MASIH ADA DAN PERCAYA
Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi UMNO? Ye- kenapa mesti ? why at all? adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong UMNO?
UMNO guna 3 isu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.
UMNO guna 3 isu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO kalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.
Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.
Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan UMNO.
Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan. Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas.
Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa.
Apa pasal orang tak baca akhbar arus perdana? Kerana akhbar2 arus perdana mengamalkan mediakrasi – yakni propaganda yang bertopengkan objektiviti kewartawanan. Ya- mereka mahu tawan minda orang Melayu melalui propaganda murahan. Dan pendukong propaganda murahan ini adalah pelacurwartawan murahan yang puji memuji antara satu sama lain tentang kehebatan mereka!
Kini rakyat sedar bahawa mediakrasi mewakili jiwa pengecut dan kekomanan. Mediakrasi menyokong kejahatan dan salahlaku.
Apa yang berlaku dalam zaman rakyat bijak hari ini? Anak2 mereka pergi ke kolej dan university dan balik rumah beritahu ibu bapa apa yang terjadi. Rakyat setuju bahawa UMNO guna segala tipu helah ini kerana kedudukan mereka dan bukan orang Melayu yang terancam.
Mari kita musnahkan tahyul yang dijaja oleh UMNO.
Masa depan Melayu. Rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka terus hidup tanpa UMNO jadi kerajaan. Tidak ada orang Melayu mati bila DAP memerintah Penang. Kenapa baru sekarang UMNO sedar KM Pulau Pinang itu seorang Cina, sedangkan sejak dari Perikatan sehingga BN tewas tahun 2008, semua KM Pulau Pinang adalah orang Cina.
Ada kita tengok orang Melayu mati apabila PAS memerintah Kedah? Ada kita tengok orang Melayu bergelimpangan mati bila PR memerintah Selangor? ada kita tengok Raja2 Melayu dihina dan diaibkan dalam negeri2 yang di perintah PR?
Apa pengajaran yang rakyat lihat bila PR memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? semua rakyat boleh lihat bahawa mereka boleh ada masa depan yang lebih baik dari apa yang UMNO janjikan. Dan janji Pekatan Rakyat didasari oleh rekod baik mereka, manakala janji Najib dan UMNO dicemari oleh pencabulan dan kejahatan keatas rakyat.
Jadi Najib akhirnya hanya boleh buat janji yang rakyat tidak percaya dan hanya mampu menunjukkan jari telunjuk ke udara? Dato Seri- satu jari sahaja cukup ke?
Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Sayang nya penyebab Melayu jadi cair dan lunyai ialah angkara Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu. Sebab itu dia lakukan persempadanan dan dilute konsentrasi pengundi Melayu. Siapa yang dia bawa untuk mencairkan konsentrasi orang Melayu?
Orang Cina dan India. Konsentrasi Melayu dipecah pecahkan. Jadi kepaduan Melayu jadi cair. Arkitek kepada pencairan ini ialah Dr Mahathir dan hari ini, penyebab luntur nya orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan orang Melayu?
Kebenaran nya ialah orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan UMNO, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin UMNO yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka?
Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau UMNO dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah UMNO. UMNO memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih.
UMNO BUKAN SEGALA-GALANYA
Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang.
Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.
Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.
Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.
Jika benar UMNO telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini.
Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan UMNO untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:
Pertamanya Melayu mesti menyokong UMNO bulat-bulat dan jangan mengambil kira samada UMNO itu jujur atau tidak. Mereka menganggap Melayu mesti dipenjara dan diberi makan sikit-sikit untuk mengelak orang Melayu dari berfikir dan bertindak mengikut kehendak zaman dan waktunya.
Kalau pemimpin rasuah di tabur benih-benih nilai yang membunuh orang Melayu sendiri seperti ada setengah Melayu yang berkata, “kalau Melayu rasuah itu Melayu, orang Melayu juga yang kaya. Apa yang hendak di cemburukan?”
Apa sahaja yang pemimpin mereka buat jangan dipersoalkan. Yang Melayu mesti lakukan ialah menyokong sahaja dan jangan berbuat apa-apa. Terima sahaja bantuan rakyat 1Malaysia (BRIM) dan bersyukurlah sampai mati.
Terima sahaja bantuan dua batang gigi palsu dan terus mengundi UMNO sampai mati. Itu adalah sifat berterima kasih. Kalau tidak menyokong UMNO pulangkan balik gigi palsu itu kepada kerajaan.
Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma dan dengan empat tayar percuma itu UMNO mesti disokong tanpa berbelah bagi. Apa yang pemimpin buat di atas jangan dipersoalkan kerana mereka dah dapat empat biji tayar.
Banyak lagi pemberian kerajaan yang kecil-kecil ini diperguna untuk menambat jiwa dan hati orang Melayu dan di harap terus menyokong parti itu. Kalau tidak menyokong kononnya orang Melayu akan hilang di dunia ini, tetapi mereka tidak sedar perlakuan pimpinan kita akan membuatkan orang Melayu hilang dunianya.
Cara keduanya ialah dengan membina perasaan benci terhadap bangsa bukan Melayu untuk dijadikan sebagai katalis yang boleh menyatukan orang Melayu. Pakatan Rakyat jika memerintah akan menghilangkan kuasa Melayu dalam politik dan merendahkan martabat agama Islam.
Isu ini dimainkan dengan begitu hebat di kampung-kampung dan desa-desa bagi menakutkan orang Melayu untuk memberikan sokongan kepada parti-parti selain dari UMNO.
UMNO itu adalah segala-galanya kepada orang Melayu. Tidak ada UMNO tidak akan selamat orang Melayu itu dunia akhirat. Itulah yang UMNO cuba tanamkan dipemikiran orang Melayu.
Itulah yang telah diyakini oleh orang Melayu sebegitu lama. Tetapi kepercayaan itu tidak lagi kekal dalam pemikiran orang Melayu kerana UMNO sendiri telah menunjukkan yang itu hanyalah satu mitos yang usang.
Janji UMNO untuk membina masyarakat bersatu padu sebagai matlamat yang ‘ultimate’ telah gagal samasekali malahan UMNO pula yang menyuntik perasaan curiga- mencurigai diantara kaum dan agama.
Memperbaiki kedudukkan ekonomi orang Melayu juga merupakan satu yang dijanjikan oleh UMNO kepada rakyat tetapi orang Melayu tetap berada ditahap yang lama setelah UMNO melalaikan dasar-dasar yang telah terbentuk sebelum Mahathir mengambilalih kepimpinan. Hanya segelintir orang Melayu yang mendapat segala-galanya dan tidak payah kita ulangi acapkali.
UMNO tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti yang memerintah dengan sikapnya yang sama seperti parti-parti yang memulakan kejatuhan seperti yang kita lihat dimerata-rata negara didunia ini.
UMNO menampakkan sangat rasa ‘desperado’nya untuk kekal berkuasa dan itu tidak lagi ada sifat seperti parti pemerintah yang ‘magnanimous’ yang berlaku adil kepada semua rakyat jelata.
UMNO gagal untuk memperbaiki diri mereka. Mereka tidak tahu ‘priority’ dalam penyelesaian kemelut politik hari ini. Mereka gagal untuk mengakui bahawa yang paling utama untuk di selesaikan ialah imej dan stigma rasuah yang telah melekat begitu ketara kepada UMNO.
Rakyat yang berfikir tahu jika rasuah tidak dapat dihapuskan tidak ada penyelesaian terhadap masalah mereka. Kita tahu jika kerajaan itu kerajaan rasuah tidak akan ada dan terjumpa lagi mereka (kerajaan) membuat keputusan dengan betul. Rasuah itu adalah pembunuh kepada tamaddun manusia dan jika rasuah berluas-luasa, percayalah negara tidak akan menjadi betul lagi sampai bila-bila.
Dengan keadaan ini ‘mindset’ rakyat sudah berubah dan ianya telah memadamkan segala kerja baik yang terdahulu kerana politik ini berkisar kepada keadan terkini dan masa depan negara.
Jika ‘mindset’ Melayu sudah berubah maka perubahan sebanyak 5 peratus sudah mencukupi untuk mengalih dan menganjakkan siapa yang akan memerintah negara selepas ini.
Orang Melayu bukannya sesuka hati untuk menganjak dan mengalih atau mematahkan BN ini. Mereka bukan mematahkan semata-mata untuk mematahkan. Ianya bersebab dan penyebab ini telah wujud sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang amat kritikal dan ia akan menentukan samada negara akan masih ditadbir oleh mereka yang tidak boleh dipercayai atau oleh mereka yang akan melakukan perubahan dalam segala-galanya.
Semata-mata untuk menentukan Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai ‘consequence’ di mata masyarakat antarabangsa. Kaum bukan Melayu sudah menentukan sikap mereka.
Jika ada perubahan sebanyak 5 peratus dikalangan orang Melayu maka UMNO wajar menerima kenyataan yang sekarang adalah giliran mereka untuk duduk di kerusi pembangkang.
Inilah yang membuatkan Dr Mahathir bercakap tidak berhenti-henti untuk menyelamatkan kuasa yang berada di tangan BN pada masa ini. Segala kritikan beliau terhadap orang Melayu sekarang ini adalah kritikan kepada dirinya sendiri. Kekuatan yang bertambah yang dibentuk oleh pihak pembangkang sekarang telah diperkuatkan lagi oleh Mahathir sendiri.
Kata-kata Dr Mahathir kini merupakan kata-kata yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Lagi banyak Dr Mahathir bercakap lebih mudah lagilah Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjalanan ke Putrajaya itu.
Orang Melayu mempunyai ‘alternative’ yang banyak, di antaranya PAS akan menjadi pilihan kepada perjuangan orang Melayu bersama dengan Islamnya dan DAP pula telah mengakui yang mereka (DAP) bahawa orang Melayu merupakan tonggak kepada politik dan siasah orang Melayu.
Tiada parti yang selamat tanpa sokongan orang Melayu dan itulah juga sebabnya UMNO merasa tidak selamat kerana kehilangan sokongan Melayu yang agak mendadak sekarang ini.
Sesungguhnya UMNO sedang menghadapi masalah yang tidak dapat digambarkan besarnya dengan kata-kata. UMNO bermasalah dan akan terus bermasalah….. Jika sesebuah parti menghadapi masalah yang besar ia akan meruntuhkan lagi keyakinan rakyat yang akan mengundi.
No comments:
Post a Comment