Azan persoal 12 pinjaman KWSP tiada jaminan Kerajaan

(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR 29 Nov : Ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail mempersoalkan 12 pinjaman sektor kerajaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mendapat jaminan Kerajaan.
Azan berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak menjawab apa yang dibangkitkan beliau di sidang dewan rakyat hari ini.
“Hanya satu pinjaman saja yang ada jaminan kerajaan. Kita mempersoalkan 12 (pinjaman) kenapa tidak ada jaminan kerajaan. Tapi Menteri Awang Adek menjawab ‘pinjaman yang selamat’,”
“Kita tak boleh pakai alasan macam tu, kenapa prosedur kata memberi pinjaman perlu ada jaminan kerajaan?,” katanya ketika ditemui di Parlimen.
Menurut Azan, soalan beliau berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan pinjaman KWSP bernilai RM55.1 bilion dilulus tanpa jaminan kerajaan.
Laporan Ketua Audit yang dikeluarkan bulan lalu juga mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut.
Menjawab soalan beliau hari ini, Awang Adek memberitahu kerajaan dan institusi korporat meminjam wang KWSP sebanyak RM83.7 bilion setakat Jun tahun ini.
Sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.
Kata Azan Lagi, jawapan Awang Adek bahawa KWSP tidak memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi juga mengelirukan, kerana Tenaga Nasional Berhad contohnya, mengalami kerugian kira-kira RM453 juta.
“Kita (KEADILAN) bimbang dan takut macam pelaburan sebelum ini dilaburkan kemudian hilang. Ini kerana kita menyebut wang EPF yang disumbangkan oleh rakyat,” katanya.
Menurutnya jika pinjaman diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa jaminan, risiko untuk kehilangan wang yang dipinjamkan itu adalah tinggi.
“Kita perlu pertahankan (wang KWSP), jadi mesti ada jaminan yang kukuh. Wang rakyat akan hilang dan kerajaan sepatutnya tumpukan kepada pelaburan yang mendatangkan keuntungan,” katanya.

No comments:
Post a Comment