ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 7 October 2013

Ulang SEJARAH..lenyapnya FELDA SUNGAI BUAYA


Silakan BUAT LAWATAN..ke Felda Sungai BUAYA...RAWANG..Hulu Selangor..apa dah jadi dengan TANAH yang di GADAI..oleh puak UMNO..tahun 1980an...

Senyum Mesra..Rahmah Rahmat..sila klik kat link di bawah ini...

Felda mahu gadai tanah peneroka? 
Jamilah Kamarudin | October 3, 2013 
_________________________________________________________________________________ 
Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun.
_________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat pujukan daripada pihak pengurusan Felda agar peneroka memajak tanah milik mereka. 

Berdasarkan maklumat, Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun. 

Cara pambayarannya adalah RM500,000 itu diberikan mengikut pecahan iaitu RM100,000 dibayar kepada peneroka (dengan bayaran RM5,000 sebulan), RM150,000 dimasukkan ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), manakala selebihnya digunakan untuk pengurusan peneroka sepanjang tempoh 30 tahun. 

Menurut Anak, pengurusan Felda sudah memulakan taklimat sejak Raya Aidilfitri Ogos lalu di beberapa kawasan penempatan Felda, antaranya Felda Kemahang, Felda Sungai Tengi dan Felda Teloi Timur dan ada peneroka yang bersetuju dengan tawaran berat sebelah itu. 


“Berdasarkan maklumat ini saya bimbang tanah saya akan dilibatkan dengan penggadaian. Saya yakin hasrat utama Felda adalah gadai tanah peneroka kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman. 

“Kalau tanah sendiri telah dipajak dan perjanjian penyelenggaraan juga diserah hak, maka apa gunanya terus memajak tanah peneroka kalau bukan disalah guna. 

“Saya bimbang kesan gadaian sekiranya pinjaman dibuat daripada pihak bank dengan disandarkan pajakan peneroka, maka bank boleh melelong tanah peneroka sekiranya Felda gagal membayar balik pinjaman yang dipajak,” kata peneroka Nazara Muda dalam laporan polisnya. 

Laporan itu dibuat Nazara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini tengahari tadi, ditemani Presiden Anak Mazlan Aliman, Penasihat Ekonomi Anak Dr Rosli Yaakop dan peguam Haris Abdullah. 

Bagaimanapun, keraguan utama timbul apabila wujud sekatan kepentingan dalam surat pajakan tanah yang ditentukan kerajaan negeri selaras dengan Akta Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) di bawah Tanah Rizab Melayu. 

Syarat pajakan tanah 

Mengikut syarat pajakan tanah kerajaan negeri Pahang, tanah yang dikurniakan tidak boleh dijual, digadai, dipajak, dicagar atau dipindah milik dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan atau menjual tanah tanpa penguasa negeri. 

Syarat itu juga menyebut, jika kebenaran diberikan maka penjualan, gadaian, cagaran, pajakan atau pindah milik itu hanya boleh dibuat kepada tidak lebih dua orang sahaja. 

Selain itu, tanah yang dikurniakan itu juga tidak boleh dilakukan sama seperti di atas melainkan bersekali dengan hak milik (lot ladang) yang berpegang dengan hak milik lot rumah. 

“Namun Felda masih berdegil untuk mendapatkan pajakan tanpa menghiraukan sekatan tersebut. 

“Pada hemat saya, sekatan tersebut adalah untuk menjaga kepentingan peneroka tanah agar tidak tergadai,” kata Nazara dalam laporan polis. 

Beliau sehubungan itu mendesak pihak berkuasa menyiasat proses pengambilan tanah peneroka. 

Katanya, ada satu perancangan daripada Felda yang akan menjejaskan kehidupan peneroka dan bersedia mengemukakan saksi yang hadir taklimat jika diperlukan.

Jelajah ‘Selamatkan Felda 2.0′ 

Sementara itu, Mazlan ketika ditemui diperkarangan luar IPD berkata, Anak akan mengadakan jelajah ‘Selamatkan Felda 2.0′ memberi penerangan kepada peneroka tentang muslihat di sebalik tawaran tersebut minggu depan yang akan bermula di Jengka, Pahang. 

Katanya, peneroka bakal kehilangan tanah sekiranya Felda gagal melunaskan pinjaman pajakan mereka setelah tamat tempoh tersebut sekaligus membuka risiko tanah tersebut dilelong. 

Mazlan juga mendesak agar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut -FMT


Dah habis baca dan FAHAM? Kalau dah faham tulisan kecil ini, tentu komer faham mengapa kemer (Yong dan teman seperjuangan) tidak sanggup melihat apa-apa bentuk penggabungan PAS dan UMNO. 

Sebabnya jelas. UMNO buat endless possibilities. 

Dalam Islam wujudkah Endless Possibilities? 

Fikir-fikirlah...

Syarikat BN UMNO..naikkan HARGA GULA dan TEPUNG

Naik Harga Gula Dan Tepung Untuk Kesejahteraan Dan Kebahagiaan Rakyat - Menteri Umno

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - 11 minutes ago
Jikalau naik harga barang adalah untuk kesejahteraan rakyat, maka turunkan harga barang adalah kesengsaraan kepada rakyat. Sebenarnya kenyataannya sepetut begini, turun harga barang kesejahteraan kepada rakyat dan naikkan harga barang kesengsaraan kepada pemimpin Umno BN kerana tak dapat nak rembat duit rakyat. Makin hari makin bebal menteri Umno, hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang bodoh seperti ini. Kenyataan ini telah menjatuhkan keintelektualan rakyat untuk berfikir. Ikuti kenyataan bebal menteri Umno ni.. *Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rak... more »

Penjelasan Ketua Audit Negara Membongkar Pembohongan Menteri Dan Ketua Polis Negara? - Posted by Addin Deen.

atsixty at ZAKRI ALI - 39 minutes ago
[image: Photo: 08 Oktober, 2013. Penjelasan Ketua Audit Negara Membongkar Pembohongan Menteri Dan Ketua Polis Negara? Posted by Addin Deen. Inilah wajah sebenar pemimpin Umno, tak kira masa tak kira tempat. Bohong sudah sinonim dengan Umno. Bila nak berbohong sudah tidak terfikir lagi, janji dapat jawab dan lepas ketika itu sahaja. Terbaru, Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Menteri KDN kononnya telah memberi penjelasan berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api. Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa tiada penjelasan dari pihak KDN dan Polis. Apa cerita ni? Sudahlah senjata hilang... more »

MELAYU UMNO..kaya BELASAH habis..LICIN LICIN

http://wartashubhi.blogspot.com/2012/05/melayu-terkaya-dibawah-kerajaan-umnobn.html


"Hanya Umno yang mampu memartabatkan Bangsa Melayu !", itu ayat yang biasa dilaungkan oleh para pemimpin Umno bagi menyakinkan orang Melayu memangkah Umno. Memang benar Melayu dibawah pimpinan Umno/BN adalah salah seorang yang paling kaya di Malaysia dan berikut senarai syarikat kepunyaannya:




MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port

Dan dengar ceritanya sekarang di mahu mendapatkan:

RTM

KTMB
Bank Islam

Tentu semua dapat agak siapa yang saya maksudkan di atas. Dia merupakan Melayu yang paling kaya di Malaysia yang memiliki terlalu banyak kepentingan perniagaan di negara kita.

Berbanding orang kaya di negara lain seperti Bill Gates umpamanya, mereka kaya kerana berjaya memecahkan pasaran dunia dengan produk mereka dan syarikat penumpuan mereka tidaklah banyak sedangkan orang kaya negara kita menjadi kaya kerana belasah habis semua perniagaan yang ada di negara kita sahaja.

Baguskah begitu? apapun syabas diucapkan pada Syed Mokhtar atas kejayaan luar biasanya itu, moga lebih ramai lagi seumpamanya muncul di Malaysia, tapi harap-harapnya bukan sekadar belasah habis syarikat kat Malaysia saja...seranglah juga pasaran dunia.

Related Posts


Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri?


Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri?

Bagaimana saya kenal geng tiga line ni?, betul macam kata-kata Zahid Hamidi bahawa mereka bukannya samseng atau gangster betul. Sebaliknya geng tiga line ini hanyalah samseng kenduri kendara.

Ya! melalui kenduri kendaralah saya mula mengenali geng tiga line ini. Mulanya rasa pelik bila ada di kalangan orang kampung yang punyai seperti satu ritual bila mengadakan kenduri kahwin. Antaranya adalah seperti:

Memasang tanda tertentu pada jalan masuk ke rumah kenduri. Ada arrow yang diperbuat daripada daun kelapa dan sebagainya.

Ada kenduri khas pada malam sebelum berlangsungnya kenduri yang betul. Dengan lauk pauk serta hidangan yang khas pula.

Ada pondok khas pula untuk melayan para tetamu istimewa yang datang dari berbagai daerah serta negeri.

Ada sumbangan khas dari merata negeri yang berupa bahan mentah makanan seperti lauk dan beras.

Mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak ambil perduli sangat. Apa yang disenaraikan di atas sahaja sudah cukup memberikan kejutan budaya pada saya ketika melihat kesemua aktiviti tersebut.

Mereka akan berkumpul sesama mereka dengan mesra dan makan dan makan dan gelak dan gelak dan sama kepit dan salam kepit sesama mereka.

Mereka bukannya nak tolong sangat urusan kenduri yang dibuat oleh tuan rumah, malah dengan adanya urusan sampingan untuk mereka, lebih banyak menyusahkan tuan rumah.

Apa yang sangat ketara yang saya perhatikan adalah kumpulan tersebut bukannya dari kalangan mereka yang kuat amalan agamanya. Kebanyakannya merupakan hero atau pelesit pada zaman muda remaja mereka dan bila dah tua menjadi ayahanda yang tinggi ilmu di dada yang perlu dihormati.

Ada juga yang saya pernah berbual menceritakan fahaman mistik ilmu agama peringkat tinggi. Mereka mendakwa orang yang terbang tinggi tak akan melihat perkara kecil-kecil seperti mereka yang di bawah nampak.

Mereka nampak semuanya dari atas, jadi tak perlu solat macam biasa seperti orang bawahan bersolat. Itu salah satu ilmu peringkat ttinggi yang saya dengar dari mereka yang cool dan penuh ilmu di dada. Itulah juga yang membuatkan saya rasa tak perlu ikut kumpulan mereka.

Dengan adanya kawan-kawan dari kalangan tiga line ini, saya dengar mereka juga menjadi protector pada kumpulan atau individi yang bermmasalah. jika anak salah seorang ahli tiga line dilarikan di kawasan lain, ahli tiga line di kawasan itu akan selesaikannya.

Saya dapat tahu kumpulan mereka juga yang bawa lari dan kumpulan mereka juga yang mendapatkannya semula. Bagus dan tidak bagus, macam bomoh yang bela hantu raya. Hantunya ganggu orang ramai, rasuk sana rasuk sini, dia Bomoh itu dipanggil untuk berubat pula. Berubat masalah dari hantu raya belaannya. Pandai dia cari makan.

Tak ada data tepat pasal geng tiga line ini. Cuma ada pengalaman kawan-kawan yang menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah dengan geng mereka. Yang pastinya ada bayaran dan ganjaran untuk sebarang urusan.

Bila pihak Polis yang berhati mulia yang nak buat kerja yang bukan dari kalangan yang pak turut mengistiharkan geng tiga line sebagai kumpulan gengster, maka sudah tentu mereka bukan main agak-agak dan hentam saja.

Gengster tetap gengster, tak ada kumpulan yang kita namakan sebagai samseng atau gengster yang kerja mereka bukan kebajikan dan amalan mulia. Oleh itu mereka perlu dibenteras dan bukannya diberikan mesej agar teruskan aktiviti dan buat apa yang patut?????.

Related Posts




1 comment:


http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8490Reply

Sunday, 6 October 2013

MUKHRIZ..BN UMNO tumbang dalam PRU 14 nanti

Dalam tempoh EMPAT tahun ini..syarikat syarikat KRONI BN UMNO..cepat-cepatlah..REMBAT duit rakyat di PERBENDAHARAAN NEGARA...nanti MELEPAS..



Jikalau ini pandangan ikhlas Muhkriz, maknanya Umno makin hampir tamat riwayatnya. Dari PRU11, PRU12 dan yang terbaru PRU13 majoriti rakyat Malaysia melihat Umno BN semakin tidak relevan di hati rakyat Malaysia.


Mungkin Umno boleh bercakap, Umno makin kuat dengan pertambahan kerusi. Tetapi jika di lihat kerusi BN, kuasanya makin berkurang.

Selepas ini apa pulak tindakan luar jangka pemimpin Umno untuk memenuhi impian mereka sebelum Umno BN tumbang pada PRU14 nanti..

Mukriz mahu jadi Naib Presiden sebelum Umno 'kecundang' PRU14

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.

Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.

"Saya ke gelanggang naib presiden agak lewat kerana calon lain sudah dua atau tiga kali menyandang jawatan ini. Peluang itu ada namun saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.

"Kali ini saya lihat kuasa mengundi itu terletak pada perwakilan yang ramai iaitu 146,500 orang. Saya yakin mereka sudah cukup matang untuk membuat penilaian sendiri. Pada hari pemilihan, mereka akan membuat keputusan mengundi mengikut suara hati dan bukan desakan pihak atasan," katanya.

Ketika ditanya adakah pertandingannya kali ini mengganggu penyandang jawatan naib presiden sedia ada, beliau berkata: "Inilah demokrasi. Kalau tiada yang 'kacau daun' maka pemilihan tidak perlu diadakan dan kita boleh isytihar menang tanpa bertanding."

Dalam perkembangan lain, beliau mahu pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 November ini bagi sama-sama merasai pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Beliau menyedari DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan BN mempunyai cabaran besar untuk memenangi PRK kali ini.

"Saya telah nyatakan kepada pengundi Sungai Limau baru-baru ini, BN sebenarnya berhasrat membawa pembangunan di kawasan itu dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

"Kerajaan pusat dan kerajaan negeri ditadbir oleh BN. Jadi kita nak kongsi hasil negeri Kedah dengan penduduk di Sungai Limau juga," katanya.

Penyandang kepada jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga-tiganya bertanding untuk mengekalkan jawatan.

Selain itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Samad turut menghangatkan suasana dengan menyertai pertandingan enam penjuru itu.

Seramai 33,942 calon layak bertanding di peringkat pusat dan bahagian serta ketiga-tiga sayap parti. Pengundian bagi pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian dan pusat akan berlangsung pada 12 Oktober manakala pengundian bagi bahagian dan Majlis Tertinggi pada 19 Oktober.

Dijangka lebih 146,500 perwakilan akar umbi mengambil bahagian mengundi pada pemilihan kali ini berikutan pindaan perlembagaan parti pada 2009. ~tmi

http://ikutsukaakuisa.blogspot.com/2013/10/bodohnya-pencacai-umno-lebih-teruk-dari.html?zx=33417ffc140cfdc4
Oppa Gangnam Style....

Kah... kah... kah... kah.. kah.. kah... muakakakakaaaaa......!!!!

Jom nyanyi lagu kopratasa "Masihkah Kau Ingat"... hahahaha...

weiiii... lu orang ingat tak lagi masa penyanyi korea lagu gangnam style buat show di Pulau Pinang, masa tu kecoh Najib kena booooo...... dengan penonton... muahahahaaaa....

Masa tu ramai yang persoalkan isu pembayaran kos bawak masuk mamat Korea K-pop yeh.. yeh.. tu yang bernilai RM1.6 juta..., mati2 woooo... keraaaaaaaajaan haramjadah barisan nasional menafikan bayar mamat korea and the K-pop yeh.. yeh... tuuuu.... diorang kata konsert tersebut di taja oleh sebuah syarikat swasta dan tiada kena mengena dengan keraaaaaajaan persekutuan.... bla.. bla.. bla....

Betapa angkuh dan bongkaknya pihak keraaaaaajaan Najib Razak menafikannya sewaktu kecoh2 pasal bayaran waktu itu.



Benarlah bagai dikata.... setiap penipuan akan terserlah kebenarannya...,

Semalam dari Laporan Ketua Audit Negara telah melapurkan sebenarnya mamat gangnam and the K-pop yeh.. yeh... takda siapa dan mana2 syarikat yang taja... hehehhee... sebaliknya ianya di bayar oleh Keraaaaaa...jaan Barisan Nasional Laknatullah Al-Munafikun Najib Razak... hahahahaha....

Duit cukai lu orang dan gua serta seluruh rakyat Malaysia digunakan oleh Najib Razak untuk meraih simpati pengundi2 berbangsa Cina.... apa punya bangsat la Keraaaaa...jaan Penipu Haramjadah Barisan nasional nih....

Mana dia pencacai2 umno/bn laknatullah.... weiiii... lu orang tak rasa malu ke... dengan penipuan pemimpin2 lu orang selama ini... apasal lu orang bangang sangat sampai boleh kena tipu dengan umno/bn laknatullah...

Adakah lu orang pencacai2 umno/bn laknatullah dah kena Nasi Kangkang atau Holu Water umno/bn laknatullah ke... ????

Nasib baik BRUNEI tak sertai MALAYSIA

https://www.facebook.com/SabahSarawak


Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. 

Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran. Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. 

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei. 

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas. 

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya. 

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. 

Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei. Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. 

Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius. Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. 

Itu adalah lebih baik untuk kamu" Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia? 

Andaian 

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei. 

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000) 

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36) 

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba. 


5. 
Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga. 

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua. 

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak. Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Bukan kita yang kata....