by Zergdukes@gmail.com (Isa)
Maklumlah CEO tuh ada 20 ijazah Phd. dalam pengurusan econo-money...ada rakyat berijazah master atau Phd. masih kerja...keluar rumah sebelum waktu SUBUH dan balik rumah lepas tengah malam...gaji RM2 ribu ajer sebulan...nak bayar hutang pinjaman belajar lagi...mungkin depa jawab..NASIB awaklah...bagi saya...Allah Swt menyuruh kita mengubah keadaan...ubah keraaaa...jaaan...
Sah rakyat dah terkena dah...Gaji CEO TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh meningkat dari RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta pada 2010. Keseluruhannya pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding RM1.4 juta tahun sebelumnya.Mereka juga menaikkan tarif elektrik dengan restu kerajaan sebanyak tujuh peratus. Harga gas meningkat, kata mereka. Gas meningkat, gaji CEO juga meningkat dan rakyat terpaksa menanggung kos tersebut. Inilah gunanya berbaik-baik dengan kerajaan.
Kita juga boleh fikirkan apakah lagi kerja-kerja yang gajinya boleh meningkat satu kali ganda selain kerja memeras rakyat. Hebat sangatkah Che Khalib sehingga mendapat gaji satu kali ganda. Kalau hebat dan bijak, tentu rakyat tak akan menangggung beban.
Sebenarnya mereka hebat...hebat kaut untung maa!! -TheMalaysianInsider