ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 6 November 2011

US Kudakan Saudi Jatuhkan Kerajaan Islam


US Kudakan Saudi Jatuhkan Kerajaan Islam


US dalam usahanya menjajah Iran iaitu Kerajaan Islam terakhir abad ini mengadakan berita kononnya Iran terlibat dalam rancangan untuk membunuh duta Saudi ke US. Sebagai orang yang beriman, sikap kita terhadap berita sedemikian patutnya berpandukan firman Allah dalam al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6) "

Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.

Sebab turunnya kalam Allah Ta'ala ( إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ ) ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al - Hafidz Ibnu Katsir rohimahulloh dan selain beliau bahwa ayat ini turun pada kabilah Mustolaq, suatu kabilah yang telah masuk Islam, dan Nabi s.a.w memerintahkan mereka dan selain mereka untuk membayar zakat dari kalangan kaum muslimin, akan tetapi terdengar kabar bahwa kabilah ini enggan membayar zakat akan tetapi Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam memutuskan sampai Allah Ta'ala mewahyukan ayat ini.

Kemudian datanglah pemimpin kabilah tersebut kepada Nabi s.a.w dalam keadaan meminta udzur dan dia menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahwa utusan beliau dan surat beliau belum sampai pada mereka. Dan Allah S.W.T telah menjaga Nabi s.a.w dari ketergesa-gesaan dan pemahaman yang salah atas suatu kaum padahal mereka tidaklah berdosa. Dan hanyasannya utusan yang diutus oleh Nabi belum sampai pada mereka disebabkan dari sebab-sebab yang Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Maka mereka adalah orang-orang yang tidak menghalangi atas penunaian zakat dan tidaklah mereka menyelisihi perintah Allah S.W.T.

Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal ketika di tanya pemberita di Austria tentang berita tersebut dengan lantang menyatakan," Mereka akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan, dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya". Seperti kebiasaan Saudi menanggap US adalah rakan sejati mereka dan pasti akan mendapatkan bantuan ketenteraan US untuk mehancurkan Iran, kerjasama bagi meluaskan penguasaan US-Yahudi didunia Islam.

Rancangan Saudi dan US untuk menyerang Iran bukanlah perkara baru, seperti didedahkan oleh lapuran Wikileaks, Menteri Luar Saud al-Faisal semasa perjumpaan di Kaherah dengan diplomat US David Satterfield pada May 2008. Beliau meminta dikerahkan askar arab yang disokong kekuatan udara US dan NATO untuk menghancurkan Hizbollah yang menentang Israel dengan penyokong kuatnya iaitu Iran.

Pendedahan oleh wikileak ini merupakan satu penghinaan, tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam seorang pemimpim yang mengaku Penjaga Dua Tanah Suci (Mekah & Madinah) meminta bantuan musuh Islam dan Umat Islam apatah lagi dari pemimpin Yahudi & Nasrani untuk melancarkan peperangan keatas negara Islam lain (Iran).

Pakatan Saudi-US bagi menghancurkan dan menjajah negara Islam lain berlaku dari dulu lagi. Ia bermula dengan penyerahan Palestin kepada Yahudi juga hasil kerjasama Saudi dan US, begitu juga penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan. 


Dalam penjajahan terhadap Iraq, Saudi menerima bulat-bulat saranan US bahawa Saudi akan diserang oleh Saddam. Dengan serta-merta Saudi memberikan kerjasama sepenuhnya kepada US dan menyediakan sebuah bandar Dahran sebagai pengkalan ketenteraan US untuk melakukan serangan keatas Iraq. Dalam perang Afghanistan, Saudi dan US bekerjasama mewujudkan kononnya rangkaian al-Qaeda bagi mengesahkan serangan keatas Afghanistan. 

Hubungan akrab King Abd Aziz dan Franklin D. Roosevelt

Kerjasama Saudi-US ini bermula sejak dari penubuhan awal Saudi selepas menjatuhkan kerajaan Khilafah. Pada tahun 1897, Zionist merancang untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Sepuluh tahun kemudian dalam tahun 1907 British memutuskan dalam London Colonial Conference untuk membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa menjadi Timur Tengah dalam keadaan tidak aman. Ini membawa kerjasama British dan Zionist bersama dan mereka bergabung menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah Turki ketika perang dunia 1.

Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Frienship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah memberi amaran tentang fitnah yang datang dari Najd ini;

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Saud inilah keturunan Dzul Khuwaisirah yang diberitahu Rasulullah s.a.w dalam hadis ini;

Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bahwa Abu Sa’id Al Khudri radiallahu ‘anhu berkata kami bersama Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan Beliau sedang membagi harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah Dzul Khuwaisirah dan dia seorang laki-laki dari bani Tamim, ia berkata “wahai Rasulullah berbuat adillah!”. 


Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “celaka engkau, siapa yang bisa berlaku adil jika aku dikatakan tidak berlaku adil, sungguh celaka dan rugi jika aku tidak berlaku adil”. Umar berkata “wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya”. 


Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “biarkanlah ia, sesungguhnya ia memiliki para sahabat dimana salah seorang dari kalian menganggap kecil shalat kalian dibanding shalat mereka dan puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al Qur’an tetapi tidak melewati tenggorokan mereka, mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. 


Dilihat mata panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat pegangan panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat batang panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat bulu panahnya maka tidak nampak apapun sungguh ia mendahului kotoran dan darah


Ciri-ciri mereka adalah seorang laki-laki hitam yang salah satu lengannya seperti payudara perempuan atau seperti daging yang bergerak-gerak dan mereka keluar saat terjadi perselisihan di antara orang-orang. Abu Sa’id berkata “aku bersaksi bahwa aku mendengar hadis ini dari Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan aku bersaksi bahwa Ali bin Abi Thalib telah memerangi mereka dan ketika itu aku bersamanya, maka ia [Ali] memerintahkan untuk mencari laki-laki itu, akhirnya orang itu ditangkap dan dibawa kehadapannya maka aku bisa melihat ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] [Shahih Bukhari 4/200 no 3610] 

Sikap Dzul Khuwaisirah ini amat nyata dalam fahaman agama mereka yang ibadat mereka adalah tulin bahkan hebat melebihi Rasulullah s.a.w. Kita dapat lihat mereka telah menghapuskan semua tinggalan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat yang amat penting untuk iktibar umat Islam dan menjadikan Mekah dan Madinah sebuah bandaraya metropolitan yang mengundang penguasaan Yahudi dalam gedung-gedung perniagaan dan perhotelan!


Wallahu'alam.


Pemandu lori berang Polis sebut "pukimak"

KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan.

Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agarmembuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul.


Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya.

Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu.

Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindakmeleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya.


Popout

Sumber: [FreeMalays]

ReJaM© "Budak-budak, kalau mencarut kena penampar mak bapak..."

No comments:

Post a Comment