ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 14 September 2011

Tunku Abd Rahman...bukan pejuang MERDEKA???


Dataran Merdeka Kosong 16hb September 2011.. hahahaha...!!!!

Jika lu orang ingat suatu masa dulu gua berangin dengan Celcom dan terus tamatkan langganan perkhidmatan Telco nih.... sebelas tahun beb... lastly bukannya tau hargai pelanggan... loyar buruk lagi ada... jawapannya sayonara jelah.... hahaha...


Dan semua sedia maklum Celcom nih adalah penchachai tegar umPORno/beEnd.... itu perkara normal dalam urusan perniagaan di Malaysia.... mesti mau baaaaeeeekkkkk.... sama beEnd.... kalau tidak susah mau dapat projek atau kelulusan... hehehe... CEO Celcom pun nak hidup jugak beb..... waka.. waka... waka....


Dan petang tadi semasa minum petang dengan sorang member gua yang menjadi penchachai Celcom dah tunjukkan satu sms yang dia terima dari Celcom...., gua terus snap gambar sms tu.. hasilnya kurang memberangsangkan... cuma lu orang kena pakai kanta pembesar kalau nak baca hahaha....






Sebagai penchachai tegar beEnd dan isu negara di jajah atau tidak... samada Malaysia dah Merdeka atau belum... yang pasti 16 September ada keraian di Dataran Merdeka..., yang meragukan sekarang ini hinggakan Syarikat Telco seperti Celcom memainkan peranan memberi peringatan atau promosi free kepada pesta anjuran beEnd nih.... sebabnya mungkin diorang takut tidak mendapat sambutan dan ramai yang tidak hadir pada hari tersebut.... hahahaha....


Persepsi jahat gua mengatakan.... Keraaaajaan beEnd takut program diorang tak mendapat sambutan hangat seperti mana sambutan yang diberikan kepada BERSIH.....


Orang Merdeka dengan Perjuangan, angkat senjata dan pertumpahan darah.., Malaysia pula Merdeka dengan Pen dan Kertas hahahaha.... baaaeeekkkk... punya kowtim... setitik darah pun tak keluar.... dari sudut teknikal nampak cerdik... dari sudut definasi/makna perkataan "MERDEKA"... perghhhh... jauh tersasar beb... (ini pendapat peribadi gua laaaa..., pendapat profesor kong kang dan kling... mungkin lain kannnn... hahaha...)


Yang kompomnya... gua sekeluarga takan hadir pada hari tersebut kerana gua akan terbang ke Korea UtaraSelatan pada malam esok..... urusan business dan cuti-cuti... muakakaka...... kalau siang esok blog ni tak ber-update maknanya gua tengah sibuk packing barang.... untuk menghilangkan diri seminggu....


weeeiiii... Korea Selatan negara komunis ke...???? kalau negara komunis... nak jugak gua berkenalan dengan komunis baik dan komunis jahat kat sana.... kah...kah...kah....


So.... Selamat menyambut hari Merdeka dengan Pen dan Kertas.... gua ucapkan buat lu orang semua..... hahaha...
Subscribe in a reader


BAPA KEMERDEKAAN TUNKU DICABAR

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Lim Hong Siang |  http://www.merdekareview.com


 
"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan.""...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam.  Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".
A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.  Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British.  Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.
"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau.  Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan.  Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."
Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya.  Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja.  Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.  Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu.  Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen".  Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.
Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).
Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.
Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM.  John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu.  Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



Umno-APCO Bakal Hancur Angkara Bergolak Sesama Sendiri

ANALISIS




Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada perdana menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.



Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka.



Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya



Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke-50 yang paling berpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia.



Beliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut.



Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi pengarah urusan dan ketua eksekutif CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.



Pengaruh Nazir dalam landscape ekonomi memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya.



Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit.



Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan di mana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan.



Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.



MAS-AirAsia



Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham.



Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO.



Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.



Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines (MAS) untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan.



Air Asia yang kini sedang berhutang kelililng pinggang dan MAS yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak aset tetap.



Perjanjian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.



Urus niaga antara MAS dan AirAsia menimbulkan musykil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar.



Dalam kata lain urus niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan di mana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.



Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan.



Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi.



Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang ke atas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.



Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini?



Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama”- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.



Sime-E&O



Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Suruhanjaya Sekuriti (SC).



Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang menpunyai saham saham dalam ECM Libra.



Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan Mei.



Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatan UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati.



Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O?



Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.



Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit.



Ia dipenuhi pengkhianatan dan mempermainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya.



Dan ada lagi yang akan datang.


Bagaimanakah Nazir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua-dua urus niaga ini?



Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat urus niaga antara Sime dan E&O.



Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlahkan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.



Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker.



Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO.



Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu isu yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.



Huru-Hara apabila UMNO bagaikan Titanic



Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsur-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.



Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercayai adalah peluang keemasan yang terakhir.



Ini megatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini ke atas satu sama yang lain.



Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, ramai yang memihak Badawi membangkang.



Pertalian antara Tajuadin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan.



Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan” dan negara sebelum puak.



Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan taikun yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahathir, sasaran utama mereka adalah Najib dan Badawi



Najib yang diselubungi skandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali.



Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahathir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk memebolehkan anak mentua Badawi yang bercita-cita tinggi itu mengambil alih.



Dalam hari-hari yang akan datang akan berlakunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga Badawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal didedahkan.



Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri.



Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam.



Peperangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.


jalanpulang1978

No comments:

Post a Comment