ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 4 October 2013

Ulama PAS..kurang TASAWUF ???


Maksud TUAN GURU NIK AZIZ adalah..pemimpin PAS baik..yang profesyional atau golongan AGAMA..perlu ada Tauhid..ada FEQAH..ada TASAWUF..ada AKHLAK..ada bidang KEMAHIRAN..baik dalam berPOLITIK atau pentadbiran..


Tetapi pada saya..kalau ada SEMUA itu..tetapi TIADA ( kurang )..ilmu dan amalan TASAWUF..KURANG AKHLAK..maka lingkup jugak..alim ulama..masuk bakul..ANGKAT SENDIRI..adakah itu PERANGAI ..TG NIK AZIZ..???

Setiausaha Dewan Ulamak Tidak Perlu Kasar Sangat

Posted on Saturday, October 05 @ 00:47:10 MYT 
Dilulus untuk paparan oleh memo

Saya rasa sikap Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin Azman Razali dalam memberi pandangan tidak menunjukkan sifat seorang ilmuan yang berhemat atau pun kurang diplomasi politik apabila beliau merujuk terus pandangannya dalam soal memilih timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri.

Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata sahaja.

Khairuddin tidak perlu direct menasihat (apologis) kepada Mat Sabu dengan berkata; Timbalan Presiden Pas sekarang seorang pemimpin Pas yang hebat. Cuma barang kali yang kurang adalah fakih (mendalami) soal agama."

Justeru katanya; "Kita mencadangkan saja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami." Kenapa sampai sebut namanya begitu sekali. Soal fakih atau tidak saya kira subjektif sebab ilmu Islam itu sangat luas dan tidak terbatas kepada ilmu-ilmu kalam dan syahadah semata-mata.

Lebih mengejutkan lagi beliau juga dipetik sebagai berkata di dalam majlis syura hari ini semuanya ulamak dan fakih agama. Kalau benar pun tidak perlu mengaku kerana ia takabul dan riak. Apakah kedudukan atau makam itu menjamin kepada kemenangan perjuangan? Atau apakah sudah dipastikan bahawa ulamak di dalam dewan itu terjamin kebersihan dan kescuian dan tidak bersubahat dengan elemen-elemen mazmumah dan madiyyah? Mungkin secara kumpulan (namanya) iya tetapi tidak kepada peribadi.

Ingin saya jelaskan kepada Khairudin, Pas adalah parti politik yang ikut sama bermain 'politik' menggunakan matlamat menghalalkan cara. Machivelisme turut diamalkan dalam Pas, tidak boleh tidak. Jadi, dalam kontes ini ulamak yang fakih agama tidak mencukupi untuk meraih kemenangan. Sebuah kenderaan yang cantik belum tahu ketahanan kuasa enjin jika tidak diuji.

Dalam politik atau apa-apa gerakan ia memerlukan seorang ahli yang profesional yang arif mengenai seluk belut politik, tahu mengatur tektik dan strategi untuk berdepan dengan musuh. Politik dan kausa tidak akan menang dengan hanya membaca ayat-ayat Quran dan hadith atau doa. Apa lagi apabila berdepan dengan orang kufur dan munafik, kecanggihan strategi dan kekuatan fizikal diperlukan.

Selalu saya melihat perjuang Islam gemar beretorik dengan sejarah masa lampau. Dengan kejayaan hebat masa lampau terutamanya yang dipimpin oleh para mujahid seperti Ahmad al Fateh, atau di zaman Rasulullah, Ummar Khattab, Walid al Walid dan lain-lain. Selalu menjadikan para wali sebagai penyala sumbu perjuangan. Tetapi lupa mengkaji di sebalilk kejayaaan itu bagaimana perancangan dan stretagi yang dilakukan kerana musuh tidak akan berundur dengan doa tanpa melibatkan fizikal. Manakala kehebatan para wali pula bukan sesuatu yang bersifat nyata melainkan ia hanya spritual saja. Pas tidak boleh mengambil 'sunnah' itu.

Maaf saya, orang yang mengaku ulamak di dalam Pas snagat naif strategi politiknya. Kejayaan yang mereka dicapai pada eranya banyak dibantu oleh golongan profesional. Hakikat ini kena sedar dan insaf. Kalau tidak percaya boleh dibuat testimoni, cuba sekali Pas menghadapi pilihan raya hanya dengan berdoa, bermunajak dan bersolat hajat sahaja. Jangan ada strategi dan tektikal. Cubalah.

Berbalik kepada nasihat dan signal kepada Mat Sabu agar tidak terasa hati, tidak baik berbuat begitu. Kalaupun Mat Sabu tidak ulamak dan fakih agama, bukan cara bercakap langsung begitu. Ia menunjukkan kita kurang berhemat dan berdiplomasi atau sengaja meremehkan orang lain. Bukankah perbuatan itu sangat keji? Khairuddin harus cermat dalam mengeluarkan kata-kata di masa akan datang.

Justeru Khairuddin kena memohon maaf atau menarik balik kata-kata langsungnya kepada Mohamad Sabu itu. Sebelum orang lain juga menjadi tajam kepada kita, sampai terlanjur menyebut hal-hal tidak elok mengenai kita, elok ahli parlimen Hulu Nerus berbuat apa yang saya sebutkan ini. Saya sangat yakin Khairuddin juga mempunyai banyak hal yang tidak manis untuk disebut.

Walaupun Mat Sabu bukan ulamak dan fakih agama dia dipilih oleh perwakilan Pas. Dia seperti Khairuddin kata, dia adalah timbalan yang sah. Mat Sabu mungkin benar tidak fakih tentang agama tetapi siapa boleh persoal pengorbanan dan jasanya kepada Pas. Keimannya kental dia sudah keluar masuk penjara beberapa kali kerana berjuang. Setidak-tidaknya Mat Sabu telah diuji beberapa kali, berbanding dengan golongan mengaku ulamak apa lagi Khairuddin tidak pernah usahkan digari melihat gari pun belum.

Sebuah firman dalam surah Al Ankabur: ayat 2: Allah menyebut; jangan kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji. [wm.kl.9:12 am 04/10/13]-mso


Dimana Wajah Wajah Seorang "ANAK MELAYU" ........

Ada Orang Kata...!!!!

Gua punya gelihati + guling2 punya gelak ketawa seisi keluarga apabila ada orang kata pundek2 kat bawah nih mengaku diorang melayu beb.....muakakakakakakaaaaaa.....

Bila masa la pulak.... ada setitis darah melayu dalam genetik
spesies diorang nih.... agak2 laaaaa... kalau nak membelit pun..., cakap2 kata2 pakai lidah dan mulut boleh la pundek2 haramjadah nih belit... itupun ramai jugak melayu2 yang terbelit....
.
Sampai bab keturunan dan asal usul bangsa pun pundek2 haramjadah nih nak belit.... hahahahaha... pergi belit binatang ternakan Shahrizat anak beranak laaaaaaaaa..... muakakakaka...

Bangsa puak2 nih memang menjengkelkan beb...., kutuk lebih2 pun tarak guna wa cakap luuuu... sebab diorang nih spesies tahan maki dan muka tak tau malu punyeeaaarrrr..... hahahaha....

Cuma gua harap supaya ada perwakilan umno yang boleh suarakan apakah keistimewaan dan kedudukan puak2 pundek Eeeeeeeee..... nih dalam parti keramat melayu selama ini.... adakah sebarang fakta yang boleh membuktikan susur galur bangsa Eeeeeeee.... ini berbaka melayu.

Kepada puak2 umno yg terbaca posting ini.... sepatutnya lu orang berasa malu kerana lu orang tiada kemaluan dan maruah untuk mempersoalkan keujudan puak2 Eeeeee.... dalam parti keramat orang2 melayu, sedangkan pada masa yang sama lu orang dok melalak "Hidup Melayu, Hidup melayu, Hidup Melayu" sebaliknya lu orang yang "LAYU"... apa punya bodoh satu hal....

Selebihnya lu orang semua adalah "Hipokrit" dalam parti yang lu orang sanjung tuuuuu.... dah triple bangang melantun-lantun....!!!!
ISA 1.10.2013

Apaa namaa....... Melayu Mudah Lupa. Kununnya Mamak Mandelia bersengkokol dengan Portugis itu Melayu Tulen juga.

Muka pundek asli tapi ngaku Melayu....makan sireh + pinang + kapur + gambir la, pastu kasi pancut rata2 la......

Kuat benar berjuang Melayu mengalahkan orang Melayu...keturunan putar alam yg kerjanya membohong sampai ke mampos.......cittt pooraah.....busuk punya kaki.....

Keluar Umno masuk MIC lagi baik utk puak2 nii.....ni baru tepat.......

Monday, 30 September 2013

Filem TANDAS PuteraJAYA..hanguskan DUIT RAKYAT

~ "TANDA PUTERA" : Apa tandanya..??

01- Pada 29/8 lalu, filem Tanda Putera masuk pawagam dengan penuh bangga dan bergaya.

02- Dicanang sebagai filem epik politik-sejarah terhebat orang melayu, akhirnya tertunduk layu dan terpaksa dihentikan tayangan akibat kurang sambutan.

03- Sejumlah RM 4. 77 Juta dilabur untuk buat filem ini (sebahagian besarnya dari geran FINAS/Kerajaan), akhirnya cuma berjaya kutip RM930 ribu sahaja.

04- Secara kasarnya, Tanda Putera catatkan kerugian sejumlah RM3. 77 Juta (antara filem Malaysia yang paling besar rugi dalam sejarah).

05- Masa yang sama, filem "KL Zombie" yang ditayangkan tarikh yang sama, catatkan kutipan sejumlah RM2. 93 Juta, walhal kos penerbitannya cuma RM1. 8 Juta. Filem ini juga masih ditayangkan hingga kini.

06- Apa tandanya filem Tanda Putera gagal dipasaran..??

07- Ini tandanya... rakyat Malaysia dah matang dan menolak filem propaganda murahan sebegini.

08- Rakyat Malaysia juga dah bosan dengan gaya permainan emosi orang melayu serta rasa prajudis perkauman melampau yang dipersembahkan dalam filem ini.

09- Macai-macai Umno yang siang malam tolong promosi dan kipas filem ni..,dah tengok ke filem Tanda Putera nie..?? ~ WKVI.