ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 27 August 2012

Mantan PM..tak reti nak BEZAkan SYAITAN dgn MALAIKAT???



Selasa, 28 Ogos 2012

Dr Haron Din: Tiada Istilah Malaikat Lebih Buruk Berbanding Syaitan Dalam Al-Quran

SHAH ALAM, 28 OGOS : Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan malaikat itu lebih buruk berbanding syaitan, begitu kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang.

Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Dr Haron seterusnya berkata, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-NYA. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.TVS


Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan..
 
 

Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. -mk

Ulasan GB

1) Kenyetaaan Mahathir di atas mengesahkan bahawa memang banyak syaitan yang ada di dalam UMNO BN. Kehadiran mereka adalah dengan restu beliau sendiri. Dan syaitan-syaitan itu bergelandangan di dalam UMNO BN setidak-tidaknya semenjak Mahathir menjadi Presiden UMNO. Bukti nhyata di dalam UMNO kini banyak berperangai syaitan - samseng, pemfitnah, perasuah, pengebas, penipu malah pembunuh pun ada di dalam UMNO. Tengok sahaja perangai pencacai-pencacai UMNO... tulisan mereka penuh carut dan gambar lucah. Dengar khabar peminum arak pun ramai dari kalangan blogger UMNO... Itu semua ciri-ciri syaitaniah.

2) Mahathir mengakui bahawa Pakatan Rakyat adalah malaikat.

3) Mahathir adalah termasuk di dalam golongan yang boleh diragukan keimanannya kerana menyatakan bahawa "malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah". Sedang umat Islam diwajibkan "percaya kepada malaikat" sebagai salah satu rukun Iman. Malaikat adalah golongan yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan patuh kepada perintah Allah. Malaikat dibuat dari cahaya atau nur sedangkan syaitan berasal dari api atau nar. Malaikat terpelihara dari melakukan kesilapan.

4) Jika PAS dituduh sebagai Parti Ajaran Setan, kini tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh, rupanya UMNO BN yang diasuh syaitan selama ini.

5) Jelas Mahathir di dalam kesesatan yang nyata tapi tiada ulamak UMNO yang berani bangun untuk menegur dan membetulkannya. Nabi menggelarkan ulamak ini sebagai Ulamak Ussu'.

6) Jangkaan GB sebelum ini bahawa Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun semakin menjadi kenyataan. 

SUDAH KANTOI!!!!... MENTERI DALAM NEGERI MENIPU RAKYAT PASAL INDEKS JENAYAH MENURUN MENDADAK KONON!!!..
 
 



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala harus memperjelaskan isu data jenayah NKRA yang dimanupulasikan, seperti yang didakwa surat yang tersebar luas melalui media elektronik semalam oleh “Sumun Osram”, seorang “anggota polis yang ingin merahsiakan indentiti”.


Dakwaan tersebut adalah serius kerana ia membawa keraguan terhadap integriti statistik rasmi dan selanjutnya, akan menjejas kredibiliti Kementrian Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.

Surat “Sumum Osram” mendakwa bahawa terdapat percubaan secara sistematik untuk “merendahkan kadar jenayah dengan mengalihkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks. Pemindahan ini dilakukan ketika laporan polis sedang dibuat. Klasifikasi jenayah dari jenis indeks kepada jenis bukan indeks akan dirakamkan oleh sistem laporan polis sebagai jenayah ‘bukan indeks’ lalu ia tidak didaftarkan untuk tujuan statistik. Penurunan kadar jenayah indeks akan menunjukkan bahawa jenayah –jenayah tertentu sedang berkurangan.”

“Jenayah indeks” didefinasikan sebagai jenayah yang kerap dilaporkan dan merupakan cukup ketara untuk dijadikan indeks terhadap situasi jenayah. ‘Jenayah bukan indeks” pula adalah kes-kes kecil yang jarang berlaku maka ia tidak disertakan ke dalam statistik atau sebagai penanda aras untuk menentukan situasi jenayah.

Statistik rasmi kadar jenayah hanya mengambil kira jenayah indeks.

Mengikut surat ‘Sumun Osram’, jenayah yang dimanipulasi termasuk:
(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Surat tersebut mendakwa bahawa “pengklasifikasian jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks jumlahnya adalah beberapa ribu kes. Tentunya, dengan mengalihkan kes-kes tersebut, perangkaan kadar jenayah akan mengambarkan seolah-olah kadar jenayah telah berkurangan.”

Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran.

No comments:

Post a Comment