Semuka , Tidak Perlu Bermuka-Muka - Nik Aziz Kepada Ghulam Ulama
Semuka, tak perlulah nak bermuka-muka buat kecoh dalam akhbar. Bukan susah mana pun nak bertemu dengan Tuan Guru.Tambahan pula musim raya macam skang nih. Mai lah jumpa. Tuan Guru akan layan korang sendiri dengan sopan santun.
Apa Ghulam Ulama Umno ni ingat, selepas talk-talk dengan Tuan Guru, maka Hudud boleh dilaksanakankah? Sepatutnya ko kena bincang dengan kalangan korang dulu , ajak Tok Mufti satu Malaysia tu ....Aku tabiklah kalau depa yang sepuak dengan engko tu akan layan engko dengan tertibnya. Aku rasa depa pun akan tertanya-tanya - budak mana nih? Ha! ha!
Berlagak sungguh!Kalau Ghulam ni benar-benar ikhlas gi lah jumpa Tok Guru. Tok Guru bukan makan orang, yang ko takut sangat tu apasal? Rasuah pun dia tak berani jamah. Lagi pula dia bukan jenis suka jerkah orang.
Tambah-tambah lagi bila tengok ghulam macam ko tu. Malah aku rasalah, Tok Guru akan kasi korang duit raya pula ... walau tak banyak mana, tapi berkat sebab bukan duit rakyat atau duit hasil rasuah.
Kalau budak ni ada respek sikit dengan orang tua, sekurang-kurangnya dia hantar surat tu 'by hand' personally. Ini melalak bukan menampakan sebagai peribadi yang perlu dihormati. Nama pun Ghulam ....
Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: August 29, 2012KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.
Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.
Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.
“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.
Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.
No comments:
Post a Comment