ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 10 February 2012

Salah Tujuan Bersolat


Salah Tujuan Bersolat

Ramai orang Islam yang salah tujuan kenapa perlu solat..
Dari Cara Berfikir kita , kerana Paradigma kita selama ini, sembahyang tujuannya Untuk…
SEKADAR MENUNAIKAN KEWAJIPAN
Apa Yang salah dari Paradigma tersebut ???
Bukannya salah bro… Tapi kurang tepat….


Sebab itu, ramai orang bersembahyang dilakukan dengan cepat dan tergesa-gesa. Apa yang penting kewajipannya selesai..
Sebenarnya inilah yang membuatkan tujuan sembahyang kita kurang tepat….kerana target “menunaikan kewajipannya” sudah selesai.
Dan habis sembahyang tiada ada pengaruh ke atas perbuatan kita.. maksiat tetap ON juga…
So Bagaimana Paradigma kita yang Benar????
Paradigma yang seharusnya di fikiran kita iaitu Tujuan Solat Adalah:
BERSYUKUR KEPADA ALLAH, DAN MEMOHON KEPADA ALLAH
Ketika kita hendak sembahyang, jangan niat “Biar habis cepat sembahyang ni..”
tapi ketika hendak sembahyang, niatkanlah dalam hati dengan ikhlas…

“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
Dan saya Memohon KepadaMu ya Allah supata dijadikan Ahli Surga”

lalu bertakbirlah… dan lihat Apa Yang Terjadi….

Puak Gedebe


Puak Gedebe

Ingatkan Mat Said dan Adnan Yaacob jer perangai begini, rupanya orang besar PAS pun sama!
Dua kali lima saja...
Popout

Tengoklah komen di sini

Lagu GILA BABI...setelah 54 tahun ???


SUNDAY, JANUARY 22, 2012

Rumah Ini Rumah Kita

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.



P/S: rumah ini rumah kita, tanah ini tanah siapa?

Pesan Almarhum Ustaz Hj Hanafi:
"Kita jangan leka dalam perjuangan, kalau kita gagal, anak kita akan teruskannya, kalau anak kita gagal cucu kita akan teruskannya."

*******

"HENDAKLAH SEKALIAN KAMU MEMBUAT PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU." (surah al-anfal:60 Al-Quran) 

2 COMMENTS:

xenss said...
Good website! I really love how it is easy on my eyes and the data are well written. I’m wondering how I could be notified when a new post has been made. I have subscribed to your RSS which must do the trick! Have a great day! sbobet sbo
Buasir Otak said...
macam modul btn lak

Jawatan Tinggi... Tapi Bodoh Jugak.


Jawatan Tinggi... Tapi Bodoh Jugak...!!!!

Semua pemerhati asing Bangang. Pilihanraya di Malaysia sangat tinggi mutunya. Inikah mesej yang cuba disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR..????

Kalau demikian mesejnya, ia adalah kenyataan yang amat lucu sekali...!!!! Sudah la bangang... bodoh pulak tuuuu.... memalukan sungguh malaun yang menjawat jawatan ni.... hahahaha....!!!!Ini dah jatuh hukum halal untuk didoakan supaya mampus cepat.... hahahaha...

Citernya ada kat sini...

Apaaaa....???? Tak boleh baca... pi cari kat Bernama... tak jumpa jugak... klik sini Blog Yong Intan.Sebabnya gua rembat n3 nih dari blog tu jugak.... rembat dulu minta izin kemudian, lepas tu adjust dengan MSG, Ajinomoto, sup bunjut... perencah kari pelbagai...hahaha... 
Tolong terangkan sikit apa makna "budaya berpolitik di Malaysia" tu? Adakah termasuk perkara2 berikut...????

1. Walapun Parlimen telah dibubarkan, menteri2 Malaysia masih pakai title demer dan guna kemudahan awam untuk kempen.

2. Calon2 BN menggunakan media milik kerajaan untuk kempen. Calon PR tak boleh.

3. Janji2 projek akan dilancarkan oleh calon2 BN. Ia janji jer, bukan rasuah. Hahaha.

4. Tetiba ader ramai pengundi (sampai beratus2) tinggal dalam sebuah rumah.

5. Ceramah PR akan dikelilingi polis demi keselamatan negara. Hahaha

6. Ada penceramah pro PR akan dihalang dari memasuki kawasan tertentu. Ini pun perkara biasa je.

7. Ada duit dalam sampul? Takpe. Duit tu buat tambang pergi mengundi. Biasa je.

Kot ada kejadian2 lain....?... komer fikior sendiri le...

PEMERHATI ASING TU DATANG DARI NEGARA YANG PILIHANRAYA DEMER TELUS. SEBAB TU SUSAH DEMER NAK FAHAM BUDAYA BERPOLITIK DI MALAYSIA. HAHAHA...... 
Cerdik kannnn.... Timbalan Pengerusi SPR membodohkan rakyat Malaysia... ooppsss... bukan rakyat Malaysia jer... Pemerhati Asing pun turut diperbodohkan.... oleh pencacai aka anjing suruhan aka lembu suruhan bn tuuuu.... kah...kah...kah.....

Jawapan gua kepada si anjing suruhan aka lembu suruhan bn tuuuu... Timbalan Pengerusi SPR yang bernama dalam MyKad sebagai Wan Ahmad Wan Omar.... piiiiiraaaahhhh luuuu... "Pemerhati Asing tu suka nak memantau Pilihanraya di Malaysia kerana ianya unik dan luarbiasa dari negara2 yang lebih Maju.... kerana ianya mengikut Standard ISO-Barisan Najis...".... hahahaha..

Hari Valentine:Tinggalkan Budaya Kristian


Hari Valentine: Khutbah Jumaat Jakim Dan WP Ingatkan Umat Islam Tinggalkan Budaya Kristian

SHARE THIS
TAGS
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Teks khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam.
Teks khutbah Jakim bertajuk “Awas Jerat Valentine” berkata selain bercanggah dengan akidah umat Islam, ia juga boleh membawa kepada budaya pemujaan berhala melalui istilah-istilah yang digunakan.
“Sedar atau tidak jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine?’ maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah melakukan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah.
“Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi ‘Sang Maha Kuasa’ dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala,” kata teks khutbah itu.
Kata khutbah itu, sambutan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan amalan meraikannya adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
“Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam,” katanya.
Sementara itu teks khutbah Jumaat terbitan Jawi bertajuk “Butakah Cinta?” berkata ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami pengertian sambutan Hari Valentine.
“Persoalannya.. Pernahkah kita bertanya, dari manakah datangnya budaya ini? Wajarkah ianya diterima sebagai suatu sambutan tahunan yang patut dirai? Apakah ada natijah baik untuk kita umat Islam yang boleh dibanggakan dari sambutan ini? Mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan mereka tidak tahu dan tiada maklumat tentang perkara ini,” katanya.
Jelas khutbah itu, tanggal 14 Februari dinamakan Hari Valentine bersempena kejayaan kerajaan Kristian menumbangkan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.
“Pada pandangannya Islam adalah agama yang zalim.  Semenjak itu, tarikh 14 Februari disambut setiap tahun oleh umat Kristian bagi meraikan kemenangan itu dengan menamakannya Hari Valentine.
“Justeru, wajarkah sebagai umat Islam yang yakin bahawa agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam, meraikan hari kejatuhan Umat Islam ditangan Kristian? Patutkah kita memuja dan meraikan pengisytiharan angkuh seorang paderi Kristian? Apakah sudah tiada tokoh lain di dalam Islam yang boleh kita puja dan teladani?,” katanya.
Kedua-dua teks khutbah itu meminta umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Valentine selain tidak terpengaruh dengan budaya barat.
Pemuda PAS sebelum ini diketahui umum menentang keras sambutan Hari Valentine di kalangan umat Islam kerana ia dikatakan menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral.
Sayap pemuda itu turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini.
Tahun lalu Pemuda PAS melancarken kempen Ekspedisi Dakwah dengan memberi tumpuan remaja Islam pada malam sebelum sambutan Hari Valentine.
- THE MALAYSIAN INSIDER

Robert Mugabe tu abang Mahathir... kahkahkah


BETOI ka Robert Mugabe tu abang Mahathir... kahkahkah...

Sekat Anwar: Akankah UMNO jadi ganas dan akankah dunia luar memberi bantuan?

Kepada ramai rakyat Malaysia, kelihatan seperti UMNO dan Presidennya PM Najib Rzak tidak dapat dipercayai. Yang pertama adalah mereka telah kehilangan integriti dengan merompak kekayaan negara dan menjadikan Malaysia seperti harta mereka sendiri, walaupun kebanyakkannya disambar oleh kroni mereka.

Najib bukanlah satu-satunya pemimpin UMNO yang dituduh penipu. Yang peliknya beliau langsung tidak peduli jika ada yang menyedarinya. Beliau tidak merasa malu menaburkan janji palsu dan bersikap seperti seorang diktator.

Seorang itu sangat konfiden dan seorang lagi penuh dengan bangga diri dan mabuk khayalan

Berbeza dengan Anwar yang bersikap lebih konsisten. Dari mula lagi beliau bersetuju dengan hak Peguam Negara untuk merayu dan apabila mereka melakukannya, Anwar tidak marah walaupun hampir seluruh negara marah. Kita tahu sekarang, daripada ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa rayuan ini tidak akan merosakkan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan persekutuan daripada Najib dan UMNO. Kenyataan ini adalah kenyataan daripada seseorang yang percaya pada dirinya dan kebolehannya. Anwar bukanlah seorang yang sering gagal.

Kita tahu bahawa alim ulama,pensyarah universiti, pegawai bank, ahli perniagaan, polis, tentera, badan kehakiman dan banyak lagi sememangnya dipergunakan oleh BN. Hakim pun boleh dibeli seperti yang dibuktikan oleh rakaman video Lingam. Dalam perbicaraan Liwat II, Najib dan UMNO boleh menyangkal kepercayaan kebanyakkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia bahawa keputusan hakim adalah selari dengan keputusan Najib.

Oleh itu, tidak hairanlah selepas hakim mengumumkan keputusan tidak bersalah, dan menunjukkan pada bukti yang tidak kukuh; peguam negara masih boleh merayu- sama dengan pendiriran bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang secara terang-terangan mengatakan bahawa tidak salah untuk kerajaan mempersoalkan keputusan itu. Jelaslah bahawa daripada susun atur peristiwa ini, Anwar sememangnya tidak boleh dilepaskan.

Najib adalah keldai yang memandu troli atau adakah dia troli yang dipandu keldai?

Mahathir dan orang-orang kuat UMNO sememangnya mahu Anwar masuk penjara kerana ia akan memberi keselesaan untuk mereka terus berkuasa seraya melemahkan pembangkang. Najib berpura-pura bahawa keputusan untuk merayu itu tiada kaitan dengan beliau kerana beliau tidak begitu menunjukkan pendirian beliau mengenai kes itu.Beliau boleh mengatakannya dengan tenang seolah-olah ia suatu kebenaran.

Tapi, siapakah yang akan percaya kepada beliau lagi? Mungkin beliau mahu kes Liwat II sampai ke penghujungnya tetapi dengan duduk dan membenarkan Mahathir dan rakan-rakan memalukan negara dengan merayu beliau sebenarnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai perdana menteri. Memang malang Malaysia mempunyai PM yang sangat lemah. Beliau tidak dapat mengawal parti tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Dunia percayakan Anwar bukan Najib

Malangnya, reaksi dunia kepada pembebasan dan laporan itu mendapat tempat di muka depan pelbagai akhbar utama dunia, menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi komuniti antarabangsa yang percaya Anwar telah difitnah oleh Najib dan UMNO!

Bagaimana Anwar diberi perhatian dan dihomati adalah isyarat jelas bahawa kerajaan lain di dunia ini percaya bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang terbaik untuk membawa Malaysia keluar daripada masalah.

Sementara itu, tidak banyak yang dapat dilakukan pembangkang untuk membantu Anwar kerana mahkamah jelas berpihak kepada BN. Tetapi, berita baik adalah disebalik rayuan itu, ia tetap tidak melenyapkan skandal RM250 juta Shahrizat –NFC. Ini menunjukkan bahawa rakyat sudahpun membuat pilihan siapa yang mereka mahu jadikan PM. Jelas ia bukan Najib.

Lebih daripada itu, harapan disandarkan kepada Anwar untuk memulihkan gejala rasuah yang merosakkan negara dan membawa ke muka pengadilan mereka yang melakukan penipuan dan penyalahgunaan kuasa serta membawa RM888 biliion dana negara secara haram keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.

Pemerintahan kejam tidak kekal selamanya

Ramai percaya bahawa keputusan tidak bersalah Anwar itu adalah gimmick politik Najib. Tetapi, ingat bahawa Najib tidak berminat dengan keadilan. Beliau Cuma tidak mahu dinobatkan dalam sejarah negara sebagai PM yang memenjarakan Anwar buat kali kedua atas kesalahan liwat dan PM yang mencetuskan ketidakpuasan hati rakyat yang melakukan protes jalanan. Ketiga-tiga letupan yang dilakukan selepas keputusan tidak bersalah diumumkan berlaku di kawasan yang dikawal ketat pihak polis. Hanya mereka dan agen mereka sahaja yang mampu meletakkan bahan letupan itu yang telah mencederakan beberapa orang penyokong Pakatan.

Namun, UMNO dan Najib bukanlah tuhan. Tuhan maha adil dan tidak akan membiarkan pemerintahan zalim berlaku selama-lamanya. Tuhan mempunyai caranya sendiri untuk membalas Najib dan UMNO. Seperti yang ditunjukkan oleh kebangkitan Arab, siapa sangka takdir yang berlaku ke atas Ben Ali dari Tunisia, Hosni Mubarak dari Mesir dan Muammar Ghadafi pemimpin Libya?

Janji Najib; RELA akan berhadapan dengna rakyat mungkinkah menerusi penangkapan dan pembunuhan?

Memenjarakan Anwar akan membakar semangat pemimpin pembangkan dan penyokong mereka untuk berusaha lebih keras menyingkirkan UMNO-BN. Lebih penting, rakyat telah menerima pembebasan dan rayuan sebagai bukti bahawa Anwar sememangnya tidak bersalah. Ramai yang berpendapat Mahathir dan Najib yang menjadi dalang Liwat I pada 1998 dan Liwat II pada 2008 untuk mejatuhkan Anwar dan memenjarakan beliau.

Jad, biarlah UMNO bermain permainan kotor mereka. Jika Anwar dan Pakatan menang PRU 13 dan Najib dan UMNO cuba membuat percubaan memporak perandakan negara dengan menggunakan pihak RELA untuk memulakannya, mereka akan menyalahkan DAP, PKR dan PAS. Ini hanya akan membuatkan campur tangan dari kuasa luar dan penangkapan beramai-ramai dan juga pembunuhan pemimpin Pakatan dan juga penyokong mereka.

Apabila keadaan sudah kecoh, RELA akan turut serta dengan kerajaan untuk mempertahankan negara. Jangan melakukan kekecohan dalam negara ini kerana 2,8 juta ahli RELA tidak akan melihat begitu sahaja dan membiarkan kekecohan itu,” Malaysian Insider melaporkan Najib sebagai berkata pada Sabtu lalu.

Kata-kata itu jauh sekali daripada yang dicanangnya pada ‘Global Movement of Moderates’ lebih kurang 2 minggu lalu. Beliau juga menyeru kepada keamanan dunia dan kesejahteraan. Jika ini bukan perilaku 2 personaliti berbeza, Najib jelas seorang pembohong!

Ya dengan BN berkuasa, Malaysia tidak jauh beza dengan Zimbabwe di mana ia diterajui oleh abang kepada Mahathir Mohamad- Robert Mugabe.

Malaysia Chronicle

POLITIK : kudis buta di Malaysia.


MENARIK: Kajian pasai kudis buta di Malaysia...

Kudis politik Malaysia

Di Malaysia, tidak berlaku kes-kes perkauman yang menjerut mata dan hati seperti yang pernah berlaku di Amerika bermula semenjak abad ke-17 hinggalah ke lewat 1960-an.

Yang terburuk pernah berlaku pun adalah pada 13 Mei 1969 di mana terjadi pergaduhan kaum selepas pilihan raya umum. Namun sifat rakyat yang tidak suka kepada keganasan dan pertumpahan darah cepat-cepat meredakan keadaan itu.

Suka atau tidak, kita juga harus berterima kasih kepada pihak berwajib yang berjaya mententeramkan keadaan sungguh pun pihak pemerintah telah mengambil kesempatan mencari kambing hitam untuk menahan beberapa orang tokoh politik pembangkang, kononnya atas nama keselamatan negara.

Walau pun keadaan tidak seburuk di Amerika di zaman lampau, ia tidak bermakna diskriminasi perkauman tidak ada di Malaysia. Dalam maksud lain, tidak nampak secara terang-terangan tidak bermakna ia tidak wujud.

Demokrasi cacat

Politik Malaysia pada hari ini hanya berorientasikan matlamat jangka pendek atau mahu menang pilihan raya untuk merebut kuasa semata-mata. Proses demokrasi kita diterjemahkan agak sempit bila mana kekuatan politik dikira berdasarkan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sahaja.

Senario amalan demokrasi Malaysia yang sempit ialah pilihan raya lima tahun sekali. Politikus berebut-rebut mahu menjadi calon untuk mengisi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

Tahap demokrasi kita hanya ada dua peringkat, pusat dan negeri sahaja tanpa pilihan raya kerajaan tempatan (dewan bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah). Ruang kecil dan sempit ini digambarkan oleh pemerintah sebagai demokrasi.

Parti-parti yang memerintah menggubal undang-undang. Sama ada undang-undang itu adil atau tidak, ia tidak penting kerana “demokrasi” telah pun menjadi amalan. Rakyat tidak boleh bersuara sama sekali kerana undang-undang tidak membenarkan, malah tidak menggalakkan rakyat bersuara secara bebas.

Justeru, amalan referendum (pungutan suara), proses melahirkan masyarakat madani (sivil) dan demokrasi akar umbi hampir-hampir tidak wujud sama sekali. Sebaliknya, wujud jurang yang amat luas di antara pemerintah dan rakyat.

Sepanjang lima tahun (biasanya empat tahun sahaja) penggal pemerintahan, rakyat diajar supaya akur dan menerima sahaja keputusan kerajaan. Sepanjang penggal itu rakyat hanya menahan diri melihat gelagat, salah guna kuasa, penyelewengan dan perkauman yang berlaku, dan semuanya itu disahkan sebagai “harus” oleh media massa yang dikawal pemerintah.

Hegemoni demokrasi cacat

Maka budaya politik kita sempit dengan perjuangan yang hanya mahu menang semata-mata tanpa mempeduli nilai moral dan kesan budaya baik kepada pengamal politik mahu pun masyarakat.

Jalan mendapat kemenangan yang mudah dan cepat adalah dengan kempen pecah perintah – divide and rule. Elemen-elemen perkauman adalah ramuan paling utama pada amalan politik sebegini.

Bukan sahaja dalam amalan seharian serta propaganda media, malah kanak-kanak dan pelajar juga dididik di sekolah dan pusat pengajian tinggi awam bahawa dimensi politik demokrasi itu hanya hitam putih – kaum itu dan kaum ini, agama itu dan agama ini. Ia tidak mempedulikan bahawa pigmen warna demokrasi sebenar adalah penuh dengan warna-warni dan kepelbagaian bentuk.

Bagi menghalalkan demokrasi yang cacat ini, maka jadilah ia satu pakej demokrasi “acuan kita” yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang paling terkenal dengan dolak-dalik dan intrik politik tanah air.

Hikmah dari demokrasi dinamik

Ini tidak pula bererti demokrasi Barat atau lebih tepat lagi demokrasi ala Amerika merupakan sistem pemerintahan yang terbaik. Negarawan Inggeris Winston Churchill pernah mengatakan bahawa demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang paling buruk sekali tetapi ia jauh lebih baik daripada segala apa sistem pemerintahan yang pernah ada.

Kita tidak alpa dengan ilusi dasar luar Amerika Syarikat yang menggunakan demokrasi sebagai acuan sehingga sanggup melahirkan pemerintahan autokrasi seperti yang pernah berlaku di benua Asia dan Amerika Selatan.

Itu soal dasar luar. Amalan dalamannya pula sebenarnya bersifat demokrasi dinamik. Demokrasi Amerika juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang bijaksana lagi celik jiwa mereka.

Daripada negarawan-filosuf Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson kepada Abraham Lincoln dan pejuang pembebasan hambad abdi Frederick Douglass sepanjang abad ke-18 dan 19, serta tokoh-tokoh pelbagai bidang abad ke-20 seperti Franklin Roosevelt, Albert Einstein, Mark Twain, Alexander Graham Bell, Thomas Edison, Muhammad Ali, Bill Gates, Steve Jobs, Martin Luther King dan Malcom X.

Perkauman itu kudis politik

Memetik ungkapan Malcolm X, seorang tokoh pejuang yang menentang politik perkauman Amerika:

“Aku sudah muak dengan propaganda orang lain. Aku berjuang untuk kebenaran, tidak kira siapa yang menyebutnya. Aku berjuang untuk keadilan, tidak kira untuk siapa, sama ada yang menyokong atau yang menentangnya. Aku adalah seorang manusia, dan kerana itu aku berjuang untuk sesiapa sahaja dan apa sahaja yang berfaedah untuk kemanusiaan”.

Kata-kata tokoh kulit hitam Malcolm X atau El-Hajj Malik El-Shabazzi datangnya dari hati seorang insan yang sudah benci dengan amalan perkauman, baik dalam aspek politik, sosial mahu pun ekonomi.

Aktiviti perkauman ini dilihat oleh beliau sebagai penggagal kepada segala pengetahuan dan kebijaksanaan manusia dalam menjalani kehidupan mereka.

Perjuangan dengan jiwa yang besar akan membentuk ruang demokrasi yang luas, perjuangan politik dengan hati dan minda yang terbuka akan membentuk amalan politik yang waras. Ia akan membunuh kudis-kudis perkauman dalam masyarakat kita.

Dengan akal yang rasional maka aktviti manusia itu akan kembali menjadi waras, inilah perjuangan untuk kebenaran. Berapa keratkah ahli politik kita yang besar jiwa berbanding nafsunya yang gilakan kuasa? –Roketkini.com

Thursday, 9 February 2012

Pemimpin-pemimpin dan rakyat wajar melalui kursus sivik kenegaraan


Pemimpin-pemimpin dan rakyat wajar melalui kursus sivik kenegaraan

Kita nampaknya mesti kembali kepada ‘basic’ penubuhan negara kita. Itu sahaja caranya bagi kita untuk melihat negara kita kembali kepada asas penubuhannya dan cara pengendalian negara yang sebaik-baiknya. Sejak beberapa lama kita telah melihat negara kita dikendalikan dengan cara yang sudah asing dari apa yang sepatutnya kita lihat.

Kerajaan atau pada siapa yang bertanggungjawab, elok kembali kepada asas dan diadakan peruntukan khas bagi memberi rakyat kursus-kursus sivik semula. Kita wajar memberitahu yang negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (Federation). Perjanjian Persekutuan ini dibuat pada bulan Februari 1948 dan pada masa itu ada Sembilan negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu telah menandatangani Perjanjian Persekutuan itu.

Selain dari itu dua buah negeri, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, juga turut menyertai perjanjian itu untuk mewujudkan sebuah negara yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat harus diberitahu yang Persekutuan Tanah Melayu itu merupakan gantian kepada Malayan Union, anjuran Britain, yang cuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan ‘unitary’ yang tidak mempunyai kerajaan-kerajaan negeri dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbirannya dan kerajaan itu dinamakan Kerajaan Pusat.

Oleh kerana negara kita ini adalah sebuah Negara Persekutuan, pusat pentadbiran di Putrajaya itu adalah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, bukannya pusat pentadbiran Kerajaan Pusat. Diantara Kuala Lumpur dan Bangkok serta Jakarta ada perbezaannya. Kedua-dua Bangkok dan Jakarta misalnya, kedua-dua bandaraya itu menempatkan kerajaan Pusat kerana Thailand dan Indonesia itu adalah negara ‘unitary’ yang tidak mempunyai negeri-negeri yang berdaulat didalamnya. Malaysia adalah seperti Amerika Syarikat dan Australia; iaitu berkerajaan Persekutuan dalam mana ada kerajaan-kerajaan negeri didalamnya.

Perkara ini penting diketahui kerana dengan memahaminya maka kita akan tahu dimana salah dan silapnya pemimpin bermain politik dan mentadbir sebuah negara seperti kita ini. Oleh kerana sistem demokrasi adalah pilihan kita, maka kita boleh memperbaikinya dengan memilih siapa yang sebenarnya layak untuk mentadbir negara kita sebagai sebuah negara Persekutuan itu. Jika pimpinan kita tidak mentadbir negara secara dan kehendak sebuah negara Persekutuan, maka ia patut ditukar dan dianjak.

Saya suka menyebut isu ini berulang kali kerana kita telah melihat dalam banyak perkara pimpinan telah tidak menghormati Perjanjian Persekutuan dan menerima semangat persekutuan itu dengan baik. Itulah sebabnya dalam banyak perkara kita telah bersalah-salahan di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri yang disebabkan oleh tidak faham atau tidak menghormati keputusan rakyat sesebuah negeri yang berdaulat dan merdeka itu.

Contohnya, Kerajaan Persekutuan telah mengenakan tekanan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan tidak menghormati ‘vestine deeds’ yang ditandatangani diantara Petronas dengan rakyat negeri Kelantan pada 27hb Mei 1975 yang lalu. Pimpinan Persekutuan telah mengambil tindakan tidak menghormati perjanjian itu semata-mata rakyat Kelantan telah memilih untuk memberi mandat kepada PAS dan PR untuk mentadbir negeri itu.

Perjanjian itu adalah perjanjian di antara Petronas dan rakyat negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besarnya ketika itu, iaitu Dato Mohammad Nasir, Menteri Besar PAS. Petronas diwakili oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Perjanjian ini dibuat dengan semua kerajaan-kerajaan negeri, tidak kira samada negeri itu ditadbir oleh PAS atau pun UMNO.

Mengikut perjanjian itu Petronas mesti membayar secara tunai kepada Kelantan dua kali setahun, iaitu pada setiap 1hbMac dan 1hb September setiap tahun, mengikut harga FOB penjualan itu. Jumlahnya mengikut perjanjian itu ialah 5 peratus dari harga jualan sebagai royalti kerana rakyat Kelantan telah memberikan hak selagi ada bulan dan bintang kepada Kerajaan Persekutuan melalui Petronas segala pengeluaran minyak dalam perairan negeri Kelantan.

Sekarang ini apa yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan ialah dengan mencuri segala pengeluaran minyak dari dua telaga dalam perairan Kelantan dengan menyalurkan semua minyak yang digali itu melalui ‘pipe’ terus ke Kerteh yang jauhnya 260 kilometer ke Kerteh. Ia merupakan usaha untuk mengelakkan hasil minyak itu dimendarat di negeri Kelantan (Bachok).

Ini merupakan tindakan Persekutuan yang tidak menghormati kedaulatan rakyat Kelantan. Lagak kerajaan Persekutuan itu seolah-olah kita sedang ditadbir oleh sebuah Kerajaan Persekutuan yang ala ‘Malayan Union’ yang ditolak rakyat negara ini pada tahun 1946 dahulu. Persekutuan Tanah Melayu wujud kerana penolakan rakyat terhadap Malayan Union, tetapi semangat ‘Malayan Union’ ini nampaknya bertambah subur kian lama kian UMNO baru ini memerintah kita.

Lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan apabila pemimpin mereka yang mewakili rakyat Kelantan tidak bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan semua apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Kelantan itu. Nama-nama seperti Mustapha Mohamad dan Awang Adek sebaliknya menyebelahai Kerajaan Pusat untuk menekan rakyat Kelantan.

Sikap mereka amat mengaibkan. Nampaknya hanya satu sahaja cara bagi rakyat mendapatkan kembali hak dari hasil minyak mereka; iaitu dengan berusaha memberikan mandat, sebesar-besar mandat kepada kerajaan gantian dalam pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.

Seperti yang dilakukan oleh rakyat pada tahun 1946 dahulu, setiap elemen yang menyuburkan sikap ‘Malayan Union’, Kerajaan Persekutuan wajar ditolak habis-habisan kali ini.