ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 12 November 2011

PM Restui Naib Presiden UMNO Amalkan Rasuah


PM Restui Naib Presiden UMNO Amalkan Rasuah?

Pendedahan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids’ berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan. Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh ‘Golden Eye Boy’, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.

Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan ‘Top-Up’ harga adalah budaya ‘samseng’ yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor ‘muflis’ bukan bumiputera,Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.

Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.

Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja. Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.

KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua ‘Desperado’ dalam UMNO. Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh ‘dikenduri’ oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.

Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan. Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.

Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?

Tindakan ‘pecah amanah dan rasuah’ Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada ‘Political Reject’ di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan ‘Kuda Tunggangan’ untuk menghancurkan UMNO Sabah.

SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.

Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai ‘Kuasa Eksekutif’ untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.

Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.

Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai ‘Pengacau’.

Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.

Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya ‘Akauntan Bertauliah’ yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.

Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti ‘Surat Khabar Lama’ kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.

Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.

Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).

UMNO kini dilihat sebagai ‘Gudang Sampah Sarap’ kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.

Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada ‘Bill Collector’ utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?/sabahkini
Baca di sini.

Lynas :MB Pahang silap fakta


Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu auta?


Menteri Besar Pahang Adnan bin Haji Yaakob dalam satu temuramah yang dijalankan oleh aktivis Australia Ryan Albrey pada 7 September 2011 menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan nadir bumi. Beliau juga menyatakan bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak membuat/memproses nadir bumi.


Ini merupakan satu kenyataan yang salah dan tidak berasas. 

ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite. Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub TV. Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), nadir bumi terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. 

Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan nadir bumi, manakala juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. 

Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. 

GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. 

Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut.

Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan Yaakob yang berbaur rasis dan cuba memutar-belitkan isu sebenar. 

Dalam temuramah tersebut, Adnan tidak menolak kemungkinan bahawa orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan Negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia.

Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman.

GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya.

Padahalnya, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak "mendapat apa-apa" daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja.

Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang kita jalani kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka.

Kemudian dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang.

GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat di atas oleh Adnan hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat. GHL minta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja.

Kenyataan media daripada Gabungan Hentikan Lynas.
ShareKeep unreadSend to

    Khairy nasihati diri sendiri?


    Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.


    Adakah beliau menasihatkan dirinya sendiri?

    Maklumlah dulu dia jadi calonpun pasal adanya Pak Lah sebagai PM yang juga merupakan Bapa Mertuanya sendiri, jadi Ketua Pemuda UMNO pun kerana Pak Lah juga..

    Apa yang aku dengar dari seorang pemimpin UMNO yang hadir ketika pemilihan UMNO dulu, Khairy sebenarnya kalah kepada Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

    Oleh kerana Khairy telah kalah, Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan oleh itu bagi membolehkan Pak Lah meletakkan jawatan Khairy perlu diistiharkan menang pada malam pemilihan itu.

    Dalam satu rundingan para pemimpin peringkat tertinggi UMNO pada malam pemilihan itu mereka telah sebulat suara memberikan kemenangan kepada Khairy dan Pak Lah akan meletakkan jawatannya sebagai PM.

    Najib tidaklah sebodoh yang disangka Pak Lah, apabila beliau mengambil alih jawatan PM, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

    Manakala Naib ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

    Khairy dipinggirkan begitu saja oleh Najib..

    Dan hujung bulan ini pula bakal berlangsung Perhimpunan Agung Umno (PAU).. jika Khairy tidak dicalonkan atau kalah dalam pertandingan kali ini maka tiada siapa akan membantunya..

    Jika beliau kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO... mana mungkin Najib akan bersetuju untuk mengekalkannya sebagai calon Ahli Parlimen lagi..

    ***************************

    KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj

    Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

    Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

    "Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

    "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

    Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

    Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

    "Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

    "Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

    Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

    "Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

    Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.

    - Bernama

    Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan?


    Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan - tetapi PPSMI bukan penyelesaiannya

    Dr Mahathir berkata DS Najib boleh menyelesaikan isu PPSMI yang sedang dibahaskan oleh rakyat. Dr Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

    Muhyidin telah mengambil keputusan dan meminta sokongan dari kabinet dan Parlimen untuk kembali kepada mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia. Apabila isu ini masih menjadi perbahasan kita tidak terlepas dari bertanya, kenapa sudah 54 tahun merdeka isu medium pengajaran dalam bahasa apa ini masih tidak terlerai.

    Mahathir berkata Najib boleh menyekat implimentasi pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana beliau (Najib) adalah Perdana Menteri. Najib sendiri adalah seorang pemimpin yang sebenarnya masih mahukan pembelajaran sains dan matametik ini dalam Bahasa Inggeris.

    Tetapi Najib tidak berapa berani untuk meminta Muhyiddin untuk membatalkan hasrat beliau (Muhyidin) untuk tidak meneruskan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Malaysia. 

    Ada berita yang sampai kepada saya yang Najib telah berpesan melalui seorang yang berpengaruh supaya meminta Muhyidin untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Ingeris, kerana Najib tidak berani untuk membuat teguran terhadap Muhyidin. Malahan Muhyidin semalam telah membuat kenyataan yang DS Najib telah bersetuju untuk perlaksanaan pembelajaran subjek sains dan matematik kembali menggunakan Bahasa Malaysia.

    Hakikatnya Najib dan Muhyidin sangat berbeza dalam isu PPSMI ini tetapi Muhyiddin telah mengambil sikap bertegas untuk kembali kepada pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana sentimen ini menguatkan beliau di kalangan ahli-ahli UMNO. Muhyidin mengambil sikap kemelayuan yang kuat dalam isu ini. Muhyiddin telah memberitahu media yang tindakan PAGE untuk mendesak Muhyidin menimbangkan saranan mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris lagi tidak akan di layan.

    Muhyidin mendapat markah tambahan di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi Muhyiddin lupa yang UMNO itu sendiri sudah kehilangan markah yang banyak dalam menghadapi isu ini. Popular di kalangan ahli UMNO tidak semestinya popular dari pandangan orang ramai dan rakyat jelata. UMNO itu sendiri sedang menghadapi masalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

    Saya tidak lagi berkeupayaan untuk menentukan sikap dalam isu ini kerana isu ini terlalu komplikated dan amat payah untuk memberikan pandangan secara konklusif. Tetapi yang jelas Muhyidin tidak berkeyakinan dengan apa yang telah di dasarkan oleh Dr Mahathir dahulu untuk memperkuatkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan pembelajaran matemetik dan sains dalam bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa. 

    Saya secara peribadi tidak begitu berkeyakinan yang PPSMI akan membina kekuatan pelajar-pelajar dalam berbahasa Inggeris kerana matematik dan sains itu merupakan subjek yang kuantitatif yang tidak boleh membantu murid-murid atau pelajar kita untuk memperkuatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

    Saya berpendapat kalau benar kerajaan ingin melihat Bahasa Inggeris di kuasai oleh pelajar-pelajar kita kerajaan patut menjadikan English 1119 dalam peringkat SPM di wajibkan kerana subjek English 1119 itu akan memaksa pelajar mengambil subjek English Literature sekali gus akan memperkuatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih jelas di kalangan lepasan sekolah menengah negara kita.

    Bahasa ini akan hanya menjadi kuat jika kita belajar dan mempraktikannya secara praktikal (bertutur dan menulis) dan mengajar dalam Bahasa Inggeris dalam subjek matematik itu tidak mencukupi untuk seorang pelajar itu menguasai bahasa itu. 

    Sesuatu bahasa itu termasuk Bahasa Inggeris akan hanya boleh di majukan jika kerajaan memberikan penekanan kepada satu subjek ini iaitu subjek English 111 ini kerana ianya akan memberikan penekanan terhadap nahu dan ‘pronounciation’ sekali dan benar-benar Bahasa Inggeris yang betul.

    Kita sepatutnya mengambil jalan yang tengah dengan memberikan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia untuk kemajuan bahasa kebangsaan kita dan menekankan murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris secara khususnya dan lengkap melalui English 1119 itu. 

    Memberikan peluang untuk murid-murid mengambil subjek English Literature di peringkat tingkatan 5 akan menjadikan murid itu memahami Bahasa Inggeris dan sekali gus melengkapkan mereka dengan Bahasa Inggeris yang betul dan bukan setakat bercakap inggeris semata-mata tetapi berbahasa inggeris yang sebenarnya. 

    Setidak-tidaknya dijadikan subjek English 1119 itu di peringkat tingkatan 5 sebagai option yang digalakan kepada mereka yang serius untuk menguasai bahasa antarabangsa itu. Penekanan bukan sahaja setakat memperkuatkan Bahasa Inggeris tetapi juga bahasa-bahasa ilmu yang lain seperti bahasa jepun, mandarin dan yang lain-lain.

    Saya bersetuju supaya medium persekolahan dinegara kita ini di dalam bahasa kebangsaan. Dalam ‘obsession’ kita untuk menguasai bahasa lain kita tidak boleh membiarkan bahasa kita sendiri tidak terbina. Bahasa jepun menjadi bahasa antarabangsa kerana sikap patriotik orang jepun untuk memperkayakan bahasa mereka. 

    Bahasa mereka maju bukan dicapai dalam sekelip mata. Bahasa mereka maju kerana perjuangan bangsanya memperkayakan bahasa mereka sejak ratusan tahun dahulu. Maka kita juga berkewajipan untuk membina bahasa kebangsaan kita terus menerus sehingga bila-bila; dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

    Dalam isu PPSMI ini saya membuat ‘conclusion’, yang bahasa Inggeris tidak akan berjaya diperkayakan jika diteruskan pengajarannya dalam dua subjek ini malahan ia akan membantutkan usaha untuk membina bahasa kebangsaan kita. ‘It will be neither or there’.

    Adalah lebih baik jika PAGE mendesak kerajaan supaya memberikan masa pembelajaran yang secukupnya kepada subjek English 1119 di ajar secara serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan kita. 

    Itru lebih potensinya untuk bahasa Inggeris dikuasai oleh murid-murid yang akan berguna untuk masa depan rakyat dan negara.

    Hentikan mengambil keputusan berdasarkan kepada kehendak politik sesuatu pihak kerana jika ianya terus di lakukan secara begini kita tidak akan kemana-mana. Kita perlu ingat yang kita sudah merdeka selama 54 tahun dan tidak ada sesiapa di dalam dunia ini yang akan menyangka yang kita masih lagi terkial-kial untuk menentukan jalan serta arah kemajuan untuk bahasa dan penggunaan bahasa bagi rakyatnya yang berbilang kaum ini.

    Keadaan yang kita hadapi ini sudah cukup untuk membuat ‘conclusion’ yang bahasa selama ini telah menjadi alat politik bagi setengah pemimpin yang lemah dan tidak berupaya mengurus negara yang kita cintai ini.

    Mungkin cadangan Dr Mahathir untuk mengadakan referendum terhadap isu ini perlu di pertimbangkan. Dr Mahathir berkata ini undang-undang manusia bukannya undang-undang tuhan kerana ianya boleh di mansuhkan. Cadangan ini agak lebih demokratik jika kita mahukan pandangan rakyat yang sebenarnya terhadap isu ini.

    Hanya saya ingin menekankan sekali lagi yang pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris tiu tidak boleh pelajar menguasai bahasa Inggeris kerana mmetamatik dan sains ini adalah ‘subjek yang ‘quantitative’ dan tidak mungkin bahasa inggeris boleh dipertingkatankan penguasaannya jika PPSMI ini terus di laksanakan.

    meLAYU..tak boleh kawal negeri MELAYU


    meLAYU? tak boleh kawal negeri MELAYU?


    by ELBI RISALAH
    http://dialograkyat.blogspot.com/2011/08/rasuah-dan-kebocoran-pintu-masuk-negara.html

    Oleh : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA


    ISU KEMASUKAN pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bukanlah perkara baru. Peluang pekerjaan di negara ini menjadi daya tarikan kepada pekerja asing untuk merebut peluang mencari rezeki. Walau bagaimanapun, kemasukan warga asing tanpa kawalan dan penguatkuasaan boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif selain masalah pemerdagangan manusia.

    Antaranya kaitan dengan pertambahan kadar jenayah, permasalahan sosial, pertembungan budaya dan aspek kesihatan. Namun begitu, tidak kurang pula wujudnya pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada kebanjiran kemasukan PATI dengan perlakuan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan.

    Menyedari wujudnya ruang dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI ke negara ini, SPRM mengambil tindakan menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk negara. Sebelas Kertas Siasatan (KS) telah dibuka bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan enam KS dibuka bagi tujuan siasatan bawah Seksyen 41 Akta SPRM 2009.

    Antara tindakan operasi yang dijalankan adalah ke atas maklumat berhubung kemasukan warga Indonesia tanpa permit perjalanan yang sah. Mereka telah dikehendaki oleh dalang-dalang tertentu untuk membayar sejumlah wang kepada pegawai Imigresen sebagai jaminan agar tiada masalah timbul khususnya di pintu masuk Pelabuhan Klang.

    “CORRUPTION Ranges From Active Involvement To Passive Negligence, And It Is Often The Lubricant That Allows Victims Be Selected, Transported And Held Against Their Will”.

    Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati kira-kira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70.00 hingga RM100.00 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan imigresen.

    Kebanyakan mereka ini yang masuk ke Malaysia semata-mata hendak mencari peluang pekerjaan. Kadar bayaran levi pekerja asing oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah antara RM360.00 hingga RM1,800.00 setahun mengikut sektor pekerjaan. Manakala yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60.00 hingga RM110.00 seorang.

    Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800.00, Kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur imigresen yang berpunca daripada amalan rasuah.

    Menurut laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Mac 2010, Menteri Dalam Negeri menganggarkan kira-kira RM171 juta dibelanjakan ke atas pengurusan tahanan dan pengusiran PATI dalam tahun 2009. Kos makan sahaja bagi tahanan di 13 depoh tahanan seluruh negara boleh mencecah RM341,881.00 sehari. Akibat kebanjiran PATI ini Kerajaan terpaksa menanggung kos-kos lain yang sukar dianggarkan daripada aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

    Melalui tindakan SPRM untuk membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan dalang kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir pegawai Jabatan Imigresen yang hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka yang menerima sogokan sehingga RM60,000.00 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam.

    Ini adalah antara punca yang menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi PATI. Malah terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000.00 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram. Ini termasuklah bagi melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

    Hasil tindakan operasi yang dijalankan, seramai sebelas orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap. Sembilan daripada pegawai JIM yang ditangkap bertugas di Jeti Penumpang Pulau Ketam, manakala dua lagi adalah pegawai yang bertugas di Jeti Port Dickson.

    Secara keseluruhannya sebanyak RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai tersebut telah disita. Jumlah nilai aset yang disita adalah berjumlah RM117,400.00.

    Kejayaan membanteras kebocoran pintu masuk negara dalam operasi yang dijalankan ini adalah hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di pelabuhan atau pintu masuk. Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen ini telah menyebabkan satu langkah drastik dilakukan JIM iaitu dengan melakukan rombakan besar-besaran.

    Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota dan pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan bagi memastikan ‘jalinan rangkaian’ antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk PATI ke Malaysia dapat dihentikan.

    Dalam masa yang sama, JIM dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan ’pencerobohan’ berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.


    by ELBI RISALAH

    Oleh : Aspan Alias 
    http://penpasksgb.blogspot.com/2011/08/pilih-perdana-menteri-mengikut.html



    ‘Semakin hari semakin lemah’. Begitulah pandangan orang ramai terhadap kepimpinan hari ini. Kalau dahulu kta beranggapan yang Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling lemah, tetapi rupa-rupanya pandangan itu samasekali meleset. Dengan keadaan sebegini jika pimpinan masih mengambil pengganti dengan cara konvensyen iaitu siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

    Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen ini menyumbang banyak masalah kepada negara kerana pimpinan UMNO akhir-akhir ini sudah tidak mampu lagi untuk mengekalkan kredibiliti sebagai parti yang unggul untuk dijadikan sebagai badan siasah yang mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

    Bagi saya kita perlu memilih Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara, iaitu Perdana Menteri dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan di dalam Dewan Parlimen itu. Dengan cara ini maka risiko rakyat mendapat pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan berkurangan.

    Jika pucuk pimpinan UMNO itu dipegang oleh seorang pemimpin yang terlalu di ragui oleh rakyat maka negara akan menjadi kacau bilau politiknya. Keadaan sekarang sudah berlainan. Dulu UMNO dipimpin oleh mereka yang mengutamakan negara tetapi sekarang UMNO di pimpin oleh mereka yang mahu jadi ketua kepada negara walaupun tidak berkepimpinan. Seorang ketua tidak semestinya mempunyai kepimpinan.

    UMNO sudah tidak mungkin mampu untuk memilih kepimpinan yang betul kerana sistem pemilihan secara delegasi itu masih diamalkan. Dengan bercambahnya kegiatan rasuah politik sekarang ini maka, hanya mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang besar sahaja yang akan menjadi pemimpin. Pendeknya UMNO tidak lagi mampu untuk mempersembahkan kepada rakyat pimpinan yang benar-benar berkepimpinan.

    Mereka yang jujur dan berkepimpinan yang sepatutnya di persembahkan kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin yang berkepimpinan hanya duduk di tepian dan inilah masalah yang paling rumit dan sukar untuk di perbaiki. Yang hendak kita selamatkan ialah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum ini.

    Bagi pandangan yang bertanggungjawab pemilihan Perdana Menteri melalui pemilihan di Dewan Parlimen itu lah yang paling sesuai untuk masa dan generasi sekarang. Hanya yang perlu di lakukan ialah untuk memilih di kalangan ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam untuk di tonjolkan dan dan disokong oleh Dewan Rakyat itu, tidak kira dari parti apa sekali pun.

    Pandangan ini jangan di anggap sebagai pandangan di luar kotak. Ianya ada termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidak ada parti dalam negara ini samada di dalam BN atau pembangkang yang menolak kenyataan yang negara ini mesti di pimpin oleh seorang Melayu tetapi Melayu itu biarlah Melayu yang berwibawa dan di hormati serta diterima oleh semua kaum dan pihak. PAS mengakui yang pimpinan negara kita mesti di kalangan Melayu dan beragama Islam. DAP pun begitu. DAP tidak mahu mencuba untuk mengambil tempat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Besar kecuali di dua buah negeri-negeri ‘Straits Settlement’ iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

    DAP mengakui serta menerima yang negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu mesti diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif Melayu yang beragama Islam. Ini jelas tetapi pihak yang memerintah tidak mahu memberikan gambaran yang sebenarnya ini kerana permainan politik untuk mengelirukan pandangan ramai terhadap isu ini.

    Cara konvensyen ini hanya boleh di teruskan jika UMNO berjaya mencari seorang pemimpin yang dihormati ramai. Memenangi kerusi Presiden UMNO itu hanya merupakan pilihan ahli-ahli UMNO tetapi dia bukan pilihan orang ramai. Sebenarnya pemilihan itu bukannya pemilihan ahli-ahli UMNO yang ramai pada hakikatnya tetapi hanya pemilihan dari delegasi seramai 3 ribu orang sahaja.

    Masakan pilihan 3 ribu manusia Melayu yang menjadi delegasi dalam pemilihan itu merupakan satu representasi bagi 29 juta rakyat negara? Yang 3 ribu orang itu pun selalunya dikongkong oleh permainan politik wang dan kuasa yang sangat merbahaya kepada masa depan politik dan kesetabilan negara. Ramai di antara delegasi itu memilih pada siapa yang membayar mereka. Itu sebabnya ramai di antara perwakilan itu boleh membeli kereta baru dan menyelesaikan masalah hutang rumah dan sebagainya.

    Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO tidak memilih pemimpin yang berkemampuan tetapi yang memilih pada siapa yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang banyak dan bertimbun. Selagi isu ini tidak dibereskan selagi itulah negara tidak akan dapat pemimpin yang sebenarnya.

    Kita terpaksa memilih seorang Perdana Menteri ‘beyond the domain of political parties’. Kita perlukan pembaharuan yang drastik semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keluhuran sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita.

    Apabila kita orang Melayu gagal untuk mencari kepimpinan ianya merupakan satu kegagalan yang sengaja di cari-cari oleh kita semua kerana kita tunduk kepada wang dan kuasa yang telah memecahkan rakyat dan negara kita ini.

    Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita.

    Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk menjadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan.

    Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India.

    Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing.