ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 2 December 2011

Umno perkuda PDRM dan Tentera


Ucapan Ketua Pemuda Umno buktikan Umno perkuda PDRM dan Tentera

Kenyataan Terbuka
1 Disember 2011

rujuk kenyataan Ketua Pemuda Umno di sebuah portal berita klik http://www.malaysiakini.com/news/182868

Dalam kenyataan tersebut jelas mengakui Polis dan Tentera terlibat dalam proses pemilihan calon bagi pihak Umno.

Ini satu kenyataan dan pengakuan yang serius. Pdrm seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas. Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. 

Malangnya dengan pengakuan ini ternyata Polis dan Tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno. Pegawai tertinggi Pdrm dan ATM perlu tampil menjawab kenyataan ini. 

Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno.

Kenyataan ini juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua pemuda Umno sendiri memperakui perkara inis ecara terbuka dengan bangga memperakui Umno memperkudakan dua agensi penting negara.

Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (Bsn) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.

Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar , berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Dengan kenyataan ini sewajarnya SPRM (jika benar membenteras salah guna kuasa dan rasuah) boleh memulakan tindakan. Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno.

che'GuBard
Ketua Cabang PKR Rembau

Thursday, 1 December 2011

Bodoh Punya Melayu.


Ini Rupa Melayu Ke...???? Bodoh Punya Melayu...!!!!

Semasa lu orang baca entry ini (auto published @ 10.30am - posted dari KLIA)... gua sudah berada di awan biru... will be back on Monday... akhirnya gua dapat panggilan dari Doha... secara automatik dengan doa dan pertolongan Allah SWT... gua berjaya mengescapekan diri dari sini... (jutaan terima kasih buat kawan2 yang memberi sokongan mahupun teguran).

Sepanjang ketiadaan gua... pramugari serta anak2 tidak dibenarkan keluar dari rumah... melainkan atas urusan pelajaran, klinik/hospital dan kerja saja... urusan kekeluargaan tunggu hingga gua balik, gua sudah tinggalkan wasiat awal... jika ada yang kehabisan oksigen sepanjang ketiadaan gua... ampun dan maaf jelah gua pohon....

Subhanallah.. Walhamdulillah... Allahuakbar.... Syukran Yaaa Rabbal Jalil... kerana meluluskan permohonan gua yang lemah ini....!!!! Perancangan Allah MAHA Hebat dari perancangan manusia.... I love You so much....!!!!
 Sementara itu lu orang layan jelah entry terakhir gua untuk minggu ini....

Berapa ramai ahli umporno... gua takda hal.... pi mampuslah kat diorang.... berapa ramai melayu dan berapa ramai mamak dalam umporno... itu bukan urusan gua....!!!! Itu urusan melayu2 bangang dalam umporno... hahahaha....

Umno ditubuhkan dahulu kala sebelum diharamkan bertujuan salah satunya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Semenjak umno lama diharamkan pada 4hb February 1988 dan tertubuhnya umno baru oleh seorang mamak kerala... maka hak orang melayu terhakis digantikan pulak dengan dominasi puak2 mamak... selebihnya lu orang carilah maklumat sendiri apa itu umno baru aka umporno alaf ini... hahahaha...

Yang gua nak persoalkan sekarang... apa hak si bangsat kat bawah nih nak melalak soal orang melayu....????
Siapakah si bangsat kat bawah nih kepada orang2 melayu.... cuba bagitau kat gua...???

Adakah si bangsat nih seorang Melayu atau sebaliknya.... kah...kah...kah....!!!!

Shaik Hussein Mydin - Ketua Pemuda umPORno Penang

Dari rupa paras ciptaan Ilahi... gua tak pertikaikannya dan berdosa hukumnya, tapi daripada namanya sudah menyakinkan gua bahawa si bangsat nih bukannya berbangsa melayu... bila masa pulak dia jadi melayu yang nak bagi warning kononnya orang melayu akan terpinggir jika menyokong DAP...?????

Memekik melalak melolong mengutuk cina DAP... dalam masa yang sama dok mentekedaghah duit lendir cina jugak... bodoh punya keturunan pemimpin melayu dan mamak umporno nih.... lu orang tak caya pi tanya Vincent Tan dan anaknya si Robin Tan, Lim Kok Thay anak tauke genting, Robert Kuok dan berapa Tan Sri-Tan Sri Cina di Malaysia nih.... dasar lidah bewak umporno...!!!!

Inilah kepala otak sekoq mamak mandeliar yang sifatnya tak habis2 nak bermain racun perkauman dan menghasut fitnah sepanjang masa. Itulah salah satu sifat kaum mamak mandaliar nih sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.... (baca sejarah kesultanan melayu kalau masih tak paham peranan mamak2 pundek nih...)

Apa anak mamak nih nak menderhaka kepada Hajidud Najibul Razak ke....???? Masih tak paham2 akanmaksud 1Malaysia....???? hahahaha.... apasal bodoh sangat ketua pemuda umporno penang nih...???? 

Bagaimana sesebuah kerajaaan melayu roboh hasil dari sifat iblis mamak mandeliar ini... itu pun masih ramai lagi melayu2 bodoh bangang yang tidak mahu belajar dari sejarah bagaimana puak2 mamak ini memainkan peranan mereka sebijik macam yahudi laknatullah....

Orang2 melayu yang paling bangang adalah orang2 melayu dalam umporno kerana memberi ruang dan melantik puak2 mamak sebagai pemimpin orang melayu... apa dah takda orang melayu yang berkaliber untuk menjadi pemimpin ke....????

Bodoh punya melayu umporno dan parti2 politik yang ada kat malaysia nih....!!!!

p/s: Ketua Lembu Betina umporno yang nak selak kain tu pun mamak jugak.... (gua saja jer... nak bagitau bagi sesiapa yang belum tau.... hahahaha....)

Adiosssss.....!!!!!

Tuesday, 29 November 2011

Syabas meminta kenaikan tinggi tarif air di Selangor.


SANGAT MERBAHAYA ! LINTAH DARAT JADI BUAYA KEPARAT RAKYAT

Rakyat Selangor Dalam Risiko Besar.

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan pada Dewan Undangan Negeri Selangor hutang yang ditanggung oleh Syarikat Konsesi Air, Syabas adalah sebanyak RM3,000,000,000 (tiga bilion ringgit Malaysia ERTINYA lebih tinggi dari tiga pulluh ribu malah lebih tinggi dari tiga ratus ribu dan masih tinggi dari tiga juta dan lagi tinggi dari tiga puluh juta ringgit ).
Inilah sebabnya mengapa Syabas meminta kenaikan tinggi tarif air di Selangor.

Buat masa sekarang MB Selangor telah menggunakan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan perjanjian dengan Syabas bagi mengekang kenaikkan tarif air. 

Tetapi, sekiranya Selangor tumbang kepada beEnd pada PRU-13 nanti keadaan tentunya akan berubah. Kerajaan Umno/beEnd tentunya akan menaikkan tarif air bagi menampung hutang yang ditanggung Syabas, ini adalah kerana Syabas dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan membekal air di Selangor adalah milik kroni-kroni dalam Umno.

Selama ini, Umno Selangor tidak pernah berjanji untuk mengekalkan pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, serta memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air sekiranya Umno/beEnd berkuasa di Selangor.

Ini bermakna rakyat Selangor berada dalam risiko dan akan menderita akibat kenaikkan tarif air yang tinggi seperti dituntut oleh Syabas, sekiranya Selangor jatuh kepada beEnd/umporno.

Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat Syabas menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan. 
“Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut.

“Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri.” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz.

Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air.

“ Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan.

“Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun.” jelas Khalid.

Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsesi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini. 

“Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsesi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan. 

“Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat.” ujar beliau lagi.

CEO Syabas adalah dipercayai muka penyangak air di Selangor, gaji dia beliau hampir RM5 juta setahun, dapat projek air di Selangor daripada Mat Taib dulu bukannya mengunakan fasiliti sendiri tetapi mengunakan fasiliti Jabatan Bekalan Air Selangor.
Memang rakyat Selangor perlu pertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat dengan sentiasa mengundi Pakatan Rakyat jika ada pilihan raya dan tumbangkan BN keseluruhannya dalam PRU-13 nanti.

BOROS MACAM NAK MAMPOS, TIBA-TIBA WASATIYYAH


BOROS MACAM NAK MAMPOS, TIBA-TIBA WASATIYYAH ? KAH ! KAH ! KAH !

Menteri BN Ahmad Maslan kata 'wasatiyyah' adalah sederhana. Beliau kata DS Najib sudah acapkali bicara tentang konsep wasatiyyah terutama di Hawai baru-baru ini.
Benarkah DS Najib nak amal 'wasatiyyah'? Isteri belanja beribu dan malah berjuta adakah itu wasatiyyah. Kalau azam baru pun , istiharlah di media bahawa beliau dan isteri akan amalkan kesederhanaan dan memohon maaf atas terlanjur berlebihan dalam berbelanja.

'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia? 
Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.

“Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.

"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? “katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman.

“Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

"Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya.

Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.

Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama. 

Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.

“Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara. 

Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak.

“Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka,” tambahnya.
ShareKeep unreadSend to

    5,000,000 PENGUNDI AKAN MENYEBELAHI PAKATAN RAKYAT

    Mudah-mudahan kesan kezaliman BN akan mencetuskan kesedaran kepada ahli MTUC pada 2 Disember yang berjumlah 5 juta orang untuk beralih arah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

    Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Rakyat.
    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

    Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

    Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

    "Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.

    "Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

    Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

    Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

    Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.

    Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

    "Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

    Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

    Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. - Malaysiakini

    Perwakilan UMNO dah lama hilang tolo


    Pageviews by Countries
    Russia
    2
    United States
    2


    PAU 2011: Perwakilan UMNO dah lama hilang tolo!

    1. Perwakilan UMNO seluruh negara sudah mula berkumpul sejak semalam sempena Perhimpunan Agong UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan bermula hari ini.

    2. Setiap tahun, para perwakilan akan ditempatkan di beberapa buah hotel sekitar Kuala Lumpur, dan tak lupa juga dibekalkan pelbagai goodies serta elaun...maaacam biasalah. Ada juga spesis perwakilan yang datang perhimpunan bukan nak bersidang sangat pun, tapi lebih kepada berkehendakan elaun...kerana itu lebih penting gamaknya.

    3. Dan setiap tahun juga akan kedengaranlah perwakilan berucap 'menjunjung kasih', membahas ucapan dasar Presiden, Timbalan Presiden, mahupun ucapan Ketua-Ketua sayap parti. Huarghhhh...mengantuk gila dengar. Bombastik dan retorik sungguh.

    4. Segala jenis bodekan, pujian, bodek lagi, up sikit, lambung tinggi sikit...ni nak dekat PRU ni...ada harapan jadi calon ni...hah...last sekali...semua ucapan dasar kepimpinan UMNO tersangaaaaatlah baik, tiada yang tidak baik melainkan baik-baik belaka. Podah chit..

    5. Apa yang gagal disedari perwakilan; hakikatnya rakyat dan ahli UMNO akar umbi yang sedang dok perati kat bawah ni dah sampai tahap gaban muntah terbelahak mendengar segala tok nenek ucapan pujian melangit para perwakilan pada kepimpinan UMNO.

    6. Sampai bila tak nak berubah brader?


    7. Zaman Tun Dr Ismail, Saadon Jubir, Tun Ghaffar etc. dulu bukan main takut pemimpin ini setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO. Kerana perwakilan di zaman itu menjadikan perhimpunan UMNO sebagai medan untuk selambanya mengkritik, mencadang, menghentam kepimpinan UMNO yang buat silap. Tun Dr Ismail sampai berpeluh takut di setiap Perhimpunan Agong UMNO dek sikap tegas dan lantangnya perwakilan yang menghadiri perhimpunan. Spesis perwakilan hari ini? Pakat-pakat amik elaun sajalah...

    8. Zaman sudah berubah. Rakyat terutamanya generasi muda lebih bersikap terbuka dan ingin melihat ketelusan drastik dalam corak pentadbiran kepimpinan UMNO. Perwakilan UMNO seharusnya LEBIH BERANI MENEGUR SEGALA KEPINCANGAN DAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN PEMIMPIN mereka. Barulah terbuka sikit mata rakyat. Barulah boleh kata yang generasi muda dah menyokong BN; dan bukan sekadar beretorik syok dengan kata-kata sendiri.

    9. Tak payahlah dengar kata-kata bahalol daripada mereka yang menasihat kononnya perwakilan perlu berhati-hati agar tidak mengguris hati bukan Melayu semasa berucap. Apa...ingat bukan Melayu peduli sangat ka pasal Melayu? Mereka lagi teruk hentam Melayu, bukan setakat dalam perhimpunan parti mereka saja, bahkan segala instrumen media mereka gunakan untuk hasut kaum mereka membenci Melayu. Presiden parti komponen BN pun tersangatlah terbukanya mengkritik Melayu. Lagi kita nak bagi muka ka? Bangang sungguh si pemberi nasihat yang suruh jaga hati bukan Melayu tu. Hati bangsa sendiri tak nak jaga, sibuk nak jaga hati kaum lain.

    10. Kepimpinan UMNO juga harus belajar mengakui kesilapan sendiri. Tidak jatuh darjat seseorang itu jika mengakui kesilapan. Malah orang akan semakin hormat dengan sikap merendah kita itu. Merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

    11. Sebut pasal mengakui kesilapan ni, teringat pulak pada Kak Ijat. Pasti Kak Ijat masih ingat bagaimana bekas bosnya pernah dihentam perwakilan dalam isu AP sebelum ini. Adakah Kak Ijat akan mengalami nasib yang sama dalam isu NFC? Kak Ijat cakap, "Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya." Really? Hahaha...rakyat pakat-pakat gelak dalam hati sajalah. Salah jawab...padah akibatnya!

    12. Kepada perwakilan UMNO, selamat bersidang di PAU 2011. Harapan kami, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda, jadilah jantan yang bona-bona betolo!
    ShareKeep unreadSend to

      Parti Toyol




      "MASKOT BARU"