Raja Nazrin: Integriti, komitmen melawan rasuah baiki imej BN
UPDATED @ 06:47:40 20-05-2013 Oleh Clara Chooi Penolong Pengarang Berita May 20, 2013
Raja Nazrin menyeru kerajaan terus komited kepada menegakkan undang-undang dan melawan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Kerajaan dengan integriti yang komited untuk menegakkan undang-undang dan melawan rasuah tanpa takut, berat sebelah atau campurtangan politik boleh memperbaiki imej dikalangan orang awam, kata Raja Dr Nazrin Shah dari Perak hari ini.
Anak kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu membangkitkan komitmen untuk integriti ini yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya 2004, akan tetapi kegagalan menunaikan janji menyebabkan gabungan itu kalah teruk dalam pilihan raya 2008 selepas itu. Mendesak pemimpin untuk mengikut jejak langkah Nabi Muhammad dan bapa penubuh Malaysia Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, Raja Nazrin mengatakan integriti adalah kunci kepada kejayaan pemimpin negara.
“Kemampuan pemimpin untuk melawan rasuah, tindakan menunjukkan dia cukup berani untuk melawan rasuah dalam pentadbirannya akan membantu menguatkan kedudukannya,” katanya mengikut teks ucapan semasa merasmikan Konvensyen Integriti anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di Putrajaya pagi ini. Raja Nazrin menambah, pemimpin seperti ini boleh membantu membina imej positif untuk kerajaan selain daripada mengembalikan keyakinan orang ramai dan hormat kepada pemimpin dan memperbaiki tahap integriti di pandangan rakyat.
“Dan integriti boleh dikuatkan jika pentadbiran negara diasaskan dengan kedaulatan undang-undang, atau undang-undang dilaksanakan tanpa takut, berat sebelah atau tanpa campurtangan politik,” katanya. Mengambil contoh pilihan raya umum 2004, Raja Nazrin mengatakan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, fokus utama adalah agenda integriti dan meletakkan langkah-langkah anti-rasuah untuk membersihkan kerajaan.
Selepas lima hari mengangkat sumpah, pentadbiran Abdullah menubuhkan Institut Integriti Malaysia, kata Raja Nazrin. Beberapa bulan selepas itu, Suruhanjaya Penambahbaikan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan, tambah beliau. “Pilihan raya umum ke 11 (pada 2004) berlaku dengan latar belakang kepimpinan dan imej kerajaan yang mengutamakan integriti, yang berjuang untuk memerangi rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata pemimpin diraja itu.
Tiga kes rasuah menyaksikan personaliti berprofil tinggi seperti Tan Sri Eric Chia, Baharuddin Ahmad dan Tan Sri Kasitah Gaddam – senario yang Raja Nazrin katakan mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya 2004. “BN menang dengan majoriti besar, memenangi 198 kerusi Parlimen dan mendapat 63.9 peratus undi popular,” katanya.
Akan tetapi diantara pilihan raya 2004 dan pilihan raya umum ke 12 pada 2008, Raja Nazrin mengatakan, pengundi melihat gabungan pemerintah itu gagal untuk menunaikan janji mereka menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.
“Rakyat diberikan janji, harapan … dan mereka percaya dengan harapan itu dan memberikan sokongan mereka. “Akan tetapi realitinya, apa yang berlaku diantara pilihan raya umum ke 11 dan 12 adalah kegagalan untuk memenuhi harapan tinggi dari rakyat. “Rakyat merasakan janji tidak ditepati. Mereka tidak lagi yakin dengan kata-kata – janji; dengan indeks pencapaian,” katanya.
Dalam Pilihan Raya 2008, BN hilang majoriti tradisi dua pertiga apabila hanya mendapat 140 kerusi berbanding pembangkang 82 kerusi Parlimen, termasuk hilang empat negeri – Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Raja Nazrin tidak bercakap mengenai keputusan Pilihan Raya 2013 yang baru berlangsung, akan tetapi menegaskan kepentingan integriti dalam pentadbiran kerajaan untuk menggembalikan keyakinan rakyat.
Dalam keputusan Pilihan Raya 2013, pengakhiran untuk politik perkauman bermula
MAY 21, 2013 KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pilihan Raya 2013 menunjukkan sistem politik perkauman Malaysia runtuh di bawah kesan pembandaran dan realiti pemerintahan majority Melayu, satu pendapat dalam Wall Street Journal mencadangkan hari ini.
Datuk Seri Najib Razak juga dilihat lebih popular dari Umno, dan seharusnya membantu menyambut perubahan “yang tidak boleh dihentikan” dan bergerak dari politik perkauman, tulis wartawan Hong Kong Philip Bowring dalam akhbar kewangan berpengaruh itu. Akan tetapi penulis tersebut mengatakan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat terhadap Umno, masih kuat walaupun telah bersara dari politik pada 2003 dan turut mengetuai kritikan terhadap Najib.
“Tiket perkauman masih kuat di tangan Encik Mahathir, arkitek pemodenan ekonomi yang taksub dengan jenis teori kaum dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma yang diharamkan pada tahun 1960an,” tulis Bowring.
Beliau mengatakan kritikan terhadap Najib hari ini disebabkan perdana menteri dikatakan terlalu banyak mengalah kepada etnik Cina akan tetapi tidak menerima undi sebagai balasan. Dalam Pilihan Raya 2013, majoriti daripada etnik kedua terbesar itu telah mengundi menentang Barisan Nasional (BN).
Dalam ucapan kemenangannya pada awal pagi 6 Mei, Najib secara terbuka mengakui kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mengatakan keputusan terburuk BN dalam sejarah pilihan raya itu adalah kerana “tsunami Cina”. MENYUSUL LAGI