ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 31 December 2013

Kenang KEMBALI..Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim

Monday, May 24, 2010



Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pada

sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anda mungkin juga meminati:

Zaid fail petisyen Hulu Selangor dan saman Utusan Meloya

Zaid Ibrahim calon PKR Hulu Selangor


BN gerun dengan Zaid


Hulu Selangor - Zaid terus difitnah


Zaid vs Kamalanathan (BN)

Monday, 30 December 2013

Singa Ekonomi Islam LAWAN anak ROSMAH.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim : Singa Ekonomi Islam. 

1.Tidak ramai kenal Tan Sri, beliau merupakan antara ikon korporat bumiputera terkemuka. Dengan kepimpinan beliau, syarikat JohorCorporation (JCorp) membesar daripada sebuah syarikat peladangan kecil hingga sekarang sebuah konglomerate dengan nilai pasaran RM18 billion dalam industri ladang kelapa sawit (Kulim), kesihatan (KPJ) , makanan (QSR) dan banyak subsidiari lain. 

2.Sejarah Jcorp ialah apabila kerajaan negeri Johor ketika Menteri Besar Othman bin Mohd Saat ingin membangunkan negerinya, lalu menubuhkan Johor State Economic Development Corporation (JSEDC) pada tahun 1968.Selain pembangunan, JSEDC juga ingin memberi peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada golongan bumiputera yang dahulu ramai berpendapatan rendah.Perniagaan pertama adalah membeli ladang getah dan kelapa sawit dengan pinjaman RM10 juta. 

3.Tan Sri dilantik sebagai CEO Jcorp pada tahun 1982, perolehan syarikat itu cuma RM152 juta, tetapi apabila beliau bersara pada tahun 2010, syarikat kongolemerate itu memperoleh RM8 billion dengan mencipta pekerjaan kepada 65 000 orang di 11 negara. Satu kejayaan yang besar dalam 28 tahun sebagai pengurus. 

4.Syarikat Kulim adalah syarikat kelapa sawit ke-12 terbesar di dunia mengikut nilai pasaran pada 2009, syarikat KPJ adalah syarikat kesihatan swasta terbesar di Malaysia, manakala syarikat QSR mengendali operasi restoren terkemuka dunia seperti Pizza Hut dan KFC. Ini semua kejayaan beliau dalam masa 28 tahun sebagai CEO JCorp. 

5.Selain itu, Tan Sri juga semasa CEO JCorp melaksanakan program intrapreneur, dimana syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh syarikat JCorp untuk berkembang maju. Jauh daripada syarikat swasta lain yang ingin mengaut keuntungan dengan memusnahkan semua pesaing. 

6.Antara minat saya kepada beliau adalah bukan sahaja kejayaannya dalam bidang korporat, malah beliau tetap pegang teguh kepada perjuangan ekonomi Islam. Walaupun syarikat swasta biasanya utamakan keuntungan semata-mata, tetapi Tan Sri juga utamakan kebajikan rakyat melalui wakaf korporat. Satu konsep dimana syarikat mewakafkan harta dimana hasilnya akan diberi kepada kerja-kerja kebajikan. Contohnya syarikat Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) bernilai RM501juta berniaga dan peratus keuntungan akan pergi kepada kebajikan ( 5% Majlis Agama Islam Johor, 25% program fisabilillah, dan 70% dilaburkan semula). 

7.Malangnya, tidak banyak syarikat besar milik Islam ingin mewakafkan harta mereka kepada kebajikan, majoriti syarikat yang membuat wakaf ini milik JCorp.Mungkin ada syarikat lain tetapi tidak banyak atau mereka membuat secara senyap. 

8.Apabila seorang hartawan bersara, biasanya dia akan meluangkan masa berehat, tetapi Tan Sri sekarang memimpin Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan niat untuk membangunkan ekonomi Islam sambil membuat kerja-kerja kebajikan. Secara jelas Tan Sri ingin teruskan perjuangan membangunkan ekonomi Islam tanpa mengira umur. 

9.Secara kesimpulan, Tan Sri merupakan contoh kepada anak muda di negara ini, etika kerja yang cekap dan amanah telah membangunkan sebuah syarikat dimana sebelum ini masyarakat bumiputera dilabel sebagai tidak mahir berniaga. Bukan sahaja utamakan keuntungan, kebajikan rakyat juga diberi tumpuan oleh Tan Sri ketika beliau berada di puncak kepimpinan dan juga apabila beliau sekarang bersara. Perjuangan perlu diteruskan oleh anak muda negara untuk memajukan perniagaan dan jangan lupa untuk memberi sumbangan waqaf dengan apa yang mampu demi kesejahteraan rakyat. -AR-

SPRM tidak boleh siasat anak Rosmah beli kondominium RM110 juta? ha ha ha ha...


SHAH ALAM 30 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat pembelian kondominium mewah bernilai RM100 juta oleh anak tiri Perdana Menteri kerana tidak mempunyai undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan.

Memetik laporan Harakah Daily, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka mencadangkan supaya peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

“Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.

Riza adalah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi perkahwinan terdahulu.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London dan beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti serta hartanah.

Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street”.

Seorang kolumnis hiburan menulis berkenaan pembelian kondominum mewah itu, pada Disember 2012 tetapi hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya dan mempersoalk pembelian itu.

Kondominium terbabit dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, selain mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik daripada beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel, pada 19 November lalu.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali daripada Timur Tengah dan Asia serta hanya akan membiayai filem itu sahaja.

Penghasilan Wolf of Wall Street dilaporkan membabitkan US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Selangorkini

Sunday, 29 December 2013

Kutub menyongsang pada 2015?

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2013



Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
< 1 / 1 >

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

ARTIKEL BERKAITAN