ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 9 July 2011

Prof Madya Dr Lim Swee Tin Dan Bahasa Melayu.


Oleh Melati Mohd Ariff

Lebih separuh abad bebas daripada belenggu penjajahan, polemik bahasa Melayu bagai air laut, sekejap pasang sekejap surut. Terpinggir atau dipinggir? Apakah akan tinggal sekadar bahasa percakapan, bahasa basahan atau bahasa pasar?


Rencana tujuh siri ini merungkai beberapa isu mengenai Bahasa Melayu.

Bahagian ke-3 ini berkisar kepada pengalaman Prof Madya Dr Lim Swee Tin yang tersohor dalam bidang sastera Melayu khususnya bidang kepenyairan dan pandangannya mengenai Bahasa Melayu.

SERDANG – Beliau bukan Melayu. Beliau juga bukan berketurunan Melayu tetapi Prof Madya Dr Lim Swee Tin adalah nama besar dalam bidang kesusasteraan Melayu khususnya bidang kepenyairan.


Beliau telah menghasilkan banyak novel, cerpen, puisi dan tulisan-tulisan berbentuk kesusasteraan.


Beliau juga adalah penerima S.E.A Write Award 2000, penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia Tenggara oleh kerajaan Diraja Thailand.


Bagi anak kelahiran Bachok, Kelantan ini, dilahir dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu mungkin menjadikannya lebih Melayu daripada keturunannya sendiri, iaitu Cina peranakan Kelantan.


Secara umumnya, Cina Peranakan Kelantan mengamalkan budaya yang rapat dengan masyarakat Melayu dan masyarakat tempatan di Kelantan.


Bahasa percakapan mereka adalah campuran Melayu, Siam dan Cina.


“Orang Cina di pantai Barat tak faham, tergamam mereka kalau mendengar percakapan kami,” kata Dr Lim sambil tersenyum ketika diwawancara Bernama baru-baru ini.


Beliau kini menyandang jawatan pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, jawatan yang disandangnya sejak 1 Dis 2000.

DUNIA MELAYU


Bukan sahaja dilahir dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bahkan Dr Lim turut bersekolah Melayu, boleh dikatakan dunianya 100 peratus Melayu!


Sambil menyifatkan pengalaman hidupnya berbeza daripada kebanyakan orang lain, sebelum berusia enam tahun dan sebelum masuk darjah satu, beliau sudah boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu.


“Masa itu tidak ada tadika. Saya juga belajar sendiri sebelum masuk ke sekolah. Saya rapat dengan sebuah keluarga Melayu dan anak-anak dia, menjadikan kakak-kakak angkat saya mengajar saya membaca dan menulis.’
“Secara kebetulan bapa saya ada duit sedikit dan membelikan buku untuk saya baca. 


Buku yang kecil-kecil dan nipis, harganya sekitar 5 sen atau 10 sen sebuah. Masa itu, sebulan sekali ada peniaga yang datang ke kampung menjual buku-buku ini.

“Saya juga baca buku, kalau tidak silap kisah daripada Sejarah Melayu yang diringkaskan dan dipermudahkan. Saya suka kepada bentuk bahasa dan karya sastera,” Dr Lim mengingati semula zaman kanak-kanaknya.

BACA DAN INTERAKSI


Minat membaca yang disemai dan dipupuk dari usia muda ternyata menumbuhsubur minatnya dalam kesusasteraan Melayu dan penyumbang utama kepada kejayaannya hari ini.

Justeru tidak hairanlah beliau sentiasa mengesyorkan supaya masyarakat Malaysia hari ini tanpa mengira bangsa dan keturunan agar merapatkan anak-anak mereka dengan pembacaan Bahasa Melayu.

“Ini akan menjadi asas yang kuat berdasarkan pengalaman saya sendiri,” katanya.

Dr Lim turut berpandangan dalam konteks masyarakat Malaysia, interaksi kaum amat perlu dalam mewujudkan sebuah bangsa Malaysia.

Ia adalah antara ramuan utama untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang kukuh dan padu.

“Kita mesti perluaskan interaksi kita. Jangan dihalang interaksi antara kaum, jangan dibatasi walau dalam apa jua bidang.

“Interaksi inilah yang akan semakin mendekatkan kita kepada penguasaan bahasa di samping mewujudkan persefahaman dan sikap tolak ansur serta perpaduan yang kukuh.

“Jangan ambil mudah hal ini. Lambat laun anak-anak akan membesar dalam sifat yang tidak janggal,” tegasnya.

Dalam konteks yang sama, Dr Lim turut berpandangan perlu dikikis prasangka dan kekeliruan yang wujud dan berlaku dalam hal-hal yang disifatkannya sebagai remeh-temeh yang tidak menyokong pembinaan satu negara bangsa dalam erti kata yang sebenarnya.

“Kadang-kadang kita bercakap hendak membina sebuah masyarakat yang padu, yang kukuh tetapi dari segi pelaksanaan kita berbuat sesuatu yang menunjukkan kita ada prasangka,” tambahnya.

JUGA BOLEH


Dr Lim dan Bahasa Melayu boleh diibaratkan sebagai lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan.

Runtunan hatinya mengenai nasib Bahasa Melayu yang sering beliau sebut sebagai ‘Bahasa kita’ sepanjang wawancara ini menunjukkan betapa mendalamnya beliau menjiwai isu ini.

Perjuangan yang telah berakar umbi sejak empat dekad yang lalu masih diteruskan ke hari ini seperti katanya,” selagi saya terdaya saya akan teruskan.”

Bermula daripada membaca buku-buku cerita Melayu semasa kecil, minatnya untuk mendalami kesusasteraan Melayu terus bercambah sewaktu beliau belajar di maktab perguruan dan terbabit secara aktif dalam Persatuan Bahasa dan Budaya.

Beliau turut mengkagumi tamadun Melayu yang disifatkannya terbina degan begitu halus dan indah.

Dr Lim turut menjadikan pembabitannya dalam bidang Bahasa Melayu ketika di maktab perguruan sebagai asas untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dalam dirinya.

Beliau mahu membuktikan bahawa orang Cina juga mengambil tahu tentang Bahasa Melayu dan boleh menguasai serta menjadikan Bahasa Melayu itu menjadi ‘bahasa kita’.

Berpidato dalam Bahasa Melayu dan menulis dalam Bahasa Melayu menjadikan namanya mula dikenali dan disegani.

“Saya kata saya nak menulis dalam Bahasa Melayu supaya orang Melayu tahu Lim boleh menulis dalam Bahasa Melayu. 
Dia sayang Bahasa Melayu, cinta Bahasa Melayu.

“Masyarakat bukan Melayu pula berkata ada seorang bukan Melayu yang bagus Bahasa Melayu. Mengapa anak saya tidak bagus seperti dia. Itu yang saya ingin, menjadi contoh, ” katanya.

JANGAN REMEHKAN



Pucuk dicita ulam mendatang. Kejayaan yang diraih Dr Lim turut menjadikannya sebagai contoh teladan.

Sering beliau ketemu ibu bapa yang bukan sahaja memujinya tetapi memberitahu mereka menjadikan kejayaan beliau menguasai Bahasa Melayu sebagai contoh untuk diteladani anak-anak mereka.

Pun dalam masa yang sama beliau memberitahu sudah ramai orang bukan Melayu, iaitu Cina dan India yang sekarang bercakap berkias-kias.

“Ini sesuatu yang membanggakan tetapi janganlah sampai kita hendakkan kesempurnaan sehingga kita berkata tidak semua yang pandai berkias,” kata Dr Lim.

Beliau turut meminta supaya tidak memandang serong kepada orang bukan Melayu yang tidak fasih atau tidak boleh berbahasa Melayu langsung.

Sambil menyifatkan kelompok seperti itu semakin mengecil kerana ramai yang sudah meninggal dunia, beliau memberitahu memang ada sesetengah ahli masyarakat Cina yang tidak pernah mendapat pendidikan Melayu.


“Mereka itu hanya pandai berbahasa Melayu pasar melalui pergaulan dengan orang Melayu atau langsung tidak boleh bertutur Bahasa Melayu sebab mereka hanya berinteraksi dengan orang Cina.

“Kehidupan sehari-hari kelompok ini dalam lingkungan keluarga Cina, membeli-belah di kedai Cina, jadi langsung tidak boleh bercakap Melayu.

“Jadi apabila kita bercakap hari ini ada orang Cina yang tidak boleh bercakap Bahasa Melayu, itulah golongannya. Tidak boleh menyalahkan mereka. Keadaan yang menjadikan mereka begitu, ” jelasnya.

REALITI SEMASA
Senario berbeza dengan generasi muda Cina yang belajar Bahasa Melayu secara yang sistematik dan teratur di sekolah kebangsaan di mana kata Dr Lim penguasaan Bahasa Melayu mereka boleh dibanggakan.


Bagi mereka yang terus masuk ke sekolah Cina, katanya, kelompok ini ada kelas Bahasa Melayu tetapi mempunyai masalah dengan Bahasa Melayu kerana interaksi yang terhad dengan orang Melayu.

“Jadi kita harapkan kelompok yang menguasai Bahasa Melayu ini akan membesar dan golongan inilah yang kita harap dapat menyumbang kepada perkembangan dan 
kesuburan dari segi penggunaan Bahasa Melayu yang baik.


“Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat. Saya melihat ada perlunya ahli atau tokoh bahasa bila bercakap tentang masyarakat Cina yang tidak boleh menguasai Bahasa Melayu, jangan pukul rata, jangan meremehkan. Sebenarnya masyarakat Cina dari kelompok yang mana? Saya akui masih ada kelompok orang Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu.

Begitu juga dengan kelompok Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris dari awal. Barangkali mereka juga turut teraba-raba nak bercakap Bahasa Melayu yang betul, bahasa percakapan harian itu betullah, ini kita nak cakap Bahasa Melayu yang betul, yang santun, ” tambahnya.


Secara keseluruhannya beliau melihat ada banyak kemajuan dalam sistem pendidikan negara dari segi penguasaan Bahasa Melayu.

Pihak yang menolak kenyataan ini, katanya, secara tidak langsung meremehkan Kementerian Pelajaran serta usaha yang dibuat oleh ahli bahasa selama ini.

“Secara sindiran kita akan menyatakan sistem pendidikan kita gagal, ” tegasnya.

TONGGAK PERPADUAN


Bagi Dr Lim Bahasa Melayu juga selayaknya menjadi tunggak kepada perpaduan bangsa Malaysia, tidak ada bahasa yang lain.

Baginya, kesan insiden tahun 1969 jelas menunjukkan keperluan satu saluran yang sama, yakni Bahasa Melayu untuk menyatakan hasrat hati dan menyampaikan aspirasi hidup selepas insiden itu.

“Bahasa Melayu perlu menjadi tunggak kita yang satu-satunya. Setiap orang mesti memahami, mesti menguasai Bahasa Melayu.

“Apabila berlaku percanggahan pendapat orang Melayu dengan orang Cina umpamanya maka mereka boleh berdebat, boleh berbahas melalui saluran Bahasa Melayu supaya tidak timbul salah faham atau kekeliruan.

“Saya fikir sebuah negara yang makmur seperti Malaysia tidak boleh menerima kerosakan, kehancuran, huru-hara atau pertumpahan darah.

“Cukup sekali. Masyarakat kita unik, bukan jenis masyarakat yang suka kepada huru-hara, demonstrasi, protes, kekerasan termasuklah berbunuh-bunuhan. Ini bukan rupa bentuk bangsa kita, ” tegasnya.

BAHASA ILMU


Bahasa Melayu bagi Dr Lim bukan sahaja tonggak perpaduan negara tetapi juga selayaknya menjadi bahasa ilmu.

Sejak zaman berzaman, Bahasa Melayu, katanya telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) tetapi juga bahasa ilmu merentas zaman.

“Kita imbaslah keupayaan bahasa kita, bahasa yang kuat menyalurkan ilmu tentang keagamaan, budaya dan falsafah yang tinggi-tinggi.

“Ini menunjukkan kemampuan Bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu sudah terbukti sejak sekian lama sejak zaman berzaman, abad ke abad.

“Kita bukan cakap-cakap kosong. Ini sudah terbukti melalui sekian banyak penerbitan. Semuanya menunjukkan Bahasa Melayu itu mampu mengangkat ilmu, menyampaikan ilmu dan mengembangkan ilmu. Itu kekuatan Bahasa Melayu, ” kata Dr Lim lagi.

Mengenai suara-suara sumbang yang mengatakan Bahasa Melayu banyak mengambil bahasa asing, beliau tegas memberitahu bahawa istilah berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

“Mahu tidak mahu kita mesti menggunakan istilah itu.

“Jangan kata Bahasa Melayu sahaja menggunakan bahasa ambil ini, yang berkembang seiring dengan perkembangan zaman sains dan teknologi, ” jelasnya.

SEDIKIT KHUATIR



Dalam masa yang sama, Dr Lim turut melahirkan rasa khuatirnya dengan perkembangan mutakhir bahawa Bahasa Melayu seolah-olah tidak lagi menjadi bahasa ilmu.

Berdasarkan pemantauan sendiri, beliau memberitahu bahawa hal-hal keilmuan sekarang kurang ditulis dalam Bahasa Melayu dan tidak berlipat ganda seperti mana yang diharap-harapkan.

“Mengapakah hal ini berlaku? Apakah negara kekurangan ilmuwan? Adakah ilmuwan tempatan sendiri tidak meyakini Bahasa Melayu atau pun kita berada dalam satu era di mana ilmuwan kita ini kebanyakannya mendapat pendidikan Inggeris?

“Adakah mereka tidak percaya bahawa Bahasa Melayu mampu mendukung ilmu yang mereka hendak sampaikan itu atau secara kebetulan ilmuwan kita ada yang mendapat pendidikan Barat jadi mereka lebih selesa menyampaikan ilmu dalam Bahasa Inggeris.

“Memang ilmu boleh disampaikan melalui apa-apa bahasa pun akan tetapi pada ketika kita hendak memperkasa Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kita, tiba-tiba semua bidang keilmuan kita dalam bahasa asing, dalam Bahasa Inggeris sebagai contoh, ” soal beliau.

PERLU BINCANG



Dr Lim mengesyorkan perbincangan yang teratur dan sistematik dibuat supaya dapat dicari jalan tengah untuk menunjukkan Bahasa Melayu masih kekal relevan untuk mengungkap bukan sahaja semua bentuk ilmu tetapi ilmu yang tinggi.

Sewajarnya gejala yang menimpa bahasa kebangsaan pada hari ini, katanya tidak dibiarkan berterusan kerana ia akan hanya mengundang pelbagai tanggapan negatif.

“Akhirnya Bahasa Melayu akan dianggap hanya sesuai untuk komunikasi yang mudah-mudah sahaja tetapi tidak mampu, tidak berdaya untuk menjadi bahasa ilmu, ” keluhnya sambil mengungkap beberapa bait daripada puisinya yang bertajuk “Citra Bahasa”.

“Jangan perkecilkan bahasa Melayu, Kelak ia semakin kerdil,
Kerdil bahasa kerdilah jiwa, Tak berjiwa manakah lagi kebersamaan kita.
“Lama telah bahasa kita berdaulat, Bukalah laman sejarah, lihatlah jerih, Lihat payah yang terpahat, Kita juga telah memberinya tempat, Setelah dinobat diangkat martabat, Janganlah lagi direntap disentap.” – BERNAMA

Friday, 8 July 2011

Petikan Surat Sultan Terengganu kepada Kapten Francis Light.


Hj. Yusof..ada atau tidak RAKYAT kita yang berPERANGAI British Laknatullah...menjual dadah/opium...kepada orang MELAYU sendiri...demi memBUNCITkan perut sendiri??? Hj. Yusof.
Wa ba'du
Barang mafhum kiranya sahabat kita maka adalah seorang Inggeris bernama Kapitan (Kapten) Click datang dari Benggal membawa kapal kecil dua tiang maka dianya membawa surat daripada Raja (Gabenor) Benggal kepada kita maka kita sambutlah surat itu dengan istiadat surat raja-raja yang besar-besar serta beberapa kesukaan dan keredaan maka tersebut di dalam surat itu tolong akan Kapitan Click itu maka kita pun tolonglah akan dia pada barang sesuatu hal-ehwalnya, ada beberapa hari maka dianya pinta kepada kita hendak masukkan kapalnya itu ke dalam Sungai Terengganu hendak dibaikinya karena kapalnya itu kena karang di laut Benggal dirosak tembaga kapal itu demikianlah katanya kepada kita maka pun benarkanlah suruh masuk ke dalam sungai, ada beberapa hari maka dianya mencuri berjual opin (opium) kepada orang Terengganu lain daripada saudagar kita maka banyaknya opin yang dijualnya itu enam peti maka diterimanya harga opin itu lada dan emas maka kemudian kita pun tahulah dianya berjual itu lagi kapalnya di dalam sungai maka orang yang membeli opin itu pun kita suruh bawa maka orang itu tujulah kepada Kapitan Click itu karena ia salah berbuat taqsir yang besar dalam negeri kita maka kita hendak hukumkan atasnya maka hal dia memakai bendera Inggeris serta membawa surat daripada Raja Benggal maka sebab itulah maka kita tiada perbuat sesuatu atasnya karena kita sangat malu akan Raja Benggal maka sekarang hendaklah sahabat kita beri pergi surat akan Raja Benggal, jangan diberi dianya mari ke Terengganu sekali-kali, ehwal inilah kita nyatakan kepada sahabat 
kita.



Surat Saudagar Nasruddin kepada Kapten Francis Light


SUMBER : http://wikisource.org/wiki/Surat_Saudagar_Nasruddin_kepada_Kapten_Francis_Light

Bahawa ini surat daripada hamba, Datu (Dato') Saudagar Nasruddin di Negeri Terengganu barang diwasalkan Tuhan Khaliqul alam kepada hadrat Datu Gabenor yang memegang perintah dalam daerah Pulau Pinang serta beroleh kebesaran dan kesenangan selagi ada hayat zamannya.
Wa ba'du
Barang maklum kiranya hadrat Datu jikalau jadi benar kepada Datu maka adalah hamba Datu pinta belikan kapal sebuah yang baharu yang umurnya dua tahun atau tiga tahun kapal yang baik yang boleh muat tengah empat ribu pikul tetapi Datu sebahagi Mistar (Mr.) Ferli sebahagi hamba Datu sebahagi dan lagi jika boleh Mistar Ferli bubuh orang laut yang baik serta dengan alatnya seperti kapal perang sebab pun maka hamba Datu kehendaki yang demikian itu kerana pada zaman ini lautan sebelah Timur ini sangatlah cemarnya, sebab itulah hamba Datu kehendaki alat yang baik karena adat orang Melayu Datu pun lebih maklum, maka daripada hal kapal itu jika sampai ke Terengganu insha Allah Ta'la hamba Datu sendiri hendak berlayar pergi ke sebelah Tanah Brunai maka hendak Mistar Ferli muatkan dagangan kain barang empat lima puluh ribu rupiah barang empat ratus peti opin (opium) Patna maka akan hal dagangan itu boleh hamba Datu bayar dalam seratus tiga puluh dengan harga tiga ratus tiga puluh lima ril sepeti maka apabila sampai kapal itu ke Terengganu mana dagangan yang boleh jual di Terengganu hamba Datu ambil dan mana yang tiada boleh jual dibawa berlayar dan lagi mana ada dagangan yang kepada hamba Datu boleh hamba muatkan di kapal itu maka daripada hal dagangan itu pun dibawa jual ke sebelah Tanah Brunai juga maka akan hal labanya itu pun dibahagi tiga maka pada fikiran hamba Datu terlebih untung daripada pergi ke Negeri China daripada harga lada dan timah lebih jualan di Terengganu dari Pulau Pinang, jika jadi bicara ini pinta Datu beri pergi surat akan Mistar Ferli pinta Mistar Ferli jadikan kapitan dalam kapal itu akan Kapitan Carnegie karena ia boleh jadi berbicara dengan hamba Datu dan segala khabar perniagaan segala negeri itu yang hendak pergi itu sudahlah hamba Datu khabarkan kepada Kapitan Carnegie dan lagi seperti opin jika hamba Datu bawa ke sebelah Tanah Brunai itu pada kira-kira hamba Datu boleh jual dengan harga empat ratus ril maka apabila sudah berniaga sebelah Tanah Brunai pulang ke Terengganu maka apabila sudah berlayar segala kapal pergi ke China maka mana dagangan yang tinggal seperti lada dan timah boleh muat bawa ke Benggal jadi dua tiga kali untung di dalam satu musim di dalam itu pun lebih maklum Datu jikalau sudah jadi benar kepada Datu maka hendaklah Datu beri pergi surat akan Mistar Ferli boleh dengan segeranya sediakan sementara sampai Kapitan Carnegie.
Tammatul kalam
Diperbuat surat pada enam likur hari bulan Muharram pada sanat 1206 (H/1791M).

Wednesday, 6 July 2011

PerBANKan ISLAM..betul kah ISLAM???


PENGGUNA

KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.

Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.

Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.
Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.
Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.
Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.
Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.
Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”
Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu? 
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

SUMBER : http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/05/soalan-kepada-ulamak-perbankan.html

Kenyatan yang dikemukakan oleh Sheikh Imran Hosein bahawa perbankan Islam mengamalkan riba melalui pintu belakang adalah tepat. Kononnya sebagai alternatif kepada umat Islam daripada perbankan riba-kapitalis tetapi hari ini sistem tersebut menjadi peneraju. Setiap langkah, setiap jejak perbankan riba-kapitalis pasti akan dituruti oleh perbankan Islam. Mereka hanya menukar istilah bagi menunjukkan ciri keislaman tetapi hakikatnya sama, contoh Hilah (Capital market), Sukuk (Bond) dll.

Oleh itu langkah Bank Islam menaikkan kadar faedah sejajar dengan pengumuman Bank Negara adalah tidak menghairankan kerana asas perbankan Islam adalah sama iaitu Riba-Kapitalis seperti tersiar didalam akhbar theedge baru-baru ini.

Bank Islam to raise financing rate to 6.60%

Written by Surin Murugiah of theedgemalaysia.com 
Wednesday, 11 May 2011 16:13 

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd is revising its base financing rate (BFR)from 6.30% per annum to 6.60% with effect from 12 May 2011. In a statement Wednesday, May 11, Bank Islam managing director Datuk Seri Zukri Samat said the rate revision was due to the rise in Bank Negara Malaysia's Overnight Policy Rate by 25 basis points to 3% cent and Statutory Reserve Requirement ratio to 3%. The last revision in Bank Islam’s BFR was on July 13, 2010 when the rate was revised from 6.05%to 6.30%.

Bank Islam adalah bank pertama yang melaraskan kadar faedah sejajar dengan pelarasan oleh Bank Negara. Apa yang saya ingin tekankan disini adalah perbankan Islam hanya menuruti setiap langkah yang ditetapkan oleh perbankan riba-kapitalis. Perbankan Islam bukan hanya sekadar penukaran istilah sahaja tetapi dasar, perjalanan dan perlaksanaan kaedah ekonomi masih berteraskan riba-kapitalis. Sepatutnya cendikiawan kewangan Islam perlu mengemukakan sistem perakaunan islam tersendiri yang mengguna pakai formula yang bebas dari faktor interest.

Persoalan bukan sahaja bank seolah-olah broker atas angin sahaja dengan kaedah penjanaan wang dengan sistem Fractional Reserve Banking; iaitu bank memerlukan hanya sejumlah kecil wang sebenar tidak sampai 5% bagi menghasilkan 95% dalam bentuk wang melalui manipulasi perakaunan.

Mari kita teliti bagaimanakah kaedar faedah yang digunakan oleh bank termasuklah perbankan Islam; interest i ditentukan melalui formula berikut;


dimana


dimana P adalah bayaran bulanan, N adalah tempoh pembayaran dan A adalah jumlah bayaran.

Untuk penentuan bayaran bulanan jika kadar interest telah ditetapkan adalah seperti berikut;

Persoalannya; sepatutnya ulamak perbankan jelaskan, apabila jumlah bayaran bertambah berkadaran dengan masa bukankah riba namanya? Bukan setakat bertambah secara mendatar tetapi berganda-ganda?

Wahai ulamak perbankan yang bijak pandai apakah ertinya RIBA? Bukankah riba itu bermakna tumbuh; dan jika ia bertambah dan membiak apabila bertambahnya masa bukankah itu riba yang sebenar-benarnya?
Konsep formula kewangan yang digunakan seperti diatas di namakan Time Value Money. Ini adalah asas kepada teori kewangan riba kapitalis yang mengesahkan keperluan interest (riba). Mengikut teori tersebut, wang sebanyak $100 hari ini yang dilabur selama setahun pada kadar interest 5% akan memperolehi keuntungan masa hadapan sebanyak $105. Sebaliknya kewangan Islam mesti berdasarkan untung-rugi tanpa jaminan keuntungan tetap pada masa hadapan.
Perbankan Islam mengatakan pertambahan harga itu adalah untuk dari mark-up harga yang asal tetapi hakikatnya pertambahan harga itu adalah berkadaran dengan kadar interest seperti jelas dari KENYATAAN RASMI oleh Bank Islam pertambahan kadar caj kewangan adalah berikutan pelarasan kadar interest.

Seperti diketahui umum, kadar keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam adalah jauh lebih tinggi dari kadar keuntungan yang di ambil dari perbankan Riba-Kapitalis. Ini adalah terang-terang MEMPEROLOKAN HUKUM ALLAH!

Seperti yang dialami oleh sahabat saya, beliau mengambil pinjaman untuk perumahan yang dibelinya pada tahun 2007. Harga rumah tersebut ialah RM530,000 dan bayaran muka sebanyak RM110,000. Jadi beliau mengambil pinjaman sebanyak RM420,000 selama 19 tahun. Bayaran bulanan yang dikenakan adalah sebanyak RM3600. Pada tahun 2010 beliau mengalami masalah kewangan dan menjual rumah itu sebanyak RM580,000. Pinjaman rumah itu dibuat di sebuah bank Islam antarabangsa yang terkenal, bila beliau ingin membuat penyelesaian jumlah yang dikenakan ialah sebanyak RM440,000. Beliau begitu terkejut kerana jumlah yang beliau telah buat bayaran adalah sebanyak RM160,000 dan jika dijumlahkan adalah sebanyak RM600,000. Cuba bayangkan untuk pinjaman selama 3 tahun keuntungan yang dikenakan sebanyak RM180,000! Jauh lebih tinggi dari perbankan konvensional. Selama ini ulamak perbankan membuat perbandingan antara ayam yang disembelih dan tidak disembelih. Perumpamaan itu tidak betul sama sekali kerana ia bukan sekadar melibatkan akad tetapi nilai yang dikenakan adalah sangat berganda dan melebihi nilai pengiraan sistem RIBA sekalipun! Sekali lagi kita bertanya kepada ulamak perbankan dimanakah kedudukan perbankan Islam apabila Allah melarang pengambilan riba seperti didalam ayat berikut;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (A-li'Imraan 3:130)
PENGGUNA
KL 7 Julai 11: BANK Islam yang mencatatkan prestasi kewangan dan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun lalu merancang membuka 32 cawangan baru yang menjadikan 150 cawangannya menjelang 2014, mencatat keuntungan begitu tinggi.

Tetapi seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.

Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya..
Ibu saya telah membuat satu report polis berkenaan kehilangan wang melalui mesin atm. Report polis tersebut dibuat Simpan Duit Di Bank Islam, Hilang. Bank Lepas Tangan. Di balai polis … .…., Selangor dan kes itu diambil oleh inspektor …… dari balai polis Batu Gajah (di Balai Polis Tanjung Malim). Mungkin kerana akaun Bank Islam tersebut di buka di Bank Islam cawangan Tanjung Malim. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Selepas itu, inspektor tersebut ada menyoalsoasiasat ibu saya dan pihak bank telah menghantar surat kepada semua bank di lokasi atm terbabit memohon untuk melihat cctv di permis berkenaan.
Salah satu daripadanya telah membenarkan kami melihat cctv tersebut dan ia terletak di Seremban. Kami mesti pergi ke sana bersama-sama dengan pihak polis yang menyiasat kes ini. Ibu saya telah menelefon inspector …….. memberitahu hal ini, tapi beliau mengatakan tidak dapat pergi dengan alasan tempat tersebut jauh. Beliau juga ada menyuruh ibu saya pergi sendiri ke sana dan menyuruh ibu saya meminta pada pihak bank supaya transfer video cctv itu ke dalam bentuk soft copy dan kemudian dia akan (…….) daripada soft copy tersebut.
Kesimpulannya, beliau tidak mahu pergi kerana tempat itu jauh dan menyuruh ibu saya pula melakukan kerja yg sepatutnya dia sendiri lakukan. Ibu saya menelefon kembali pihak bank mengatakan bolehkah kami pergi tanpa kehadiran pihak polis. Dan pihak bank tidak membenarkan kami melihat cctv tanpa kehadiran polis. Ibu saya memberitahu inspektor …….. berkenaan hal ini, tetapi beliau tetap tidak mahu pergi dan terus berdiam diri selepas itu.
Kami langsung tidak tahu apa perkembangan kes tersebut sehingga ibu saya menceritakan hal ini kepada saya. 2 hari lepas, sebelum mengetahui berkenaan perkara ini, saya menelefon inspektor …….. bertanyakan status kes ini, dan dia memberitahu saya bahawa pihak bank tidak memberikan jawapan kepada permohonan untuk melihat cctv tersebut. Bermakna, beliau tidak berterus terang tentang hal yang sebenar di mana pihak bank ada memberikan maklum balas tetapi beliau yang tidak mahu pergi ke sana bersama-sama dengan ibu saya. Dan hari ini, saya menelefonnya, baru dia mengaku salahnya.
Ini bermakna dia cuba menyembunyikan hal yang sebenar. Kami berasa amat kesal kerana anggota polis yang sepatutnya membantu rakyat tidak mahu menjalankan tugas yang telah diamanah kapadanya. Dan kini, pihak bank mengatakan, ini adalah salah kami dan inspektor tersebut kerana tidak mahu datang melihat cctv tersebut. Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah hampir 6 ribu ringgit.
Hanya kerana sikap pegawai polis ini, peluang kami untuk menuntut kembali wang tersebut hilang begitu sahaja. Jadi, kami mahu inspektor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang sepatutnya beliau lakukan.”
Segala surat-menyurat berhubung dengannya semua ada. Proses ini sudah berjalan setahun. Nak ambiln duit dah tak ada. Duit kami sudah lesap, tak tahu di mana nak mengadu? 
Masing-masing pihak bank dan pihak polis lepas tangan. Jadi siapa bertanggung jawab? Bagaimana hak penyimpan wang tiada jaminan dari bank? (IH)

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

Pekerja Kemahiran Tinggi Dan Politeknik.


KUALA LUMPUR – Malaysia masih ketinggalan dalam aspek pekerja berkemahiran tinggi berbanding beberapa negara lain termasuk Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, Singapura mempunyai 50 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi, Taiwan dan Hong Kong 40 peratus dan Jepun pula antara 70 hingga 80 peratus.


“Manakala Malaysia hanya mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada 11.8 juta jumlah pekerja di Malaysia.

“Atas sebab itu kita perlu mencapai sasaran melahirkan 50 peratus pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Konvensyen Penyeliaan Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung selama dua hari di sini hari ini.

Seramai 255 peserta terdiri daripada petugas penyeliaan menghadiri konvensyen bertema Transformasi Ke Arah Prestasi Tinggi tersebut.

Mengulas lanjut, Maznah berkata, bagi mencapai sasaran tersebut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf bidang kemahiran dan mewujudkan skim perkhidmatan untuk 13 bidang yang dikemukakan pihaknya.


Menurutnya, bidang itu ialah Pelukis Pelan, Jurusolek, Pemeriksa Kereta Motor, Fotografi, Penyelia Rancangan Tanah, Ahli Muzik, Pengajar Kraf, Pembantu Pegawai Latihan, Juruteknik Komputer, Pembantu Perikanan, Penyelia Juru Pakaian, Penolong Pegawai Latihan Vokasional serta Juru Audiovisual.

Jelasnya, menerusi pengiktirafan kepada bidang kemahiran itu para graduan daripada pusat-pusat latihan kemahiran akan mempunyai peluang untuk bekerja di sektor kerajaan. – mynewshub.my

Hj. Yusof...diharapkan Mohd. Hatta Zainal...bertindak segera bersama pegawai lain berkaitan...menemui Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi atau Menteri Sains Teknologi...bagi mendaftarkan HAKcipta Intelektual pelajar pelajar berkaitan...jika berjaya...dapat juga memberikan bantuan kepada pelajar membayar semula wang pinjaman PTPTN mereka...Hj. Yusof.
JASIN – Banyak produk yang dihasilkan graduan politeknik diciplak oleh pihak lain, dakwa Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (Bahagian Perhubungan Industri dan Publisiti), Mohd. Hatta Zainal.

Dakwa beliau, perkara itu berlaku kerana ramai graduan politeknik gagal untuk mendaftarkan produk hasil reka cipta mereka sebagai harta intelek menyebabkan ia hilang begitu sahaja.

Justeru, kata beliau, graduan politeknik disaran mendaftarkan produk hasil reka cipta mereka sebagai harta intelek bagi mengelak produk mereka diciplak pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami akan mengajar graduan yang menghasilkan produk inovasi untuk melindungi produk mereka dengan mendaftarkannya sebagai harta intelek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Seminar Pengkomersilan Produk Inovasi Politeknik Merlimau Melaka di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Mohd. Hatta, pendaftaran harta intelek bukan hanya bertujuan mengelakkan produk diciplak, tetapi ia juga bertujuan graduan menceburi bidang komersialan berdasarkan potensi yang ada.

Selain itu, katanya, Jabatan Pengajian Politeknik (Bahagian Perhubungan Industri dan Publisiti) merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan produk rekacipta graduan politeknik.

Sejarah Asal Usul YAHUDI.


Jul 7, 2011http://berita-harian-online.com/sejarah-asal-usul-yahudi/

Sejarah Asal-Usul Yahudi

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW9-uCAvufIv1vx_aqSsvS5pVma6TGW6qnyV3mnslxoZ8AwVq33RsbedfAE1WU1VIWikMIUk9HroRj4fUTMw-2sr8BswQSPBBu-92oVU_1OPgn2CxmjjB2Lp3k720uDQqLlbl5HEV104h4/s1600/masa-kanak-kanak-anak-yahudi.jpg
Sebentar tadi saya terbaca post menarik dari saudara roBust dari Carigold forum, ia menerangkan secara terperinci tentang asal usul yahudi. Mungkin ada manfaat untuk dibaca.
Asal Usul Yahudi


Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Asal-usul kaum yang laknat.
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.
Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV
Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil ‘Black Death’, pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.
Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.
Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai ‘pogrom’, iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai ‘penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi’.
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.
Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.
Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.
Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir’aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra’ ayat yang bermaksud:
“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku”.
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.
Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.
Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .
Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.
Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.
Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .
Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.
Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.
Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.
Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.
Mengapa Yahudi Ditindas?
Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.
Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam ‘Talmud’ iaitu tafsiran kepada kitab ‘Taurat’, ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan ****. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Disebut dalam Talmud lagi:
* Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.* Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.* Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
* Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.
Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi
Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.


Baca Post Lain yang Berkaitan:
  1. Asal Usul Sejarah Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
  2. ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  3. Asal Usul Nafsu
  4. Menjejaki asal-usul denim
  5. Kuan Yew berkempen minta rakyat ingat asal usul Singapura
  6. Benarkah Yahudi penduduk asal Palestin?
  7. Cadang usul tergempar
  8. Sejarah Imam Bukhari
  9. Sejarah Negeri KEDAH.
  10. Subjek Sejarah lebih seronok
  11. Sekilas Sejarah Pelacuran di Indonesia
  12. PERBANDINGAN SEJARAH HANG TUAH
  13. Karangan Budak yang mencipta sejarah
  14. Yahudi luah bantahan
  15. Asal boleh lari
  16. Aktivis Yahudi dilempar batu
  17. Yahudi mula bina 600 rumah
  18. Yahudi mula bina penempatan
  19. Rumah Yahudi ditambah lagi
  20. Yahudi Berhajat Menghapuskan Mekkah