ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 9 November 2011

Hasutan ..sex ..sex ..sex


Hasutan ... sex ... sex ... sex..


Sia-sia sahaja kita berjuang dan berkorban. Menyangka berada dipihak yang benar. Sedangkan semuanya telah diatur dengan teliti oleh musuh Islam. Bukan Islam pula dipengaruh agar bersatu menjarakkan diri sejauh mungkin dari Islam sementara penganut Islam pula diheret dalam berbagai isu remeh temeh terutamanya perkara sensitif. Dipecah belahkan menjadi sekecil mungkin.

Kita tertipu lagi dan mungkin akan terus ditipu berterusan. Saling berbalah dan menyalahkan. Menghina sesama insan seagama dalam pelbagai ragam dan gaya. Dalam kelompok Islam ini telah dirancang supaya terbahagi kepada tiga kumpulan besar, dua darinya sangat menguntungkan pihak perancang tidak kira ke mana arah kiblat politik mereka. Pertama ialah Wahhabi dan kedua ialah Islam Liberal. Kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama secara amnya. Membuahkan cara fikir ke arah Islam Moden dan disaran supaya berinteraksi bersesuaian dengan dunia nyata. Pihak ketiga telah dituduh sebagai golongan Islam orthodox, ketinggalan zaman dan berfikiran kolot. Kini wujud satu gerakan mempertikai setiap saranan dan pandangan ulama yang berpegang kepada konsep Ahlussunah wal Jamaah.

Malapetaka ini menjadikan Islam semakin layu dan tidak mendapat sambutan dari pencari kebenaran. Dakwah menjadi semakin berkecamuk. Pendakwah pula bukan terdiri dari mereka yang arif atau benar-benar berilmu menyebabkan Islam mudah dipersenda. Kita dihidangkan pendakwah bekas "seniman" yang telah mendapat hidayah bertukar menjadi penceramah. Malangnya yang didakwahkan hanyalah mereka yang telah pun Islam, bukannya orang bukan Islam. Tidak salah, malah kita berbangga dengan kehadiran bekas "seniman" sebagai pendakwah tetapi biarlah ia berlandaskah kalimah tauhid dan penuh ikhlas tidak menjadi pendakwah parti politik untuk menarik undi.

Akibat dari suasana ini, ramai yang menjadi mangsa. Sebahagian penganut Islam yang sedang mencari jalan pulang juga turut terkeliru dengan pelbagai "fatwa" yang memihak kepada sesuatu puak. Kecenderungan ini menjadi semakin parah. Bukan akidah menjadi tunjang dakwah tetapi lebih menjurus kepada menyalahkan pihak lain dalam permasalahan agama. 

Kegairahan politik jelas memberikan kesan besar kepada kemunduran ini, dan kita pastinya semakin dihanyutkan arus ke lembah "kejahilan" dan akhirnya tidak akan faham apakah itu "Dua kalimah Syahadah" kerana asyik bertengkar mengenai hukum hakam dan pendekatan. 

Bagaimanakah keadaan jenerasi selepas kita? Amat membingungkan. 

Sex telah diangkat sebagai satu subjek penting dalam kehidupan. Di mana-mana terserlah siaran mengenai ""sex"". Bermula di TV, filem, video, majallah dan akhbar, apatah lagi internet rata-rata memuatkan iklan dan adegan sex untuk menyalurkan pemikiran manusia ke arah sex terlarang. Tiada siapa dapat keluar dari kongkongan ini, malah anak kecil yang belum tahu apa itu sex juga sudah mula tertarik kepadanya dan cuba memikirkan apa itu "sex".

Tarikan awal yang menyuntik keinginan untuk mendapat "kelazatan" liar ini disogok pula dengan berbagai kempen yang menyongsangkan kepercayaan agama. Matlamat mereka ialah semua manusia akan meninggalkan kepercayaan agama, jika pun masih dikatakan mempunyai agama, ia cumalah di atas kertas sahaja. Cara hidup mereka tidak ubah seperti haiwan melata. 

Setelah hubungan sex berlaian jantina menjadi laris dan mendapat tempat, hubungan sex luar tabie pula diperiklankan. Negara yang tidak menyokong perjuangan mereka akan dianggap sebagai "kejam" dan dilabel sebagai tidak melaksanakan "hak asasi" manusia sebagaimana sewajarnya. Negara-negara ini akan terus dibelasah dan dimusuhi sehinggalah mengalah terhadap desakan mereka. 

Pemimpin yang mempunyai pengaruh akan diperangkap supaya melakukan aktiviti seksual terlarang, ada diantaranya akan tersalah langkah dan terjerumus dengan mudah ke dalam perangkap yang disediakan. Kemudiannya "berita" disebarkan dalam media. Oleh kerana peristiwa ini melibatkan orang terkemuka, serta-merta ia diangkat sebagai satu skandal. Berita sensasi seperti ini tentulah mendapat perhatian ramai. Sex telah dapat dipromosi dan dijaja ke segenap pelusuk daerah termasuk kampung pendalaman.

Akhbar juga mengambil kesempatan melariskan jualan. Iklan murah ini akan menghadiahkan pelbagai keuntungan kepada pencaturnya. Selain meruntuh nilai dan memalukan penganut sesuatu agama, ia juga dapat "menarik" masyarakat dunia terhadap "kehebatan sex" dan nikmatnya yang pastinya akan membawa kerosakan moral.. Huru-hara sosial dan meruntuhkan keharmonian keluarga. Jesuits seperti menadah nyiru untuk memurtadkan sebayak mungkin orang Islam yang telah terbelenggu dan hilang pedoman. Inilah formula yang dipakai untuk melumpuhkan komuniti Islam di dunia termasuk di negara ini.

Pencatur ini tidak lagi layak dipanggil manusia sebaliknya hanya sesuai dipanggil syaitan. Mereka tidak pernah ambil peduli apa yang masyarakat anggap. Mereka lebih gembira melihat keruntuhan tamaddun manusia terutama musuh terakhir mereka iaitu Islam. 

Masyarakat baru (sekarang dan akan datang) akan terus terpesona dengan iklan yang dipaparkan setiap hari. Mereka terpedaya dengan mudah (mind control) dan akhirnya secara terpaksa mempercayai bahawa semua ini adalah wajar dan adil. Untuk menjaga maruah, mereka terdesak dan cuba mencari alasan untuk mewajarkannya. Semakin moden manusia itu semakin jauh mereka dari "kebenaran" dan akan terus dihasut untuk menghalalkan "kepalsuan". Kejahilan yang dipaksakan ini akan terus memberi kesan negatif dan tentulah tidak mudah melepaskan diri darinya. 

Untuk mempermudahkan mereka melakukan kejahatan terhadap diri sendiri, umat Islam yang telah dimangsakan ini akan mengalih perhatian kepada Islam Liberal yang jelas tidak begitu pentingkan peraturan agama. Akhirnya mereka menuju ke arah "murtad" secara sah. Itulah klimaks segala caturan Jesuits yang amat licik.

Fitnah yang mengelabui hati setiap individu kini akan menjadi semakin berkecamuk dan akan tiba waktunya ia menjadi kronik. Sukar dipastikan dimana silapnya. Berlakulah insiden saling salah menyalahkan. Ada yang salahkan pemerintah (lazim), ada pula yang salahkan ibu bapa dan tidak kurang pula yang menyalah para ulama. Jarang terdengar kumpulan yang menyalahkan "diri sendiri" termasuk mereka yang berkedudukan tinggi dalam agama dan disanjung sebagai orang alim.

Masa ini adalah paling sesuai Dajjal menzahirkan dirinya, maka berduyun-duyunlah manusia mengikutinya Malang yang menimpa Umat Terakhir ini amat dahsyat, tiada siapa dapat selamatkan mereka kecuali beruasaha membersihkan diri sendiri mulai dari sekarang. Untuk itu. carilah syahadah murni yang tidak tercemar dan genggamlah seeratnya. Berbaiahlah kepada manusia yang diamanahkan memegang kunci syahadah ini sebelum diperdaya Iblis.

Pesanan: Jauhilah himpunan manusia penganut Iblis "Queer Without Fear"

Wallahu a'lam.

Islam Pernah Dianuti Oleh Red Indian Di Amarika


Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
 tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembaliSyllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku AnasaziApacheArawakMakahHohokam,HupaHopiMahiganMohawkNazcaZulu, dan Zuni


Suku Makah yang menutup aurat


Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.


Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.


Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu. 


Lokasi Timbuktu


Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib(Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Mungkinkah Laksmana ChengHo Yang Sebarkan Islam Di Amarika

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana. 

Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya NegeriYunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

Untuk lebih memahami sila lihat video mengenai Islam di Benua Amerika di bawah; Muslims In American History : A Forgotten Legacy
Sumber : 
http://zharifalimin.blogspot.com/2011/10/sejarah-yang-digelapkan-islam-di-benua.html
http://islam.bloggermu.com/2010/12/ternyata-islam-sudah-ada-di-amerika.html

Patutlah tentera amarika(tentera salib) sejak berkurun lama melakukan proses penghapusan etnikcherokee,mungkin kerana puak itu adalah puak yang beragama Islam dan sudah mengamalkan sistem pemerintahan Islam.


dalam media barat puak asli Amarika ini digambarkan sebagai puak asli yang tidak bertamadun dan sebagainya mungkin kerana nak menyembunyikan kehebatan Islam.Wallahua'lam.
apa pendapat anda?





Cari N3 lama-lama disini

No comments:

Post a Comment