Mat Indera dan Sang Saka
Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.
Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-konyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.
Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara.
Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman !
Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada.
Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor.
Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.
Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.
Dua perkara dan isu tersebut berlaku menjelang Perayaan Kemerdekaan negara. Setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun, mesti ada kisah sebenar negara terbongkar.
Bayangkan dalam masa 10 tahun mendatang, berapa pula kisah sebenar sejarah negara bakal diketahui oleh generasi muda kita ?
Kita tidak berhajat tukar tarikh kemerdekaan negara. Kita tidak berhajat menukar Bapa Kemerdekaan negara dan kita tidak berhajat menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka.
Biarlah yang lepas menjadi lipatan sejarah.
Tetapi kita berhasrat dan mengimpikan setiap rakyat terutama generasi muda tahu kisah sebenar negara kita. Dengan mengetahui kisah sebenar sejarah negara maka menimbulkan semangat patriotik sayangkan negara dan tahu hakikat siapa sebenarnya barua penjajah yang kini sedang memegang tampuk pemerintahan negara.
No comments:
Post a Comment