ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 31 August 2012

Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'


Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'

 Aspan Alias: Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

“It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know,” kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu di mana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apakah peperangan yang lebih hebat daripada perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

Sememangnya peperangan yang paling hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan dihadapkan dengan perjuangan melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.

Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.

Itu sebabnya kita mesti dan wajib mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya, iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang dibawa oleh iblis dan syaitan itu. Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam kita yang masih lemah ini kita ditegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.

Itulah sebabnya ada ulamak yang zuhud memberikan ingatan yang nilai kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh dengan elemen yang dibawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang haq kerana tidak pernah mendekatinya.

Kalau kita seorang pemimpin dan selalu berabit dengan iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah-belahkan orang-orang yang kita pimpin.

Iblis selalunya tidak suka apabila kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya, maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.

Terpulanglah kepada kita semua untuk memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau bersekutu dengan iblis itu.

Jika kita hendak memilih untuk bersekutu dengan iblis itu elok diikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.

Mengenali yang haq memang susah kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah seorang ulamak tersohor, 'jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.'

Kalau sesiapa yang ingin mengikut dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.

Tetapi kita orang beragama dan bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.

Rilex jap : hayati lagu paling popular hari ini

Popout


- Aspan Alias

Thursday, 30 August 2012

Video..JANJI DICAPATI...Merdeka???


JANJI CAPATI, JANJI PATI ?

Popout

Kempen Selamatkan Malaysia...Bankrap Negara


Kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti. 

Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.

Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.

"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrup pada tahun 2019 nanti.

"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita  di Pejabat Agung PAS di sini.

Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.

Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN  bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.

"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk. 

Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.

"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU  atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim..MERDEKA 55



Popout

Naik TEKSI pun ...dah tak selamat dah???


Pemandu Teksi Dirogol 'Angelina Jolie'.


Luminita Perijoc , wanita yang mirip Angelina Jolie

SEORANG pemandu teks Rumania mengadu seorang perempuan penggila seks telah mengancamnya untuk berhubungan intim. Kepada polis, Nicolae Stan, pemandu teksi itu mengadu, Luminita Perijoc yang berwajah mirip dengan aktres Angelina Jolie atau 'Angelina Jolie palsu' ini mengancamnya dengan menggunakan pisau untuk berhubungan intim dan oral seks.

Pada awalnya Perijoc, menumpang teksi, meminta bantuan Stan untuk mengangkat belanjaannya ke dalam rumah. Tetapi ketika memasuki apartemen, wanita itu meminta berhubungan seks. Ketika Stan menolak melakukannya, Perijoc mengeluarkan pisau, dan memaksa Stan membuka bajunya.

Soalnya, "Ketika saya menolak, wanita itu marah besar, mengambil pisau dan memaksa saya untuk membuka pakaian dan berhubungan seks dengannya," kata ayah tiga anak itu.

Tidak puas dengan hubungan seks pertama, wanita itu meminta Stan untuk berhubungan lagi dan melakukan oral seks. Ketika menolak lagi, Perijoc menusuk Stan dengan pisau di tangannya. Menurut polis setempat, dari hasil laporan Stan, polis menduga Angelina Jolie palsu itu sedang dalam ketergantungan ubat-ubatan.

Mengutip media lokal, kerabat Perijoc mengatakan wanita itu adalah peminat ekstrim artis Angelina Jolie. Khususya ketika Jolie berperanan sebagai Tomb Raider, tokoh wanita jaguh yang diangkat dari video game ke layar lebar. Namun, tidak semua teman-teman Stan sependapat bahawa pemandu teksi ini merasa diperkosa.

Teman-temannya menyayangkan Stan menolak berhubungan seks dengan duplikat artis Hollywood secantik Angelina Jolie. "Mereka tidak tahu kenapa saya menolak wanita itu. Mereka tidak tahu bagaimana rasanya dibentak wanita gila yang mengancam dengan pisau untuk berhubugan seks," kata Stan.

Stan boleh lari dari Perijoc dengan cara mengurung diri di bilik tidur. Lalu ia menelefon polis dengan telefon bimbitnya. Akhirnya polis datang dan membawa Stan yang mengalami lebih dari setengah dozen luka tusukan ke hospital. 

"Kami juga akan mewawancarai kedua belah pihak untuk mengetahui kejadian yang sebenarnya," kata polis.(IH).

HUDUD OH HUDUD...bukan SANJAY DUT???


HUDUD OH HUDUD!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. UMNO dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa. Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya UMNO macam mula berubah.
PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud. Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih. Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya.

Pertikai Hukum
Saya meyakini keikhlasan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Saya banyak kali bersembang dengan beliau secara peribadi, ternyata hasrat Islam beliau begitu mendalam. Islam itu cuba dilahirkan dalam amalan peribadinya sehingga kepada usaha-usaha politiknya. Namun, tidak semesti hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara atas nama hudud. Sebahagian kadang-kala mengelirukan pihak lain terutama non-muslim dalam negara kita. Saya mencadangkan pembaca yang membaca tulisan ini turut membaca artikel saya ‘Hudud dan Beberapa Gambaran Salah’.
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.
Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Lawmenyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah tiada lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya ‘An International Call for Moratorium on Corporal Punishment’ pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Tiga Golongan
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.

Tujuan Kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalahmechanism dalam mengatasi jenayah tertentu. Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.
Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut”

Sahabat Jingga 13 memeluk Islam Alhamdulillah


Sahabat Jingga 13 memeluk Islam Alhamdulillah

JIKA tahun lalu di dalam bulan Ramadhan, Ketua Wanita KEADILAN Cabang Bukit Gelugur memeluk Islam rujuk sini [Peluk Islam].

Tahun ini satu lagi khabar gembira untuk kita khasnya sahabat aktivis Jingga 13 apabila salah seorang dari mereka memeluk Islam hari ini. Saudari Afzan yang berasal dari Sabah itu kini menggunakan nama Rayyan Khairiyah.



Beliau mengucapkan dua kalimah sahadah disaksikan Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan pelakon Gerak Khas yang kini bersama Pakatan Rakyat, Abby Abadi.

Seorang lagi sahabat Jingga 13 juga telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, sama-sama kita doakan beliau dibukakan pintu hidayah oleh Allah SWT.

ReJaM© "Bertambah lagi saudara kita... "

Syaitan dan politik Malaysia

Pada masa istilah "politik baharu" tidak lekang dari bibir ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, satu hal yang memperlihatkan politik yang tidak cerdik dan murahan berlaku dan mencetuskan debat yang besar, lebih besar daripada yang sepatutnya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan yang juga disebut dalam satu kenyataan kepada wartawan memetik simpulan bahasa dari bahasa Inggeris, "Better the devil you know than the devil you don't," tetapi mengubah devil yang kedua kepada angel(malaikat), mungkin sebagai sindiran kepada tokoh-tokoh tertentu parti lawannya.

Kedua-dua kenyataan itu - tulisan di blog dan kenyataan kepada wartawan - dibuat dalam bahasa Inggeris. 

Kenyataan Mahathir itu segera mendapat respons daripada pemimpin parti lawan, pertama daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengulas penggunaan istilah syaitan yang digunakan Mahathir sebagai bertentangan dengan agama.

Dakwaan bahawa kenyataan itu boleh mengelirukan mungkin ada benarnya, kepada mereka yang tidak berfikir panjang dan hanya menerima apa yang didengari, tetapi kenyataan daripada bekas menteri besar Perak - yang anaknya terlibat menentang dasar pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris melalui proses mahkamah - itu mengabaikan satu fakta mudah, iaitu simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris itu tidak perlu diterjemah secara harfiah.

Lebih malang lagi, salah faham ini berpanjangan hingga menjadi satu isu besar politik nasional ketika suasana Syawal agak masih baru bermula, sebahagian besarnya diulas tanpa merujuk kepada asal ekspresi itu dalam bahasa Inggeris, mendedahkan satu kelemahan yang besar di pihak PR kerana terlalu cepat mahu mempolitikkan kenyataan tersebut yang merupakan satu simpulan bahasa yang agak mudah dan dikenali.

Sekiranya ada satu kesalahan di pihak Mahathir ialah penggunaan ekspresi daripada bahasa Inggeris dalam konteks politik Malaysia, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rujukan utama.

Satu isu yang boleh diberi perhatian dalam isu ini ialah konteks sejarah dan budaya sesuatu bahasa itu, yang dalam beberapa kes tidak dapat dipakai dalam konteks masyarakat yang asing kepada bahasa tersebut.

Sekiranya penggunaan istilah syaitan itu menimbulkan masalah, banyak lagi ekspresi lain seperti "underdog" yang sangat biasa digunakan perlu dipersoalkan juga. 

Ada beberapa ekspresi dalam bahasa Inggeris hakikatnya agak tidak kena atau memang tidak sesuai digunakan dalam konteks masyarakat Melayu Muslim negara ini ekoran etimologi atau asal usulnya, seperti "Speak of the devil," "Keep your fingers crossed," yang mempunyai kaitan agama.

Bahasa Inggeris juga, hasil pengalaamn sejarahnya sendiri, mempunyai banyak ekspresi dan simpulan bahasa mengandungi istilah "devil." 

Isu ini kini telah menjadi isu politik kepartian, mencetuskan banyak komen dan ulasan murahan semata0mata untuk memalukan pihak lawan, tanpa membawa sebarang manfaat.

Turut menarik perhatian dalam isu ini ialah tindakan seorang ilmuan agama dari Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang mempertahankan kenyataan Mahathir itu berdasarkan hakikat bahawa simpulan bahasa itu tidak boleh dibaca secara literal. 

Dalam hal ini, mungkin perlu ilmuan muda yang agak berpengaruh itu menegur juga seorang penceramah yang mengecam hebat tokoh agama zaman lalu kerana menggunakan ayat-ayat puitik dalam menghayati agama.

Sekiranya simpulan bahasa daripada bahasa Inggeris boleh dipertahankan, tentu ekspresi berasal daripada tokoh agama Islam sendiri juga wajar dipertahankan dan tidak dikecam sewenang-wenangnya.  

Penceramah ini - yang mungkin sealiran dengan ilmuan muda Umno tersebut - jelas kelihatan lemah penguasaan bahasanya telah mengambil secara salah satu retorik yang kini turut popular sebagai sebuah lagu dan mengecamnya sebagai satu kenyataan tidak mahu masuk syurga.

UTUSEX MELOYA KALAH LAGI BEB...


Mahkamah Sahkan Utusan Malaysia Penyebar Fitnah


Sah!! Utusan memang akhbar pembawa fitnah no. 1 Malaysia.. tak percaya? Mahkamah telah membuktikannya.. Dalam perbicaraan kes saman DS Nizar ke atas Utusan, Utusan telah di arahkan bayar ganti rugi.. maknanya Utusan bersalah menyebarkan fitnah.

So.. kepada pembaca tegar Utusan.. henti-hentikanlah membelidan membaca akhbar sampah nih. Mahkamah pun dah putuskan akhbar Utusan agen pemfitnah no. 1..

WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar
Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.



FITNAH WWW 1 KEATAS YB NIZAR, UTUSEX MELOYA KALAH LAGI BEB... KAH KAH KAH !


Rasa-rasa gua lah satu-satunya akhbar didalam dunia ni bukan setakat di Malaysia yang paling banyak disaman ialah akhbar Utusan Malaysia atau panggilan Popularnya UTUSEX MELOYA... kah kah kah... dah lah tu bukan setakat paling banyak disaman tetapi juga paling banyak membayar saman... dan tektik terkini UTUSEX MELOYA untuk tidak membayar saman ialah dengan Memohon Maaf... sebagaimana mengikuti cara Presiden Umno dengan memohon maaf kepada Rakyat Negeri Selangor kerana Perompakan Harta Rakyat Negeri Selangor oleh Pemimpin Umno/Bn... yang mana ia mengakibatkan Umno/Bn kalah dan tak dapat Merompak lagi Harta Rakyat Negeri Selangor... kah kah kah !.
Yang terbaru ialah kekalahan berkaitan Saman yang dibuat oleh Yb Datuk Seri Nizar Jamalluddin terhadap akhbar tersebut dalam Isu nombor plet WWW 1 yang diulas oleh Yb Nizar dan jadikan bahan fitnah selepas berita kemenangan tender oleh Baginda Sultan Johor tersebar... dan hari ini tersiar didalam tweeter Yb Nizar bahawa Mahkamah telah mengarahkan UTUSEX MELOYA membayar segala yang berkaitan kepada YB Nizar... tapi yang hairan nya ialah dimana akabar ini mendapat kewangan untuk membayar segala saman-saman tersebut ya ?... nak dikatakan akhabar tersebut laku macam Goreng Pisang Panas pun tidak... kerana ada masa-masanya akhbar tersebut terpaksa diberi percuma kerana terlampau tak laku... kah kah kah !.


Dan yang menghairankan pulak ialah laporan kewangan Kumpulan akhbar tersebut bagi tahun berakhir 2011 ialah UNTUNG... kah kah kah...  tapi lu orang jangan bersangka buruk dulu beb... sebab memang mereka UNTUNG tapi bukan melalui Jualan akhbar tetapi dari Jualan Iklan... ini lagi lah gua pelik beb... siapalah yang hendak membeli Iklan dari akhbar yang tak laku tu... setelah gua siasat-siasat rupanya iklan yang laku hanya 4 nombor ekor dan iklan Along... keuntungan lain bukanya datang dari  akhbar tersebut tetapi ianya datang dari satu Majalah Lucah No 1 keluaran Kumpulan tersebut iaitu MANGGA... yang pernah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah... iaitu Negeri Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sekarang ni.


Sebab itu gua katakan beb yang Umno sebagai pemegang saham terbesar Kumpulan Utusan sebenarnya adalah United Munafik National Organisations... dan memang sudah menjadi Darah Daging Umno sukakan Fitnah, Sex dan Lucah... namun kepada penyokong parti tesebut apa saja yang diberitakan dari akhbar tersebut adalah betul walaupun akhbar tersebut mengatakan yang Kambing akan Bertelur... kah kah kah... atas sebab itulah Umno boleh memerintah selama 55 tahun walaupun terlalu banyak kerosakkan mengatasi kebaikan yang dibuat... tetapi itu semua tidak dipedulikan oleh penyokon Umno hanya kerana ianya atas nama umno sepeti gambar diatas... kah kah kah !. sumber gambar


hemmmmm..... apa perkataan yang boleh diucapkan kepada umno selain meminjam kata-kata pemimpin wassatiyah umno iaitu datuk seri haji najib yang berbunyi haranjadah... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Wednesday, 29 August 2012

PM Ini Tak Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya


[VIDEO] PM Ini Tak Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya

Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, memuji masyarakat Melayu/Islam atas kemajuan besarnya sejak negara mencapai kemerdekaan.

Kemajuan ini kata beliau, harus didukung masyarakat Melayu/Islam selain terus berganding bahu bagi menghuraikan isu-isu masyarakat secara harmoni dan bersepadu.

Berucap dalam bahasa Melayu, Encik Lee turut mengalu-alukan pencapaian golongan belia Melayu/Islam, menyifatkan golongan itu sebagai harapan bangsa yang sedang menunjukkan prestasi yang baik.

“Memang tidak boleh disangkal lagi anda sudah mencapai kemajuan besar sejak kita merdeka,” kata Encik Lee di Rapat Hari Kebangsaan, malam tadi.

Berucap di Pusat Budaya Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, Encik Lee menyenaraikan beberapa contoh belia Melayu/Islam cemerlang.

Antara contoh yang beliau kemukakan ialah dua penghuni Rumah Tumpangan Darul Ma’awa – Encik Sufian Anwar dan Encik Zulfadli Nazaluddin.

Encik Sufian seorang pemain bola sepak pasukan Singa XII manakala Encik Zulfadli pula penganalisis satelit SingTel lulusan politeknik yang kini mengejar ijazah di NUS.

Perdana Menteri turut menukil kisah Encik Muhammad Kamal Jauhari Zaini, yang ketika remaja, gemar menghisap rokok, ponteng sekolah dan sering dirotan.

Beliau berubah dan baru-baru ini lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama dan menerima Pingat Emas Lee Kuan Yew.

Seorang lagi yang menerima perhatian Perdana Menteri dalam ucapannya ialah penerima Biasiswa Presiden, Aidil Hakeem Mohamad Rafee.

“Semua kejayaan ini terpampang depan mata kita. Ia membuktikan orang Melayu boleh melakukannya,”ujar Encik Lee.

Ucapan Perdana Menteri dalam bahasa Melayu awalnya menyentuh mengenai hala tuju negara ini dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam dapat maju bersama.

Encik Lee berkata, dalam mengejar kemajuan, negara perlu menghuraikan masalah utama iaitu kadar kesuburan yang rendah.

“Pemerintah akan cuba sedaya upaya menggalak pasangan-pasagan supaya berumah tangga dan mempunyai anak.

“Pendek kata saya berharap dapat mendengar lebih banyak paluan kompang dan tangisan bayi daripada anda tidak lama lagi,” kata Encik Lee.

Perdana Menteri yakin rakyat inginkan negara ini kekal sebagai kediaman yang terbaik – yang membolehkan generasi seterusnya mencapai impian masing-masing.

Bagi mencapai matlamat itu, Encik Lee berkata negara ini harus mengamalkan dasar berbilang kaum.

Membuat gesaan sedemikian khususnya kepada badan-badan Melayu/Islam dan para aktivis Encik Lee berkata semangat gotong royong perlu dikekalkan demi kemajuan masyarakat yang sehaluan dengan kemajuan negara.

“Sebenarnya saya gembira kerana ramai yang berbuat demikian menerusi Forum Pemimpin Masyarakat (CLF).

“Anda harus kekalkan semangat gotong royong ini. Gunakanlah sumber dan bakat anda sebaiknya supaya kita dapat hasilkan kemajuan yang lebih bermakna.

“Bak kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat,” kata Encik Lee

Menyentuh mengenai budaya Melayu pula, Encik Lee mengumumkan pertandingan mereka bentuk bangunan Wisma Geylang Serai.

Beliau berharap masyarakat akan mengambil peluang memberikan idea bagi menjayakan projek tersebut. -BHS

Popout



Ulasan GB

Berbeza benar dengan seorang PM berbangsa Melayu sendiri di negara ini yang "mengharamjadahkan" rakyatnya sendiri....

Apabila dinasihat dan disuruh tarik balik makiannya itu, beliau enggan. Memang "haramjadah"lah yang menimpa kembali PM Melayu itu!

You get what you give.

Orang CINA...gilakan ceramah PAS???


GAMBAR-GAMBAR YANG UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, THE STAR, NSTP, HARIAN METRO DAN KOSMO TERLUPA NAK TERBITKAN!!!!



















GAMBAR-GAMBAR INI AKHBAR MILIK DAN KAWALAN UMNO TERLUPA NAK TERBITKAN...


HARAP DENGAN TERBITNYA GAMBAR-GAMBAR INI DAPAT MEMBERIKAN GAMBARAN  YANG JELAS SOKONGAN RAKYAT KEPADA CERAMAH ANJURAN ANTARA PAS/PR DENGAN UMNO/BN.

SYAITAN...suka nyanyi..LAGU..Melayu Mudah Lupa???


Setan memang kelaku lagu ni ka?


Cepatnya "Setan Yang Dikenali" si Mahathir lupa diri!!


1- (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

2- Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

3- Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

4- (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

5- (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

6- Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

7- (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

8- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

9- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

10- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini.”

11- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

p/s: Hmmm.. Nampaknya pemimpin Agong parti Syaitan ini cuba nak buat U Turn pula pasal isu hudud.. mungkin dia terlupa kita sekarang bukannya hidup pada tahun 60 atau 70an.. orang yang tak ada capaian internet bolehlah dia perbodohkan...

Tapiiii... yang gua hairannya ada juga yang tahu gunakan internet, tapi masih tak tahu nak bezakan mana yang benar dan mana yang bohong...  awatlah bengong sangat depa tu?? FB


Jangan membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar (bhg 2)


Sebagaimana yang saya janjikan saya menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam.

Hudud ini, jika dipersoalkan berlebihan ia akan hanya menjadikan seseorang itu dipandang tidak mempunyai keyakinan terhadap hukum Tuhan itu. Walaupun ada seorang pemimpin besar negara yang sekarang menafikan beliau bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi beliau tidak bersetuju dengan hudud PAS.

Kenyataan beliau ini menjelaskan kepada kita beliau bercakap di atas premis politik dan menganggap hudud yang hendak di perjuangkan oleh PAS itu adalah hudud ciptaan PAS. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan seorang yang hanya celik mata zahir tetapi sudah buta mata hatinya.

Beliau membutakan hatinya kerana bermain politik kepartian yang terlalu menebal sehinggakan di waktu partinya sudah hampir tumbang dan terumbang ambing beliau sanggup membuat keyataan yang bertentangan dengan agamanya sendiri. Apa yang hendak dibawa oleh PAS itu ialah hukum yang di turunkan oleh agama dan Tuhan kita.

Adalah tidak munasabah menuduh yang hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah hudud PAS. Untuk mendapat penyelesaiannya yang terpenting bagi kita yang berbeza parti politik ini wajar terlebih dahulu untuk mengakui yang hudud itu adalah hukum Tuhan. Itu yang perlu dilakukan dahulu kerana jika kita tidak percaya yang hukum itu adalah hukum Tuhan maka sampai bila isu ini tidak akan selesai.

Bagi saya hudud adalah undang-undang untuk semua orang Islam dan itu datangnya dari Tuhan yang maha adil dan saksama. Hudud ini wajar di terima oleh semua orang Islam kerana itu adalah undang-undang agamanya. Tetapi jika tidak mampu melaksanakannya jangan pula di hina undang-undang itu. Segala yang baik ini bukan senang untuk dilakukan dan tidak menjadi masalah jika ianya di ikuti secara beransur-ansur sehingga dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

Yang penting usaha mesti ada dari mana-mana pihak untuk membina keyakinan yang hudud itu adalah perintah Tuhan dan kita laksanakan secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, ‘kerja beransur-ansur itu tidak bertahan’.Susah senangnya untuk melaksanakan hukum Tuhan ini sebenarnya berada di dalam pemikiran kita. Jika kita berfikir yang ia susah untuk dilaksanakan maka susah lah ia. Tetapi jika kita serius maka ia akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan senang.

Oleh kerana yang memberi komen ini meyalutkan unsur politik biar kita jawab dengan bersalutan politik juga. Kini pemimpin politik terutamanya dipihak UMNO dan BN sedang berusaha untuk memecah-belahkan pembangkang dengan isu ini. MCA (Chua Soi Lek) sehingga hari ini memainkan isu hudud yang bukan pun hukum agamanya dengan terang-terangan dan UMNO sebagai rakan kongsinya mendiamkan diri kerana UMNO sendiri memang telah menolak hukum ini. Jadi semua pari-parti dalam BN menolak hudud terang-terangan tanpa segan silu.

Chua Soi Lek telah memaksa Lim Guan Eng untuk menolak PAS kerana perjuangan untuk melaksakan hudud untuk orang Islam kita. Niatnya ialah untuk menakut-nakutkan kaum Cina dan bangsa lain yang telah menolak UMNO dan BN sekarang ini. Dalam perbahasan terbuka di antara Soi Lek dengan LGE beberapa bulan dahulu LGE telah memberitahu Soi Lek yang DAP menghormati agama dan kepercayaan orang lain. LGE dan DAP bukannya seperti MCA yang memaksa UMNO menolak hudud kalau UMNO tidak mahu MCA meninggalkan BN.

Dengan jawapan LGE dalam perbahasan itu dan dalam siding media bersama Pakatan Rakyat telah memberikan pendirian resmi DAP yang parti itu menghormati agama dan kepercayaan pihak dan agama lain. Dalam erti lain DAP tidak menentang dan membenci hudud itu secara resmi dan sanggup bekerjasama dan terus-menerus melaksanakan apa yang telah bersama-sama di persetujui seperti yang terkandung di dalam buku jingga Pakatan Rakyat dan tidak mahu isu hudud itu menjadi penghalang kepada kerjasama dan permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu.

Suara-suara terpencil seperti suara Karpal Sing itu merupakan elemen yang biasa di dalam mana-mana pertubuhan termasuk dalam pertubuhan politik. BN nampaknya menggunakan isu Karpal Singh ini sebagai isu yang besar untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan UMNO yang sedang berkuasa pun tidak membuat sesuatu pun untuk melaksanakan hukum agamanya sendiri. 

Apa yang dihairankan jika Karpal Singh mengeluarkan kenyataan peribadi menentang hudud itu? Karpal bukannya beragama Islam. Tetapi Mahathir atau Najib pemimpin besar UMNO yang beragama Islam sendiri mempersendakan hukum agamanya sendiri, kenapa pula hendak marahkan Karpal yang bukan beragama Islam menentang hukum Tuhan kita ini? UMNO tidak mahu dan enggan untuk membuktikan bahawa hudud itu adalah adil untuk semua.

Kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, saya berharap jangan dipersendakan hudud ini. Jika tidak mampu untuk melaksanakannya berikan lah penghormatan kepada pihak yang sedang berusaha untuk melaksanakannya. Jangan dipersendakan yang hukum ini adalah ciptaan PAS kerana PAS seperti juga dengan orang-orang Islam lain bertuhankan Allah swt.

Setidak-tidaknya berikan pendirian seperti DAP yang secara resminya menghormati kaum lain dengan agamanya. Jika sebelum ini DAP di momokan sebagai parti kafir kenapa sekarang keadaan dan pendirian di antara DAP dan UMNO itu sudah terbalik?

DAP menghormati tujuan PAS untuk melaksanakan hudud sedang UMNO dari dulu menghalang perlaksanaan hudud ini secara terbuka. UMNO sehingga hari ini tidak mahu memberikan pengakuan secara resmi yang hudud itu datangnya dari Allah swt dan jika kita bersama-sama beriman maka mengakuinya merupakan usaha memperkuatkan tahap keimanan kita.

Perbezaan di antara DAP dengan PAS mungkin wujud, tetapi di atas perbezaan inilah yang telah membina permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu. Kita mesti ingat jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak aka nada elemen permuafakatan itu sendiri. Kita juga tahu yang BN ada permuafakatan tetapi permuafatan mereka ialah untuk bersama-sama untuk mempersendakan hukum agama dan Tuhan kita.

Kita kepingin untuk mendengar UMNO mengakui secara resmi yang hudud itu adalah hukum Tuhan kita sendiri, bukannya dari mana-mana. Tetapi sebaliknya kita mendengar kata-kata berunsur orientalis seperti ‘lebih baik bekerjasama dengan syaitan yang kita kenali dari malaikat yang kita tidak kenali’ dan sebagainya yang menyesatkan kita semua.

Sampai bila kita di kelirukan oleh politik murahan pihak yang sedang dalam ketakutan ini?