JENAYAH SEMAKIN BERLELUASA, PEMERINTAH TETAP MEMINGGIRKAN HUKUM YANG MAHA ESA
http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/4250-sn357-jenayah-semakin-berleluasa-pemerintah-tetap-meminggirkan-hukum-yang-maha-esa
Apakah Malaysia sudah bertukar menjadi negara koboi? Itulah persoalan
yang diungkap oleh sesetengah orang melihat kepada kejadian tembak
secara terbuka yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Kes
yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah pengasas Ambank, Hussain
Ahmad Najadi yang mati ditembak di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang di
ibu negara.
Ia berlaku selepas dua hari kejadian pengerusi sebuah badan bukan kerajaan, MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak oleh lelaki bermotosikal di pekan Bahau, Negeri Sembilan.
Ia berlaku selepas dua hari kejadian pengerusi sebuah badan bukan kerajaan, MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak oleh lelaki bermotosikal di pekan Bahau, Negeri Sembilan.
Dia mengalami cedera
parah. Kes ini amat membimbangkan kerana ia terkait dengan pihak polis
sepertimana kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
bahawa percubaan membunuh Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan
pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis
dengan sindiket jenayah.
Tidak lama sebelum ini, negara digemparkan
dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia
(KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin
Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal pada 26 April ketika
kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Putrajaya.
Kita juga dikejutkan dengan kes seorang guru penolong kanan, Hashim Mat
Zain yang mati ditembak dari jarak dekat di dalam keretanya ketika
hendak pulang ke rumahnya berhampiran Sekolah Kebangsaan Beris Panchor,
Bachok, Kelantan pada 7 Julai lalu. Tidak sampai dua minggu selepas itu,
seorang lagi guru K. Shanmugam, ditembak mati di dalam kereta di
Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
Perkembangan ini sudah tentu amat
membimbangkan orang ramai. Apatah lagi dengan kes terbaru pada 30 Julai
lepas di Bukit Mertajam di mana seorang peniaga, G. Santhana Samy, 30
cedera parah selepas ditembak di Jalan Mengkuang. Manakala di Parit
Buntar, N. Jeevandran, maut di tempat kejadian ekoran mengalami
kecederaan parah di bahagian perut dan pinggang dengan kesan tembakan.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal
sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan. Kejadian tembak
secara terbuka ini, selain menakutkan orang ramai, telah menimbulkan
pelbagai persoalan seperti dari manakah si penembak ini mendapat senjata
api dengan mudah sedangkan umum mengetahui bahawa undang-undang senjata
api di Malaysia amat ketat,
Apakah mereka ini pembunuh upahan, apakah
mereka ini sudah tidak takutkan undang-undang dan banyak lagi. Apa pun,
dengan kejadian-kejadian terbaru ini, kredibiliti pasukan polis dan
kepercayaan masyarakat terhadap mereka sememangnya semakin terjejas!
Sebagai respons kepada isu ini, Perdana Menteri Malaysia berkata,
terserah kepada polis untuk meminta daripada kerajaan apa yang mereka
perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk
meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius.
Dengan kata lain, PM telah memberi lampu hijau untuk menambah peruntukan
kepada pihak polis.
Walaupun hakikatnya sebelum ini sudah berapa banyak
peruntukan diberikan, namun tidak pernah dapat menyelesaikan masalah,
sebaliknya kadar jenayah semakin meningkat dan mengerikan. Ada juga
Menteri yang mencadangkan agar ditambah jumlah CCTV di tempat-tempat
awam yang kita tidak nafikan kebaikannya, sebagaimana yang telah dibuat
sebelum-sebelum ini, namun tetap juga tidak dapat membendung peningkatan
kadar jenayah.
Di sebalik semua cadangan yang dikemukakan, apa yang amat dikesalkan
ialah tidak ada seorang pun dari kalangan pihak yang memegang
pemerintahan atau pihak polis sendiri yang mengusul agar diterapkan
hukum Allah di dalam negara dan diterapkan nidzam al-uqubat(sistem
hukuman) Islam ke atas para pesalah. Apakah alasan pemerintah untuk
tidak menerapkan hukum Allah SWT?
Apakah mereka tidak yakin bahawa hukum
Allah dapat menyelesaikan masalah? Atau apakah mereka terlalu jahil
atau degil untuk memahami dan melaksanakan apa yang Allah wajibkan ke
atas mereka? Apa pun alasannya, mereka mungkin sahaja dapat
menjelaskannya kepada manusia di dunia ini, namun yang pasti, mereka
tidak akan dapat memberikan apa-apa alasan/hujah kepadaAllah SWT di
akhirat kelak!
Islam Mewajibkan Uqubat
Terdapat 4 kategori uqubat(hukuman) dalam Islam iaitu jinayat/qisas,
hudud, ta’zir dan mukhalafat. Uqubatdisyariatkan untuk mencegah manusia
dari melakukanjarimah (kejahatan). Allah SWT berfirman,
“Dan dalam qisas (bunuh-balas) itu ada (jaminan kelangsungan) hidup
bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa” [TMQ
al-Baqarah (2):179].
Maksudnya, di dalam pensyariatan qisas bagi kalian, yakni
membunuh-balassi pembunuh, ada hikmah yang sangat besar, iaitu menjaga
jiwa (nyawa). Ini adalah kerana, jika pembunuh mengetahui bahawa ia akan
dibunuh (sebagai balasan ke atas pembunuhan yang dilakukannya), maka ia
akan merasa takut untuk melakukan pembunuhan. Itu sebabnya, di dalam
qisas ada jaminan hidup bagi jiwa.
Pada kebiasaannya, jika orang berakal
mengetahui bahawa bila ia membunuh,ia akan dibunuh balas, maka ia tidak
akan melakukan pembunuhan tersebut. Dengan demikian, uqubat berfungsi
sebagai zawajir (pencegahan). Ia disebut sebagai zawajirkerana dapat
mencegah manusia dari melakukan kejahatan.
Kejahatan (jarimah) adalah perbuatan-perbuatan tercela (al-qabih).
Al-qabihpula adalah apa jua yang dicela oleh Allah SWT. Itulah sebabnya,
suatu perbuatan tidak dianggap kejahatan kecuali jika telah ditetapkan
oleh syarakbahawa perbuatan itu tercela. Ketika syarak menetapkan bahawa
perbuatan itu tercela, maka sudah pasti perbuatan itu disebut
kejahatan.
Hal itu tanpa memandang tahapketercelaannya, yakni tanpa
memperhatikan besar kecilnya kejahatan. Syarak telah menetapkan
perbuatan tercela sebagai dosa (dzunub) yang wajib dikenakan hukuman
(uqubat). Demikianlah, dosa itu substansinya adalah kejahatan.
Kejahatan bukanlah fitrah manusia. Kejahatan bukan pula profesyen yang
diusahakan oleh manusia. Kejahatan juga bukan penyakit yang menimpa
manusia. Akan tetapi, kejahatan adalah tindakan melanggar peraturan yang
mengatur perbuatan manusia dalam hubungannya dengan Rabbnya, dengan
dirinya sendiri dan hubungannya dengan manusia yang lain.
Allah SWT
telah menciptakan manusia lengkap dengan potensi kehidupannya, yakni
naluri dan keperluan jasmani. Naluri dan keperluan jasmani adalah
potensi hidup manusia yang mendorong manusia untuk melakukan pemenuhan
terhadap potensi hidupnya itu. Manusia mengerjakan suatu perbuatan yang
muncul dari potensi hidup tadi sekadar untuk mendapatkan pemenuhan
terhadap potensi tersebut.
Perlu difahamibahawa membiarkan pemenuhan itu tanpa aturan akan membawa
kepada kekacauan dan kegoncangan, serta akan membawa kepada pemenuhan
yang salah, atau pemenuhan yang tercela. Oleh kerana itu, ketika Allah
SWT mengatur perbuatan manusia, Allah juga telah mengatur pemenuhan
terhadap naluri dan keperluan jasmani dengan suatu hukum.
Syariat Islam
telah menjelaskan kepada manusia hukum atas setiap realiti yang wujud.
Itulah sebabnya Allah SWT mensyariatkan halal dan haram. Syarak
mengandungi perintah dan laranganNya dan Allah SWT memerintahkan manusia
untuk bertindak sesuai dengan apa yang diperintahkanNya dan menjauhi
apa yang dilarangNya. Jika manusia menyalahi hal tersebut, maka
hakikatnya ia telah melakukan perbuatan yang tercela, yakni melakukan
kejahatan. Oleh kerana itu, orang-orang yang berdosa wajib dikenakan
hukuman.
Perintah dan larangan tersebut tidak akan bererti sama sekali jika tidak
ada uqubat bagi orang yang melanggarnya. Syariat Islam menjelaskan
bahawa bagi pelanggar syariat, akan dikenakanuqubat di akhirat dan di
dunia. Allah SWT akan mengenakan uqubat di akhirat ke atasnya dan Allah
akan mengazabnya. Allah SWT berfirman,
“Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka” [TMQ ar-Rahman (55):41].
FirmanNya juga,
“Dan orang-orang kafir, bagi mereka neraka Jahannam” [TMQ al-Fathir (35):36].
Dalam firmanNya yang lain,
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya
pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan
mendapat) seksa yang pedihpada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam
neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan
belakang mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu
yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat
dari) apa yang kamu simpan itu” [TMQ at-Taubah [9]:34-35].
Firman Allah yang lain,
“Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang
durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, (iaitu)
neraka Jahannam, yang mereka masuk ke dalamnya; maka amat buruklah
Jahannam itu sebagai tempat tinggal” [TMQ Sad (38):55-56].
Walaupun Allah SWT telah menjanjikan azab bagi para pelaku dosa, Allah
juga memerintahkan kepada para pelaku dosa tersebut untuk berserah diri
(bertaubat) kepadaNya kerana mungkin sahaja Allah berkehendak
menjatuhkan uqubat atau mungkin juga Allah berkehendak untuk mengampuni
mereka. Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang
dikehendakiNya” [TMQ an-Nisa’ (4):48].
Berdasarkan keumuman dalil ini, taubat mereka boleh sahaja diterima oleh Allah SWT.
Siapa Pelaksana Uqubat?
Uqubatwajib dilaksanakan oleh pemerintah. Dalam sebuah Negara Islam,
uqubatdilaksanakan oleh Imam (Khalifah) yang merupakan ketua negara atau
wakilnya, yakni diselenggarakan oleh negara melalui pelaksanaan
hukum-hukum jinayat, hudud, ta’zir dan mukhalafat. Uqubat di dunia bagi
pelaku dosa, atas dosa yang dikerjakannya di dunia dapat menghapuskan
uqubat di akhirat baginya. Ini kerana, uqubat berfungsi sebagai zawajir
(pencegah) dan jawabir (penebus).
Uqubat bertindak sebagai
zawajirkeranaia mampu mencegah manusia dari perbuatan dosa dan tindakan
pelanggaran. Manakala uqubatbertindak sebagai jawabirkeranauqubat(di
dunia) dapat menebus uqubatdi akhirat. Uqubat akhirat bagi seorang
Muslim akan gugur oleh uqubat yang dijatuhkan negara ke atasnya di
dunia. Dalilnya adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dari Ubadah
bin Samit ra yang berkata:
“Kami bersama Rasulullah SAW dalam suatu majlis dan baginda bersabda,
‘Kalian telah membaiatku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,
tidak mencuri, tidak berzina, kemudian baginda membaca keseluruhan ayat
tersebut. Barangsiapa diantara kalian memenuhinya, maka pahalanya di
sisi Allah dan barangsiapa mendapatkan dari hal itu sesuatu, maka
uqubatnya adalah kifarat (denda) baginya dan barangsiapa mendapatkan
dari hal itu sesuatu, maka Allah akan menutupinya, mungkin mengampuni
atau mengazab.”
Hadis ini menjelaskan bahawauqubat dunia diperuntukkan untuk dosa
tertentu, yakni uqubat yang dijatuhkan negara bagi pelaku dosa dan ini
akan menggugurkan uqubat akhirat. Inilah antara keindahan hukum Islam
apabila dilaksanakan yakni menjadi penghapus dosa pelakunya di akhirat.
Ramai di kalangan kaum Muslimin yang apabila melakukan kesalahan, telah
menyatakan taubat mereka kepada Rasulullah SAW. Mereka mengakui
pelanggaran yang mereka lakukan agar mereka dikenakan had oleh
Rasulullah SAW sehingga mereka terbebas dari azab Allah di hari akhirat.
Mereka rela menanggung sakitnya had dan qisas di dunia, kerana takutkan
azab akhirat.
Semua ini dilakukan mereka kerana memahami fungsi uqubat
sebagai zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus). Untuk meraih itu,
Ma’iz mengakui perzinaannya, kemudian ia direjam hingga mati. Demikian
pula Ghamidiyyah, ia mengakui perzinaannya kemudian direjam hingga mati.
Seorang wanita dari suku Juhainah mengaku berzina, lalu direjam hingga
mati. Rasulullah SAW bersabda tentang mereka,
“Sungguh ia telah bertaubat, seandainya dibahagi antara 70 penduduk Madinah, sungguh akan mencakup semuanya.”
Mereka meminta negara agar menjatuhkan uqubat atas pelanggaran mereka di
dunia, bagi menggugurkanuqubat akhirat untuk mereka. Kerana itulah
Ghamidiyyah berkata kepada Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah sucikanlah aku!”
Uqubatyang dijatuhkan oleh pemerintah atas dosa dan kejahatan merupakan
satu-satunya metode untuk melaksanakan perintah dan larangan Allah.
Allah SWT mensyariatkan hukum-hukumNya, sekaligus mensyariatkan pula
hukumanterhadap pelanggarannya, yakni hukum-hukum uqubat. Contohnya,
syarak telah memerintah kaum Muslimin untuk menjaga hartanya. Rasulullah
SAW bersabda,
“Tidak halal harta seorang Muslim (untuk diambil) kecuali dengan kerelaan dirinya.”
Rasulullah SAW juga bersabda,
“Sesungguhnya darah dan harta kalian adalah haram (untuk diambil/dirampas oleh orang lain).”
Untuk melaksanakan perintah Allah tersebut, Allah mensyariatkan hukum
potong tangan ke atas orang yang mengambil/merampas harta orang lain
tanpa kerelaannya. Firman Allah,
“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan
keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai
seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [TMQ
al-Ma’idah (5):38].
Ketika Allah melarang perzinaan melalui firmanNya,
“Janganlah kamu menghampiri zina…” [TMQ al-Isra’ (17):32],
Allah juga mensyariatkan hukuman sebatsebagai hukuman bagi mereka yang melanggar laranganNya dalam hal itu. FirmanNya,
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan
kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah (pelaksanaan)
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”
[TMQ an-Nur (24):2].
Demikianlah, seluruh perintah dan larangan Allah SWT, telah ditetapkan
metode pelaksanaan uqubatnya, yang menjadi kewajipan atas pemerintah
untuk melaksanakannya.
Khatimah
Sesungguhnya keindahan Islam dan hukum Allah yang diterangkan di atas
telah sirna seiring dengan jatuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rejab 1342H
(3 Mac 1924), lebih 90 tahun yang lalu. Hukum Allah telah digantikan
dengan hukum kufur buatan manusia melalui negara demokrasi yang diajar
oleh Barat kepada umat Islam.
Hasilnya, berlakulah kerosakan dan
kejahatan yang cukup mengerikan di dalam masyarakat baik dalam aspek
politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan banyak lagi. Umat Islam
dipaksakan dengan sistem sekular oleh pemerintah, yang memisahkan agama
dari kehidupan. Natijahnya, ajaran Islam hanya terhad kepada persoalan
ibadat dan ruhiyah (spiritual) semata-mata.
Islam dinyatakan sebagai
agama rasmi tetapi hukum-hakamnya dicampakkan. Al-Quran dibaca,
diperdengarkan malah dipertandingkan tetapi hukum-hukum yang terkandung
di dalamnya tidak pernah diterapkan oleh pemerintah. Maka tidak
hairanlah segala bentuk kejahatan merajalela dan tidak dapat dibendung
dan manusia merasakan hidupnya penuh kesempitan walaupun hakikatnya bumi
ini cukup luas untuk mereka. Benarlah firman Yang Maha Esa
“...dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya
baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta” [TMQ Taha (20):124].
Bila lagi kalian ingin berusaha untuk menerapkan hukum Allah wahai kaum
Muslimin, bagi menggantikan sistem sekular yang penuh kesempitan ini?