ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 6 September 2012

Iklan Jalang dalam Berita Harian

Iklan Jalang dalam Berita Harian


“Urut 5 bintang oleh wanita umur 18-25 tahun” percayakah kita bahawa itulah iklan dalam ruangan sisipan Klassifieds Berita Harian muka surat c7 bertarikh 6September 2012. Lihat visual iklan di atas.

Percayakah kita bahawa iklan tersebut disiar di dalam Berita Harian akhbar Melayu di antara yang terulung dalam Negara ini? Iklan yang tidak senonoh itu tidak ubah sama sahaja seperti promosi pelacur murahan di jalan Pudu, lorong Haji Taib dan jalan Bukit Bintang. Malah sama sahaja dengan iklan-iklan di pondok-pondok talifon dan tiang letrik.

Berikut kita singkap kembali Sejarah Berita Harian (dipetik dari Berita Harian Online)

 1 Julai 2012 genaplah 55 tahun Berita Harian lahir sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu terulung di negara ini yang berjaya mencatat pelbagai sejarah sejak kelahiran pertamanya pada 1 Julai 1957, seusia dengan kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan sudah ditempa dan pelbagai perubahan juga sudah dilalui sama ada dalam aspek fizikal, pengisian mahupun kepemimpinan.

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini menggunakan bahan sama dengan akhbar Straits Times. Pada ketika itu, Berita Harian menggunakan gambar Tunku Abdul Rahman Putra untuk menghiasi muka depannya dengan harga 15 sen.
Seramai hanya lapan orang kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. 

Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960 dan akhirnya pada 1966 satu konsep baru `masthead' diperkenalkan.

Tahun 1972 menyaksikan tampuk kepemimpinan di Berita Harian diambil alih oleh Abdul Wahab Zain yang sepanjang pembabitannya sebagai pengarang berjaya menambah dua muka surat tambahan menjadikan keseluruhan 12 muka surat pada 1974. Fokus penambahan ketika itu menumpukan kepada ekonomi, nota fotografi, tips menghadapi peperiksaan, lebih penumpuan kepada hiburan, berita luar negara dan rencana umum.

Sebelum beliau mengundur diri pada 1975, Berita Harian berjaya menaikkan harga jualannya kepada 25 sen sebelum akhirnya Abdul Samad Said dilantik menjadi pengarang selama dua tahun bermula 1976 hingga 1978 dan digantikan pula Salim Kajai pada 1978. 

Dalam era kepemimpinan Salim Kajai, dua perubahan besar berjaya dicapai iaitu pelancaran Edisi Bandar Berita Harian pada 1979 dan sekali lagi imej baru pada 'masthead' selain seksyen baru yang memberi sedikit penekanan terhadap elemen hiburan dengan kali ini, harga jualan juga meningkat kepada 35 sen senaskhah dan dinaikkan sekali lagi kepada 45 sen sebelum Adibah Amin dilantik sebagai pengarang pada 1983.

Setahun selepas itu, Ahmad Sebi Abu Bakar dilantik menggantikan Adibah dengan jawatan Pengarang Kumpulan dan satu kejayaan terbesar di bawah pimpinannya ialah apabila Berita Harian dan Berita Minggu disatukan di bawah Berita Harian Sdn Bhd pada 1985. Pada 20 Oktober tahun sama, Akhbar Dalam Darjah (ADD) dilancarkan.

Dua tahun memimpin Berita Harian, Ahmad Sebi digantikan A Kadir Jasin yang berperanan besar dalam memperkenalkan Anugerah Bintang Popular pada Disember 1987 sebelum melepaskan kepemimpinan itu kepada Ahmad Nazri Abdullah pada 8 April 1988. Pembabitan Ahmad Nazri selama 10 tahun sebagai Pengarang Kumpulan mencetuskan kelahiran akhbar tabloid sukan, Jaguh pada 8 Ogos 1989 yang mempunyai 16 muka surat.

Seharusnya Berita Harian di antara akhbar Melayu yang terulung itu tidak kemaruk wang iklan dengan beroleh pendapatan dari iklan jalang.
LU PIKIR LA SENDIRI….!

No comments:

Post a Comment