam dendam yang hujungnya membibit konservatisme dan fundamentalisme. Sehubungan itu, setiap hal mestilah dibenarkan untuk diwacanakan dalam ruang awam.


Jürgen Habermas filsuf teori sosial dari Jerman boleh membantu kita, menerusi dualisme sistem-politik dan Lebenswelt-nya. Dalam kata yang dipinjamnya dari fenomenologi Husserl, Lebenswelt itu merujuk kepada dunia-kehidupan, di mana setiap kelompok memiliki kesedaran tentang pandangan-hidup yang dihayatinya. Mithalnya, Melayu ada pandangan hidupnya. Cina juga begitu, dan India pun, serta kaum-kaum yang lain-lain.


Lebenswelt ini tentu boleh berkait dengan agama, atau dengan faham-faham lain, seperti yang akhirnya juga telah melahirkan lekatan antara Melayu-Islam. Mudahnya, setiap kaum berhak memiliki pandangan hidupnya, serta berhak memperjuangkan pandangan-hidup mereka ini ke arah membangun sebuah sistem politik negara. Hak ini harus terus dibenarkan, dan dipertahankan.


Setelah setengah abad merdeka, rasailah bahawa kita memiliki hak kita sendiri untuk berfikir bagi diri sendiri, bukan secara fasisme oleh para pemerintah. Wacana dibiarkan bebas supaya mencapai ma'na sekular dan demokrasi yang sebenar.


Selamat berfikir secara sekular dalam hak anda sebagai warganegara demokrasi. :)


Mohamed EÅŸref Moez(Muiz Nasrallah) ialah seorang mahasiswa Universiti Islam Madinah merupakan seorang salafi yang berfikir secara liberal , demokratik dan sekular. 


Tulisan ini telah diterbitkan di sini : Blog Memadam Komplikasi

Tuesday, 20 September 2011

36,000 rakyat..menanggung beban hutang BERAT?


Hutang gila

Minta laluan bro, bila baca artikal dalam Utusan gua panas hati,

* Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
* Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara 
purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.

* Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.

kan haram jadah namanya ni, macam tak bersalah je artikal ni dikeluarkan, seolah macam rakyat suka sangat berhutang, Dulu tak pernah pulak kita dengar rakyat terpaksa berhutang untuk rawatan sampai 10 tahun baru habis bayar sekarang ni apa dah jadi, apa Kerajaan tiada kuasa ke nak memantau perniagaan kesihatan yang mengenakan charge terlalu tinggi, hospital swasta kaut untung gila babi atas penderitaan orang lain.

Pengalaman gua la, dulu gua pernah masuk wad sebab susah bernafas, 3 hari gua duduk wad makan tidur, ada la dua kali test, 1 stress test, kedua ecg test, akhirnya gua tak sakit, cuma kena gastrik je, masa nak keluar mak ooiii bayarannya je da cecah rm8300. 

Gua rasa gua kena kencing hidup-hidup, gua nak keluar cepat sebab gua da tak rasa sakit pun 6 jam lepas masuk tapi doktor takutkan gua dengan macam-macam cerita. Dari situ gua dapat pengajaran cara menipu begini la diorang buat duit, gua terfikir tu baru gua seorang je kena kencing, pesakit lain ntah macam mana, apa semua ni kerajaan tak pantau ke. Charge yang dikenakan melampau2.

Gua yang cukup hangin sebab kerjaan selalu kata menjaga kebajikan rakyat, kalau betul la takan la rakyat pergi ke hospital swasta, itu cerita hospital swasta, cerita hospital kerajaan pun boleh tahan juga, ini berlaku pada mak gua sendiri, dia jatuh kaki patah, masa nak buat pembedahan masuk besi doktor suruh bayar deposit besi rm500 dan setelah habis pembedahan dia kelurkan bil lagi seribu katanya untuk beli besi, gua tak banyak soal bayar, tapi gua terfikir macam mana agaknya la keadaan golongan miskin kalau patah kaki macam mana la nak bayar, macam ni ke kerajaan perihatin, pukul canang satu dunia kata perkhidmatan kesihatan kita antara terbaik didunia, poooraaah.

Apa la nasib rakyat malaysia, masuk hospital hutang, masuk u hutang, sana sini hutang, agaknya satu masa nanti hidup rakyat malaysia ni kerja untuk bayar hutang sampai kekubur.

Pelajar MATRIKULASI...


Orang Gomen cari alasan, orang politik cari jalan.


Dari ruangan forum Utusan online.
Keluhan pelajar matrik
PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur
KEPUTUSAN rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.

Seperti yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalan pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

* Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;
* Pemilihan adalah berdasarkan merit akademik dan kokurikulum;
* Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki, maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan Julai lalu masih belum dijawab kementerian:

* Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak kementerian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih "YA" untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan.
Ketika membuat rayuan pula, kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.
* Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguhlah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

* Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan', tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

* Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

* Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. 

Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelajar perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

* Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara, malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di universiti.
Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu.

Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke universiti? Para pelajar diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan pegawai dengan diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsip adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. 

Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan dua semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit kerajaan.

Hjlutfi-choras : saya bersimpati dengan nasib pelajar matrikulasi yang tak dapat tempat di IPTA, pergi jumpa Abang Mat Sabu, kut-kut dia boleh tolong, saya orang gomen, mesti cari alasan untuk setiap masalah / isu yang ditimbulkan, orang politik selalunya cari jalan nak selesaikan masalah (orang politik bukan menteri, kalau dah jadi menteri, dah tak kenai dan sama dengan orang gomen cari alasan).

Biro Pendidikan UMNO pun tak leh harap, cakap kuat, macam bunyi tong kosong saja, lagipun apa nak dipeduli kepada kau orang, sibuk nak urus pati 2.3 juta, depa tu yang perlu dijaga.