ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 10 November 2011

Bila Parti Politik tak boleh harap


Bila Parti Politik tak boleh harap "direct democracy" pilihan kita!



Setiap hari, kita mendengar sebutan
kepada demokrasi: demokrasi berparlimen, demokrasi Westminster, demokrasi Australia, demokrasi perwakilan, dan majoriti demokratik. Dan, sudah tentu,kita punya hadiah yang memberahikan buat mereka yang yang melanggar dan memusnahkan-(George Bush)

Frasa ini adalah gambaran yang salah, apa yang kita harus menerangkan dengan tepat sebagai produk perhubungan awam, propaganda, indoktrinasi, maklumat yang salah atau indoktrinasi; bergantung kepada perbendaharaan kata yang digemari anda. Apa yang perlu ialah kita mesti terus kepada , dalam konteks politik kontemporari, tiada kena-mengena dengan demokrasi tulen.


Salah satu akan membayangkan bahawa yang lebih separuh jalan orang pintar akan mengesyaki integriti perkataan yang digunakan sebagai sepanduk oleh George Bush ketika dia membunuh lebih daripada setengah juta orang awam Iraq yang tidak bersalah.


Jauh lebih itu pandangan mata kita kira - kira 70 tahun dahulu menyangka yang United MalaysNational Organisation adalah sebagai pembela melayu .Dan apabila masa berlalu dan
keadaan berubah maka United Malays National Organisation kini bertindak sebagai kuku besi bersama aparat Barisan Nasional nya.

Dalam keadaan itu kini kita telah melihat Pakatan Rakyat sebagai seorang wira penyelamat bangsa
yang baru.



Tapi dalam pada itu harus kita tertanya - tanya apakah Pakatan Rakyat itu akan datang seagai "malaikat" yang akan menyelamatkan Malaysia.

Janji manifesto segala manis di curah demi memperoleh majoriti agar dapat merampas kuasa dari Barisan Nasional tetapi hakikatnya kita sudah maklum bahawa sama seperti di Amerika Republikan dan Demokrat adalah umpama Coca - cola dan Pepsi Cola.



Manakala di Malaysia ini Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah umpama Susu Cap Teko dan Susu Cap Junjung.Andai kita buka salah satu nya tetap kita akan dapat minum susu juga.Maknanya cara penipu dan pembohongnya sama dan tak lari telonya.




Hakikat dan Realitinya di hadapan mata kita ialah ianya menjadi rutin mekanisme sistem
demokrasi dalam menaikkan dan menurunkan rejim tapi kaedah dan metodoloji pentadbiran dan cara kekuasaannya.Malah dalam pada itu sejarah semenjak revolusi Bolsheviks hinggalah ke Revolusi Mesir memperlihatkan bahawa regim yang baru di lihat lebih zalim dari yang lama.


Kalau dulu ramai umat islam turki meletakkan keyakinan kepada Mustaffa Kemal Attarturk untuk membawa perubahan setelah kejatuhan empayar Ottoman tapi apa yang berlaku selepas itu dan tak perlu kita perkatakan lagi biarpun kita menyaksikan berjuta rakyat russia selepas Stalin berkuasa selepas kejatuhan maharaja Tsar.


Begitu jua dalam kita meneliti betapa zalimnya Ayatollah Khameinei dan regim Mahmoud Ahmadinejad dalam beberapa siri pembunuhan rakyat iran selepas kejatuhan Raja Shah Mohammad Reza Pahlevi dan beberapa siri kezaliman regim ghanouchi ke atas para demonstran selepas kejatuhan Zine El Biden Ben Ali.

Di Tanah air kita pula baru sahaja beberapa tahun lalu ketika najib membentangkan belanjawan terdapat ahli parlimen yang di pilih rakyat melalui pilihanraya dan di bayar elaun yang tinggi dan punya "claim" atas semua kos perjalanan dan tempat tinggal di lihat gagal menghadirkan diri dalam dewan rakyat.

Realiti tugas sebagai MP bukan di kawasan Parlimen atau di Kawasan DUN adalah di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau lebih mudah kita panggil ia sebagai Majlis Legaslatif.Kuasa yang di peruntukkan melalui undian untuk melantik wakil di persia kan begitu sahaja.



Ini lah realiti apabila kuasa demokrasi hanya di serahkan kepada perwakilan dan mudah jika kita katakan hak yang kita beri setiap 5 tahun sekali di perlakukan sesuka hati oleh ahli parlimen atau ADUN.Oleh itu kini sudah tiba masanya kita merubah segala - galanya.

Sudah tiba masanya kita memecahkan tradisi demokrasi yang di monopoli oleh parti - parti politik seperti PAS,PKR,UMNO,MCA,DAP,MIC ataupun KITA.Megapa harus kita biarkan kuasa kita diperwakilkan? selama ini demokrasi hanya di persepsikan hanya contengan di atas kertas undi.

Tetapi hakikat makna asal dan defininya iaitu "dari Insan Untuk Insan" terus di lupakan dan di bohongi golongan - golongan borjuis demi memonopoli kuasa dan secara automatik meng'eksploitasi hak golongan proletarian (Marhaein).

sepatutnya demokrasi beroperasi dari bawah ke atas,bukan dari atas kebawah.Kita sebagai rakyat lah yang sepatutnya menguruskan kerajaan dan bukan menyerahkan kuasa setiap 5 tahun sekali oleh kerana kesedaran ini sekumpulan anak muda telah mengambil inisiatif untuk membudaya Demokrasi langsung atau "Direct Democracy" pada setiap Sabtu di sebelah malam di dataran merdeka dengan apa yang di panggil sebagai#occupydataran.






Setelah di inspirasikan dari gerakan yang berlaku di dataran Puerta Del Sol di Madrid Sepanyol yang mengambil inspirasi dari dataran tahrir,anak - anak muda yang telah kehilangan kepercayaan terhadap pemuka - pemuka perti politik seperti najib dan juga anwar ibrahim merasakan kita lah sepatutnya membuat apa sahaja keputusan dalam negara ini dan bukan di monopoli oleh pemuka - pemuka politik.

Oleh itu bermula dari tarikh 29 julai 2011,pada setiap hari sabtu di sebelah malamnya bermula dari jam 8.00 malam mereka menggerakkan #occupydatarandalam usaha membudayakan demokrasi langsung melalui "The Parliament of Popular Assembly" dan menekankan pada prinsip perkongsian kuasa dan perkongsian kepimpinan.

Manakala dalam sistem demokrasi yang menolak pertempuran sesama sendiri kerana makna dan maksud demokrasi itu sendiri bukan pertempuran atau peperangan.Sebab itu seringkali manusia bermusuhan apabila pengundian dalam demokrasi di bahagikan kepada majoriti dan minoriti.Ini secara tidak langsung akan menjadikan demokrasi adalah sebuah medan pertempuran.








Ini Kerana pihak minoriti akan melakukan apa sahaja dalam merampas kuasa majoriti dan kerana sebab inilah "The Parliament of Popular Assembly" dalam #occupydataran
tidak mengamalkan pengundian majoriti atau minoriti tetapi mengambil pendekatan kepada Kata Sepakat atau "consensus" bagaimanakah caranya? mungkin agak pelik kerana agak sukar nak puaskan hati semua orang.

Sebab itu sistem dalam demokrasi langsung atau "direct democracy" direka agar semua orang dapat berpartisipasi dalam proses membuat keputusan.Berdebat,berbahas dan berdiskusi adalah mekanisme bagi menggabungkan dan meng'kombinasi'kan hak golongan minoriti dalam golongan majoriti dalam menghasilkan "Consensus" atau Kata Sepakat.




Demokrasi langsung atau "Direct Democracy" adalah satu bentuk kerajaan di mana orangsecara kolektif membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dan bukannya diputuskan oleh perwakilan(MP atau ADUN).Demokrasi langsung secara klasiknya diistilahkan sebagai "demokrasi tulen"(Real Democracy).


Bergantung kepada sistem tertentu yang digunakan,ia mungkin melibatkan usul Eksekutif,membuat undang-undang, melantik atau memecat pegawai-pegawai dan menjalankan perbicaraan.


Demokrasi langsung Berbeza dengan demokrasi perwakilan(mengundi ADUN atau MP).di mana kuasa penentu adalah terletak hak pada sekumpulan orang yang mana pada kebiasaanya berdasarkan pilihan raya.



Banyak negara yang mengamalkan demokrasi perwakilan termasuk malaysia membolehkan tiga bentuk tindakan politik yang hanya menyediakan ruang untuk demokrasi langsung yang begitu terhad iaitu referendum (membuat pungutan suara), inisiatif dan penyemakan semula.




Dalam hal ini Referendum kemungkinan boleh di tolak bila - bila masa sahaja kerana ianya bergantung kepada pertimbangan pemerintah.Secara effektif ianya hanya memberi hak kepada rakyat untuk memegang hak mengundi kuasa veto ke atas undang-undang kerajaan.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang demokrasi langsung atau "direct democracy" jom sertai kami dalam#occupydataran setiap hari sabtu jam 8.00 malam di bawah tiang bendera di dataran merdeka.

No comments:

Post a Comment