UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh.
Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang.
Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%.
Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luarUMNO itu sendiri.
Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap UMNO dan talibarutnya…!!
Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.
PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaungkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
PENIPUAN KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
PENIPUAN KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
PENIPUAN KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.
PENIPUAN KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.
Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.
PENIPUAN KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN
Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.
14 Sep 2011 (yesterday)
by LeeSlimShady