ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 11 September 2011

Tak Boleh Jual Nasi Lemak..BOGEL?


http://berita-harian-online.com/kaji-semula-larangan-jual-nasi-lemak/
Posted on the April 20th, 2011 under BeritaTempatan by johnjimat
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook



KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantinsekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.


Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang  sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan, katanya ketika mengulas laporan media hari ini berkenaan peraturan yang berkuat kuasa serta-merta.
Mengenai cadangan supaya Indeks Jisim Badan (BMI) dimasukkan ke dalam kad laporan prestasi pelajar, Hashim berkata, perkara itu sudah dilaksanakan menerusi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).
Mencatatkan BMI dalam laporan prestasi pelajar tidak membawa erti sekiranya ibu bapa sendiri tidak tekankan perkara kepada anak mereka…BMI sudah lama ada dalam subjek PJK, cuma ibu bapa sahaja tidak tahu, katanya. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad pula berkata, dalam usaha menangani obesiti di kalangan pelajar sekolah, penekanan harus diberi kepada pengambilan makanan di luar sekolah. Macam di kantin, makanan yang disediakan hanyalah makanan ringan. Jangan kita anggap makanan disediakan di sekolah sebagai satu bebanan, katanya.
Pesanan Penganjur >>>
Selain itu katanya, pihak sekolah juga tidak boleh memaksa pelajar untuk makan makanan selain yang mereka gemari.
Mohamed Sabri turut mencadangkan sekolah mengadakan pertemuan dengan ibu bapa bagi membincangkan isu obesiti pelajar.

Pandangan sama turut diutarakan Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang berpendapat nasi sumber karbohidrat yang penting.
Kalau perlu ia (nasi lemak) diganti dengan nasi biasa kerana nasi lemak mengandungi santan dan lemak yang berlebihan, katanya.
Noor Azimah juga tidak menolak faktor waktu rehat yang pendek menyebabkan pelajar mengambil makanan segera dan berlemak seperti nuget.
Bagaimanapun beliau bersetuju mengenai larangan penjualan makanan ringan di sekolah dan berharap langkah itu dilaksana dengan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan keberkesanan.
Noor Azimah turut berharap pihak berkepentingan membuat garis panduan selain meneliti kandungan pada setiap makanan ringan yang dijual.

Kelmarin, ketika mengumumkan peraturan baru itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, larangan itu bagi membendung pemakanan tidak sihat khususnya yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan bagi menangani masalah obesiti pada kalangan pelajar.- Bernama
Sumber : Harian Metro


Sumber : http://freemalays.blogspot.com/2011/03/jurugambar-rakam-gambar-dirinya.html


Seorang jurugambar, biasanya dikatakan harus mendedahkan (menunjukkan) seluruh jiwa dan raganya melalui gambar-gambar yang mereka ambil.


Berlainan pula dengan seorang jurugambar dari Paris, Erica Simone, dia telah melalui satu lagi tahap sehingga mendedahkan jasadnya sendiri semata-mata untuk memperolehi kepuasan di dalam fotografi. Dia mengambil gambarnya sendiri dalam keadaan bogel di sekitar jalan-jalan yang terdapat di tengah-tengah bandar New York.


Gadis berusia 25 tahun itu telah mengubah beberapa hari di dalam rutin hariannya di bandar kepada tugas seni dengan hanya menanggalkan pakaiannya. Ini bermakna, dia melakukan segala rutin hariannya seperti hari-hari biasa, bezanya, tanpa mengenakan pakaian di badannya.


Pada mulanya dia agak keberatan untuk melakukan kerja gila itu kerana dia tidak suka menunjuk-nunjuk. "Saya telah berjaya melakukannya pada hari pertama tanpa ditangkap" katanya bangga.


"Saya rasa ia adalah hasil kombinasi masa yang tepat dan tuah, tapi saya tidaklah terus berbogel sepanjang masa. Saya berpakaian penuh sehinggalah saya sedia untuk mengambil gambar" tambahnya lagi.


"Ini tiada kaitan dengan seks, sungguh gila kerana kita ada undang-undang menghalang orang berbogelSaya rasa lebih bebas dan selesa dengan berbogel, saya juga tidak malu terhadap kulit dan badan saya sendiri" ulasnya meluahkan perasaan.


Di dalam gambar-gambar yang diambil olehnya, memaparkan dirinya dalam keadaan bogel mencari buku-buku di perpustakaan, duduk di dalam bas, serta berjalan bebas di atas salji putih di luar apartmennya semuanya di dalam keadaan berbogel.


Dua puluh gambar-gambar bogel Simon akan dipamerkan di dalam sebuah pameran photografi terbaru yang diadakan oleh Simon, Nue York: Self-Potraits of a bare Urban Citizen, yang akan dibuka mulai bulan hadapan di Dash Gallery Tribeca.

Menurut Simon, dia mendapat inspirasi untuk mengadakan pameran ini semasa menghadiri Fashion Week dua tahun yang lalu.

Tambahnya lagi: "Sewaktu itu, saya berfikir tentang fashion danapakah akan jadi sekiranya kita berbogel? Bagaimana rupanya jika kita tiada sebarang fashion untuk menunjukkan siapa kita, status kita, berapa banyak duit yang kita ada?"

No comments:

Post a Comment