ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 6 October 2012

Dr MAZA Hentam 'Fatwa' Ulama Umno

Dr MAZA Hentam 'Fatwa' Ulama Umno.. Ust. Fathul Bhari jangan jadi pencacai UMNO +Video


Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian.

Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan. 

Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan. Dan kritik itu adalah rempah ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita. 

Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa. 

Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat. Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang. 

Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah sistem parlimen dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya. 

Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. 

Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif. Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas. Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak. 

Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan. 

Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram. 

Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk dalam kamus politiknya.Tidak wajar fatwa haram itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. 

Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga. Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.

Bukan Dr Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya. Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu. 

Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana dia duduk dalam kerajaan penjajah.Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir. 

Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya. Tidakkah secara politiknya, selepas tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah. ~harakahdaily

Friday, 5 October 2012

Umno Yang Terima Bantuan Yahudi, USA dan British Rupanya

Panas!!! Menuduh NGO, umno Yang Terima Bantuan Yahudi, USA dan British Rupanya


Kali ini nampaknya bn tersadung hidung sendiri, bila sebelum ini cuba menggambarkan NGO-NGO menerima dana asing untuk melemahkan kerajaan.

Satunya, kita dapat tengok betapa kerajaan ni macam tak bersungguh nak bantu NGO, untuk terus bergerak NGO perlukan dana yanga gak besar, jadi salah siapa kalau orang nak bagi dana?, cuma orang bodoh tak ambik sedangkan bn bagi baju umno pun berebut pencacai umno nak.

Agaknya sebab itulah ibrahim ali si katak ni hari tu terjerit-jerit mintak dana dalam parlimen ( Baca dekat sini ), sebab NGO katak siapa pun takmo bagi dana, hatta bn pun tak percaya.

Cubaan menggambarkan NGO yang menerima dana ini cuba nak "jual negara" kene tempelak oleh sebuah badan pemikir.

Kata badan pemikir tu, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan .

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya,
" dakwanya.

Kah..kah..kah, betullah bn ni, selalunya apa yang dia tuduh-tuduh dikalangan dia juga buat, ehh bukan kah umno tu sendiri anak kesayangan british dulu, british tu bukan negara asing ke?,

Lagi teruk umno ni bila mengaku sangat melayu konon, nama parti pun sebutan penuh dalam bahasa inggeris, jangan lupa kalau bukan kerana bantuan orang asing yang bukan melayu, umno takkan wujud hari nei ( baca bukti nei ). 

kah..kah..kah.. sebab bantuan luar la semua orang melayu umno kene kelentong dengan pemimpin umno, kene kelentong konon - konon pemimpin umno ni la berjuang masuk hutan usir penjajah british sampai ada antara mereka kene bunuh, kene tangkap.. kah..kah..kah, dan melayu rasis ini jadi bodoh dan terus percaya.

Dan lagi, agaknya bn tu upah Apco kompeni milik orang yahudi tu bukanlah terima bantuan dari luar sebaliknyayahudi yang terima bantuan kewangan dari malaysia kot, apa yang mereka perlu buat cuma beri nasihat yang bodoh-bodoh je, sebab pemimpin umno pun bukanlah bijak.kah..kah..kah.. tujuan utama umno bayar Apco takkan lemahkan negara, tapi dengan otak yahudi itu la umno jadi lebih kuat.. kuat pembohong.

Terlalu banyak terima bantuan luar, sampai umno sendiri lupa diorang anak kesayangan penjajah (baca sini kalau nak tau sayangnya penjajah pada umno nei) , itu pun kalau ada profesor sanggup mengaku malaya atau Malaysia ini pernah dijajah british dulu.




Najib ‘berkokok, ekor bergelumang tahi’

Adakah pemimpin-pemimpin BN mampu buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan serta menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?


Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa telah menyeru agar pemimpin-pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, kenyataan Najib ini umpama ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti yang paling kukuh kegagalan BN untuk membanteras rasuah. Lagi teruk, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali sendiri telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merudum akibat “elemen kerajaan” yang menggalakkan “rasuah besar”. Malah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa rasuah di Malaysia merugikan rakyat sebanyak RM26 bilion setiap tahun.

Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut. Sehingga kini tiada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka. Ini telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan barisan Exco telah membuat pengisytiharan harta secara terbuka yang telah diperakui oleh firma akauntan antarabangsa. Jika Pulau Pinang mampu  melakukannya, kenapa tidak Perdana Menteri dan Kabinetnya?

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah-rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelakkan terjadinya lagi satu skandal RM250 juta “lembu dan kondo” NFC.

Lagi satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni, hatta rakyat kerugian seperti dalam kes penjualan tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi dengan harga murah. Adakah peruntukan RM386 juta untuk 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak ataupun RM6.7 juta sebuah kedai boleh diwajarkan? Dengan kos RM6.7 juta sebuah kedai, adakah kedai-kedai KR1M ini menjual barangan harian seperti gula, garam dan beras ataupun barangan mewah seperti bag-bag tangan dan barang kemas?

Di Pulau Pinang, tender terbuka telah dilaksanakan sejurus selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2008 dan sejak itu kerajaan negeri berjaya mencatat bajet lebihan setiap tahun. Wang yang dijimat pula diberi balik kepada rakyat setiap tahun melalui “dividen anti-rasuah”.

Ini adalah akibat dasar toleransi sifar terhadap rasuah di mana pemimpin-pemimpin PR telah membuktikan diri dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan dan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang hidup dengan gaya mewah. Adakah Najib boleh buktikan yang sama?

AL GHURUR..sifat TERCELA..

AL GHURUR - AWAS SIFAT INI YANG MENYERANG MEREKA YANG BERIMAN.


Buat peringatan diri ku dan pembaca blog ini,

Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya. 

Maka itulah penyakit Al Ghurur, penyakit yang juga bakal menimpa para amilin. Oleh yang demikian para amilin adalah berkewajipan berusaha dengan bersunguh-sungguh membebaskan diri dari penyakit ini.

Pengertian Al Ghurur

Dari sudut bahasa Al Ghurur mempunyai makna yang berbagai, di antara maknanya yang penting ialah:

i) Al Khida' (penipuan) sama ada penipuan ini dilakukan ke atas diri sendiri atau pun ke atas diri orang lain. Firman Allah Taala bermaksud :

"Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka". (Al Isra':64)

ii) Perlakuan yang boleh membawa kepada Al Ghurur atau terjerumus ke dalamnya. Mengikut Imam Al Jawhari, "Al Ghurur ialah seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia". Hal ini seperti yang difirmankan Allah, bermaksud :

"Wahai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar penipu berpeluang menyebabkan terpedaya dengan kemurahan Allah". (Al Fatir:5)

Pengertian Al Ghurur Dari Sudut Istilah

Makna Al Ghurur dari segi istilah para dai'e dan amilin ialah kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.

Sudah tidak syak lagi sesiapa sahaja yang terlibat dengan sikap ini dia sebenarnya telah tertipu. Ekoran dari pentakrifan yang dinyatakan di atas dapatlah difahami tentang hubungkait di antara makna Al Ghurur dari segi bahasa dan maknanya dari segi istilah.

Sebab-Sebab Berlakunya Al Ghurur

Oleh kerana Al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi Al I'jab bil Nafsi, maka sudah semestinya sebab-sebab yang mendorong seseorang itu bersikap demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong kepada perlakuan Al I'jab bil Nafsi.

Di Antara Sebab-Sebabnya:-

1) Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri

Kadangkala sebab yang menjadikan seseorang itu ditimpa Al Ghurur adalah berpunca dari keabaiannya untuk mengkaji dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Terdapat sebahagian dari para amilin yang diuji dengan penyakit ini. Oleh kerana kelalaiannya untuk mengkaji dan memuhasabahkan diri, maka penyakit tadi telah menguasai dirinya. Pada masa itu, ia akan terus mengambil pendirian untuk memperlekeh dan memperkecilkan usaha orang lain yang menyerupai dengan usaha yang dilakukannya. Dengan mengambil sikap yang sedemikian ia sudah dikira maghrur atau tertipu dengan dirinya sendiri.

Kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa memperingati agar setiap diri hendaklah sentiasa dikaji dan dimuhasabah sepanjang masa. Firman Allah bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap diri hendaklah melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnva Allah begitu arif dengan apa yang kamu lakukan". (Al Hasyr:18)

2) Lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain

Perkara ini berlaku disebabkan sebahagian dari para amilin yang dihinggapi penyakit Al I'jab bil Nafsi adalah mereka yang lemah jiwanva. dan singkat pula pandangannya, sehinggakan ia tidak berupaya untuk membersihkan penyakit buruk ini dari dirinya. Untuk itu ia perlu mempelajari dari orang lain dan memerlukan mereka agar sentiasa berada bersama-sama dengannya dan ia hendaklah bergantung kepada bimbingan mereka.

Penyakit al Ghurur yang menimpa seseorang itu kadangkalanya tidak disedari oleh orang lain. Oleh kerana itu, tidak mungkin bagi mereka untuk memainkan peranan dan menunaikan tugas terhadap rakannya yang malang itu. Dengan keadaan yang demikian penyakit Al Ghurur tadi akan terus menguasai dirinya Dengan berlalunya masa orang tadi akan bertukar sikapnya kepada perlakuan Al Ghurur.

Kemungkinan di sinilah rahsianya tentang penegasan dan galakan Islam agar sentiasa beramal dengan konsep nasihat menasihati sehingga agama menjadikan nasihat sebagai bingkai ajarannya. Nabi S.A.W bersabda, bermaksud :

"Agama itu nasihat. Kami berkata untuk siapa? Baginda bersabda untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk pimpinan Muslim dan untuk orang awam di kalangan mereka".

Kemungkinan di sini juga rahsianya seruan Islam kepada solidariti dan bekerjasama di kalangan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud :

"Dan tolong menolonglah kamu untuk kebaikan dan ketakwaan". (Al Maidah:2)

Sabda Nabi SAW bermaksud :

"Seseorang Mukmin itu adalah cermin bagi seseorang Mukmin. Dan seseorang Mukmin itu adalah saudara bagi seseorang Mukmin di mana ia menjaga saudaranya dari kehilangan dan melindungi saudaranya dari belakang".

3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama

Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah kerana begitu tasydid atau keterlaluan dalam menghayati ajaran agama. Terdapat sebahagian para amilin yang melibatkan diri di jalan Allah begitu tasydid dan keterlaluan. Selepas beberapa ketika ia mula menyedari bahawa para amilin lain di sekelilingnya memilih jalan sederhana dalam penglibatan mereka di jalan Allah. Oleh kerana kejahilannya atau kegagalannya memahami tabiat atau nature agama ini maka ia mula beranggapan mereka tadi tidak begitu serius atau menggalas tugas di jalan Allah.

Anggapan ini terus memutik di dalam dirinya sehinggalah sampai ke tahap memperlekeh dan mengecil-ngecilkan usaha vang dilakukan oleh rakan-rakannya dibandingkan dengan apa yang ia lakukan. Sifat yang demikian adalah dikira sebagai Al Ghurur.

Dan di sinilah sebahagian dari rahsia kenapa Islam mendesak kepada kesederhanaan bahkan melarang dari keterlaluan di dalam agama. Nabi SAW pernah berkata kepada sekumpulan Para Sahabat yang bercadang untuk menumpukan pengabdian diri kepada Allah semata-mata dan meninggalkan penghidupan dunia dengan sabdanya, bermaksud :

"Kamukah yang berkata demikian dan demikian? Demi Allah aku yang paling takut dan paling bertakwa kepadanya. Tetapi bagi aku sendiri aku berpuasa dan aku berbuka. dan aku bersembahyang dan aku tidur, dan aku juga mengahwini perempuan, maka sesiapa yang tidak mengikuti jalan aku dia bukanlah dari kalangan aku".

Dalam hadis yang lain pula baginda SAW bersabda, bermaksud :

"Binasalah golongan yang melampau". 

(Katanya itu diulangi sebanyak tiga kali), yang dimaksudkan dengan al mutanatti'un ialah mereka yang melebihi had atau keterlaluan dalam perkataan dan perbuatannya. Nabi SAW seterusnya memberi amaran agar tidak keterlaluan di dalam menunaikan amanaha agama di mana Baginda bersabda, bermaksud :

"Hendaklah kamu mengelakkan diri dari keterlaluan di dalam agama sesungguhnya kaum-kaum yang sebelum kamu telah binasa adalah kerana keterlaluan mereka di dalam agama".

Dalam satu hadis yang lain pula Baginda bersabda, bermaksud :

"Sesungguhnya agama itu mudah sesiapa yang tasydid atau melampau di dalam agama maka ia akan dikalahkan oleh sifat tasydid dan pelampaunya itu, maka hendaklah kamu perbetulkan. Hampirkan dan gembirakan tentang pahala (yang akan diperolehi kerana amal yang berterusan)".

4) Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama

Terutamanya perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam masa yang sama mengabaikan tugas utama. Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari keghairahan mendalami dan memperincikan sesuatu ilmu terutamanya yang melibatkan perbincangan ke atas masalah atau persoalan yang pelik-pelik pada hal tugas yang perlu dilakukan telah diabaikan.

Dalam masa ia menumpukan kajiannya ke atas masalah-masalah tadi, ia mendapati rakan-rakan para amilin tidak begitu memberi perhatian kepada perkara yang ditumpukannya, atau kalau sekalipun mereka memberi perhatian, mereka tidaklah begitu sangat untuk mendalaminya. Sebenarnya sikap kurang perhatian rakan-rakan tadi terhadap perkara tersebut adalah berpunca dari dua sebab.

Pertama: Ia bukan merupakan persoalan pokok yang boleh memudaratkan kalau tidak didalami.

Kedua: Perkara tersebut tidak mungkin diamal atau dilaksanakan.

Dengan yang demikian akan terlintaslah di kepalanya bahawa rakan-rakannya tidak mampu atau berkebolehan untuk menguasai masalah-masalah ilmu seperti yang ia kuasai, atau kalau pun ada yang dapat menguasai dan mendalaminya. Keupayaan mereka tidaklah setara mana jika dibandingkan keupayaan yang ada padanya tentang masalah-masalah yang pelik-pelik dari ganjil tadi.

Pandangan dan sikap yang sedemikian akan terus bermain dan mencengkam pemikirannya. Akhirnya ia akan mengambil sikap merendah dan memperkecilkan kebolehan orang lain jika dibandingkan dengan apa yang ada padanya. Sikap yang sedemikian dinamakan penyakit Al Ghurur.

Kemungkinan di sinilah rahsia kenapa Islam menuntut supaya sentiasa berusaha mencari ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Di antara doa' Nabi SAW di dalam perkara ini ialah, bermaksud :

"Ya Allah, sesungguhnya aku pohon perlindungan dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyu' dari nafsu yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan".

Bahkan Allah telah menegaskan tentang ilmu diiringi dengan amal, kalau tidak ia menuju kepada kebinasaan, Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu kata apa yang kamu tidak lakukan. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata tentang apa yang kamu tidak lakukan". (As Saf:2-3)

Firman Allah bermaksud :

"Adakah kamu menyuruh manusia untuk melakukan kebajikan dan kamu melupai diri kamu sendiri pada hal kamu membaca al kitab. Apakah tidak kamu berfikir". (Al Baqarah:44)

Nabi bersabda, bermaksud :

"Akan diheret seorang lelaki pada hari kiamat lalu dilontarkannya ke dalam api neraka, isi perutnya terburai keluar dan dijilat api neraka, dia terus berlegar di dalam neraka seperti berlegarnya keldai di tempat kisaran, lalu penghuni neraka berkumpul melihatnya dan bertanya, "wahai saudara apakah kesalahan engkau? bukankah dulu engkau menyuruh kami melakukan yang makruf dan melarang kami dari melakukan kemungkaran." Ia menjawab: "Aku dulunya menyuruh kamu melakukan makruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang kamu dari melakukan kemungkaran tetapi aku sendiri rang melakukannya".

5) Menumpukan kepada ketaatan dengan membiarkan kemungkaran dan kejahatan berluasa

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari penumpuan kepada ketaatan dengan membiarkan atau melupai segala bentuk maksiat dan kejahatan yang wujud. Apa yang perlu diingat, bahawa kita semua adalah manusia. dan keadaan manusia pula (kecuali para Anbia') ada yang betul dan ada yang salah.

Apabila hakikat ini dilupai, maka dalam banyak keadaan para amilin akan memberi tumpuan kepada ketaatan dan perkara-perkara yang betul sahaja. Dalam masa yang sama mereka melupai untuk mengatasi kemaksiatan dan kesalahan yang wujud. Sikap yang demikian menjadikan mereka bersifat al Ijab bil Nafsi di samping mereka akan merendah-rendahkan rakan-rakan lain yang terlibat dan berusaha untuk mengatasi kemaksiatan tadi. Sikap yang demikianlah dinamakan Al Ghurur.

Allah S.W.T. di dalam firmannya telah menarik perhatian tentang perkara ini di mana Allah memuji sebahagian dari golongan yang beriman yang menunaikan ketaatan dan dalam masa yang sama takut dan bimbang kalau-kalau apa yang mereka lakukan akan terhalang untuk diterima oleh Allah.

Firman Allah bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada Tuhan mereka, dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka dan orang-orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka, merekalah orang yang mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya". (Al Mukminun:57-61)

Berkaitan dengan ayat ini Saidatina Aishah RA berkata, sebagaimana maksudnya :

Aku berkata: "Ya Rasullullah S.A.W dan orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar pada hal ia mencuri, berzina dan meminum arak adakah ia takut kepada Allah?" Baginda menjawab: "Tida wahai anak perempuan al-Siddiq, tetapi sebenarnya orang yang bersembahyang, berpuasa, bersedekah (berzakat) itulah orang yang takut kepada Allah. "

Nabi S.A.W juga menarik perhatian di mana Baginda menyeru agar setiap perbuatan yang telah sempurna dilakukan hendaklah diserahkan kepada kurniaan dan rahmat Allah, dan jangan sekali kali bergantung kepada perbuatan yang dilakukan itu. kiranya ini tidak diamalkan maka ianya dikira sebagai al Ghurur. Maka lantaran itulah Nabi SAW bersabda, bermaksud :

"Tidak mungkin sesuatu amal atau perbuatan dapat menyelamatkan salah seorang dari kamu. Mereka berkata: "Sekalipun kamu wahai Rasul S.A.W? Baginda menjawab: "Ya sekalipun aku. Cuma aku ini dilindungi Allah dengan rahmatNya. Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan (dengan Allah) dan (beribdatlah kamu) di pagi, petang dan sebahagian dari malam. Dan teruskanlah beriltizam secara sederhana nescaya kamu akan mendapat keredhaan Allah".

Dalam konteks ini Abdullah bin Mas'ud dalam penghuraiannya berhubung dengan kesan mengingati dosa dan lupa tentang dosa yang merupakan perangai manusia mengatakan, bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila ia melihat dosanya ia merasai seolah-olah ia sedang duduk di bawah bukit dan merasai takut kalau-kalau bukit itu menimpanya. Manakala orang yang jahat pula melihat dosanya tidak lebih dari seekor lalat yang terbang melintasi hidungnya". (Kemudian dia - Ibn Mas'ud - berkata beginilah dengan mengibas tangannya).

6) Condong kepada dunia

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap terlalu condong kepada dunia. Terdapat setengah para amilin menyedari yang ianya diuji dengan penyakit al I'jab bil Nafsi, tetapi oleh kerana kecenderungannya kepada dunia begitu kuat di samping ia sudah tenggelam di dalamnya atau kemungkinan juga dirinya dikuasai oleh rasa malas, maka ia sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul segala hasrat dan daya bagi mengubati dirinya tadi.

Bahkan ia cuba mengambil sikap berlenggah-lenggah dan tidak melakukan taubat dengan segera. Dengan berlalunya masa sikap Al I'jab bil Nafsi mula bertukar menjadi penyakit yang serius dan kronik. Yang demikian itulah dinamakan al Ghurur.

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada Al I'jab bil Nafsi telah diperingati oleh al Quran melalui kecamannya tentang dunia dan amaran mengenainya apabila manusia mengambil sikap menjadikan dunia sebagai sasaran dan matlamat hidup.

Firman Allah bermaksud :

"Ketahuilah sesungguhnya (yang dikatakan) penghidupan dunia itu tidak lain melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan), serta hiasan, juga bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak pinak, samalah seperti hujan (menumbuhkan tanaman menghijai subur) yang menjadikan orang kafir (penanam) suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu berubah segera (ke suatu masa tertentu) selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur berkecai". (Al Hadid:21)

Firman-Nya lagi bermaksud :

"Dan kemukakan kepada mereka misal perbandingan kehidupan dunia ini samalah seperti air yang kami turunkan dari langit lalu bercampur-baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain disebabkan air tadi, kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angin. Dan Allah amat berkuasa atas tiap sesuatu". (Al Kahfi:45)

Firman-Nya lagi bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang tidak menaruh harapan akan berjumpa kami (pada hari akhirat) dan mereka yang telah berpuas hati dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) kami. Orang yang demikian keadaannya (di dunia) tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka hasil dari apa yang mereka lakukan (keengkaran dan kederhakaan)". (Yunus:7-8)

Manakala Nabi SAW bersabda, bermaksud :

"Binasalah hamba dinar dan hamba dirham juga hamba selimut (tidur). la berpuas hati apabila diberi dan marah apabila tidak diberi. Binasalah dan kecundanglah, dan apabila ia berada dalam kesulitan ia tidak mengambil kisah. Berbahagialah bagi hamba yang memegang kengkang kudanya berperang pada jalan Allah, dengan keadaan rambutnya yang kusut dan kakinya yang penuh debu. Apabila ia ditugaskan mengawal maka ia akan berkawal dan apabila ia ditempatkan di barisan belakang ia terus berada di barisan belakang. Dan apabila ia meminta keizinan, keizinan tidak diberi. Dan apabila ia memohon syafaat (memohon untuk kebaikan) kebaikan tidak akan diberi".

Dalam menghargai kumpulan ini terdapat ketikanva di mana Rasullullah S.A.W sebelum meninggalkan dari sesuatu majlis baginda akan membaca doa berikut untuk mereka.

Doa Baginda SAW berbunyi :

"Ya Tuhan kami anugerahlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang menjadikannya sebagai penghalang di antara kami dan kemaksiatan terhadap Engkau. Dan anugerahlah kepada kami ketaatan kepada Engkau yang dengannya membolehkan kami sampai ke syurga Engkau. Dan anugerahlah kepada kami keyakinan yang tidak mengundah-gulanakan kami apabila ditimpa keburukan dunia dan anugerahkanlah kepada kami kenikmatan melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selagi mana engkau memberi kehidupan kepada kami dan jadikannya sebagai waris dari kami (saksi apa yang kami lakukan). Dan jadikanlah tuntutan pembelaan kami ke atas mereka yang menzalimi kami dan berilah kemenangan kepada kami ke atas mereka yang memusuhi kami. Dan janganlah bencana kami menjejas ke atas agama kami. Dan janganlah jadikan dunia sebagai perkara yang besar dan utama dalam pemikiran kami dan janganlah jadikannya sebagai matlamat pengetahuan kami. Dan janganlah kami dikuasai oleh mereka yang tidak punya belas kasihan ke atas kami".

Golongan salaf terdahulu begitu sedar tentang punca yang boleh mengheret mereka kepada dunia, dan betapa selesanva seseorang itu dengan keduniaan, Oleh itu, mereka sentiasa cuba mengelak diri dari terperangkap dengan dunia. mereka hanya mengambil faedah dunia sekadar bekalan untuk akhirat. Dan inilah yang sentiasa mereka perkatakan. Saidina Ali r.a pernah berkata :

"Pengembaraan dunia mengorak ke belakang, pengembaraan akhirat melonjak ke depan. Dunia dan akhirat mempunyai anak-anak. Jadikanlah diri kamu sebagai anak akhirat dan janganlah jadikan diri kamu sebagai anak dunia. Sesungguhnya hari ini amalan tanpa hisab, tetapi esok (akhirat) hisab tanpa amalan".

Manakala Hasan RA berkata :

"Berlumbalah kamu dengan orang yang berlumba tentang agama kamu, dan janganlah kamu berlumba dengan orang yang berlumba tentang dunia kamu, maka lontarlah dunia itu ke atas tengkoknya".

Realiti dan kepekaan demikian turut digambarkan oleh penyair seperti berikut :

"Sesungguhnya bagi Allah hamba yang bijak dan berhemah. 
Dunia mereka lepaskan kerana bimbangkan fitnah. 
Mereka melihat pada dunia dan apabila mengenali la ternyata bukan tempat mereka untuk hidup di dalamnya. 
Mereka jadikan dunia sebagai lautan seluas-luasnya dan menjadikan amal soleh sebagai kapal mengharunginya".

7) Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak melihat sudut lain yang sepatutnya

Punca berlakunva Al Ghurur. kadangkala berdasarkan pemerhatian tentang apa yang dilakukan oleh golongan contoh pada sudut-sudut tertentu tanpa melihat perlakuan yang dilakukan oleh mereka secara keseluruhan.

Terdapat sebahagian golongan contoh di mana dalam keadaan tertentu mengenepi atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang sepatutnya mereka lakukan umpamanya mereka terus beramal dengan asas al Rukhsah pada kebanyakan waktu dan sedikit sahaja mereka menggunakan al Azimah di dalam amalan mereka. Pada setensah-setengah masa Perbuatan yang dilakukan itu mungkin diperhati oleh pengikut mereka.

Oleh kerana kurangnya kefahaman ilmu fiqh. di samping pentarbiahan yang agak kurang sempurna. Para pengikut tadi akan merasai bahawa amalan yang dilakukan oleh golongan contoh berada di berapa tahap yang rendah dari diri mereka.

Perasaan dan sangkaan sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ia bertukar (wali'yazubiLlah) kepada perasaan al ijab bil Nafsi yang kemudiannya diekori pula dengan perasaan al Ghurur.

Maka kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa mengarahkan agar kita sentiasa mengelakkan diri dari sasaran tohmah. apabila kita menerangkan kebenaran yang berkaitan dengan amalan atau perbuatan-perbuatan yang harus, di mana ianya memungkinkan kepada timbulnya rasa buruk sangka.

[Huraian] 

Al Azimah; Menunaikan fardhu mengikut hukum asal seperti yang ditetapkan oleh syara' seperti sembahyang zohor empat rakaat dan berpuasa Ramadhan semasa dalam pengembaraan.

Rukhsah; Menunaikan fardhu tidak mengikut penetapan hukum asal syara' sembahyang zohor dua rakaat (qasar) dan tidak berpuasa semasa pengembaraan.

Dalam satu hadis Baginda berbunyi :

Yazid bin Al-Aswad telah bersembahyang dengan Nabi SAW pada masa itu beliau adalah seorang remaja. Apabila selesai sembahyang ia mendapati ada dua orang yang tidak turut sembahyang sedang duduk di penjuru masjid. Lantas baginda memanggil kedua-duanya. Kedua-dua mereka datang kepada baginda dalam keadaan menggeletar urat sendi mereka. Rasulullah bersabda: "Apakah yang menghalang kamu berdua dari turut sembahyang bersama-sama kami". Kedua-duanya menjawab: "Kami telah pun menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanan". Rasulullah bersabda: "Kamu jangan buat begitu, apabila salah seorang dari kamu telah menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanannya kemudian dia mendapati Imam (Imam, sembahyang) dan dia (iman) belum sembahyang lagi maka hendaklah ia bersembahyang bersama Imam, kerana yang demikian itu adalah sunat".

Ibnu Daqiq al 'Aid berkata yang bermaksud :

"Berjaga-jaga dari semua perkara yang boleh membawa kepada tohmahan merupakan kepastian ke atas ulama dan orang-orang yang diikuti. Maka adalah tidak harus bagi mereka melakukan sesuatu perbuatan yang semestinya boleh menimbulkan sangkaan tidak baik ke atas diri mereka. Sekalipun mereka ada alasan dalam melakukannya. Perbuatan ini merupakan sebab yang boleh menghakiskan keyakinan orang ramai mengambil faedah dari ilmu mereka. Mereka berkata: "Sesungguhnya para hakim hendaklah menyatakan alasan hukum yang dikenakan ke atas tertuduh sekiranya alasan tadi tidak diketahui oleh tertuduh." Tindakan ini merupakan sebahagian dari tajuk penafian tohmah dalam perkara kezaliman, dalam memberi penghukuman".

8) Keterlaluan setengah amilin dalam menyembunyi amalan yang mereka lakukan

Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap keterlaluan dalam menyembunyikan amalan-amalan baik yang dilakukan. Terdapat sebahagian para amilin yang begitu bercermat dan berjaga-jaga dalam usaha mereka merealisasikan ke atas sesuatu amalan. Sehinggakan mereka begitu keterlaluan menyembunyikan semua amalan baik yang mereka lakukannya, kalau ada pun, mereka begitu sedikit menzahirkan apa yang mereka lakukan.

Perbuatan mereka tadi memungkinkan golongan yang tidak matang dan kurang pula pentarbiahannya memerhati dan menilai tentang kebaikan sedikit yang dizahirkan itu. Pada masa itu golongan yang kurang pentarbiahannya akan merasai dan menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh golongan tadi begitu kecil jika dibandingkan dengan apa mereka lakukan. Perasaan sedemikian akan terus menghantui dan berkembang subur di dalam pemikiran mereka. Sehinggalah akhirnva mereka terjebak ke dalam penyakit al I'jab bil Nafsi dan kemudiannya diekori pula dengan penyakit Al Ghurur.

Dan kemungkinan di sinilah kenapa Islam menggesa agar mendedahkan amal-amal soleh kepada orang ramai. Selain dari menggalakkan mereka melakukannya, ia juga sebagai isyarat tentang kemungkinan berlakunya anggapan negatif di samping sebagai pertunjuk kepada jalan penyelesaian. Allah berfirman bermaksud :

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir miskin itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu". (Al Baqarah:271)

Nabi SAW bersabda :

"Sembahyang jamaah melebihi sembahyang berseorangan sebanyak dua puluh tujuh darjat".

Sabda Baginda lagi bermaksud :

"Sesiapa yang melakukan kebaikan di dalam Islam maka ia memperolehi ganjarannya, juga ganjaran orang yang melakukannya selepas itu tanpa kurang sedikit pun dari pahala yang mereka perolehi".

9) Diskriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikut

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari tindakan golongan contoh mengamalkan diskriminasi dalam berintraksi dengan para pengikut.

Kadangkala golongan contoh gagal membuat perkiraan tentang pendekatan yang sesuai dalam berintraksi dengan para pengikut atau anak buahnya. Kita boleh lihat kadangkalanya mereka begitu rapat dengan sebahagian para pengikut dan membuka hati dengan seluas-luasnya kepada mereka bahkan mereka sanggup memejamkan mata tentang kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya itu. Pada hal, dalam masa yang sama mereka tidak memberi muka langsung kepada sebahagian lagi para pengikut dan tangan juga tidak dibuka kepada mereka.

Para golongan contoh juga akan membuka mata mereka seluas-luasnya di atas apa saja kesilapan kecil yang dilakukan oleh golongan ini. Sikap demikian sudah pasti memberi kesan negatif di mana kemungkinan golongan yang diberi muka adalah mereka yang belum sempurna pentarbiahannya, dan tidak punya kematangan peribadi. Mereka akan merasai bahawa layanan istimewa yang diberi kepadanya jika dibandingkan dengan orang lain adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kebolehan dan keupayaan yang mereka miliki dan ianya pula tidak ada pada orang lain.

Anggapan yang sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ianya menjadi al I'jab bil Nafsi dan diekori kemudiannva dengan sifat al Ghurur.

Menyedari perkara ini Nabi S.A.W telah menutup pintu ke arah itu di mana baginda telah memberi layanan yang sama kepada semua para sahabat dalam mengadakan hubungan dengan mereka. Diantara tindakan Nabi SAW seperti yang digambarkan oleh sahabat ialah :

Bahawa Baginda memberi hak yang sepatutnya kepada setiap mereka yang menjadi tetamu dan tetamu tidak merasai bahawa orang lain lebih mulia daripadanya. Terdapat juga ketika tertentu di mana Nabi SAW terpaksa melakukan diskriminasi dalam melayani mereka. Orang-orang yang bersama dengannya tidak memahami rahsia di sebalik perbuatan Baginda itu, dan Nabi SAW telah menerangkan secara jelas kenapa Baginda berbuat demikian.

Saad Ibn Waqqas menceritakan :

Rasullullah SAW telah memberi pemberian kepada satu kumpulan, pada masa itu aku berada di situ. Nabi SAW tidak memberi kepada seorang lelaki yang datang bersama mereka, pada hal aku begitu tertarik dengan lelaki tadi. Aku berkata wahai Rasullullah SAW kenapa engkau tidak beri kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang beriman, Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Maka aku terdiam sejenak. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki tadi dan aku ulangi lagi pertanyaanku. Aku berkata kenapa engkau tidak memberi kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang Mukmin. Maka Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki itu, maka aku ulangi lagi soalanku dan Nabi SAW juga memberi jawapan yang sama. Maka barulah Baginda bersabda : Wahai Saad aku memberi (sesuatu) kepada seorang lelaki. Dan yang lainnya aku lebih sayang dari lelaki tadi aku takut Allah akan menyembamkannya ke dalam neraka. - TARBAWI


Thursday, 4 October 2012

DOA PENDINDING DAN BENTENG DARI SEGALA PENYAKIT JASMANI ATAU ROHANI.


DOA PENDINDING DAN BENTENG DARI SEGALA PENYAKIT JASMANI ATAU ROHANI.


Salam Pembaca,

Setiap manusia memerlukan jasmani dan rohani yang seimbang. Jasmani yang sihat iaitu bahagian tubuh badan dapat melakukan berbagai perkara. Ada yang membelanja beribu ringgit untuk kekal sihat dengan mengambil pil-pil vitamin. Jika jasmani sakit boleh diubati dengan ubat-ubatan. 

Untuk mengubatkan rohani yang sakit pula adalah dengan Al-Qur'an. Rohani yang kuat akan menambahkan ketakwaan dan mendekati diri kepada Allah. Membersih rohani akan menanamkan sifat yang sabar, kasih sayang, sifat pemurah, berkata benar, hati yang ikhlas, berdisplin dan dapat menghindarkan sifat yang tamak serta rakus di dalam urusan duniawi. 

Dapat membenteng hawa nafsu yang liar kearah kejahatan. Dapat mengelak penyakit suka mengumpat, marah, hasad dengki. gelojoh dan pembaziran. Yang paling pentingnya dapat melembutkan hati dengan sifat mudah rasa bersyukur kepada nikmat Allah SWT. Dan selalu bersikap positif dalam menghadapi apa jua dugaaan dan rintangan. Jika anda selalu negatif dalam banyak perkara, itu menunjukkan anda mempunyai penyakit rohani yang kronik.

Dalam banyak ujian keatas hamba-Nya. Ujian kesihatan yang paling ditakuti. Bayangkan jika anda diuji dengan penyakit-penyakit yang susah dirawat seperti kanser,lumpuh, HIV dan sebagainya. Banyak orang dapat bertahan diuji dengan kesusahan dan kemiskinan. 

Bacalah doa-doa ini semuga Allah SWT tidak akan menguji kita dengan penyakit kronik. Setakat demam dan pening kepala itu pun kita sudah merungut. 

Jadikan bacaan ini sebagai amalan harian selepas bangun tidur. Baca shalawat shifa diikut dengan doa-doa ini supaya dijauhkan dari segala penyakit Jasmani dan rohani.



DOA 1.

Baca bahagian yang dimerahkan. Jika selalu membaca doa ini Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya dengan penyakit. Ia menjadi benteng dan pendinding dari penyakit rohani dan jasmani.


Qul huwa lil-laziina amanoo hudauun wa shifaa'



Maksudnya:

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). 

DOA 2.


Maksudnya:

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;

Wasallam.


Pamir Kebodohan Demi Ego



Sampai bila kita akan terus bermukim di lembah hina akibat keegoan melampau? Ratanya pemimpin yang ada di dunia Melayu kini masih diperlemah dengan kod etika politik "bodoh" yang diaturkan Yahudi.

Kekangan politik menyebabkan Islam semakin hari semakin terpinggir. Itu yang berlaku walaupun ramai pihak yang tidak mahu memperakuinya.

Kita faham tentang wujudnya perbezaan pendapat yang terhasil dari semangat berpuak politik kepartian. Malangnya ia semakin hari semakin menebal akibat terjahan budaya baru yang dibawa masuk dari sistem politik Amerika/Eropah oleh beberapa agen yang dibayar, namun dalam soal agama amatlah  tidak wajar kita berpisah kerana setiap Muslim itu "bersaudara". Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita untuk berperilaku sedemikian. Namun kita tetap berdegil.

Kebodohan Tahap Maksima - artikel dipetik dari "Suara Dari Gunung"

Apabila menonton video Innocence of Muslim, saya dan teman-teman dalam PEMBELA tidak dapat menahan perasaan marah akan kebiadaban kumpulan kristian ekstremis mencela R saw. Selang beberapa hari kami telah menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika di KL. Walaupun dikelilingi dengan puluhan FRU dan pihak polis serta SB, kami tidak gentar. Puluhan wartawan telah merakamkan peristiwa ini baik dari dalam dan luar negara hingga berita ini tersebar keseluruh dunia dalam media maya maupun media cetak. Doa kami ketika itu agar usaha ini dapat membangkitkan semangat pembelaan terhadap agama islam dikalangan orang Melayu di negara ini.

 

Harapan saya ketika itu juga agar isu ini akan dapat membangkitkan kerjasama dan kesatuan umat islam di seluruh negara supaya bangun bersama-sama membantah kepada kerajaan Amerika. Dalam pemikiran saya ini bukan penghinaan kepada ibu atau bapa atau pimpinan negara atau kepada bangsa tetapi kepada kekasih Allah. Ini bukan bersifat partisan tetapi menyentuh soal aqidah. Doa saya ketika itu adalah untuk menyaksikan supaya pimpinan parti orang islam ie UMNO dan PAS berganding bahu bersatu menyatakan penentangan mereka. Saya fikir inilah masa yang terbaik demi agama islam supaya dengan ini tidak ada lagi mana2 golongan yang dengan sewenang-wenangnya mempersendakan R saw maupun kemulian agama islam dalam apa bentuk sekalipun.

Namun hati saya remuk meilhat gelagat ahli politik yang sekali lagi melihatkan keangkuhan masing-masing apabila gagal untuk bersatu dalam demonstrasi pada jumaat lepas. Yang bersongkok di Kg Bharu dan yang berserban di Tabung Haji. Kedua-duanya menyatakan kemarahan, kedua-duanya menyanjung R saw, kedua-duanya melaungkan kebencian dan kutukan kepada golonbgan ektremis Amerika. Nampak dari luar begitu gah dan bersemangat. Bukan sorang atau dua yang hadir tetapi ribuan yang menyokong kedua-dua golongan. Masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah pelindung agama ini.

Tetapi dalam keghairahan mereka ini menunjukkan kecintaan kepada R saw, sebenarnya ia telah membawa implikasi yang sangat besar kepada rakyat :-

1. umat islam semakin keliru dan pelik kerana dalam soal-soal fundamental seperti ini ia masih gagal untuk menyatukan pimpinan orang Melayu. Kalau begitulah gayanya, isu apa lagi yang boleh menyatukan mereka? Ada yang menalipon saya menyatakan tak tau nak pergi demo dimana satu, Kg Bharu atau Tabung Haji? Dalam erti kata yang lain tindakan mereka ini hanya menambah retak dalam hubungan sesama umat islam. Kebencian antara anggota parti masing-masing semakin meluap seolah-olah tidak ada titik pertemuan. Persoalannya, bangkit mempertahankan agama itu dituntut dan mendapat pahala yang besar tetapi bagaimana pula menyuburkan perpecahan?

2. gelagat mereka ini hanya menyebabkan golongan anti islam gelak ketawa kerana mereka tahu umat islam tidak akan lagi bersatu. Maka dengan itu, ini akan memberi peluang kepada mereka untuk terus menghina islam dimasa-masa hadapan tanpa berani disekat oleh umat islam kerana umat islam sudah rapuh dan bercakaran sesama sendiri.

Bagi saya, saya melihat ini dengan kesedihan yang membingungkan. Adakah masih ada harapan islam berkuasa dinegara ini dalam keadaan orang Melayu berpecah begitu rupa? Kalau isu politik saya faham dan memang bukan salah utk berbeza pandangan tetapi ini soal aqidah.

Walaupun saya bersyukur kerana perasaan umat islam masih menebal terhadap R saw tetapi tindakan mereka yang enggan bersatu hanya kerana keegoan masing2 menyebabkan saya merasakan bahawa inilah kebodohan yang maksima.



Aminuddin Yahya (suara dari gunung)