Salam Sejahtera...
Nampaknya Timbalan Presiden PAS telah dijadikan mangsa korban sempena hari raya puasa ni, walaupun hari Raya Korban masih jauh lagi, lebih kurang 2 bulan 10 hari lagi..
Mad Sabu mengikut perkiraan UMNO mesti dihapuskan, ia terlalu merbahaya untuk masa depan UMNO...
Maka anjing-anjing peliharaan UMNO yang masing-masing dah pun kekenyangan mula menyalak mengikut arahan tuannya untuk dari ekornya disentap oleh tuan-tuannya yang tidak berperikemanusiaan..
Kalau semalam UMNO menggunakan anjing baka Sarawak, pesara Renjer, tetapi hari ini UMNO menggunakan anjing terhebat pesara dari IGP yang paling pengecut..
Sedap betui sipengecut kata Mat Sabu pengganas, oii tolong sikit, bagi tau kat umum, apa definasi pengganas, dah berapa biji hotel kat Malaysia ni yang kena bakar angkara Mat Sabu, dah berapa ramai rakyat Malasyia yang dah kena culik dijadikan tebusan oleh Mat Sabu, habak mai sini,,,
Siapa yang sebenarnya penggnas, UMNO atau PAS, ingat lagi dak hangpa 2 orang Setiausaha Mahathir (2 Dollah) yang ditahan ISA kerana terlibat dengan komunis,,, Orang PAS belum pernah lagi kena tahan sedemikian, melainkan dituduh anggota KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) itu pun sebab pergi berjihad melawan Komunis no 1 Russia di Afghanistan.
Mad Sabu Pengkianat - Apa rahsia negara yang dah Mat Sabu jual kepada negara, siapa lebih khianat PAS atau UMNO, bagaimana dengan Pulau Batu Putih, Stesyen Keretapi Bukit Cagar Singapura yang terlepas kepada Negara Singapura, tidak khianat kah itu, bila harta negara terlepas ke negara asing, begitu juga telaga minyak diperairan negara sengang-senang diberikan kepada Berunai, tidak khianat kah itu,,,,
Siapakah yang lebih khianat bila menjadi saksi utama bawa usung tilam ke mahkamah kes liwat 1 Anwar Ibrahim tahun 1998, hasil dari kerja-kerja terkutuk itu dapat menjawat pangkat no1 dalam polis,, tidak khianatkah itu dalam tugas sebagai anggota polis....
Wahai rakyat Malaysia, sepatutnya kenyataan Mat sabu itu diperbincangkan semula, silalah jemput tokoh-tokoh akedemik, pakar sejarah untuk menilai balik apa yang diperkatakan, bukan sekadar tengok TV cerita Bukit Kepong arahan Jin Shamsudin,, tak jadi,,, panggil itu , Prof Khoo Khay Kim, biar ia sahkan betul atau tidak,
Suruh Langkau anak Kanang, Musa Hassan yang menyalak, apa yang dia tau,, suruh ajar tabik hormat nak membodek boleh la....
Video "Kontroversi" Mohamad Sabu: Antara Fakta Dan Auta
Inilah ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan 'menghina" pejuang negara oleh lidah syaitan Umno-APCO, Utusan Meloya.
Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.
Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.
Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.
Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.
Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?
Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD??
by Manjungmari
Salam Sejahtera..
Baru-baru aku ada terbaca yang Najib ada mengumumkan satu pemberian khas buat bekas tentera yang sewaktu berkhidmat dianugerahkan pingat Seri Panglima gagah Berani yang berjumlah RM1000.00.
Berikutan dari pengumuman tersebut mamat dalam gambar dibawah di turut tersenarai.....
RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.
Maka hari ini lihatlah riak wajahnya,,, seolah-olah rasanya ia masih lagi warrant officer agaknya,,, sudah-sudahlah bro,, lu joint army tahun 62, kes Serangan Bukit Kepong yang Mat Sabu ceritakan tu tahun 50,,,
Aku agak mamat ni telanjang bulat lagi waktu kejadian Bukit Kepong tu,, cawat pun tak pakai lagi,,, .... nak tahu sejarah sebenar kisah tersebut sila baca kat malapeta-31-ogos.
Kesian-kesian... dah tua-tua kena tipu dan diperbodoh oleh UMNO,,, berapa ringgit lagi lah dapat upah tu....
14:53 (7 hours ago)
Salam Sejahtera...
Apa cerita ni dengan kisah Menteri pakar bakar jambatan....
Baru-baru ini mahkamah dah istihar bapak menteri sudah menang perbicaraan, dapat hadiah lumayan jutaan ringgit pak... aduh pak... jadi orang kaya baru...
Dua tiga hari yang lalu,, bapak dengan seikhlas hati murni menyuruh para blogger meminta maaf sama memanda Perdana Menteri,,, aduh pak kenapa boleh jadi begini, sejak kapan perdana menteri menjadi seorang yang pemaaf....
Hari ini aku jadi bingung,,, hairan ya pak menteri,, kenapa ya,,, dunia sudah mau kiamat ya pak,,, berpusing-pusing jadinya... bapak menteri pulak yang disuruh meminta maaf,,, aduuuhh pak...klik . rais-mesti-minta-maaf-rtm-siar-berita-palsu-hasutan-mengenai-murtad
Add starLikeShareShare with noteEmailKeep unreadSend toAdd tags 13:21 (9 hours ago)
Salam Sejahtera...
Sekejap tadi sementara nak tunggu berita jam 1.00 NTV7, tukar channel tengok TV3 Melodi, perangai tingkah laku artis,, terkejut aku kerana artis-artis Malysia ni hebat-hebat belka, sama taraf dengan pemimpin UMNO, apa tidaknya.. ada artis yang dah kencing hamba Allah gambar di bawah ni...
Member ni sekarang dah pokai, sebelum ni dia jadi ajen kutip duit kat kawan-kawannya pi bagi kat artis tu untuk melabur, nasib baik ada agreement lengkap,
Yang mebuat lelaki tu hangat, artis tu sekarang siap boleh beli rumah dan sebagainya, tetapi duit yang dia labur tak mau nak bayar, no hp ditukar, bila call bininya yang jawab, kalau artis jawab, cerita hai lain..., report polis dah dibuat...
Cuma yang aku mushkhil siapa artis tu, yang dia dok simpan siapa artis tu kenapa,, sekurang-kurang orang lain boleh tahu dan jangan tertipu,, aku sempat terdengar dari kawan lelaki tu merayu supaya artis tu bayar balik wang kawannya, janganlah dengan imej ulama, tetapi nak menipu... mak oii sapa artis ni....
No comments:
Post a Comment