Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri?
Bagaimana saya kenal geng tiga line ni?, betul macam kata-kata Zahid Hamidi bahawa mereka bukannya samseng atau gangster betul. Sebaliknya geng tiga line ini hanyalah samseng kenduri kendara.
Ya! melalui kenduri kendaralah saya mula mengenali geng tiga line ini. Mulanya rasa pelik bila ada di kalangan orang kampung yang punyai seperti satu ritual bila mengadakan kenduri kahwin. Antaranya adalah seperti:
Memasang tanda tertentu pada jalan masuk ke rumah kenduri. Ada arrow yang diperbuat daripada daun kelapa dan sebagainya.
Ada kenduri khas pada malam sebelum berlangsungnya kenduri yang betul. Dengan lauk pauk serta hidangan yang khas pula.
Ada pondok khas pula untuk melayan para tetamu istimewa yang datang dari berbagai daerah serta negeri.
Ada sumbangan khas dari merata negeri yang berupa bahan mentah makanan seperti lauk dan beras.
Mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak ambil perduli sangat. Apa yang disenaraikan di atas sahaja sudah cukup memberikan kejutan budaya pada saya ketika melihat kesemua aktiviti tersebut.
Mereka akan berkumpul sesama mereka dengan mesra dan makan dan makan dan gelak dan gelak dan sama kepit dan salam kepit sesama mereka.
Mereka bukannya nak tolong sangat urusan kenduri yang dibuat oleh tuan rumah, malah dengan adanya urusan sampingan untuk mereka, lebih banyak menyusahkan tuan rumah.
Apa yang sangat ketara yang saya perhatikan adalah kumpulan tersebut bukannya dari kalangan mereka yang kuat amalan agamanya. Kebanyakannya merupakan hero atau pelesit pada zaman muda remaja mereka dan bila dah tua menjadi ayahanda yang tinggi ilmu di dada yang perlu dihormati.
Ada juga yang saya pernah berbual menceritakan fahaman mistik ilmu agama peringkat tinggi. Mereka mendakwa orang yang terbang tinggi tak akan melihat perkara kecil-kecil seperti mereka yang di bawah nampak.
Mereka nampak semuanya dari atas, jadi tak perlu solat macam biasa seperti orang bawahan bersolat. Itu salah satu ilmu peringkat ttinggi yang saya dengar dari mereka yang cool dan penuh ilmu di dada. Itulah juga yang membuatkan saya rasa tak perlu ikut kumpulan mereka.
Dengan adanya kawan-kawan dari kalangan tiga line ini, saya dengar mereka juga menjadi protector pada kumpulan atau individi yang bermmasalah. jika anak salah seorang ahli tiga line dilarikan di kawasan lain, ahli tiga line di kawasan itu akan selesaikannya.
Saya dapat tahu kumpulan mereka juga yang bawa lari dan kumpulan mereka juga yang mendapatkannya semula. Bagus dan tidak bagus, macam bomoh yang bela hantu raya. Hantunya ganggu orang ramai, rasuk sana rasuk sini, dia Bomoh itu dipanggil untuk berubat pula. Berubat masalah dari hantu raya belaannya. Pandai dia cari makan.
Tak ada data tepat pasal geng tiga line ini. Cuma ada pengalaman kawan-kawan yang menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah dengan geng mereka. Yang pastinya ada bayaran dan ganjaran untuk sebarang urusan.
Bila pihak Polis yang berhati mulia yang nak buat kerja yang bukan dari kalangan yang pak turut mengistiharkan geng tiga line sebagai kumpulan gengster, maka sudah tentu mereka bukan main agak-agak dan hentam saja.
Gengster tetap gengster, tak ada kumpulan yang kita namakan sebagai samseng atau gengster yang kerja mereka bukan kebajikan dan amalan mulia. Oleh itu mereka perlu dibenteras dan bukannya diberikan mesej agar teruskan aktiviti dan buat apa yang patut?????.
Related Posts
Labels: Masyarakat, Samseng, tiga line
1 comment:
AnonymousOctober 8, 2013 at 6:13 AM
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8490Reply
No comments:
Post a Comment