ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 16 July 2011

Dilema Melayu Baru Terus Lalai Salleh Majid.


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid mengupas secara menyeluruh dilema masyarakat Melayu hari ini dalam sebuah akhbar arus perdana tempatan.

Artikel beliau ini tidak bersifat politik atau cuba untuk menampakkan kelemahan orang Melayu, tetapi diharap dapat membuka mata semua pihak terutama kerajaan dan warga korporat mengenai apa yang boleh ditafsirkan sebagai dilema Melayu baru.

Salleh berkata : Orang Melayu hari ini berdepan dengan satu suasana yang menimbulkan dilema kepada mereka. Memandangkan kepesatan perubahan yang berlaku, orang Melayu ada yang cuba bersuara tetapi setiap orang Melayu bersuara terutama sekali tentang hak mereka walaupun termaktub dalam Perlembagaan, mereka akan dilabel rasis, sedangkan dia menyaksikan satu demi satu tuntutan daripada bangsa lain ditunaikan sehingga yang tidak mereka tuntut pun diberikan.

Orang Melayu difahamkan bahawa apa jua yang tersirat dalam Dasar Ekonomi Baru dulu tersurat dalam Modal Ekonomi Baru dalam bentuk tindakan afirmatif berlandaskan keperluan dan merit.

Syarat merit inilah membuatkan usahawan Melayu melepas dalam projek mega seperti MRT yang bernilai RM50 bilion. Merit inilah membuatkan usahawan sahih Melayu melepas projek ladang udang bersepadu. 

Merit inilah menyebabkan 300 vendor Melayu dalam Petronas akan terkapai- kapai kerana liberalisasi membenarkan orang asing menguasai perniagaan yang sama tanpa syarat, dulu mewajibkan mengambil rakan kongsi Melayu.

Kini Initiatif Perubahan Strategik yang diumumkan salah satu daripadanya ialah liberalisasi perkhidmatan untuk meningkatkan sumbangan perkhidmatan daripada 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 peratus.

Apa jua jenis perkhidmatan yang ada pada hari ini seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, khidmat pengurusan, kewangan dan bermacam lagi akan dibuka. Perkhidmatan profesional juga akan dibuka seperti arkitek, perakaunan, perkhidmatan sekretarial dan yang berkaitan dengan kewangan.

Pada masa ini perbankan dan pengurusan syarikat broker saham sudah dibuka kepada pemilik asing. Malangnya syarikat broker saham asing lebih gemar mengambil pelabur tempatan daripada membawa masuk pelabur asing.

Menyentuh tentang memperbaiki keadaan usahawan Melayu, salah satu inisiatif yang digariskan ialah merapatkan jurang antara syarikat kecil dan sederhana dengan yang besar. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. 

Apa yang diperlukan ialah apa yang dihasrat oleh Majlis Tindakan Bumiputera yang sekretariatnya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Teraju difahamkan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan tidak mempunyai belanjawan yang cukup juga.Terpenting sekali Teraju tidak mempunyai kuasa dibandingkan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dalam suatu kenyataan mengulas apa yang telah dilakukan oleh Pemandu menyatakan bahawa Dewan telah hilang kepercayaan kepada Pemandu dan banyak perkara yang dilakukan oleh Pemandu tidak ambil pusing bahawa majoriti penduduk di negara ini ialah orang Melayu.

Pemandu telah mengambil alih fungsi jabatan-jabatan penting seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) dan segala-gala transformasi ditentukan oleh Pemandu.

Ia dianggotai oleh perunding-perunding asing yang dibayar mahal-mahal dan menafikan peluang orang tempatan untuk turut serta. Tidak hairan kalau perunding-perunding asing ini berkongsi maklumat dengan pihak-pihak luar yang tidak sepatutnya ada akses kepada perancangan negara kita.

Perunding tempatan tidak sebaik perunding asing. Kalau ada seorang dua pun diambil sebagai “token”. Segala-gala pembahagian dalam proses transformasi ekonomi ini sudah ditentukan, siapa dapat apa.

Orang Melayu dilihat sebagai tidak layak dalam apa jua bidang walaupun misalnya dalam bidang binaan, 39 peratus daripada keseluruhan syarikat binaan adalah orang Melayu.

Inilah dilema orang Melayu. Mereka membawa ke tengah pelbagai usul termasuk memperkasakan Mara supaya dapat membantu usahawan Melayu, disusun semula, diperkuatkan strukturnya, diberikan suatu bentuk baru dan dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya sesuatu dilakukan, malangnya selepas dua tahun berlalu, tiada juga tindakan.

Mereka mendengar taklimat demi taklimat oleh Teraju tetapi mereka diberitahu masalah yang dihadapi oleh Teraju bukan apa yang ingin dilakukan oleh Teraju untuk mempertingkatkan kedudukan usahawan Melayu.

Teraju hanyalah sekretariat tetapi Pemandu diketuai oleh seorang menteri. Di situ boleh dilihat perbezaan kuasa yang ada.

Inilah dilema orang Melayu. Kalau mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka dilabel bersifat perkauman sedangkan mereka melihat saja orang lain “memetik buah-buahan yang ranum-ranum.”

Orang Melayu juga dibuai oleh hiburan. Pelbagai usaha untuk melalaikan orang Melayu atas nama perniagaan berlaku. Pelbagai macam festival, jom heboh, festival telekom dan seribu satu macam acara lagi semuanya dihujani oleh orang Melayu.

Begitu juga di media elektronik televisyen, orang Melayu disuapkan hari-hari dengan drama-drama kurafat yang kebanyakannya menunjukkan perkara yang melanggar akidah seperti nasi kangkang, sejundai dan ilmu hitam yang tidak patut dipertontonkan.

Dalam bidang pendidikan orang Melayulah yang ketinggalan. Pelajar insitutusi awam tidak dapat menguasai komunikasi, pengetahuan am dan keyakinan diri seperti pelajar institusi pengajiran tinggi swasta. Mereka lemah dan bilangan mereka bertambah setiap tahun memenuhi angka pengangguran. Yang menerima biasiswa daripada syarikat milik kerajaan pun menganggur.

Seperkara lagi bilangan pelajar perempuan hampir lima kali ganda pelajar lelaki. Ke mana perginya pelajar lelaki. Di pusat serenti? Kita mengetepikan bahasa Inggeris kerana takutkan bahasa Melayu tergugat kedudukannya sedangkan realiti di luar, misalnya di syarikat-syarikat lebih rela mengambil graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Apakah terkorban kedudukan bahasa Melayu bila kita berbahasa Inggeris? Pergi sahaja mana-mana mesyuarat jabatan kerajaan dan dengarlah bahasa apa yang digunakan. Yang menjadi mangsa pelajar-pelajar kita. Sedih melihat mutu penguasaan bahasa Inggeris mereka walaupun mereka di universiti.

Dalam bidang perniagaan kita tahu bahawa rantaian bekalan dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau dapat pun projek bahan binaannya boleh didapati daripada pembekal bukan Melayu dan harganya berbeza daripada kontraktor bukan Melayu. 

Rantaian bekalan patut ditembusi supaya keadaan atas belas kasihan bukan Melayu ini tidak berlarutan.

Begitu juga barang makanan. Pembekal boleh memboikot sesuatu usaha untuk memperbaiki keadaan. Misalnya penangkap ikan di laut dalam baru-baru ini boleh mogok kerana soal subsidi kepada mereka. Akhirnya kompromi terpaksa dilakukan, melemahkan pendirian kerajaan.

Begitu juga dalam soal gula dan tepung dulu. Mereka tidak mahu dilesenkan. Ini menunjukkan “kartel” ini perlu dipecahkan supaya tidak terus mencengkam kita.

Inilah dilema orang Melayu, sudahlah ketinggalan dalam pelbagai bidang terus dibuaikan dengan hiburan yang tidak berfaedah supaya terus lalai dan tidak menghiraukan masalah yang dihadapi.

200 ribu orang Melayu-muslim-murtad..salah RAKYATkah?

by Na'im Nikmat
Aksi pemurtadan di Malaysia terus digencarkan dan sekarang berada pada titik yang semakin membimbangkan, hal ini terungkap dalam sebuah diskusi yang berlangsung di Malaysia beberapa waktu yang lalu yang disiarkan oleh Malaysia today.

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, sekitar 200,000 Melayu Islam telah murtad dan ini adalah jumlah melayu yang murtad tiga tahun yang lalu,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Beliau menyampaikan hal tersebut dalam sebuah forum yang bertajuk “Islam tergugat: Apa tindakan kita?” yang diselenggarakan oleh organisasi Pembela Islam Malaysia yang dihadiri sekitar 200 peserta dari 35 NGO Islam.

Ann Wan Seng menegaskan bahawa Universiti Malaya pernah menjadi pusat penyebaran agama Kristian ketika beliau masih bekerja di sana pada tahun 1980-an. Petaling Jaya merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu termasuk juga penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai bagaian dari program Kristianisasi.

“Kes melayu yang murtad lebih serius terjadi di wilayah Johor kerana terdapat MCA di Singapura.” MCA adalah Persatuan Kristian Melayu. (rasularasy/arrahmah.com)


N'N:Majoriti Pemimpin Islam UMNO didalam Parlimen langsung tak ambil kisah pasal isu Murtas ker??? Langsung tiada undang2 yang digubal untuk mencegah ia berlaku......Jadi ini salah siapa sekarang???

DADAH dengan MELAYU..isi dengan kuku?
by ELBI RISALAH
SABAH DAILY

Menteri Dalam Negeri = POLIS = KASTAM = RELA = IMIGRESEN = TENTERA ...semuanya MAJORITI bangsa MELAYU...mengawal negara dan berKUASA...apa pasal MELAYU pulak ramai KENA DADAH...pening aku memikirnya...tapi ada orang bagi jawapan mudah...terima kasih..RASUAH RASUAH RASUAH RASUAH dari atas pokok.. sampai ke bawah kolong..oleh MELAYU jugak..

Kes penyalahgunaan dadah di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Sehinggakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini, melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda menegaskan orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

“Masalahnya kita orang Islam, tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya,” katanya ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang.

Apa yang diluahkan Hakim Abd Rahim seharusnya mendapat perhatian serius seluruh masyarakat Melayu. Malah, kita patut berasa bimbang kerana berdasarkan perangkaan, remaja dan belia Melayu adalah golongan paling ramai terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Mengikut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK), etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009.

Menurut statistik Bukit Aman pula, 222 rakyat Malaysia berketurunan Melayu kini ditahan di penjara luar negara kerana kesalahan dadah sama ada dijadikan keldai dadah atau secara sedar. Dari sini, timbul persoalan mengapa orang Melayu mudah terpengaruh dan terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah? Dalam perbualan dengan Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Fathi, beliau mengemukakan beberapa faktor, termasuk berkait dengan soal budaya, perilaku, latar belakang keluarga dan tempat tinggal, pendidikan serta pengaruh luar.

“Taraf pendidikan orang Melayu pula secara umumnya masih rendah dan yang terbabit dalam dadah kebanyakannya daripada keluarga miskin. Selain itu, sistem kekeluargaan yang dulunya kuat, kini semakin rapuh menyebabkan anak terbiar dan tidak diberi perhatian,” katanya yang pernah menjadi penagih sebelum mengasaskan Pengasih — badan yang dianggotai bekas penagih dadah.

Sememangnya mengikut statistik ADK, majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu menunjukkan 8,492 orang (78.40 peratus) adalah mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap pendidikan tamat Tingkatan Tiga, iaitu mempunyai sijil LCE/SRP/PMR. Bilangan penagih tertinggi juga dikesan pada mereka yang mempunyai sijil pada peringkat LCE/SRP/PMR, iaitu seramai 4,069 orang (37.56 peratus).

Persoalannya, kenapa kes penyalahgunaan dadah terus meningkat sedangkan banyak program dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang gejala ini? Malah, pelbagai undang-undang digubal dan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan dadah, termasuk hukuman mati mandatori. Penguatkuasaan juga diperhebatkan dan mengikut statistik, rampasan beberapa jenis dadah, seperti heroin, ecstasy, candu dan kokain menunjukkan peningkatan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu. Namun, di sebalik kejayaan ini, isu dadah terus menghantui kita. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.

“Kita semua berisiko dan yang tidak mempunyai kekuatan diri lebih berisiko tinggi untuk mudah terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Sebab itu, kempen kena bermula dari rumah dengan menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak mengenai bahaya dadah. Kita juga kena banyakkan aktiviti bagi meningkatkan jati diri serta pembangunan intelektual dan rohaniah anak. Malah, mengikut satu kajian, anak yang selalu bersukan bersama ibu bapa didapati jarang terbabit dalam dadah. Peranan pertubuhan komuniti seperti PIBG, JKK kampung, jawatankuasa kariah surau atau masjid juga penting bagi membantu memerangi gejala dadah,” katanya.

Mesej ini sepatutnya membuka mata seluruh masyarakat agar bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kes penyalahgunaan dadah. Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan dadah ini serius, tetapi ramai yang cuma mengeluh, tetapi tidak membantu. Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan masalah mereka atau tidak membabitkan anak atau ahli keluarga mereka. Barangkali ramai juga tahu anak jiran kita mengambil dadah, tetapi kita buat tak tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang lain. Ini bukan soal hendak jaga tepi kain orang, tetapi membabitkan masa depan generasi kita. Bersamalah membanteras dadah. — B/Harian

Monday, 11 July 2011

Lagu NEGARAKU n TERANG BULAN..apa bezanya???



SUMBER : http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/sejarah-lagu-terang-bulan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29

NOTA


telah sampai masanya
warga kita melahirkan
satu lagu untuk menggantikan
lagu terang bulan

selagi lagu terang bulan ini
masih digunakan sebagai lagu kebangsaan
maka lagu ini akan terus menjadi lagu lawak bodoh

adalah kerja bodoh untuk memaksa anak anak muda
menghormati satu kerja seni yang di ciplak

penghormatan bukan datang kerana hukum hakam
penghormatan bukan datang kerana takut ditangakap polis
penghormatan bukan datang keraa dapat baju patriot merah

penghormatan diberi tanpa paksaan

hari ini sejarah terang bulan telah diketahui
satu ketika dahulu internet tidak wujud
hari ini semua maklumat boleh dicari dan di temui
termasuklah amah yang telah dirogol oleh ..ehem ehem






PELAJAR UMT DIDAKWA HINA LAGU NEGARAKU - mstar

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.


KEMENTERIAN SIASAT PERBUATAN PERSENDA NEGARAKU – berita hairan

BETONG, Sarawak: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.

Rais Yatim, berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop...mereka nak 'mempopkan' lagu Negaraku," katanya.

Sunday, 10 July 2011

mokhtarpetah..GAGASAN MALAYSIA


SUMBER : http://mokhtarpetah.blogspot.com/2011/07/mengenang-masa-silam_11.html
ZULKIFLI MUHAMMAD 
DAN GAGASAN MALAYSIA

Apabila Tunku Abdul Rahman membuat ucapannya di Singapura pada 27 Mei 1961, dan dia telah menyebut betapa baiknya negeri-negeri di Borneo bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu, maka keyakinanku kepada cerita dan kertas rahsia Usmar itu menjadi kuat.

British dan sekutunya khuatir akan kebangkitan semula rakyat dalam kawasan Kalimantan Utara atau Borneo setelah kegagalan revolusi anjuran Parti Rakyat Brunei(PRB) pada 8 Disember 1962. 

Jika kawasa atau wilayah itu – Brunei, Sarawak dan Sabah -, membentuk dirinya sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara, maka semua harta, terutama minyak, milik syarikat-syarikat Inggeris dan sekutunya akan diambil alih pemeritah yang baru itu.
Setelah terbentuknya gagasan Malaysia pada 16 Sepetember 1963 maka Republik Indonesia telah berkonfrantasi dengan Malaysia. Konfrantasi itu telah berakhir pada Ogos 1966.
GAGASAN MALAYSIA
Di Persekutuan Tanah Melayu, boleh dikatakan semua parti politik dan pertubuhan , pada dasarnya bersetuju dengan gagasan Malaysia. Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) dan Parti Rakyat juga bersetuju dengan gagasan itu.Namun demikian, tanggapan parti-parti politiki ini tentang cara, bentuk dan liputaan gagasan Malaysia itu agak berbeza.
Parti-parti pembangkang telah menentang tentang cara, bentuk dan liputan gagasan Malaysia itu. Di antara ahli-ahli politik yang lantang menentang, ialah Profesor Zulkifli Muhammad Timbalan Yang dipertua Agung PAS.
Pada tahun 1964, seorang tokoh ulama, sastera dan politik Islam, Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan ahli Dewan Rakyat (Bachok), Kelantan, Prof.Dato’ Zulkifli Muhammad telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di atas jambatan Kuantan pada malam 6 Mei 1964.
’Satu perkhabaran yang menyedihkan..., seorang ulama muda, sasterawan dan seorang negarawan – Encik Zulkifli Muhammad telah meninggal bertindih riba dengan isterinya, Cek Asiah binti Kamaruddin dalam satu pelanggaran jalan raya dekat Kuantan, Pahang pada 6 Mei 19643.
Allahyarham meninggal dalam perjalanan ke rumah saki – khilangan itu merupakan satu kerugian kepada bangsa Melayu di segala bidang.
Sebagai seorang negarawan jenazah Zulkifli dan isterinya telah diterbangkan dengan kapal terbang Tentera Udara Diraja daripada Kuantan ke Ipoh. Kapal terbang itu telah menjalankan tugas khasnya itu dengan perintah Tun Abdul Razak bin Hussein Menteri Pertahanan.’
Kerana pada ketika aku melaku penyelidikan untuk menulis buku biografi Zulkifli Muhammad, bapanya, Haji Muhammad bin Arshad telah memberi syarat kepadaku, iaitu dia akan memberi kerjasama denganku kalau aku sanggup menulis dan merakamkan dalam buku itu nanti, akan semua fakta dan segala yang ada hubung kait dengan Zulkifli Muhammad, maka aku telah bersetuju dengan syaratnya itu.
MAKHAMAH TINGGI
Setelah buku itu terbit dan beredar dalam pasaran, pihak ibu mertua Zulkifli Muhammad telah menyaman aku dan penerbit buku itu. Perbicaraan dijadualkan dalam Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan.
Belum sempat perbicaraan itu dijalankan, satu rundingan di luar mahkamah bagi menyelesaikan perkara itu telah diadakan. 

Peguam Tengku Ahmada Rethaudeen telah mewakili pihak aku dan penerbit buku itu. Dalam rundingan itu, peguam telah memaklumkan apa yang telah ditulis dalam buku itu - yang menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pihak yang menuntut - , tidak ada niat yang buruk, tetapi semata – mata untuk merakamkan fakta sebenar dalam biografi Allahyarham Zulkifli Muhammad dan bertujuan baik. 

Dengan persetujuan bersama, satu perenggan dalam buku itu telah dimansuhkan.
Dalam buku itu aku telah merakamkan sebuah sajak ’ Zul Dalam Kenangan’ seperti berikut:
Zul,
Hangat sejuk mesra tanganmu mendakap jari jemariku masih
terasa,
Nada madahmu antara mendayu dan dentuman petir masih nyata,
Senyum hilaimu daripada mata tajam tergaris pada sukma,
Kau punyai nafas mesra...
Zul,
Kini kau tiada di samping kami...,
Pergilah ke wajah Tuhan kita – kami warismu dan ke sana jua,
Doa restu kami kau dan pujaanmu dalam pelukan Tuhan,
Pecipta segala,
Dan di bibir kami namamu berpesta.
Zul,
Bagi semua pujangga kau sasterawan bangsa,
Kau Negarawan ulung di atas bumi pusaka,
penjunjung kalimat Qudus kau ulama kasteria,
Ibnu Khaldun rakanmu, Iqbal taulanmu.
Zul,
Bila kala kau ditatang melintasi wajah kami ke pusara,
Pada hibalah kami menyambut pamitanmu di hujung masa,
Aku rakanmu, dalam gelanggang yang sama.
Zul,
Bersemadilah,
Ke syurgalah,
Kami ini insan masih berkayuh biduk jua,
Bagi kami, bagi bangsa menjunjung perintah Pencipta segala.
Sebagai mengiring buku ’Zulkifli Muhammad Dalam Kenangan’ itu, sebuah buku prasejarah dan politik, berjudul ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ (Jawi), telah diterbitkan oleh penerbit yang sama. Buku itu adalah himpunan rencana-rencanaku yang tidak sempat disiarkan dalam surat khabar suara UMNO, bulanan ’Merdeka’ yang diterbitkan di Ibu Pejabat UMNO, di Johor Bharu.
SURAT KHABAR
Pengarang surat khabar bulanan ,Merdeka’ , Sheikh Anwar telah meminta aku menulis artikel bersiri untuk surat khabar tersebut. Hanya beberapa buah sahaja artikelku sempat disiarkan, maka telah berlaku krisis dalaman – antara 

Sheikh Anwar dengan Jawatankuasa suratkhabar itu yang menyebabkan surat khabar itu terhenti sementara. Artikel-artikelku itu tidak sempat disiarkan. Sheikh Anwar telah mengirimkan semula artikel-artikel tersebut kepdaku. Dalam suratnya dia berharap aku membukukan semua artikel itu.
Akhbar bulanan ’Mereka’ telah diterbitkan semula pada tahun 1964, oleh Percetakan Malaya Merdeka, No.13, Jalan Bungan Kantan, Setapak Kuala Lumpur. Tetapi terpaksa diberhentikan penerbitannya kerana tidak mendapat sambutan dari ahli-ahli UMNO.
Kira-kira setahun setelah buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’ itu terbit, seorang pensyarah di Hawaii Universiti, Hawaii, Barbra Andaya telah datang ke rumahku dengan membawa salinan naskhah buku itu. Dia telah membuat kajian mengenai Semenanjung Tanah Melayu dengan berpandukan buku tersebut. Kira-kira seminggu dia telah tinggal bersama keluargaku, di Kuala Kangsar.
FAKTA SEJARAH
Profesor Khoo Kay Kim dari Universiti Malaya, telah mengirim surat kepadaku meminta aku menerima seorang mahasiswanya, Johan, dari Negeri Sembilan, untuk menggunakan buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’, untuk digunakan sebagai kajian untuk tesisnya bagi melayakkannya mendapat ijazah dari universiti tersebut. 

Johan telah tinggal bersama keluargaku, di Kuala Kangsar, selama beberapa hari untuk mengkaji dan berbincang denganku mengenai kandungan buku tersebut.
Pada masa itu beberapa orang mahasiswa universiti Malaya, yang menuntut dalam jurusan sejarah dan sains politik telah datang menemuiku untuk mendapat penjelasan dariku mengenai buku ’Bangsa Melayu Menggugat Dunia’. Mreka telah hairan mengenai beberapa fakta sejarah dalam buku tersebut berbeda dengan fakta-fakta sejarah dalam buku-buku yang mereka telah mempelajari.
Mereka telah meminta aku menjelaskan beberapa fakta sejarah dan pengalamanku sejak tahun 1951 hingga tahun 1960-an. Mereka juga telah berbincang denganku mengenai beberapa fakta sejarah dalam kebanyakkan buku-buku sejarah yang telah meragukan mereka.
PENASIHAT BRITISH
Aku telah menerangkan kepada mereka, bahawa kebanyakkan buku-buku sejarah Melayu telah ditulis oleh bekas pegawai-pegawai British yang memerintah, seperti penasihat British, maka mereka telah mengikut selera penjajah atau memang diarah supaya menulis begitu.
Kemudian, buku-buku mereka menjadi buku teks atau rujukan pelajar-pelajar Melayu. Akibatnya fakta sejarah bangsa Melayu telah menjadi celaru atau tidak tepat, bahkan salah.

Aku juga telah menerangkan kepada mereka, iaitu, oleh kerana sebilangan besar orang Melayu lalai atau tidak menghargai sejarah bangsa mereka sendiri, maka ramai dari generasi Melayu selepas merdeka tidak memgahami cita-cita dan perjuangan orang Melayu sebelum negara ini bebas dari penjajah Inggeris.

”Sesiapa yang tidak mengambil berat akan sejarah bangsanya, maka dia boleh dianggap pengkhianat kepada bangsanaya sendiri,” aku telah berkata kepada penuntut-penuntut itu.
(Disunting dari manujskrip buku, Memoir, Mokhtar Petah - Patah Sayap Bertongkat Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

Allahyarham Baharudin..Empat tulang dadanya.. tiga batang giginya juga patah


Antara aksi keras pada 9 Julai

Beberapa ketika sebelum arwah meninggal dunia.

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.  
Semoga dimakbulkan doa TG.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan. 

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya. 

 
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul. 


 

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

P/s: Kerajaan memaklumkan bahawa polis tidak wajar dipersalahkan. Polis juga enggan bertanggungjawab. Jika begitu, bagaimana dan mengapa tulang dan gigi mangsa boleh patah? Mengapa pihak hospital masih enggan mendedahkan laporan bedah siasat? Ada udang di balik batu?