Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.
Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu.
Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?
Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I
Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis.
Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil.
Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau.
Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…
Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.
Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran.
Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street…
Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja.
Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II
Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat.
Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya(1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.
Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Unioniaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu.
Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air.
Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara.
Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya…
Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakehdan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.
Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid.
Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-und
ang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah antara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.
Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak.
Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.
Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan.
Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ??? mat monggol kot?
Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…
Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini.
Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan.
Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia.
Kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.
Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNOadalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu.
Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.
Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh.
Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang.
Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%.
Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luarUMNO itu sendiri.
Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap UMNO dan talibarutnya…!!
Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.
PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaungkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
PENIPUAN KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
PENIPUAN KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
PENIPUAN KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.
PENIPUAN KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.
Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.
PENIPUAN KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN
Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.
14 Sep 2011 (yesterday)
by LeeSlimShady
DISIPLIN TPNM: MENYANGGAH FITNAH UTUSAN
13 September, Malaysiakini telah menyiarkan karikator fitnah kekejaman komunis utusan (klik sini). Finahan begini sebenarnya bagaikan asam garam bagi kami dan ini adalah lumrah perjuangan. Pejuang terdahulu seperti Datok Sagor, Datok Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain juga pernah alami nasib begini.
Walau apapun, kami mestilah memberikan jawapan agar mereka yang tidak tahu tentang kami tidak terkeliru.
Tahukah rakan semua bahawa kami iaitu Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang kemudiannya ditukar nama sebagai Tentera Rakyat Malaya telah mempertahankan perjuangan bersenjata selama 41 tahun lebih. Sudah pasti faktor yang utama ialah sokongan massa rakyat.
Tanpa sokongan ikhlas massa, perjuangan itu tak sampai 1 tahun memandangkan kekuatan penjajah yang ratusan bahkan ribuan kali ganda dari kami, baik dari segi tenaga manusia, kewangan dan alat persenjataan.
Satu patukan yang penting bagi kami ialah menaati disiplin. Baik atau jahat sesuatu pasukan tentera bergantung kepada disiplin dan di sini juga terletaknya daya tempur pasukan tersebut. Disiplin kami dikenali sebagai 4 Asas Disiplin dan 10 Fasal Perhatian.
Kedua-dua disiplin ini wajib dipatuhi oleh setiap perajurit, tak kira atasan atau bawahan, tak kira masa atau tempat. Jika atasan yang melanggarnya, disiplin yang dikenakan ke atasnya akan lebih berat lagi.
Salah satu disiplin kami ialah menghormati adat resam. Adat resam yang bermaksud di sini termasuklah adat isitiadat dan kepercayaan agama rakyat. Pernah seorang perajurit bawahan yang keluar ke kampung telah berseloroh dengan seorang kanak-kanak bangsa Thai yang bermaksud menghina tok kong yang dipakai kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak itu marah lalu memberitahu komander regu. Perajurit itu dengan segera dipanggil balik ke pasukan. Selain dikenakan disiplin tentera, dia diwajibkan membuat penyesalan yang jujur kerana telah melanggar disiplin menghina adat dan kepercayaan massa.
Dalam surat penyesalannya yang dibacakan di depan perhimpunan seluruh pasukan, perajurit tersebut menyatalan menyesal kerana telah menghina kepercayaan massa, kerana atas sokongan yang tulus dari massa rakyat, kita dapat meneruskan perjuangan bersenjata.
Di bawah ini dipaparkan disiplin Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
EMPAS ASAS DISIPLIN
Setiap tindakan patuh kepada perintah;
Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas benang pun dari massa (orang ramai);
Sebarang rampasan perang harus dirasmikan;
Dengan ketat menyimpan rahsia tentera.
SEPULUH FASAL PERHATIAN
Pertuturan hendaklah ramah-tamah;
Berjual beli harus adil;
Barang2 yang dipinjam harus dikembalikan;
Ganti kerugian barang2 yang dirosakkan;
Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan;
Menghormati adat resam;
Jangan memukul atau memaki orang;
Jangan merosaki tanam-tanaman;
Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;
Jangan menganiayai tawanan perang.
13 Sep 2011 (2 days ago)
BANGANG PUNYA PASAL TU SEBAB MASUK ASKAR!
by LeeSlimShady
Komunis masih ‘hidup’: PBTM-Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengakui ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan sekolah dan pusat pengajian tinggi untuk menghidupkan semula ideologi komunis.
Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, daripada maklumat yang diperolehnya mendapati risalah-risalah berkenaan diedarkan di tadika, sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi di di sekitar ibu negara.
Menurutnya, pihaknya mendapati pelajar sekolah seawal tahun satu telah mengetahui nama pengasas komunis dari China.
“Malah di sekolah berkenaan terdapat pendidik yang menjadi ‘tali ba-rut’ dan menyebarnya kepada anak murid mereka sejak setahun lalu.
“Ini menunjukkan guru dan pengetua sekolah berkenaan menjadi pendokong komunis moden, selain gambar-gambar pemimpin berkenaan ditampal dalam setiap bilik darjah.
“Apa yang dikesalkan mereka turut memburuk-burukkan kerajaan memerintah,” katanya.
Beliau berkata, fahaman komunis diajar dalam bahasa Melayu di sekolah aliran tertentu, bagi mempermudah pemahaman murid dari pelbagai bangsa.
Menurutnya, kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengharapkan bekas-bekas tentera terus berjuang terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.
Menurutnya, difahamkan di pusat pengajian tinggi, fahaman berkenaan memperincikan konsep sama rata dan beberapa bekas pemimpin komunis berbangsa Melayu dipergunakan untuk menarik sokongan penuntut Melayu.
“Mereka ingin melihat reaksi dan sambutan penuntut dalam perkara ini sama ada berdiam diri mahupun memberi sokongan atau sebaliknya.
“Ini menunjukkan komunis moden tidak lagi berperang di dalam hutan sebaliknya melalui mata pen serta media baru seperti Internet,” katanya.
Macam ni la Orang Bangang! suruh sekolah pandai - pandai tak nak? lari.....lepas tu bila tak pass periksa terus masuk askar,tu pasal la bangang! woi mangkok,kalau kau sempat masok Universiti rasanya kau tak bangang macam ni ngok! Komunis tu bukan pemikiran politik atau cara hidup, Komunis tu adalah sistem Ekonomi Bodoh!
Dalam dok tuduh..sekolah CINA..nak jadi KOMUNIS..ramai pulak MELAYU UMNO dok hantar..anak depa..belajar kat sekolah rendah CINA..kah kah..memang BENGONG Melayu UMNO nih..anak depa kerja juga..kat PASARAYA CINA..
Tak perasan ke apa yang Tun Razak ciplak dari Lenin suatu masa dulu? Dari Bahasa Inggerisnya di beri nama NEP kepada Bahasa Melayu di namakan sebagai DEB.Lepas tu mengaku pulak diorang yang Ideakan DEB, woittt!!! pergi masuk sekolah balik, aku boleh bagi kau biasiswa ngok!!!!
No comments:
Post a Comment