ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 12 January 2013

Perubahan Drastik Bandaraya Dubai Dari 1991 Hingga 2012

Perubahan Drastik Bandaraya Dubai Dari 1991 Hingga 2012

Bandaraya Dubai mencatatkan rekod dunia sebagai bandaraya paling berkembang pesat dunia. Mana tidaknya, dalam tempoh tidak sampai dua dekad, ia berkembang menjadi sebuah kota metropolitan yang paling pantas di muka bumi. 

Dianggarkan satu per tiga daripada kren-kren pembinaan di seluruh dunia ini, terletak di bandaraya ini sahaja. Bayangkan betapa pesatnya pembangunan di sana.



#KL112: Kukuh perpaduan rakyat rentas kaum


PASCA merdeka Tanah Melayu dilengkapi dengan sistem Raja Berperlembagaan yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. 

Kita tidak lagi perlu bersusah payah mengangkat senjata atau buluh runcing untuk mempertahan anak dara kita daripada dirogol askar Jepun atau bertempur menumpah darah melawan British untuk membebaskan tanah air.

Masa berlalu dengan pantas dan kini kita dapat melihat mercu tanda Malaysia, KLCC berdiri megah di tengah ibu kota mengalahkan Bangunan Dayabumi yang pernah menjadi sejarah kebanggaan negara sekitar tahun 70-an lalu.

Bagaimanapun, pembangunan rancak negara ini disulami dengan penularan melampau gejala rasuah oleh pemimpin UMNO-BN ‘melantak’ duit cukai rakyat seiring dengan pencabulan berterusan terhadap demokrasi, keadilan dan kebebasan rakyat.

Akibatnya, rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi saban tahun dan ketidakadilan pembahagian sumber hasil negara. Segala projek, perniagaan utama terus dimonopoli syarikat dan individu tertentu. 

Melalui akhbar arus perdana, rakyat dimomokkan dengan sentimen agama dan kaum yang berpanjangan. Umat Melayu Islam terus ditipu buta-buta dengan mainan kalimah Allah dan negara Kristian biarpun di luar daripada logik akal. Sampai bila kita harus begini?

Najib terbeban, dibeban dan membebani

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pelbagai pendedahan skandal terus  tersembul keluar. Beliau adalah simbol beban negara; terbeban, dibebani dan membebani. BN tidak serius menuntun negara ke arah yang lebih baik.

Malapetaka buat Malaysia. Semuanya dapat dilihat melalui dakwaan serius membabitkan pengaliran keluar wang haram secara ‘mega’, kes pembelian kapal selam Scorpene, pembunuhan Altantuya, kes cincin RM24 juta, kes rasuah 19 bentuk cincin bernilai RM13 juta. 

Pembolotan tanah oleh kroni dan pimpinan BN, kes jenayah yang makin meningkat, salah guna kuasa polis, kematian tahanan dalam lokap, isu penerokaan balak haram, royalti petroleum, penaklukan kilang asing Lynas yang membahayakan, pengusiran berstrategi penduduk Pengerang dan banyak lagi.

Gejala salah guna kuasa dan rasuah ini melingkupkan segala dasar dan slogan yang dirangka UMNO-BN sendiri. Sebab itulah, segala projek membangunkan Malaysia termasuk Dasar Ekonomi Baru, Bersih Cekap Amanah, Islam Hadhari, 1Malaysia dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) mengalami kegagalan dan terbantut.

Sebagai rakyat yang mengaku rasional dan bijak, adakah wajar membiarkan kelahapan dan kebobrokan UMNO-BN ini berterusan? Siapakah pula yang bakal menanggung rugi jika perkara ini dibiarkan?

Kebangkitan rakyat Timur Tengah: Arab Spring

Apabila daerah Sidi Bouzid memulakan sejarah baru bagi bumi Tunisia, maka berangkatlah Presidennya Zainal Abidin Ali yang super korup bermohon suaka ke bawah keluarga Raja Saud di bumi Jeddah.

Dalam senggang waktu pesta demokrasi Tunisia, Mesir pula bergoncang dengan suara rakyat menuntut keadilan, ketelusan dan demokrasi yang lebih adil. Akhirnya, Presiden Hosni Mubarak, seorang lagi pemerintah yang angkuh mohon mengundur diri. Saat ini, Mesir mula mengorak langkah baru membina negara berpaksikan demokrasi, keamanan dan keadilan untuk semua rakyatnya.

Kebangkitan dunia Arab yang dinamai Arab Spring ini terus melakar sejarah di negara Arab yang lain seperti di Algeria, Syria, Libya, Yemen, Oman, Bahrain, Lubnan, Maghribi dan beberapa negara lagi menuntut kedaulatan buat negara dan rakyat.

Rakyat Malaysia, kebangkitan dan demokrasi

Minda rakyat Malaysia yang makin tercerah mewajarkan suara dan tuntutan mereka didengar pemerintah UMNO-BN. Rakyat tidak lagi dungu, namun, ibarat anjing menyalak bukit, suara suci rakyat menuntut perubahan tidak dipedulikan.

Apabila peti undi menjadi sarang manipulasi, apabila suara rakyat bawahan terbungkam dijerkah penguasa, apabila bumi yang subur diracun bahan berbahaya, apabila nelayan diusir dari tanah mereka, apabila peneroka tanah ditipu syarikat kroni. 

Maka seluruh rakyat malaysia yang mendokong aspirasi keadilan dan demokrasi harus bangkit bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, pada 12 Januari ini (Sabtu).

Sudah tentu, kita tidak mahu kebangkitan rakyat ini bakal berakhir dengan tindakan anarkisme yang bakal menyusahkan semua pihak apalagi anak kita baru masuk sekolah, graduan universiti baru mula bekerja, kehangatan tahun baru masih terasa dan Tahun Baru Cina sudah makin hampir dengan tawaran jualan murah di sana sini.

Lagipun, jauh jarak Dataran Tahrir Mesir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur memakan lebih 16,000 kilometer jika melalui jalan darat. Ibarat langit dan bumi, tentu sekali demografi politik, geografi dan sosial negara arab jauh bezanya dengan Malaysia.

Kita mahu Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 ini berlangsung secara aman dan suara kita diambil pusing oleh pemerintah.  Adakah UMNO-BN akan peduli? atau, merekalah yang bakal membunuh diri sendiri dalam riak gelombang rakyat menuntut perubahan. Jumpa di Kuala Lumpur, KL112! – Roketkini.com


HKR bermula, Stadium Merdeka penuh, dijangka melimpah 100,000


KUALA LUMPUR 12 Jan: Dijangka 100,000 peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat memenuhi ruang dalam dan luar Stadium Merdeka hingga lewat petang ini, berikutan jumlah peserta sekarang mencecah 70,000.

Setakat jam 3.12 minit petang, hampir 40,000 masih berada di luar stadium.

Mereka bergerak dari pelbagai penjuru mengikut kontinjen masing-masing sejak pagi tadi dan berarak ke sana untuk memulakan perhimpunan jam 2 petang.

Baru sahaja tiba dan disambut sorakan, Pemimpin Pakatan Rakyat – Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah HKR, Mohamad Sabu; Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Badrul Hisham Shaharin tiba dan masuk ke dalam stadium.

Himpunan dimulakan dengan ucapan Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke kira-kira jam 1.45 petang dalam bahasa Cina dan Melayu. Turut berucap Karpal.

Turut berucap, Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga. Beliau disambut laungan ‘Hidup Bersih’ dan Hidup Rakyat’.
“Kita berkumpul kerana kita sayangkan negara. Hari ini nkita bersatu pelbagai bangsa untuk berjuang ke arah yang lebih baik. Bersih berjuang untuk rakyat dan pilihan raya yang bersih,” tegas Ambiga.

Sebelum itu, nyanyian ‘Lagu Negaraku’ berkumandang dalam stadium.

Berucap sama, wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang. Katanya, hari ini bukan sahaja masasiswa tetapi rakyat cipta sejarah senada menuntut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuh.

Wakil Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggersis (PPSMI), Hasni Abas juga menyampaikan ucapan.

Katanya, 30,000 pelajar gagal sejak PPSMI dilancar ekoran ia adalah projek untuk Tun Mahathir Mohamad dan kroni.
“Ini rancangan Mahathir untuk kayakan kroni. Rakyat Korea, Jepun, Jerman maju dengan bahasa ibundanya, ” kata Hasni.


Friday, 11 January 2013

Hadi Betul dari Sudut Agama - Dr Asri

Isu Kalimah Allah: Hadi Betul dari Sudut Agama - Dr Asri



[FMT] Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

“Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta,” kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

“Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala,” katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

“Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah. Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian,” kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

“Terdapat 9.2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

“Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” jelas Fathul.

Penguasa yang BAKAL menjaga keselamatan ISLAM

Gaya hidup Raja Muda Selangor, Tengku Amir


Apo nak dikato laie… Gaya hidup Raja Muda Selangor, Tengku Amir. Bakal 'ketua agama' negeri selangor??? Tengah tuang air apa tuuuuu....... Baca Artikel penuh klik disini



Nota: Kawan aku kata (waris sultan perak yang terbuang)… setiap majlis keraian orang besar istana, mesti ada stok botol-botol air setan. Begitu juga halnya di Pahang. Ada yang tak mahu mengaminkan bila nama sultan disebut ketika khutbah jumaat. Sebab depa tahu aktiviti kehidupan sosial super VVIP ini yang luarbiasa lebih dari mat saleh. Terlalu 'bercanggah' sebagai seorang muslim yang beriman….. 

Wednesday, 9 January 2013

Kalimah Allah Milik Semua Umat Manusia - Dr. Yusuf Al-Qardawi


Kalimah Allah Milik Semua Umat Manusia - Dr. Yusuf Al-Qardawi


Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.
Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.
Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.


وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.
وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.
وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم

الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.




Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:
“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:
“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..

Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.


Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010



Dr Novandri mangsa "budaya kencing" Pembesar Umno, @NajibRazak


Dr.Novandri mangsa "kencingan hancing" pemimpin Umno?

Semua sudah tahu apa yang terjadi kepada pengendali blog Minda Intelek Melayu Dr.Novandri yang terpaksa memohon maaf kepada Khalid Samad atas satu artikel yang pernah beliau tulis dan dikhabarkan juga terpaksa membayar sejumlah wang (khabarnya RM50 Ribu) sebagai ganti rugi penyelesaian luar makamah.


Pot pet pot pet sana sini pejuang maya pro-Umno memperkatakan KETIDAKPERHATINANpemimpin pemimpin besar Umno terutamanya kepimpinan Umno Pulau Pinang terhadap nasib Dr.Novandri yang terpaksa menghadapi semua ini berseorangan dan hanya dibantu sahabat sahabat sesama bloggers yang simpati.

Mana hilangnya Zainal Abidin yang baru berbini muda tu,yang dikatakan pada awalnya akan membantu?

Mana perginya "mamak mamak bibir merah" pemimpin Umno Pulau Pinang yang tidak berhenti menyerang Lim Guan Eng?

Mana perginya @NajibRazak,Muhyiddin,Zahid Hamidi,Hishamudddin,Shafei Afdal,Tengku Nan,Raof dan ramai lagi spesis "lembu lembu kenyang" Umno?


Najib: 'Discipline in an organisation requires us to accept with an open heart any decision made by the leader'.


Semuanya buat bodoh...semuanya buat derrg je....ITULAH UMNO!

Tak percaya ???

Korang fikir sendirilah...

Kalau hutang aku melebehi RM200Juta menyediakan segala macam keperluan tok nenek Umno untuk menghadapi PRU11 2004 yang akhirnya buat mereka menang besar ala "tanah-runtuh" ala "landslide" pun mereka boleh WRITTEN OFF...apa sajalah jasa BLOGGERS PRO-UMNO macam Dr.Novandri, macam korang dan macam aku ini pada mata pemimpin besar Umno.

Langsung tak ada makna...bahkan kalau korang tak dilayan macam ANJING KURAP sapertimana aku dilayan Umno dan Pemimpinnya selama ini pun dah kira korang bernasib baik.

Sebab itu aku berhenti MENZALIMI diri aku sendiri dan mengisytiharkan diri sebagaiBLOGGER BEBAS dan tidak mahu lagi menyokong parti yang MENGKHIANATI dan MENZALIMI aku bertahun tahun lamanya walaupun tidak juga menyokong Pakatan Rakyat.

Hari ini jiwa aku tenang sebab kiri kanan aku boleh belasah terutamanya pemimpin Umno.Jangan tersilap...walau kentut tak ada bunyi tapi meninggalkan bau pekung tetap akan jadi bahan belasahan atau paling tidak bahan lawak blog aku....Aku Peduli Apa Lu Siapa !!!




Jadi kepada para sahabat bloggers agak agaklah kalau kot iya pun nak menyokong sakan.Paling pentingKITA mesti bersatu dan jangan membiarkan Dr.Novandri berseorangan dalam hal ini.Hari ini hari dia dan esuk esuk mana tahu hari kita pula.

Lakukan sesuatu sebagai PERINGATAN kepada semua PEMIMPIN BESAR UMNO agar jagan MEMPERALATKAN kita untuk kepentingan diri mereka sendiri dengan retorik PERJUANGAN yang kosong yang hanya menguntungkan MEREKA.

Ingat pesan orang tua-tua....MENGADU KEPADA YANG KASIH,BERMANJA KEPADA YANG SAYANG...dan jangan ANGAUdan syok sendri.

Baca juga luahan rasa Penggempur Mutiara...Double Y dan The Unspinners.

Tuesday, 8 January 2013

Kenyataan Media Presiden PAS tentang Kalimah Allah


Kenyataan Media Presiden PAS tentang Kalimah Allah


1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-Imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

8 Januari 2013

25 Safar 1434H,

PETALING JAYA 8 Jan: Tindakan mahkamah dan saman sivil akan diambil terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) jika syarikat tersebut gagal selesaikan masalah air di Selangor, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

“Jika perlu, saman sivil atau tindakan mahkamah akan diambil. Syabas juga perlu memikirkan pampasan kepada penduduk terlibat kerana ramai dari mereka yang berpendapatan rendah.

“Ada yang terpaksa hantar baju ke dobi dan makan di luar,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

“Menurut Syabas pada 4 Januari, masalah bekalan air terputus akan selesai dalam masa lima hari. Tapi sampai sekarang tak selesai lagi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Kata Zuraida, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syabas dan penyerahan memorandum ke ibu pejabatnya di Jalan Pantai Baru 10 Januari ini.

Menurut beliau, selepas tinjauannya ke rumah pam Wangsa Maju pada 3 Januari, pihak Syabas melaporkan empat dari lima rumah pam pulih.

“Tetapi pihak hubungan awam Syabas pula melaporkan hanya dua pam yang pulih. Masalah ini telah masuk minggu kedua. Isu ini menjadi isu nasional dan beritanya merebak ke luar negara,” tegas Ketua Wanita KEADILAN itu.

Beliau menuntut Syabas membuat rondaan ke kawasan terlibat tanpa henti bagi memastikan tangki statik sentiasa mempunyai air.

“Bukan hanya menunggu aduan semata-mata. Saya terima banyak laporan talian aduan, tapi Syabas tak dijawab,” katanya.

Zuraida juga mendesak Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar menyiasat bekalan air terputus memandangkan masalah ini tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kononnya menuju negara maju.


“Tak mungkin semua sistem gagal serentak dan tak ada mekanisme serta sistem sokongan sewajarnya yang dapat mengelakkan kejadian bekalan air terputus,” tegasnya.-Kd

Sunday, 6 January 2013

BN main isu air Selangor burukkan kerajaan PR Selangor


Sabotaj? BN main isu air Selangor burukkan kerajaan PR Selangor


AMPANG, 7 JAN: Isu air terus dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan ia kerana kegagalan syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) milik kroni mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Masalah bekalan air di sekitar Lembah Klang berlarutan sejak 10 hari lalu akibat kegagalan lima rumah pam berfungsi dengan baik sehingga menimbulkan pertikaian rakyat.
ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha berkata, mungkin gangguan bekalan air di negeri ini adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor
“Ini mungkin satu sabotaj kerana tidak mungkin sebuah syarikat yang begitu diterjaui CEO yang gajinya tinggi gagal mengurus perkhidmatan yang memuaskan kepada pengguna
“Kilang biasa pun tahu kalau tidak ada bekalan elektrik, dia ada backup system. Kami pertikai mengapa rumah pas air sistem SYABAS gagal berfungsi dan tidak diselenggara dengan baik dan kenapa ambil masa begitu lama untuk memperbaikinya? Ini sebenarnya masalah kecekapan dan penyelenggaraan, sebab itu Kerajaan Selangor mahu mengambil alih dan melakukan penstrukturan semula air di negeri ini,” katanya dalam satu ceramah di Kampung Baru Ampang malam tadi.