ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 2 April 2011

PASkan atau ISLAMkan...UMNO.

Sumber : http://paneh.blogspot.com/2011/03/mempaskan-umno.html

1. Pertamanya kami nak ucap tahniah kepada jentera BN kerana menang dengan majoriti lebih besar di PRK DUN Kerdau [5,060 (majoriti 2,724) undi] dan DUN Merlimau [5,962 (majoriti 3,643) undi] berbanding keputusan PRU-12. Majoriti rakyat di kedua kawasan telah meletakkan harapan dengan memberi amanah untuk YB BN meneruskan khidmat.

2. Keduanya kami juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada team blogger mesra kerajaan yang tidak henti-henti berkempen dan membuat liputan PRK Kerdau dan Merlimau. Tiada siapa yang boleh menafikan pengaruh kumpulan blogger pro kerajaan yang sangat besar tanpa perlu dibiayai atau ditaja. Merekalah sebenarnya NADI BN hari ini. Harapnya ada MKT UMNO dan BN yang maklum dan menghargai segala pengorbanan pasukan blogger ini.

3. Seterusnya kami nak ucap takziah kepada parti (bukan agama) Pas yang dah selalu sangat kalah. Strategi menjual syurga, neraka, hudud dan negara Islam untuk meraih undi tidak lagi laku di zaman ini.

4. Tentera Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat dulu pun lebih banyak menang perang berbanding kalah, jadi mustahillah Pas tak sedar-sedar lagi.

5. Dah 56 tahun berlalu sejak kali pertama Pas bertanding dalam pilihanraya 1955. Cukup-cukuplah tu. Marilah bersatu padu dalam UMNO. Jika UMNO buat silap, maka tegurlah saja dalam parti itu. Umpama Imam terkhilaf dalam solat berjemaah, hanya makmum yang layak menegur kerana makmum saja yang dibenarkan menjadi pengganti Imam. Tak boleh doh orang dalam tandas di luar musalla pulak yang jerit "Subhanallah" bagi membetulkan Imam yang terkhilaf dalam solat jemaah.

6. Ikut logiknya, jika parti Pas dibubarkan dan semua bekas ahlinya menyertai UMNO, maka tidak mustahil kepimpinan UMNO suatu hari nanti mampu diPASkan. Jika semua ahli Pas yang menyertai UMNO mahu mengangkat Nik Aziz sebagai Presiden UMNO pun boleh. Ketika itu nak ubah Perlembagaan UMNO ikut kehendak Pas pun tiada siapa yang mampu menghalang.

7. Dan seandainya 'mimpi' perpaduan itu benar-benar berlaku, pastinya umat Melayu di negara ini semakin digeruni sang harbi.

8. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Surah A-li 'Imraan, Ayat 31.

Friday, 1 April 2011

Jangan komen..atau bangkang..anda tak bersyukur pada BN...



INILAN Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud bersama isteri barunya. (Dia lahir 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak) merupakan Ketua Mentei keempat Sarawak. Taib ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan sebahagian dari koalisi Barisan Nasional. Ia adalah dari keturunan etnik Melanau.
Salah sebuah kediaman mewah Taib Mahmud


Rumah Jamilah, Anak Taib Mubarak

Rumah Abang Taib.. Ali Mahmud

Rumah Abang Taib..Tufail Mahmud (Ada 27 Bilik)

Rumah Abang Taib.. Arip Mahmud

"MasaAllah..betul kata member gua,slogan keramat Umno "Rakyat "Bangang" Pemimpin Haprak Berkuasa" Kata seorang blogger. Sambiungnya lagi, renunglah sebahagian khutbah akhir
Rasullullah sebelum wafat..

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci."

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

Rujuk: http://karatijau.blogspot.com/2011/02/tengok-niipanasskediaman-mewah-kerabat.html

Itu, salah satu dari ramai pemimpin BN yang hidup mewah di atas belakang rakyat miskin tertindas. Ini tips dari Weblog Ibnu Hasyim untuk rakyat Sarawak yang menyambut pilihan raya DUN...

Jangan lupa, tolak BN dari menjajah fikiran anda!! (IH)

Lihat sebelum ini..

Bila Pendidikan Asyik Di POLITIKkan..




Tahniah kepada PM dan TPM yang gigih turun padang demi memastikan kemenangan BN di PRU-13 nanti. Harap-harapnya usaha ini dicontohi oleh para pemimpin di peringkat akar umbi. Jangan cuma tahu nak mengampu, memenuhkan poket masing-masing atau menjatuhkan sesama sendiri sahaja.

Namun apabila TPM mengumumkan sejumlah peruntukan sebanyak RM3.2 juta (500k-SK Sijangkang, RM1.2 juta-SJKC Jenjarom, RM1.5 juta-SJKC Yoke Kuan Sekinchan) dan menyatakan ia adalah bukti komitmen kerajaan bagi memastikan aspek pendidikan sentiasa diberi perhatian serius...saya rasa kecewa.

Kecewa kerana isu utama pendidikan di negara ini bukanlah kerana ketidak cukupan dana untuk membangunkan infrastruktur fizikal, tetapi perkara yang lebih serius apabila berlaku perkara berikut yang memerlukan perhatian dan transformasi segera:
  • Salah sebuah SBP di Klang, mengasingkan perhimpunan mingguan di antara pelajar tingkatan 1-5 dengan pelajar tingkatan 6, dengan alasan mereka adalah dua kelompok yang berbeza. Malah guru-guru yang mengajar tingkatan 6 berlagak 'propa' apabila mereka enggan menyertai program-program pembangunan ko-kurikulum di sekolah, kerana tidak mahu setaraf dengan guru-guru lain yang dilihat lebih rendah kedudukannya. (Sikap guru yang PERASAN bagus ini perlu ditangani kerana ia tidak mencerminkan profesionalisme perguruan. Ini belum termasuk lagi dengan guru-guru yang meraba pelajar, ponteng kerja, menyalahgunakan kedudukan dsb).
  • Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dipaksa menghadiri kelas tambahan dengan alasan ia penting bagi memastikan sekolah mencapai sasaran lulus 100%. Di sesetengah tempat, kelas tambahan ini diadakan lebih 5 jam sehari. (Kita bukan mahu menghasilkan robot yang cuma tahu menghafal jawapan, tetapi kita ingin mengeluarkan modal insan yang bersifat holistik, sejajar dengan prinsip J.E.R.I., mampu berfikir dan memiliki 'common sense', menjadi pemimpin dan bukannya pak turut).
  • Diskriminasi guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI terhadap pelajar Bumiputera, yang masih kekal dengan mentaliti kononnya anak-anak Melayu adalah golongan yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris. Rentetan itu peluang untuk pelajar Melayu aktif dalam program-program debat BI, 'spelling competition', 'English drama', dll. telah dihad serta dikurangkan. (Bukti bahawa kebanyakan guru-guru bukan Melayu sebenarnya bersifat racist. Sepatutnya aktiviti-aktiviti ko-kurikulum berasaskan Bahasa Inggeris diperluaskan penglibatannya kepada semua pelajar tanpa mengira latarbelakang).
Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan gerak kerja transformasi pendidikan negara dengan melihat kepada "content instead of form". Pengertian 'content' bukan hanya merujuk kepada silibus pendidikan, tetapi ia perlu merangkumi proses pengupayaan guru-guru serta proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Yang lebih penting, pihak KPM perlu membuka minda, membuat anjakan pradigma, melihat keberkesanan dan mutu pendidikan di peringkat sekolah yang seharusnya melangkaui keputusan peperiksaan awam yang saban tahun hanya menyajikan jumlah A dan angka peratusan yang tidak memberi makna kepada perkembangan sahsiah pelajar yang sebenar-benarnya.

Maka ada baiknya Kerajaan Pusat menyelidik kembali sama ada dana yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah agama rakyat digunakan untuk tujuan yang ditetapkan; atau sebaliknya pihak kerajaan negeri hanya mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan duit rakyat semata-mata.

Thursday, 31 March 2011

Politik MATANG..atau sentimen Politik?

Sumber : http://greenboc.blogspot.com/2011/03/adun-dap-gesa-sedia-peruntukan-besar.html

Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.

Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.

"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.

"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan. -HD

UMNO MEMOTONG BANTUAN SAR SEJAK 2003 &
MENUTUP SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Inilah satu lagi petanda betapa buruknya akhlak pemimpin UMNO sehingga sanggup memotong bantuan sekolah agama Rakyat di seluruh negara. UMNO tak mahu melihat sekolah yang diurus oleh lebih maju daripada sekolah di arus perdana. UMNO dalam konteks perjuangan Islamnya bahawa Islam pada UMNO hanyalah solat, puasa, zakat dan haji. Memperjuangkan menegakkan SAR ini bukan dalam lingkungan perjuangan Islam.


Pelbagai tohmahan Presiden UMNO Dr Mahathir Mohamed (NST 13/1/03) menyatakan
"Those educated in SAR will grow up hating everything including the government. They cannot work and are not qualifieid to do anything else"

Begitu juga dengan PM sekarang (Presiden UMNO ketika ini) yang pernah pada ketika menjadi Menteri Pertahanan membuat kenyataan di akhbar Berita Harian bertarikh 16/1/2003. Kenyataan itu berbunyi " Sekiranya ia dibiar ia boleh menjadi bom jangka yang akan meletup tidak lama lagi.menjejaskan cara hidup yang kita hargai..... Kemungkinan sekolah agama ini dijadikan pusat merekrut pengganas"

Ini adalah antara tohmahan para Presiden UMNO terhadap SAR. Mereka menyatakan bahawa SAR adalah pusat merekrut pengganas. Ini adalah tohmahan yang berat terhadap agama dan bangsa. Tetapi UMNO tanpa mengira selagi apa sahaja yang menggugat ketuanan Melayu maka UMNO akan berbuat apa sahaja untuk menghapusnya. UMNO tidak pernah membetulkan perjuangannya. Bantuan untuk SAR terus dipotong hingga hari ini.

Sedangkan peruntukan jelas dalam akta Parlimen bahawa Menteri Pendidikan mempunyai hak untuk meneruskan bantuan kepada SAR. Tetapi pemimpin UMNO tidak mengendahkannya.

Yayasan Selangor..musuh dalam selimut.

Sumber : http://greenboc.blogspot.com/2011/03/musuh-dalam-selimut-dalam-yayasan.html

Petaling Jaya: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Pasukan Risikan Pakatan Rakyat Selangor mendakwa bahawa mantan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman merupakan musuh dalam selimut kepada pentadbiran Yayasan Selangor.

Pasukan tersebut mendapat maklumat bahawa Saifulruddin mempunyai hubungan rapat dengan mantan pemimpin Barisan Nasional yang tidak dinamakan.

Justeru itu, mereka mendakwa Saifulruddin telah memulakan kontroversi sambutan hari ulangtahun Yayasan Selangor ke-40 pada 15 September 2010.

“Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Mohd Saifulruddin ialah beliau telah mengusulkan sambutan besar-besaran diadakan dengan belanjawan bernilai RM300,000.

Rancangan penerbitan buku peringatan sebelum ini telah ditolak.

“Anggaran mengendalikan acara sambutan rasmi ialah RM 285,000. Sebanyak RM 91,000 dibayar untuk mendirikan tiga set khemah “marquee”.

Bayaran tambahan sebanyak RM 93,982.40 dibayar kepada Drift Z Enterprise untuk penambahan khemah “marque” bernilai RM 30,412.80,” kata wakil kumpulan Pasukan Risikan Pakatan Rakyat dalam satu e-mel yang dihantar kepada FMT hari ini.

“Kontrak menyediakan pakaian rasmi untuk acara tersebut pula telah diberikan secara langsung kepada TL Tinala Enterprise.”

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walau bagaimanapun menunjukkan bahawa TL Tinala yang dimiliki Fatimah Omar tiada kepakaran dalam bidang jahitan.

Mohd Saifulruddin juga didakwa merupakan muflis. Notis kemuflisan pernah dikeluarkan terhadap beliau dalam bulan September 2009 yang dilanjutkan selama 12 bulan.

Apa yang lebih menghairankan adalah pada usia 31, beliau telah pun memegang jawatan Timbalan Pengurus (Pengurusan) yang bersamaan dengan pegawai berpangkat Jusa C dalam perkhidmatan awam.

Tambah mengejutkan lagi sebelum jawatan ini Mohd Saifulruddin didakwa hanya menjawat jawatan eksekutif akaun di syarikat pemaju hartanah selama 6 hingga tujuh tahun di Shah Alam.

Perbelanjaan berleluasa Yayasan Selangor menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan tindakan untuk tidak menghadiri majlis ulangtahun yayasan menerusi mantan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud dan setiausaha sulit baginda, Dato’ Munir Bani.

Mohd Saifulruddin telahpun dipecat daripada jawatannya pada 18 Mac tahun ini selepas Yayasan Selangor mengalami kerugian RM7.41 juta ringgit. -FMT

Ulasan GB

Tahniah PRPR (Pasukan Risikan Pakatan Rakyat). Kewujudan anda dinanti-nantikan untuk menjawab segala tohmahan GAPS.


Petaling Jaya: Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Pasukan Risikan Pakatan Rakyat Selangor mendakwa bahawa mantan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman merupakan musuh dalam selimut kepada pentadbiran Yayasan Selangor.

Pasukan tersebut mendapat maklumat bahawa Saifulruddin mempunyai hubungan rapat dengan mantan pemimpin Barisan Nasional yang tidak dinamakan.

Justeru itu, mereka mendakwa Saifulruddin telah memulakan kontroversi sambutan hari ulangtahun Yayasan Selangor ke-40 pada 15 September 2010.

“Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Mohd Saifulruddin ialah beliau telah mengusulkan sambutan besar-besaran diadakan dengan belanjawan bernilai RM300,000.

Rancangan penerbitan buku peringatan sebelum ini telah ditolak.

“Anggaran mengendalikan acara sambutan rasmi ialah RM 285,000. Sebanyak RM 91,000 dibayar untuk mendirikan tiga set khemah “marquee”.

Bayaran tambahan sebanyak RM 93,982.40 dibayar kepada Drift Z Enterprise untuk penambahan khemah “marque” bernilai RM 30,412.80,” kata wakil kumpulan Pasukan Risikan Pakatan Rakyat dalam satu e-mel yang dihantar kepada FMT hari ini.

“Kontrak menyediakan pakaian rasmi untuk acara tersebut pula telah diberikan secara langsung kepada TL Tinala Enterprise.”

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walau bagaimanapun menunjukkan bahawa TL Tinala yang dimiliki Fatimah Omar tiada kepakaran dalam bidang jahitan.

Mohd Saifulruddin juga didakwa merupakan muflis. Notis kemuflisan pernah dikeluarkan terhadap beliau dalam bulan September 2009 yang dilanjutkan selama 12 bulan.

Apa yang lebih menghairankan adalah pada usia 31, beliau telah pun memegang jawatan Timbalan Pengurus (Pengurusan) yang bersamaan dengan pegawai berpangkat Jusa C dalam perkhidmatan awam.

Tambah mengejutkan lagi sebelum jawatan ini Mohd Saifulruddin didakwa hanya menjawat jawatan eksekutif akaun di syarikat pemaju hartanah selama 6 hingga tujuh tahun di Shah Alam.

Perbelanjaan berleluasa Yayasan Selangor menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan tindakan untuk tidak menghadiri majlis ulangtahun yayasan menerusi mantan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud dan setiausaha sulit baginda, Dato’ Munir Bani.

Mohd Saifulruddin telahpun dipecat daripada jawatannya pada 18 Mac tahun ini selepas Yayasan Selangor mengalami kerugian RM7.41 juta ringgit. -FMT

Ulasan GB

Tahniah PRPR (Pasukan Risikan Pakatan Rakyat). Kewujudan anda dinanti-nantikan untuk menjawab segala tohmahan GAPS.

Ulasan Political Keruingku...ramai pelajar Yayasan Selangor 1999 - 2000 teraniaya..belajar di UNISEL...diberikan pinjaman duit Yayasan...tetapi KURSUS yang disediakan tidak ada perakuan dari LAN. Pelajar pelajar Diploma tersebut..terus mencari pekerjaan menggunakan sijil SPM mereka sahaja.

Terengganu paling ramai miskin, BN yang perintah bukan?

Sumber : http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2011/03/mengata-terengganu-negeri-termisikin.html
TERMISIKIN BILA BERUCAP DI SABAH, CAMNER BILA BERUCAP DI TERENGGANU SIAPA YANG TAHU?
Terengganu paling ramai miskin, bukan Sabah - kata menteri BN Wilayah Persekutuan

Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.

“Statistik atau perangkaan ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) penduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar Adnan bin Mohd Ikshan.

Wednesday, 30 March 2011

TULISAN JAWI ..Universiti Teknologi Mara (UiTM)


SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercadang untuk menjadikan kursus pilihan, Jawi dan Kaligrafi sebagai sebahagian daripada sukatan bagi kursus Pendidikan Asas Islam  (CTU 101) peringkat diploma.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,  Prof Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, unit ko-kurikulum UiTM kini dalam proses bagi menawarkan Jawi dan Kaligrafi tersebut sebagai kiraan dua jam kredit kepada pelajar universiti berkenaan.
Ia kerana, katanya beliau, tulisan Jawi melambangkan orang Melayu dan ia wajar dihidupkan semula di UiTM kerana universiti itu mempunyai pelajar Melayu yang paling ramai di negara ini.
“Tulisan Jawi dekat dengan orang Melayu dan sebagai universiti yang ramai pelajar Melayu wajar dihidupkan kembali tulisan Jawi ini. Biarpun tidak fasih tulis dan membaca Jawi tetapi sekurang-kurangnya usaha ini mendedahkan pelajar terhadap tulisan Jawi,” katanya pada Program Penulisan Jawi Paling Ramai di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM di sini semalam.
Abdullah berkata,  Program Penulisan Jawi Paling Ramai tersebut bertujuan memperkasa dan memberi kesedaran kepada pelajar UiTM tentang kepentingan pendidikan Jawi di negara ini.
Menurutnya, UiTM juga bercadang memperbanyakkan papan tanda dalam tulisan Jawi di dalam UiTM bagi memperkuatkan lagi usaha mengetengahkan tulisan itu kepada masyarakat universiti berkenaan.
Seramai 4,000 pelajar dan kakitangan UiTM menulis tiga perkara iaitu Wasiat Raja-Raja Melayu, Perkara 152, 153,  3 dan 38 Perlembagaan Persekutuan dalam tulisan Jawi pada program berkenaan.

Tak Belajar Dari Kesilapan lalu.



Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad  
Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.

Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.

Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak  mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP  atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”.  Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.

Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.

Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.

Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah  pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.

Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.

Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.

Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.

Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti  syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.

Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.

Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.

Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?

Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Umum.


Sumber : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=12966
Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik

Posted on Wednesday, March 30 @ 00:37:35 PDT by tokdalang
Oleh Hafiz Zainuddin
Jelas, kita, rakyat dalam negara yang sudah merdeka lebih separuh abad ini patut malu kerana pemimpin negara masih tidak tahu cara untuk berpolitik.  Mungkin mereka ini kurang ilmu atau kurang cerdik.  Apalagi yang perlu dan tidak cukup? 

Ilmu memerintah yang diturunkan oleh Inggeris - dicontohkan oleh Jepun kepada pemimpin tempatan setelah sekian lama berkonfrontasi dan bertumpah darah, pengalaman bergelut dengan situasi-situasi kritikal negara sepanjang merdeka, meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan, lima Prinsip Rukunegara yang mantap, penerapan nilai Islam dan moral dalam negara dan sistem pendidikan nasional: apakah semua ini gagal membentuk sebuah budaya masyarakat, pemimpin dan politik yang matang, atau bersih atau setidak-tidaknya agak bersih? Dan paling penting, kenapa kematangan berpolitik pemimpin negara kita semakin rencat dalam sedekad dua ini yang banyak berlegar sekitar anu dan dot dot dot?  Kenapa tidak dari dahulu lagi?
Skandal seks yang menjemukan
Apabila negara sekali lagi dikejutkan dengan betapa rendahnya moral Anwar Ibrahim selaku sosok yang dicanangkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia; iaitu apabila kemunculan video seks oleh individu tertentu yang mengaku sebagai Datuk T dan mendakwa pelakunya adalah Anwar Ibrahim.  Apakah reaksi pertama anda?  Ada yang terus percaya, ada yang tidak percaya, ada yang cuma mendiamkan diri.  Ya.  Walaupun jelas pelakon itu "sedikit buncit", ia tetap akan mengundang pelbagai reaksi.
Isu video seks ini, kronologinya sama.  Setidak-tidaknya, hampir sama seperti isu-isu skandal terdahulu.  Lebih menjelikkan lagi apabila individu yang mengaku terlibat dalam penghasilan video tersebut merupakan individu yang pernah terpalit dalam kes hubungan seks gadis bawah umur satu ketika dulu di Melaka.
Sebelum itu, biar saya nyatakan bahawa tulisan ini bukanlah untuk mengulas mengenai isu video seks tersebut; siapa pelakon ataupun pelakunya mahupun siapa yang terlibat di balik tabir.  Bukan itu tujuan saya sebab terlalu ramai telah mengulas lanjut dan berhukum mengenainya.  Percayalah.  Semua itu sebenarnya tidak penting lagi.  Malah siapapun sama ada rakyat biasa dan ahli politik, pro BN mahupun pro PR sangat "faham" bahawa isu ini bertujuan mengaibkan orang yang dituduh justeru sebagai percubaan untuk membunuh karier politik beliau.
Mentaliti kapitalis
Ahli politik Malaysia sangat arif dengan citarasa rakyat.  Lihatlah di akhbar-akhbar popular tanahair.  Isu yang biasanya melibatkan masalah seks-moral sering menjadi tajuk utama.  Sensasi bukan?  Pembentukan awal pemikiran rakyat bermula di sini.  Melalui media.  Melalui pembacaan.  Soalnya bukan untuk meningkatkan pemahaman rakyat dalam politik yang lebih "mencerahkan", soalnya bukan untuk memberi maklumat penting mengenai kebebasan dan hak rakyat, soalnya bukan itu semua.  Paling penting soalnya adalah prinsip utama kapitalisma: memenuhi permintaan pasaran.  Lebih sensasi akan lebih untung.  Seolah isu persoalan hak, kebebasan, ketelusan, kebocoran itu semua tidak penting.  Urusan menteri...
Bill Clinton dan persoalan integriti
Kita ketepikan siapa yang bersalah!  Tuduhan skandal seks yang menimpa Anwar Ibrahim bertubi-tubi, hubungan Soi Lek dengan kekasih gelapnya, ini semua membawa kita kepada persoalan-persoalan untuk kita fikirkan bersama.  Berbalik kepada persoalan paling mustahak.  Sejauh mana rakyat matang dalam menghadapi isu moral sebegini?  Natijahnya apa?
Sebelum itu, ayuh kita imbau kembali secara ringkas bagaimana skandal seks pernah menggegarkan Rumah Putih dan dunia sekitar tahun 1998.  Apabila Bill Clinton yang pada ketika itu sebagai Presiden Amerika Syarikat dituduh mempunyai hubungan sulit dengan staff pelatihnya Monica Lewinsky.  Walau bagaimanapun, tuduhan itu telah dinafikannya.  Pada 26 Januari 1998, Clinton membuat kenyataan media.  Beliau yang berdiri di sebelah isterinya Hillary seraya berkata, "Saya akan mengatakannya sekali lagi: Saya tidak pernah mempunyai hubungan seks dengan perempuan itu, Cik Lewinsky."
Akhirnya kebenaran terbongkar dengan bukti DNA dari sehelai gaun biru milik Lewinsky yang didapati mempunyai air mani Clinton serta beberapa bukti rakaman awal perbualan telefon secara sulit oleh Linda Tripp, pekerja dari Jabatan Pertahanan.  Akhirnya, Bill Clinton mengaku bahawa berlaku hubungan seksual antara dia dan Lewinsky.
Dua bulan selepas pihak Senat gagal memberikan kata putus.  Presiden Clinton akhirnya dihukum di atas kesalahan menghina mahkamah di atas keterangan palsu beliau oleh Hakim Susan D.Webber Wright.  Lesen Clinton sebagai Pengamal Undang-Undang beliau telah digantung di Arkansas selama lima tahun dan pada masa yang sama beliau dikenakan denda sebanyak USD 90,000 atas kesalahan memberi pengakuan palsu.  Imej Bill Clinton tercalar bukan kerana hubungan seksnya dengan Lewinsky tetapi beliau dianggap melakukan kesalahan "menghalang pengadilan" atau obstruction of justice.  Walau apa pun, pihak Senat dalam Parti Demokrat masih menerima Clinton dan beliau meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa.
Kes skandal seks Bill Clinton ini membawa kita untuk memahami garis-garis pemisah di antara dua skop yang jauh berbeza iaitu kepentingan publik (rakyat) dan ruang peribadi.  Pengakuan palsu berkait rapat dengan persoalan integriti.  Ya.  Soalnya sekarang ialah persoalan integriti yang mana telah menjadi satu isu terpenting yang menjadi sandaran keputusan senat mahupun mahkamah.
Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik
Mari kita lihat masalah ini dari sudut yang berbeza.  Di luar taboo dan lebih bersifat realis.  Persoalan integriti sepatutnya menjadi garis ukur terpenting dalam percaturan politik negara.  Di Malaysia, sering kali ruang peribadi bercampur aduk dengan kepentingan publik (rakyat).  Kemudian ia menjadi sebuah perdebatan yang besar.  Seolah, masyarakat dan budaya kita merestui gejala "selak kain orang" ini.  Lainlah kalau ia melibatkan pembunuhan dan pencabulan hak manusia lain - itu urusan mahkamah!
Persoalan penting yang saya ingin bawakan ialah, apakah isu peribadi sebegini menjadi satu masalah besar yang akan mengancam keselamatan negara?  Atau mampu untuk menaikkan harga bahan api di pasaran?  Atau menjadikan tanah rizab Melayu semakin berkurangan?  Atau menggelapkan berbillion ringgit wang negara?  Jawapannya tidak.  Tidak sama sekali.
Saya bukan cuba untuk "menghalalkan" kegiatan "tidak bermoral" atau berdosa ini.  Apapun saya sangat pasti, sekiranya video yang didedahkan itu memang benar, terbukti sosok pelaku itu adalah Anwar Ibrahim, maka saya yakin, Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan situasi yang sangat kritikal.  PAS tidak akan sama sekali teragak-agak untuk berkompromi dalam soal ini dan berkemungkinan keluar dari gabungan Pakatan.  Lalu cita-cita untuk "Selamatkan Malaysia" Bakal menjadi sebuah utopia?
Lihat sahaja apa yang pernah berlaku kepada bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian; Mohamad Sabu  yang pernah terjerat dalam kes khalwat yang melibatkan seorang wanita bernama Normah Halim sekitar tahun 1995.  Mahkamah telah menggugurkan kes tersebut kerana keterangan saksi meragukan dan bercanggah.  Walaupun kes ini telah selesai, imej beliau telah tercemar dan ada "bisik-bisik" yang menyatakan bahawa beliau akan melalui jalan sukar untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS untuk pemilihan yang akan datang ini.
Berbalik kepada persoalan integriti.  Rakyat harus matang dalam membahagikan mana satu "ruang peribadi" dan mana satu "kepentingan publik".  Rakyat harus sedar bahawa mereka sedang dilalaikan drama lucah yang sedang berlangsung.  "Ini semua projek pembodohan!".  Apabila integriti diutamakan, kesejahteraan negara menyusul.
Rakyat harus berfikir dan lebih bijak dari ahli politik.  Pelakon-pelakon politik akan terus melakonkan drama mereka.  Sekali lagi harus diingat bahawa semua dakwaan-dakwaan sebegini bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat kepada isu-isu penting negara.  Rakyat harus terus berada di atas landasan sebenar.  Rakyat harus melontarkan persoalan-persoalan dasar yang kalau dibiarkan akan mengancam kemaslahatan rakyat dan negara.  Dan saya juga pasti, kita juga tidak mahu maruah negara ini dicalarkan oleh mulut seorang wanita bernama Umi Hafilda.
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Renungan Untuk Orang POLITIK...jamgan jadi POLI TAIK.


Posted by saidi 


Kata-Kata Imam Al-Ghazali:

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.

Perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:

* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.

Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:

* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )

Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:

* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil

Apakah Tugas Kementerian Perumahan..?


KUANTAN, 30 Mac - Seorang kakitangan awam yang bertugas dengan sebuah jabatanKerajaan Negeri Pahangkecewa tindakan Firma Guaman Tetuan K.C Wai & Associates yang menfailkan tindakan saman mencecah hampir RM30,000 gara-gara kesialapan teknikal dalam urusan membeli sebuah rumah di Taman Atabara Perdana Indera Mahkota dekat sini. Difahamkan kes tersebut kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sekysen Raub. Menurut individu terbabit, beliau kecewa kerana kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak lain, akhirnya firma guaman tersebut menyaman beliau. Menurutnya, rumah itu dibeli daripada dua orang plantitif dan Tetuan K.C Wai & Associates adalah peguam bagi pihak penjual. Manakala peguam bagi pihaknya pula ialah Salamon , Zuraida & Partners yang berpejabat diCenter Point Kuantan. Semua urusan jual beli telah selesai kerana beliau membuat urusan melalui pinjaman kerajaan. Beliau juga sudah membayar semua urusan yang berkaitan termasuk bayaran peguam dan lain-lainnya. Rumah yang dibeli dengan harga RM91,000 itu telah pun diduduki ketika proses pinjaman berjalan. Kelewatan yang jelas ialah akibat kesilapan nama pada geran hak milik yang telah dibuat peguamnyaSalamon, Zuraida & Partners.

Kerana Kesilapan Dia Di Saman Ribuan Ringgit

Akibat kesilapan tersebut, maka berlaku kelewatan proses mengeluarkan baki pinjaman perumahan terbabit. Bagi mengelakkan penjual menanggung risiko kelewatan, beliau telah berusaha membayar sewaan rumah tersebut dengan kadar RM300 sebulan selama hampir dua tahun. Maknanya, penjual mendapat ganti rugi kelewatan berkenaan. Namun, selepas segala proses selesai, penjual dan peguamnnya tiba-tiba menghantar notis saman kepada pembeli. Sedangkan ketika itu semua proses yang berkaitan telah selesai dan tidak timbul lagi soal kelewatan. Namun, pembeli dikenakan saman mencecah RM30,000 atas kelewatan tersebut berdasarkan kepada denda 10% setahun daripada harga rumah seperti dalam perjanjian jual beli.Persoalannya, rumah yang dibeli itu bukanlah rumah baru yang disediakan oleh pemaju dan pembeli juga telah membayar ganti rugi kelewatan tersebut. Perkara itu sebenarnya boleh diselesaikan di luar mahkamah tanpa sebarang tindakan saman menyaman. Namun, dek kerana sikap peguam penjual yang mungkin lihat ada peluang buat duit tambahan dengan saman itu, maka kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Peguam Mohd Harris Abdullah Bela Nasib Pembeli

Difahamkan, pembeli telah melantik Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) dari Firma Guaman The Law Office Of Mohd Harris yang berpejabat di Taman Amalina Lestari Raub.Kes telah dibawa ke mahkamah dan bicara permohonan untuk memindahkan kes itu ke Kuantan akan didengar pada 8 April 2011 ini. Menurut Mohd Harris, kes berkenaan terpaksa dipindahkan ke Kuantan kerana subjek (rumah) yang dibeli dan pembeli sendiri berada di bandar itu. Beliau kini sedang berusaha untuk memastikan kes itu tidak memudaratkan pembeli. "Mana mungkin kesalahan yang dilakukan oleh orang lain harus ditanggung oleh pembeli. Beliau sudah membeli rumah yang berharga RM91,000 kemudian membayar guaman hampir RM6,000 dan sewaan hampir RM8,000 tiba-tiba mahu dibebankan pula dengan bayaran saman terbabit yang mencecah hampir RM30,000. Saya akan memastikan kes ini dipindahkan ke Kuantan bagi memudahkan urusan yang berkaitan. Saya juga akan pastikan Peguam Pembeli dilibatkan dalam kes ini, kerana ia jelas merupakan kesilapan teknikal pada nama pembeli terbabit sebenarnya", kata beliau.

[Apa yang berlaku hanyalah kesilapan teknikal (salah nama) yang dilakukan oleh Peguam Pembeli, maka tidak wajar peguam penjual menekan pembeli untuk membuat bayaran sebanyak itu hanya berdasarkan kepadadenda 10% yang berkenaan. Ini kerana pembeli sudah melunaskan sewaan ketika proses tersebut mengalami kelewatan. Makanya atas dasar kemanusiaan sepatutnya Tetuan K.C.Wai & Associates tidak terlalu bertegas dalam hal sebegini. Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada orang lain yang berurusan dengan firma guaman mereka, sudah pasti masalah yang sama akan dialami oleh pihak terbabit. Makanya, firma guaman berkenaan telah bertindak keterlaluan dalam hal ini, tambahan pula rumah yang dibeli itu bukan rumah baru yang melibatkan pemaju perumahan sebenarnya. Rumah itu adalah rumah lama dan pertimbangan sewajarnya perlu diberikan sebelum menfailkan tindakan saman tersebut].
http://www.pahangdaily.co.cc