Segmen Penulis Jemputan
Nama Penulis: Faiz Akmal MFA
Url Blog: http://dimensimfa.blogspot.com
Url Blog: http://dimensimfa.blogspot.com
Pengenalan:
Dredd ialah sebuah filem aksi sains fiksyen futuristik terbitan tahun 2012 yang diarahkan oleh Pete Travis. Pelakon Karl Uban kali ni memegang watak sebagai Judge Dredd, pegawai penguatkuasa undang2 yang diberi kuasa sebagai hakim, juri, dan penghukum kepada penjenayah yang bermaharajalela di Mega-City One, sebuah kota yang disumpah. Judge Dredd dibantu oleh pegawai baru, Judge Anderson (Olivia Thirlby) untuk menumpaskan kejahatan Ma-Ma (Lena Headey) dan konco-konconya di sebuah bangunan 200 tingkat.
Sinopsis:
Filem ni mengisahkan bagaimana keadaan di Mega-City One, sebuah kota yang disumpah yang mana kegiatan jenayah begitu tinggi sehingga memaksa pihak penguatkuasa undang2 bertindak sebagai hakim, juri, dan penghukum sekaligus. Judge Dredd ditugaskan untuk membuat penilaian terhadap seorang pegawai baru yang memiliki kuasa psikik, Judge Anderson.
Sementara, Ma-Ma yang juga ketua sindiket dadah terbesar di kota tu, telah menghukum 3 orang anak buahnya yang buat masalah dengan mencampakkan mereka dari tingkat paling atas bangunan 200 tingkat tu. Insiden ni telah menarik perhatian Dredd dan Anderson untuk bertindak dengan cara ambush bangunan 200 tingkat tu untuk menangkap si pembunuh.
Diorang berjaya menangkap Kay, orang kanan Ma-Ma yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tu selepas Anderson menggunakan kuasa psikiknya. Oleh sebab Ma-Ma tak mahu Kay disoal siasat oleh pihak penguatkuasa undang2, Ma-Ma pun menutup dan mengunci bangunan tu dan mengarahkan supaya Dredd dan Anderson dibunuh dengan apa cara sekalipun.
Lalu, Dredd dan Anderson pun tak ada pilihan melainkan kena lawan balik konco2 Ma-Ma yang dah siap sedia dengan senjata masing2. Berjayakah Dredd dan Anderson melepaskan diri dari bangunan tu tanpa bantuan dari luar? Dan adakah kejahatan Ma-Ma akan mendapat hukuman yang setimpal dari Dredd sendiri? Semuanya akan terjawab bila korang tengok sendiri cerita Dredd ni.
Apa yang best?
Babak2 aksi: Memang tak dapat dinafikan babak2 aksi dalam filem ni cukup gempak jugak. Awal2 lagi dah tunjuk babak aksi kejar-mengejar Dredd dan penjenayah kat jalan raya. Kemudian, satu persatu babak2 aksi ditunjukkan dalam filem ni. Sepanjang filem ni jugak, penonton akan tengok sendiri macam2 aksi yang ditunjukkan especially bila bangunan 200 tingkat tu mula dikunci.
Paling tak dapat dilupakan ada satu babak ni yang mana Ma-Ma dan konco2nya tembak guna senjata ala2 machine gun tapi jenis yang tak habis2 peluru (tapi habis jugak peluru tu akhirnya). Tembak-menembak yang berterusan untuk menyerang Dredd tapi terkena penduduk2 kat bangunan tu. Memang gempak especially bila tengok filem ni dalam format 3D. Then, babak tembak-menembak dari Dredd pun boleh tahan jugak. Memang mengujakan!
Watak2 Judge: Judge Dredd dan Judge Anderson nampak serasi bila bergandingan bersama untuk menentang jenayah dalam filem ni. Mereka betul2 memenuhi kriteria sebagai mentor dan mentee yang mana Dredd masa tu kena evaluate Anderson dan memberi keputusan samada Anderson ni lulus atau tak di akhir penilaian.
Nak dijadikan citer, Anderson terus dinilai dengan cara mengikut Dredd ambush bangunan 200 tingkat tu. So, memang Anderson ni mainkan peranan yang penting jugaklah selain Dredd ni. Watak Dredd jugak boleh dikatakan agak mencabar sebab kena pamerkan mimik muka dan emosinya tanpa mendedahkan kawasan mata (disebabkan dia pakai helmet tu sepanjang citer ni). Anderson pun nampak pandai bermain dengan kuasa psikiknya. Memang hebat!
Watak Ma-Ma: Ma-Ma ialah watak taiko penjenayah paling berkuasa. Siapa sangka bos besar dunia jenayah di Mega-City One dipegang oleh seorang wanita. Seriously, ada kelainan bila ketua penjenayah ialah wanita. Cara Ma-Ma bertindak, dengan gaya psiko dan muka ganasnya, betul2 menampakkan sisi jahat wanita ini walaupun dari luar Ma-Ma nampak simple dan bersahaja.
Ma-Ma memang sangat kejam dalam filem ni. Itulah sebab Dredd nekad untuk menangkap dan menghukum Ma-Ma ni terus. Adakah Ma-Ma akan dihukum oleh Dredd? Kena la tengok filem ni sampai habis.
Apa yang kurang best?
Idea dan jalan cerita: Pertama sekali, bila tengok je filem ni, terus teringat filem aksi Indonesia, The Raid: Redemption. Sebabnya hanya satu iaitu idea polis ambush bangunan yang dikawal ketat oleh ramai penjenayah yang mana ada satu ketua yang paling berkuasa kat bangunan tu. Cuma dalam filem The Raid: Redemption, polisnya agak ramai dan bukan setakat adegan tembak-menembak je, tapi ada jugak aksi2 seni bela diri yang lain.
Filem Dredd pulak cuma ada dua orang je yang ambush bangunan. Dan diorang bukanlah dipanggil polis tetapi diberi gelaran Judge yang nampak lebih gah sebagai law enforcer di bandar futuristik tu. Jadi, mungkin kebetulan idea dan jalan cerita untuk dua2 filem ni lebih kurang sama. Tetapi, secara keseluruhan memang berbeza pun.
Cuma kalau penonton dah tengok filem The Raid: Redemption lebih awal dari filem Dredd, mungkin penonton ada kecenderungan untuk membandingkan dua filem ni. Apapun, latar belakang filem Dredd ni nampak lebih gelap, moden, dan serba-serbi canggih sesuai dengan zaman futuristiknya.
Slow motion effect: Mungkin slow motion effect ni diadakan untuk membantu penonton bersama-sama menghayati kesan khas 3Dnya dengan lebih mendalam. Cuma, dalam filem Dredd ni, terlalu banyak kesan khasslow motion effect ni sehingga membuatkan penonton rasa terlalu lama untuk satu2 babak tu. Mungkin sebab filem ni ada menyatakan tentang drug yang diproses oleh konco2 Ma-Ma yang boleh memperlahankan waktu dari kelajuan biasa ke kelajuan 1%.
So, filem ni nak tunjukkan kesan bila watak2 dalam filem ni ambik drug tu. Kalau yang minat untuk enjoy kesan2 khas dalam satu2 filem, mungkin benda ni tak menjadi masalah ataupun kekurangan pun.
Lu Orang Percaya Ke..???
Bro.... aku percaya bahawa wujudnya stargate didunia ni.. baru semalam aku menyaksikan secara LIVE bagaimana seorang bomoh berjaya menarik sebiji botol sihir yang berada dihalaman rumah aku dengan jarak 300KM dari rumah aku…
Ceritanya..... jeng... jeng... jeng...:
Aku berjumpa seorang bomoh di Kuantan untuk tujuan clearance barang2 sihir kawasan halaman rumah aku.., benda ni aku buat 3 tahun sekali sebagai proses pembersihan rumah dari elemen2 makhluk jahat.. malam tadi punye citer,, terkejut beruklah aku tengok bomoh ni berjaya mengeluarkan sebiji botol minyak afiat yang mengandungi minyak hitam merah dan seketul benda hitam dalamnya.
Botol tu ditarik melalui perut abang aku sendiri dan botol itu asalnya ditanam dihalaman rumah aku dan halaman tu telah aku simenkan, memang terkejut sebab seumur hidup aku, tu la 1st time aku tengok benda asing boleh berpindah tempat dalam tempoh kurang dari 2 minit. Rumah aku kat Bangsar dan jarak KL ke Kuantan sekitar 300KM!!!
Bayangkan camane benda tu boleh dibuat dan aku sangat2 respek dengan kebolehan yang diberikan Allah pada bomoh tu.
Kisah di atas itu baru lagi iaitu pada 26/09/2012, gua rembat tanpa izin dari ruang komen sebuah blog dan gua edit mana yang tak patut sesuai dengan paparan di sini beb. Persoalannya...:
1) Dalam zaman serba canggih dan maju ini.., masih ada lagi insan yang percaya pada bomoh dan benda2 sihir...???
2) Taksub kepada Bangsa mengalahkan Agama Islam.
3) Teori2 yang tak masuk akal yang cuba diselaraskan dengan Al-Quran. Hebat2 bangsa Melayu nih.. ahaksss...
4) Apakah atau seolah-olah"Islam" itu hak Esklusif Bangsa Melayu... (paling lawak pada gua)
5) Banyak lagilah kemusykilan yang lu orang sendiri boleh persoalkan.
(Banyak sangat teori2 yang tak masuk akal beb dan hebat2 belaka wa cakap luuu...., mungkin ada dikalangan lu orang tau blog mana yang gua maksudkan, sebabnya ada diantara lu orang yang tinggalkan komen di sana... hahahaha...)
Kesimpulannya, apa yang gua nampak jarum halus sebuah parti politik yang korup sedang memainkan dakyah perkauman dan semangat bangsa secara halus. Tidak percaya kepada Alam Ghaib maknanya terkeluar daripada rukun iman. Jika dah terlampau taksub sangat pun... sendiri mau ingat laaa...
Nak terbang, bernafas dalam air, masuk dalam dimensi/alam lain dan semua perkara2 mustahil seperti semua superhero ciptaan Amerika/Jepun..??? Segala ilmu tersebut ada dalam Al-Quran. Buktinya sudah ada dalam Islam maaaa.... seperti Superhero Islam (iaitu Wali-Wali Allah dan Para Anbiya).
Masalahnya... orang Melayu yang mengaku Islam jer... yang malas nak berfikir, kaji dan mencari apa yang tersirat dalamnya, yang diorang tau.... "Melayu itu Islam"... Nauzubillah.....!!!!
Yang pasti... janganlah Perbodohkan "Bangsa Melayu" yang sememangnya sinonim sebagai sebuah bangsa berkepala hotak lembab yang punyai PHD yang tinggi dan syok sendiri... hahahha...!!!!
Kat bawah nih salah satu contoh cerita kehebatan orang2 melayu beb...:
Dalam tahun 1960an, pihak Amerika menggali sebuah lubang dan terjumpa kabel elektrik berusia ribuan tahun, kemudian pada tahun yang sama jugak pihak Rusia juga buat galian dan berjumpa dengan kabel optik.... lagi power laaaa... tamadun bangsa Rusia.
Kerana tidak mahu ketinggalan dalam perang teknologi ini... Malaysia pun nak try cuba test melakukan pengalian dalam hutan Pahang, selama 25 tahun masih tak berjumpa apa-apa pun, akhir sekali Perdana Menteri Malaysia pada masa itu bagitau "Orang Melayu dulu dah dah pakai wayarless daaaa...!!!"
No comments:
Post a Comment