ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 23 February 2012

Ladang Kelantan..agihkan RM52.4 juta...


K'tan: L/Rakyat RM52.4J Diagih. Pihak Lawan Buta..

KOTA BHARU, 16 Feb 12: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.
Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana bantuan ini telah banyak membantu masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah,”ujarnya.

Sambungnya, walaupun hanya lebih lima peratus bantuan berkenaan dapat membantu masyarakat keluar dari garis kemiskinan, namun sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai beberapa keistimewaan sebagai ahli koperasi.

Sambungnya lagi, 11 syarikat telah dipilih untuk memajukan 77,000 ekar tanah di bawah Ladang Rakyat.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan isu pembangunan di Lembah Sireh sengaja dibangkitkan Umno negeri itu demi kepentingan politik.

Sedangkan ujarnya, pelbagai pembangunan sudah dibangunkan di tapak itu sehingga kini.

Beliau turut menjelaskan pembangunan projek tersebut bukan dibuat atas tanah milik peribadi rakyat seperti yang dicanang pihak tertentu.

“Pihak lawan ni biasalah, sengaja nak buat bising dia ambil kesempatan. Walhal di lembah tu macam-macam ada pembangunan sekarang, Tesco, Masterskill dan macam-macam lagi.

“Dia persoalkan projek di situ... buat buta tak nampak, buta betul mata tu baru tahu,” ujarnya. (IH/Harakah)

No comments:

Post a Comment