ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 24 February 2012

MAHA Keparat... Pulangkan Duit Cukai Rakyat.


MAHA Keparat... Pulangkan Duit Cukai Rakyat...!!!!

Makhluk keparat dan celaka sepanjang gua bergoblog sejak 2008 memang ramai beb..., dalam ramai2 tu yang paling popular namanya ibrahim ali. Ada orang gelarkannya raja segala katak, tapi bagi gua selain daripada katak... dia ni juga adalah anjing yang tak mengenang jasa.


Lu orang tengok anjing nih menjilat tangan Kak Mah baaaeeekkkk... punyeeeaaarrr... hahahaha... nak jadi calon PRU-13 nanti kenalah bodek Kak Mah... maklumlah kata putus urusan calon dan negara nih Kak Mah yang tentukan... nak harapkan Najib.... hurmmmm... paham2 jelah... kah...kah...kah.... 

Selepas si anjing ibrahim ali nih, barulah timbul katak2 yang lain seperti katak2 dari negeri perak darul timah. Di ikuti pula oleh katak2 dari PKR yang berjanggut dan berkopiah hahaha...

Dah hampir2 PRU nih, ada lagi lahirnya katak baru iaitu katak akidah 666, yang pergunakan agama demi survival politiknya, sedangkan akhlak anak beranak dia dan dirinya sendiri pun menjadi pertikaian. Namanya hasan akidah jati 666.... hahaha... jenis makhluk materialistik bertuhankan nafsu mughallazah.

Makhluk ini betul2 paksi kejahatan yang bersekongkol dengan istana Bermuda Triangle, gang penyembah Syaitan hahahaha.... sebab perangai dia pun macam Setan jugak... yang penuh dengan PHD (Perasaan Hasad Dengki). Kalau ada Ulama yang pertahankan Hasan Akidah yang menjaja Agama nih, kononnya boleh jadi Imam, jadi Khatib dan hafal ayat2 Al-Quran... perghhhh... masih takda bezanya dengan Azazil beb... Azazil lagi hebattttt... setakat Al-Quran kacang jerrrr.... Syurga Neraka pun Azazil dah ronda... itupun kena penerajang laknat dengan Allah... inikan Hasan Akidah anak didik Azazil.... kat dunia ni pun kita dah boleh bagi penerajang kat dia... hahahaha...

Dalam keparatan serta kepundekkan haramjadahnya makhluk2 yang bertopengkan manusia yang gua maksudkan di atas tu, pada prinsipnya diorang semua jenis takda pendirian dan maruah beb.., hanya kerana nafsu, wang hengget dan jawatan diorang sanggup jual bangsa dan agama beb..., kerana masalah peribadi dan kewangan tergadai segalanya. Tapi kecelakaan diorang tak lah sehebat nama2 dibawah ini, kerana celakanya haramjadah tersebut tidak melibatkan wang cukai rakyat secara lansung...., ianya hanya melibatkan kepercayaan dan keikhlasan perjuangan diorang sebagai ahli politik.... wa cakap luuu...!!!!

Mudharat paling besar kepada rakyat Malaysia keseluruhannya adalah mangkuk2 di bawah nih...., Cuba lu orang tengok nama Shahrizat Jalil sekeluarga. Ini memang celaka besar kerana Mak Lembu sekeluarga telah merembat wang projek Lembu RM250 juta, sedangkan syarikat laki dia takda kepakaran dalam hal ehwal kelembuan.., siapa yang anugerahkan projek nih kalau bukan noh omar, mohyedin yasin dan lain2 lagi yang terlibat secara lansung. Inilah nama2 makhluk celaka yang menjahamkan wang rakyat malaysia dan sewajib-wajibnya di tendang keluar dalam PRU-13 nanti.

Yang MAHA Keparatnya dan Celaka paling Brutal adalah makhluk bernama Najib Razak wa cakap lu, dia nilah paling teruk sekali buang duit cukai rakyat macam buang duit makbapak dia jer....!!!!

Soal bini dia si pendek tu bershopping sakan mampus pi lah kat dia, sebab kita pun tak tau mana sumbernya. Ntah2 hasil sumbangan dari  hanturaya belaan Najib Razak yang terhutang body dengannya. Paling cekai pun kalau sekoq hanturaya bagi RM500 ribu, sepuloh ekoq dah berapa beb.... so boleh laaa... shopping sakan dengan duit free tuuu.... alasan menabung sejak kecik tu alasan dalam gabra takda idea nak jawap soalan wartawan jer tuuuu.... hahahaha... biasa laaa... "you help me, I help you".

Yang gua maksudkan MAHA Celaka pundek dengan si Najib Razak nih, kerana dengan mudahnya PM celaka ini membazirkan duit cukai rakyat RM77 juta bayar APCO (israel), RM86 juta bayar BBC, ntah Rm berapa puluh juta pulak bayar syarikat iklan amerika untuk promosi muka bini nombor dua dia, siapa lagi kalau bukan FLOS. Part ni... gua berani cakap pasal ada dibangkitkan dalam Parlimen... maka isu ini terbukti beb...

Nanti... sesiapa pi tolong pesan kat Nazri Aziz mintak dia tolong bagitau kat Najib Razak..., suruh Najib Razak pulangkan balik semua duit cukai rakyat tuuuu.... selepas tu tutup kes... macam kes shahrizat lembu tu laaaa...!!!!

hahahaha....

(Apa dah jadi dengan kes Mak Lembu dan kondomnya... kondominiumnya... takan dah senyap kot.... hahahaha... kasi booommm laaaa... bak kata blogger buncit... "cili kasi taruk"... hehehe... )

Di bawah ini update untuk si celaka kaki pendek kepala taik makan babi... yang bernama Isa Samad, kalau Najib Nazak ada teloq... ambil la tindakan ke atas penyamun katek tuuuu... habis duit Felda di bahamnya... lagi mau tunjuk samseng... memang kepala but** punya kaki pendek.... hahahaha...!!!!

Popout

KALAU DAH TAIK TU TAIK JUGA, SEMUA INI SALAH NAJIB RAZAK YG TERGADAI KEPERCAYAANNYA PADA ISA SAMAD SELAMA INI. UNTUK MENUTUP KES BERJOLINYA NAJIB DGN ZIANA MAKA DIANGKAT KEPALA TAIK (ISA SAMAD) NI SEBAGAI PENGURUSI FELDA DAN DENGAN MUDAH ISA SAMAD MENJARINGKAN GOL YANG KE 353 RIBU KALINYA DENGAN SEKALI TERAN. KEPALA TAIK INI (ISA SAMAD) TETAP KEPALA TAIK JUGA. KEPALA TAIK INI MESTI DITERAN (DIDESAK SUPAYA MELETAK JAWATAN) DENGAN CARA APA SEKALIPUN SUPAYA SEGERA DIFLUSH KEDALAM LUBANG TAIK BUAT SELAMA-LAMANYA. - NikJidan.

BEROK UMNO tahu ker Sejarah nih...?


BEROK UMNO tahu ker Sejarah nih...???

UMAT ISLAM WAJIB WASPADA
Oleh: Mokhtar Petah

Mungkin setiap orang Melayu yang usia muda sebelum 31 Ogos 1957, pada hari ini bertanya: “Adakah negara kita pada masa mendatang akan kekal dengan pegangan ideologi nasional - kapitalis, atau berubah kepada sosialis, komunis atau pun Negara Islam?”

Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan h
ingga pada masa ini negara kita kekal dengan pegangan atau fahaman - kalau boleh dikatakan ideologi - , nasionalis-kapitalisme (tetapi menerima Islam sebagai agama rasmi negara).

Negara yang berpegang kepada nasional-kapitalisme, kelihatan pada sesuatu perkara tertentu mengikut Islam dan perkara-perkara lain tidak mengikut Islam atau berlawanan dengan Islam.

Contohnya:
* Islam mengharamkan arak, tetapi di negara kita diadakan lesen dan boleh diperdagangkan.* Islam mengharamkan riba, tetapi di negara kita amalan itu telah menjadi perkara biasa seperti dihalalkan.
* Islam mengharamkan judi, tetapi di negara kita ada kasino dan berbagai judi dengan berlesen.

Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, elok kita kembali menjenguk atau melihat ke belakang, iaitu kepada sejarah bumi Melayu ini, iaitu sejak tahun 1930-an hingga di ambang kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Semua Orang Melayu di Semenanjung telah bernasib baik – dengan pertolongan Allah -, mereka beragama Islam. Pada umumnya iman mereka tegar dan dapat menentang sebarang ideologi ciptaan manusia. Kecuali orang Melayu yang berpendidikan Barat, tidak ada seorang Melayu pun murtad walaupun mereka mengerjakan perkara-perkara berdosa.Penjajah Inggeris - dengan kerjasama Yahudi - telah menggunakan Raja-Raja Melayu, orang besar-besar Melayu, ulama yang digaji, guru sekolah Inggeris dan ketua masyarakat untuk menerapkan secara licin fahaman dan amalan yang berdasarkan kapitalisme.

Beberapa buah sekolah Inggeris, di antaranya Kolej Melayu Kuala Kangsar menjadi ‘industri’ menukar fikiran para putera Raja dan Orang besar-besar Melayu kepada hidup sebagai orang kapitalis Inggeris.

Sebilangan orang pendatang dari Cina menganut komunisme yang dikembangkan oleh Karl Marx (German: 1818-83), melalui dua bukunya, Communist Manifesto (1848), A Contribution of the Critigue of Political Economy (1850) Das Kapital (1867) telahmenyebarkan fahaman komunis di kalangan orang-orang Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara – Sarawak, Sabah dan Brunei.
Karl Mark
Begitu juga orang-orang India yang berpelajaran Inggeris dan cenderung kepada Parti Komunis Great Britain (1920) yang dikatakan ahlinya 33,000 orang dan Parti Komunis India yang terpengaruh dengan.

Pedagang-pedagang Cina zaman silam yang telah menerima pesan-nasihat dari orang tua-tua China di negara mereka mempunyai hasrat menjadikan Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara serta Indonesia sebagai negara baru mereka.Empat pesanan-nasihat orang tua-tua mereka itu seperti yang diceritakan oleh beberapa orang tua Cina di Perak kepada saya pada tahun 1970-an. Di antara mereka itu, Dato Chong Kok Lim, Dato Lew Lay Seng, saudagar getah Joo Seng dan Baba Lim (bekas pegawai Cawangan Khas (Kuala Kangsar) dan Dato Loh Kok Long, Pengkalan Hulu, Hulu Perak, iaitu:

1 - Kamu buat baik dengan ketua setempatan (dari kampung hingga negeri, meliputi menteri, Raja yang memerintah)
2 - Kamu sewa harta tidak bergerak (tanah dan rumah) dengan surat perjanjian, jangan keluar dari rumah itu walaupun dipaksa hingga ke mahkamah.
3 - Kamu beli harta tidak bergerak (tanah dan rumah), walaupun mahal, kalau perlu minta bantuan dari kelab-kelab orang Cina seberang laut.
4 - Kamu tipulah, asalkan mendatangkan untung, tetapi jangan menipu ibu dan bapa mertua.

Para pendatang Cina berharap mereka akan dapat menguasai bumi tempat mereka menumpang pada satu masa nanti melalui kekuatan parti komunis dan penyebaran komunisme kepada semua penduduk asal, iaitu orang Melayu.

Para pemimpin dan komrad Parti Komunis Malaya (PKM) - menjadi anjung Parti Komunis Cina (PKC) yang menganut Marxisme -, amat yakin yang maksud mereka untuk menguasai Tanah Melayu menjadi bumi Cina kedua di bawah Parti Komunis Cina (PKC).Melalui tindakan menentang penjajah Inggeris di Tanah Melayu dengan menggerakkan gerila seperti pergerakan gerila pemimpin Kambodia, Sun Yet Sen (kerjasama dengan komunis:1866- 1925), mempunyai serampang dua mata – menentang penjajah Inggeris dan Jepun dan mengusai Tanah Melayu di bawah Parti Komunis Cina (PKC)
Hikmah atau doktrin dari Parti Komunis Cina (PKC) telah menjadi ikutan orang-orang Cina Singapura khasnya dan di Semenanjung Tanah Melayu amnya.
Kebanyakan pemimpin Cina di Singapura telah berminat menjadikan Pulau Singapura sebagai negara baru Cina di Seberang laut. Tetapi mereka tidak yakin akan mencapai kejayaan, kalau melalui perjuangan komunis, tetapi mereka akan berjaya dengan menggunakan sosio-demokratik.
Pada masa Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura belum ditubuhkan, ramai orang Cina di sana yang telah menganut komunisme, telah merelakan diri meninggalkan ideologi tersebut dan mengikut Lee Kwan Yew menggunakan sosio-demokratik. Akhirnya mereka – orang Cina telah berjaya memerintah Singapura.
Manakala orang Cina yang terpengaruh dengan Chiang Kai-shek @ Jiang Jie Shi (1887-1975) Guomindang @ Kuomintang (1919 -1949) – nasional – kapitalis, mempunyai tujuan besar untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Cina baru di seberang laut.

Satu golongan orang Cina yang terdiri dari saudagar–saudagar bijih timah di Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai oleh Law Pak Kuan telah mendesak penjajah Inggeris supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang Melayu, tetapi diberikan kepada orang Cina.

Manakala orang-orang India–Ceylon (Sri Lanka) telah menuntut kepada penjajah Inggeris, supaya Tanah Melayu diserahkan kepada orang India–Ceylon (Sri Lanka).

Sebilangan orang Cina, di antaranya, Datuk Cheng Lock Tan, Col. Sir Henry H.S.Lee dan Leong Yew Koh percaya, dengan mengubah Malayan Chinese Associetin (MCA) – dari pertubuhan kebajikan – kepada parti politik dan bekerjasama dengan UMNO akan dapat mencapai kejayaan orang Cina berkuasa di Tanah Melay.u, sekurang-kurangnya memegang jawatan penting dalam kabinet Perikatan UMNO, MCA dan Malayan Indian Congress (MIC).

Walaupun MIC dianggotai oleh orang-orang India berkasta rendah (anak-anak kaum buruh estet getah, jalan raya dan kereta api dan sebagainya) dan sedikit benar berkasta tinggi yakin akan dapat berkongsi kuasa dengan UMNO dan MCA.

Sebilangan kecil orang Melayu. yang berjuang menuntut kemerdekaan telah terpengaruh dengan pergerakan Parti Komunis China (PKC) dan berlindung atau bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), di antara mereka itu, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Awang Ali dan Musa Ahmad (tidak menganut komunisme dan tetap beriman kepada Allah).

Sheikh Abdullah Fahim – ulama yang mempunyai kesedaran politik yang berdasarkan Islam atau Islamisme, telah memberi tunjuk – pandu kepada salah seorang muridnya, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, supaya menubuhkan parti politik Islam, iaitu Hizbul Muslimin (1945) (tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).Tokoh Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah Tan Melaka, Mokhtaruddin Lassoh telah merangsang pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi supaya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada Oktober 1945 (Tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan).

Para Penasihat British telah menasihati Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Aziz dan beberapa orang lagi supaya menubuhkan parti politik bercorak nasionalis- kapitalis.

Hasil Kongres Melayu menentang Malayan Union telah menubuhkan UMNO pada tahun 1946, sebuah parti politik orang Melayu tulen. Tetapi kemudian sekumpulan orang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad telah keluar dari UMNO.

Setelah UMNO ditubuhkan, penjajah Inggeris telah mengambil tindakan menangkap ramai ahli Parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Mereka di tahan dalam beberapa khemah tahanan di Tanah Melayu.

Dasar parti-parti politik Melayu tersebut seperti berikut:
* Hizbul Muslimin - nasional, Melayu, Ideologi Islam (Islamisme)
* Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) –nasionalis (warga Malaya terdiri dari berbagai keturunan), sosio-nasional. Agama Islam agama negara.
* Pertubuhan Kebangsaan Melayu (PEKEMBAR–UMNO), nasional–kapitalis.
*Persastuan Melayu Semenanjung (PMS), nasional-kapitalis.
* Parti Negara pimpinan Onn Jaafar, nasional-kapitalis.
* Serpihan UMNO ditubuhkan oleh para bekas ahli parti Hizbul Muslimin, berideologi Islam atau Islamisme.

Setelah merdeka dan pada zaman merdeka, hingga pada masa Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie sebilangan penuntut universiti dan sekolah Menengah Cina cenderung kepada komunisme.

Seperti dijelaskan oleh Ghazali Shafie kepada saya, sebilangan mereka telah ditangkap di bawa ISA, tetapi setelah dibebaskan dan tamat universiti, mereka telah menyertai parti-parti politik orang Cina di negara ini.

Ramai daripada mereka fro Singapura dan Lee Kuan Yew. Ada di antara mereka berhasrat menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura, iaitu dikuasai oleh orang Cina. Kini hasrat itu telah tercapai walaupun masih di bawah Kerajaan Pusat.Sekarang, kebanyakan orang-orang Cina dan India dalam parti–parti politik mempunyai harapan yang tinggi, jika amalan sosio-demokratik diamalkan, pada satu masa nanti mereka akan dapat menguasai Malaysia.

Untuk mencapai tujuan itu, mereka terpaksa berjinak atau bekerjasama dengan orang Melayu, di antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Amalan itu telah dilakukan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Selain itu sebagai benteng terpaksa menggunakan PAS, kerana parti itu berideologikan Islam yang akan diterima oleh Raja-Raja Melayu khasnya dan orang Melayu amnya.Selepas Pilihan Raya Ke 12, terdengar cakap-cakap orang politik, bahawa sosialis sama dengan Islam atau Islam sesuai dengan sosialisme. Yang demikian itu adalah bahaya kepada orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.

Kalau negara dikuasai oleh parti politik mengamalkan sosio-demokratik, nescaya kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, kerana negara sosialis tidak perlukan Raja memerintah, kerana negara bercorak republik. Dan hanya ada rupa bangsa yang tunggal – Malaysia dan orang Malaysia.Islam mengakui ada Allah dan Negara Islam. Kapitalis mengabaikan Tuhan dan boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Sosialis memperjuangkan hak sama rata rakyat dan menolak kekuasaan Tuhan. Manakala Komunis dan Atheis, memperjuangkan hak sama rata rakyat dan tidak mengaku kewujudan Tuhan.

Negara sosialis dan komunis tidak akan mengelak dari menjadi negara diktator dan fasis seperti yang dilaksanakan oleh para pemimpin–pemimpin negara sosialis dan komunis semenjak zaman silam, seperti Karl Marx (1818- 83), Adolf Hitler (Jerman) (1934 – 45), Musulini, Benito, Itali (1922-43).

Benito Mussolini bersama Adolf Hitler
Bagaimana Anwar Ibrahim yang dulunya pada masa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperjuangkan Islam, tetapi kini menjadi penasihat parti politik yang bercorak sosio-demokratik?

Kad Pengenalan Untuk Pengundi HANTU UMNO BN.


Kad Pengenalan Untuk Pengundi HANTU UMNO BN.

by ELBI RISALAH

Salhan K Ahmad

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakinipada minggu lalu.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waiting
Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.
Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

mahathir and anwar hardtalk show
Mahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

NONE

Bagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707
Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri.Jawatan TPM tidak ada..secara rasminya..tiada undang undang..mewajibkan PM mesti ada TPM...jawatan TPM adalah budibicara / ehsan PM sahaja. Tun Hussein Onn...buat indah tak indah sahaja..terhadap Dr Mahathir yang jadi TPM masa itu.

Umno Yang Lemas Dan Cemas.


Umno Yang Lemas Dan Cemas.

Umno yang cemas dan lemas; rakyat ok-ok sahaja

Oleh Dr Khairuddin Abdul Malik

Tiada siapa di dunia ini yang percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia.


SEJAK pilihan raya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaannya Perkasa.

• Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).
• Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada Melayu.
• DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.
• Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina akan merana.
• PAS susah-susah dukung Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.
• Lebih baik PAS bersama Umno kuatkan kuasa Melayu.
• Buat apa PAS berpakat dengan DAP, kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.

Malah media lidah bercabang Umno, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya roh Umno yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut :

"Umno-BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru ‘1Melayu , 1Bumi’.

Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan daripada Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun, PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.

Sebagai doktor perubatan dan sekali gus pengawal sains politik, penulis akan gagal jika tidak membuat – diagnosis-diagnosis berikut terhadap pesakit saya yang bernama Umno.

i. Umno sedang menghidap penyakit ‘Senile Dementia’-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekali gus!

ii. Umno sedang menghidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.

iii. Umno sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. Hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar.

iv. Umno sedang menghidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. Umno dah tak boleh jaga MCA, Gerakan dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.

v. Umno sedang menghidap sakit ‘fiqulubihim marodun’ (al-Baqarah: 10): qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, Umno kata PAS parti ekstrem nak potong segala kepala orang Cina. Umno ajar MCA supaya sebut "Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam." Benci sangatkah Umno kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam al-Quran.

Benarkah DAP perkauman dan anti-Melayu?

Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi Dun atas tiket DAP. Antaranya, Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Antaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.

Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan ‘Rule of Law’ berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti ‘kitab suci’ mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing.

Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh seorang Ketua Menteri daripada Umno ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan Umno-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh Parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Dato’ Seri Najib Razak dalam isu ‘rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya’.

Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP?

Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah. 

Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. 

Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. 

Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.

Testimoni kepda strategi berbeza yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahaluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama Umno-BN, APU (Semangat- 46 dan Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.

PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahaluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.

Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh Umno, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang Umno. 

Tetapi ketika Umno gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba Umno berubah! Seperti kata PM Najib: "PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan Umno. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN." Yang pasti dan tetap adalah: PAS sama ada di kaca mata Umno, DAP, KeADILan mahupun MCA adalah parti Islam.

Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. 

Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima Umno sebagai rakan kongsi kerana Umno menolak Islam. Berbeza dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.

Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. 

Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana Umno luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA.

Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana Umno cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbilion-bilion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar Umno dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA-lah yang tunggang Umno atau dengan kata lain Umno adalah boneka MCA.

Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.

Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila Umno menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. 

Bukankah itu juga bermakna Umno adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6 peratus sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan Umno. Komplot Umno-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?

Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan Umno sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau Umno perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihan raya. Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan Umno-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang Melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.

Umno buta Matematik

Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi Umno tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.

Di semua kerusi yang DAP memang baik kerusi Parlimen ataupun Dun - kerusi BN yang terus adalah sama ada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon Umno. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.

Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi Parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100 peratus DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi Dun tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi Dun dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan Umno yang buta Matematik.

Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala Umno akan melabuhkan tirai. 

Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja Umno tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.

Umno yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat ok, ok sahaja