ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 26 March 2011

Tentang Politik JIJIK..memalukan MELAYU dan NEGARA Islam.


Bekas mufti saran perhimpunan anti-politik lucah

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi. -mk

Ulasan GB

Satu pendirian tegas dan berani dari Dr Mohd Asri terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

Bukan saja isu video seks, tetapi juga perbicaraan di mahkamah kini telah dipenuh-saratkan dengan hal-hal lucah melampau yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Aksi-aksi jijik dan lucah melampau sengaja dihebohkan di dalam mahkamah yang kemudiannya disiarkan oleh para media semata-mata untuk mengaibkan figur yang dijadikan sasaran untuk dipenjarakan.

Ianya berlaku lagi kali ini dengan lebih dasyat, sebuah video yang dicipta khusus dan pemilik serta penyiarnya lansung tidak ditangkap dan dikenakan tindakan sekalipun amat terang dan nyata ia menyalahi undang-undang.

Nik Aziz..MALU nak ngaku MELAYU?


Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,”
 katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.


Mustahil Anwar terlibat

KUALA TERENGGANU – “Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya. -SH

Memilih dan Menyokong PEMIMPIN ngaku ISLAM.





KL, 26 Mac 11: Rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang suka selak kain orang, dan sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik mereka. Tegas Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.
“Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang,” kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini.
Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan “penonton bodoh” yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.
Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok.
“Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” kata Mohd Asri.
Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya “Datuk T”.
Dua hari kemudian misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.
Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi. Dalam tulisannya kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik. (IH)

Cubalah ADIL dan BERFAKTA..kalo jadi SURAT KHABAR..jangan jadi PENGHASUT.


TENGOK BETAPA AL MANGKUK WAL HAYUNNYA UTUSAN MELOYA CUBA MEMPERKASAKAN FITNAH MALAON GEROMBOLAN UMPORNO.
PATUTLA NASI LEMAK PUN DAH BUANG SEDARA,TAK TERIMA PAPER UTUSAN DIJADIKAN PEMBALUTNYA.PADAN DENGAN BUAT LAP PUNGKOQ KUCING SAJA.
KAH! KAH! KAH!





Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).


Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.


Jawapannya;


Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.


Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)


Sekian makluman jawapan fitnah yang hamba telah buat agar orang yang suka sangat berfitnah-fitnah ini boleh berfikir dengan kepala lutut, bukan dengan kepala kaki.


ibnmustaffa

(PTPTN) hanya berjaya mengutip kira-kira 48%.


KUALA KRAU   – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya berjaya mengutip kira-kira 48 peratus hutang tertunggak daripada peminjam pembiayaan tersebut.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pelbagai saluran yang ada termasuk melalui pihak media telah dilakukan, tetapi hanya RM2 bilion hutang berjaya dikutip setakat ini.
“Kami mensasarkan hutang untuk dikutip sebanyak RM4.1 bilion tetapi jumlah yang berjaya cuma RM2 bilion atau 48 peratus daripada hutang tersebut,” katanya pada Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 di sini hari ini.
Justeru, Ismail berkata, beliau meminta golongan ibu-bapa atau penjaga menasihati peminjam yang masih belum menjelaskan hutang mereka supaya berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Ia kerana, kata beliau, kira-kira 200,000 peminjam PTPTN terlibat gagal dihubungi pihaknya berhubung pembayaran balik tersebut sehingga kini.
Dalam pada itu, katanya, pelajar baru yang mahu membuat pinjaman perlu membuat permohonan secara dalam talian dan mereka akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian pada September ini.
Menurutnya, PTPTN telah memperuntukan sebanyak RM6 bilion sebagai pinjaman pembelajaran kepada kira-kira 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta pada tahun ini.
“PTPTN telah menambah jumlah pinjaman daripada RM2 bilion kepada RM6 bilion sejak tahun 2007 bagi membolehkan para pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran tanpa perlu memikirkan soal kewangan,” katanya.

Friday, 25 March 2011

Terengganu oh Terengganu..negeri Melayu..


Sekadar hiasan. Anak siapa?

Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan berusia 14 tahun memaki guru dan anggota RELA yang menahannya bersama dua rakan dalam Operasi Ponteng Sekolahperingkat negeri, semalam.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, ketika pelajar berkenaan yang berpakaian biasa asyik menyaksikan acara sukan Majlis Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara kira-kira jam 10 pagi. 

Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi.  

Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar, berkata 13 pelajar ditahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak), SMK Bukit Besar (14), SMK Bukit Tunggal (sembilan), SMK Seri Budiman (tujuh) dan masing-masing tiga dari SMK Bukit Guntong; SMK Agama Tok Jiring dan SMK Ibrahim Fikri serta dua SMK Panji Alam.

“Lokasi serbuan adalah port pelajar itu ponteng. Kita juga menahan beberapa pelajar ponteng kononnya untuk menyokong rakan yang menyertai acara sukan di kompleks itu,” katanya selepas memberi taklimat kepada pelajar terbabit dan ibu bapa mereka di Dewan SMK Ibrahim Fikri, semalam. 
 P/s: Apa nak jadi?

Sudah sudah lah..malukan MELAYU ajer..seks seks..liwat liwat..nak muntah dah..


Kontroversi kes video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" nampaknya semakin panas sekarang ini. Apa tidaknya, nampak benar mereka yang terbabit mula gusar selepas beberapa maklumat penting dibocorkan oleh "orang dalam" sendiri. Maka kini ketiga-tiga "Datuk T" terbabit mula mencaturkan apakah strategi mereka untuk membuktikan lelaki yang terdapat dalam video seks tersebut adalah benar-benar"Anwar Ibrahim". Ramai yang mula sangsi dengan "konspirasi terbaru ini".Malah, dikalangan penyokong UMNO BN dan mereka yang selama ini sudah mula percaya kes liwat Anwar. Kini mula ragu-ragu dan bertambah simpati kepada Ketua Umum PKR itu. UMNO BN tersalah percaturan apabila menggunakan video seks tersebut untuk menjahanamkan masa depan dan karier politik Anwar. Apa yang berlaku kini rakyat mula yakin yang Anwar sebenarnya menjadi mangsa percaturan politik kotor musuh-musuh beliau. Bahkan terdengar suara rakyat kini yang mula yakin yang Anwar tidak bersalah dan beliau adalah mangsa konspirasi peringkat tertinggi. Memang benar kita ada dengar mereka yang terlibat telah dipanggil oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Namun, apakah kita boleh percaya bahawa ia untuk menyelesaikan kes atau memantapkan kes berkenaan. Semua ini dilihat seperti satu sandiwara yang akhirnya akan merosakkan minda rakyat yang tidak berdosa itu.


Agaknya Si Rahim Terpengaruh Filem Hang Tuah


Tambah mengejutkan apabila "Mastermind" video seks si Rahim Tambi Kecikmahu Anwar meletakkan jawatan beliau daripada politik. Kononnya dalam skandal seks beliau dulu, Awwar adalah pemimpin UMNO yang bertanggungjawab mahu beliau meletakkan jawatan. Punya dangkal minda bekas Ketua Menteri Melakaini, patutlah hayatnya tidak panjang memimpin negeri Hang Tuah itu. Kenapa dia mahu Anwar letak jawatan? Sedangkan Anwar memang sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 September 1998. Bukankah ini bermakna Anwar sudah terima hukuman dan kenapa beliau mahu Anwar letak jawatan lagi?. Bukankah Anwar sudah tidak duduk dalam UMNO dan kini menjadi Ketua Umum PKR. Mereka yang wajar menyuruh Anwar letak jawatan ialah ahli-ahli PKR itu sendiri. Kenapa Rahim Tambi Kecik begitu sibuk sangat. Nampak benar belai memang merancang untuk menjatuhkan Anwar dek kerana "dendam kesumat" lama yang masih beraja dihatinya. Apakah beliau akan menjadi seperti Patih Karma Wijaya dalam filem Hang Tuah (foto)itu agaknya. Gara-gara fitnah terhadap Hang Tuah kerana membuat onar dalam istana dengan gundik Sultan yang bernama Melor (kekasih Hang Tuah ketika menuntut ilmu di Gunung Ledang), maka akhirnya Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan. Agaknya, Si Rahim ni memang terpengaruh dengan filem tersebut agaknya. Lagi pun Hang Tuah adalah Pahlawan Melayu Melaka iaitu negeri asalnya Rahim Tambi Kecik itu.


http://www.pahangdaily.co.cc