ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 15 September 2012

UMNO..budaya SAMSENG sejak 1960an lagi???


DENGAR WAHAI RAKYAT

Popout

Popout



Popout


Yahoooo....nah aihhhh

RAKYAT MAKAN PUN TAK CUKUP, MENTERI BOLEH DOK MENARI MENYANYI LAGI....KIRA OK LA.....

Popout

Cinta Dalam Hati ..DONGENG kemerdekaan Malaysia


Cinta Dalam Hati Lakonan Remy Ishak Dan Dira

13 Episod ‘Cinta Dalam Hati’ Remy Ishak dan Dira Abu Zahar di TV1

Gandingan pelakon Remy Ishak dan Dira Abu Zahar bakal disatukan dalam sebuah drama cinta yang menguji kesetiaan, kejujuran selain menuntut pengorban besar daripada seorang kekasih terhadap pasangannya disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 15 September depan menerusi TV1.

Drama bertajuk Cinta Dalam Hati yang menghiburkan petang hari anda jam 7.00 malam, setiap Sabtu dan Ahad ini turut dibantu pelakon Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob.
Drama Cinta Dalam Hati

13 episod drama arahan Zul R’shad ini mengetengahkan watak Dino, seorang graduan lulusan Persembahan Kreatif dari UiTM telah menjalin hubungan cinta dengan Munira, gadis sekampung dengannya. Ibu Munira, Mariam menghidap penyakit buah pinggang. Tinggal jauh di pedalaman nyata menyukarkan Mariam dan penduduk setempat untuk menjalani hemodialisis. Lalu Dino dan Munira berhasrat untuk membeli mesin tersebut dengan bantuan Doktor Roslan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Dino berusaha menyiapkan skrip Filem Cinta Dalam Hati yang mengisahkan percintaan mereka berdua dan hasil bayaran skrip tersebut akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis. Malangnya, sebelum skrip tersebut disiapkan, Munira telah meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Kematian Munira menguatkan lagi semangat Dino untuk menyiapkan skrip tersebut dan akhirnya diserahkan kepada Othman Hisham, seorang pengarah yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran telefilem di kampungnya. Ketika itu Dino diminta membantu untuk mencari lokasi.

Othman Hisham berjaya memujuk Rio Darwan untuk melabur dalam filem berkenaan, bagaimanapun Rio meletakkan syarat Irama yang memegang watak utama. Jika tidak, dia akan menarik diri dari perojek berkenaan. Irama memang pelakon terkenal tetapi belum pernah berlakon filem. Dia gembira menerima tawaran tersebut, bagaimanapun apabila tahu Rio yang membiayai projek berkenaan, dia menolaknya.

Badrul, pengurus peribadi Irama dan Elfi, wartawan dan juga kawan baik Irama tidak mahu Irama mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Ini kerana, Rio adalah bekas kekasih Irama. Mereka pernah dinobatkan sebagai pasangan paling bahagia tetapi kebahagiaan itu diragut apabila Rio ditangkap khalwat dengan artis baru. Sejak itu, Irama berjanji tidak akan melihatkan diri dalam sebarang projek Rio. Dino kecewa apabila Irama menolak tawaran tersebut kerana hasratnya untuk membeli mesin hemodialisis tidak akan kesampaian.

Bagaimanapun selepas berjumpa dengan Dino dan mengetahui tujuan Dino yang sebenarnya, Irama akhirnya terpanggil untuk membantu Dino. Sejak itu hubungan Irama dan Dino mula akrab tetapi cuba dihalang oleh Rio. Rio mahu Irama kembali ke pangkuannya.

Dalam diam, Dino sebenarnya turut jatuh cinta pada Irama, bagaimanapun perbezaaan status serta konflik yang berlaku di antara mereka dengan Rio, menyebabkan Dino menarik diri. Manakala Irama pula, walaupun didesak oleh Rio, pintu hatinya memang tertutup untuk Rio.

Dino akhirnya sedar tentang kesucian cinta Irama terhadapnya. Dia kembali mencari Irama untuk meminta maaf dengan apa yang berlaku dan menjelaskan kenapa dia menjauhkan diri daripada Dino angkara Rio yang mengugut akan menghalang karier Irama. Dino tidak mahu karier Irama musnah kerananya. Akhirnya hubungan mereka bertaut dan Rio pula sekali lagi ditangkap khalwat dengan Shasha, pelakon baru.

Dalam waktu yang sama, cinta Nadia dan Iskandar menghadapi dilema apabila Nadia disahkan menghidapi virus HIV. Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV menyebabkan Iskandar keliru untuk meneruskan hasratnya untuk meminang Nadia walaupun dia amat menyintai Nadia. Nadia pula yang merasakan kehidupannya telah berakhir, telah berhenti kerja dan pulang ke rumah neneknya, Kalsom di kampung.

Sepanjang berada di kampung, Dino berjaya memberi semangat dan kekuatan kepada Nadia. Dino turut membuka minda Iskandar tentang penyakit HIV yang sebenarnya. Akhirnya Iskandar nekad untuk meneruskan hasratnya meminang Nadia, bagaimanapun sebelum impian itu terlaksana, satu kejadian berlaku yang menyebabkan Iskandar terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu dengan Nadia selama-lamanya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bagaimana pula penyudah kepada hubungan Dino dan Irama?

Cinta Dalam Hati satukan Remy Ishak dan Dira Abu Zahar
turut dibantu Azhan Rani & Azza AF


HISHAMUDDIN RAIS: KELENTONG UMNO PECAH, DONGENG MERDEKA TERBARAI

Kelentong Umno pecah, dongeng Merdeka terbarai (Hishamuddin Rais)

(http://www.keadilandaily.com)

Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan paling rancak untuk menilai sejarah. Selama setengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.

Selama lebih 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation  berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir setengah kurun gerombolan ini bersama koncu-konconya berkisah bahawa merekalah yang berhak ke atas bumi Tanah Melayu ini.

Dengan menjual nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan ‘Hidup Melayu’ parti siasah ini mereka kisah-kisah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.

Sayang seribu kali sayang. Kemunculan internet mengubah semua ini. United Malays National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemoni yang berupaya memonopoli maklumat. Jalur naratif perjuangan bangsa tidak lagi dimonopoli gerombolan ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kasih Ronald Reagan kerana menghadiahkan internet kepada dunia.

Mitos dan kisah dongeng pertama yang diterbarai oleh internet ialah tentang naratif perjuangan bersenjata. Selama lebih dari setengah abad warga Tanah Melayu dikelentong dengan kisah bahawa perjuangan menuntut merdeka dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation berunding di London dengan British. Ini memang kisah hampeh. Ini cerita karut lagi marut yang ditabur setiap bulan Ogos sejak 1958.

Selama lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya ditabur kerana warga tidak memiliki maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British disongsangkan. Tetapi melalui intenet, hari ini anak-anak muda mula mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah CD, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

Anak-anak muda semua bangsa kini mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (1930). Malah turut sama berjuang melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf (1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hizbul Muslimin (1948) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti ini bersama PKM mengangkat senjata melawan British.

Kini anak semua bangsa mula mengenal Mat Indera yang mati digantung oleh British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Setelah mangkat 59 tahun dahulu, hari ini Mat Indera menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che Geuvera. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Semakin ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini: United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada 1946. Sebelum United Malays National Organisation muncul, banyak parti dan kumpulan siasah yang lama berjuang menentang British.

Gerombolan United Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti politik apabila British mengharamkan PKM, API, KMM dan Hizbul Muslimin. Malah, sehingga ke hari ini, nama organisasasi – Umno – masih lagi menggunakan nama Inggeris. Dari fakta sejarah, umum mengetahui United Malays National Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila ‘Hidup Melayu’ dan bukan ‘Hidup Inggeris’ menjadi slogan perjuangan.

Pembohongan paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de Berenger (1780-1857) – pembuat lagu Mamula Moon. Kini telah diketahui umum, bagaimana Mamula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia. Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negaraku di Malaysia.

Sekarang, fakta sejarah ciplakan yang selama ini cuba disorok telah bocor. Warga Malaysia mula bangun dan melaungkan yang mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan lagu Negaraku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.

Tidak cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak, kini timbul perbincangan di kalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini dilihat sebagai ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Melalui maklumat internet, orang ramai tahu bahawa selama ini wujud bendera Sang Saka Merah Putih yang membawa motif Nusantara. Jalur Gemilang nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu tidak bermotif roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur Gemilang bermotif ciplakan dari The Star Spangled Banner.

Pembohongan demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 Mac 2008. Sesudah tarikh ini, sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berubah untuk selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat dinafikan lagi. Orang ramai menunggu masa untuk menghumbankan parti ini ke tong sampah sejarah.

Di saat saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan – United Malays National Organisation cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang sedang berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan datang bertalu-talu dari laman dari blog, dari facebook dan twitter, anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.

Pelekehan logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos juga diciplak dari Taiwan. Tetapi ketika itu, serangan anak muda agak terhad. Tetapi kali ini serangan datang bergantang-gantang sehinggakan pungutan suara melalui media baru di Malay Mail – akhbar pro United Malays National Organisation – terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan ditolak.

Penolakan dan pelekehkan oleh anak-anak muda ini menakutkan United Malays National Organisation. Ini kerana mereka sedar undi anak mudalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU 13 nanti.

Dalam keadaan kelam kabut ini Menteri yang berwajib cuba mencari jalan keluar. Menteri Kelam Kabut ini cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai sebagai jalan penyelesaian.

Ha! Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian ini pula memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo 31 Ogos berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi hati orang ramai pada PRU 13.

Tiba-tiba laman media baru meledak dengan berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja Indonesia. Kah kah kah !! Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhempap pula ke tahi lembu. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Di sebalik semua ini, apakah yang sebenarnya terjadi? Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betulkah lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indonesia? Dua soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan.

Bukan logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah manifestasi tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Penolakan dan pelekehan terhadap logo dan lagu ini adalah manifestasi betapa bencinya anak-anak muda dan orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Sama ada lagu ‘Janji Ditepati’ ada persamaan dengan lagu ‘Tuhanku Maha Besar’ memang tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama bukan persoalan. Bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang muzik. Malah, mungkin ramai yang mengutuk lagu ini di facebook tidak pun mendengar untuk membuat bandingan kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Penolakan dan pelekehan ini muncul kerana umum mengetahui bahawa parti siasah United Malays National Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak. Kalau kayu tepi sungai sudah condong, bukan sahaja kura-kura akan memanjat, malah ia akan dijadi pangkin untuk terberak.

Hari ini, kebencian sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangkan, apa sahaja yang dianjurkan – semuanya akan ditolak. Semuanya akan diperlekeh. Malah, sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib – Presiden United Malays National Organisation - perkataan itu tidak dipercayai. Terima kasih Ronald Reagan.

artikel asal: http://www.keadilandaily.com/kelentong-umno-pecah-dongeng-merdeka-terbarai-oleh-hishamuddin-rais/
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com

Ning Baizura Sah Hamil..16 Sept. 2008???

Berita Ning Baizura Sah Hamil

Ini berita terbaru yang Budiey terima, Ning Baizura telah mengesahkan dirinya hamil anak pertama. Patutlah badan Ning budiey tengok semakin berisi sikit.

Tahniah Budiey ucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura. Akhirnya akan dapat baby jugalah nantil. Berita ini dipetik dari Portal Murai di mana Ning Baizura telah mengakui diri telah hamil 3 bulan dan satu sidang media akan dibuat tak lama lagi bagi mengumumkan berita ini.

Ning nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

DSC_0044

Tindakan diva soul, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara “Guinness Arthur’s Day” yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara telah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak, khususnya di kalangan fans dan peminat dunia seni hiburan yang selama ini telah menyokong serta mengikuti perkembangan seni nyanyian dan lakonannya selama ini.

Terharu dengan pelbagai pujian serta maklum balas yang positif, Ning Baizura berkata, dia amat bersyukur kerana peminat telah menyokong 100 peratus tindakannya itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya juga amat berdiri teguh dengan pendrian saya untuk tidak mahu mempromosikan sesuatu yang menyalahi agama.

“Sekali lai, terima kasih peminat kerana menyokong serta menghormati keputusan saya,” katanya kepada murai.com.my.

Ning Baizura yang baru saja tampil di Malam Gala filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki di GSC Pavilion malam tadi turut beraksi dengan memperdengarkan lagu tema Lagenda Budak Setan 2, Dia Sejati.

Dia juga bakal mengadakan sidang media tentang kehamilannya pada minggu depan. Sumber: Portal Murai 


September 16 Digagalkan oleh Penggunaan ISA - WIKILEAKS

Sempena September 16 ini, juak2 UMNO mahu merendah-rendahkan usaha Dato Seri Anwar Ibrahmim tersebut. 

Cumanya, puak2 UMNO ni tidak mahu menceritakan sebab sebenar percubaan September 16 itu gagal.

Mengikut pendedahan WIKILEAKS (yakni laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) menyatakan sebab utama kegagalan September 16 adalah kerana pengunaan ISA ke atas Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Cina.

Pihak Kedutaan telah merujuk kepada seorang ahli Parlimen UMNO, Dato’ Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi UDA.

Dato’ Nur Jazlan mengatakan penangkapan ISA tersebut sangat berkesan menakutkan Ahli2 Parlimen dari mengikut Anwar (yakni melompat dan menjayakan September 16)

Teks laporan Kedutaan Amerika itu adalah seperti berikut:

6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)

(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.) 


TERJEMAHAN: (2) Kedua-dua penguasa PKR mengakui penahanan ISA pada bulan September itu keatas 3 orang- seorang wartawan, Teresa Kok serta Raja Petra- telah menghantar amaran yang berkesan kepada semua Ahli Parlimen yang bercadang untuk menyokong Anwar

(KOMEN: Pada awal Oktober, Ahli Parlimen UMNO, Nur Jazlan, memberitahu Polcouns bahawa penahanan ISA tersebut adalah sangat berjaya di dalam menakutkan Ahli2 Parlimen yang telah bercadang untuk mengikut Anwar)

Ingat kembali, Teresa Kok telah ditangkap kerana kononnya beliau melarang azan di sebuah surau di Puchong dan sebuah masjid di Kota Damansara. Semua tuduhan ini terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.

UMNO cuma mahu mencari alasan untuk menggunakan ISA bagi mengagalkan perancangan September 16 Anwar Ibrahim. Mereka sendiri tahu tuduhan2 itu palsu dan tidak berasas. Namun, penangkapan di bawah ISA ke atas 3 orang itu tidak lain bertujuan menakutkan Ahli2 Parlimen dari melompat.

Ahli2 Parlimen yang dimaksudkan ini telahpun menandatangani “Kenyataan Bersumpah” mahu mengikut Anwar Ibrahim tetapi telah menarik diri akibat takut ditangkap ISA. 

Dalam PAS pula, Hasan Ali adalah agen kepada menyebarkan cerita kononnya Teresa Kok melarang azan. Cerita tersebut telah disebarkan kepada keseluruhan AJK PAS Pusat dalam salah satu mesyuarat AJK PAS Pusat.

Maka, janganlah puak2 UMNO memainkan isu kononnya Anwar berbohong ataupun Anwar menjual janji palsu. Yang sebenarnya UMNO telah bermain kotor dengan menggunakan ISA mengagalkan perancangan September 16.

Tulang Besi
  XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 000991
SIPDIS
FOR EAP AND INR
E.O. 12958: DECL: 07/16/2018
TAGS: PGOV, PINR, KDEM, MY
SUBJECT: ANWAR SHIFTS GEARS, NOT GOALS, SAY AIDES
REF: KUALA LUMPUR 979 - INITIAL REACTION TO U.S. ELECTION
Classified By: Political Counselor Mark D. Clark for reasons 1.4 (b and d).
Summary and Comment
1. (C) Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a less aggressive posture for now, but his goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib becoming the next UMNO party president and Prime Minister, according to top officials in Anwar's Peoples Justice Party (PKR).
Part of Anwar's strategy entails reaching out to the "losers" in the transition from Prime Minister Abdullah to Najib, including UMNO veteran Tengku Razaleigh. The PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those considering switching their support to Anwar.
PKR officials and Anwar's lawyers assumed the sodomy prosecution against Anwar would move forward, with a trial phase likely beginning by January. The Opposition was unlikely to support "superficial" reforms that UMNO would try to rush through parliament as part of outgoing PM Abdullah's legacy.
The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who complained about his inability to compete in the UMNO nomination process due to money politics and contended that the next UMNO president (Najib) would not necessarily become the next Prime Minister.
2. (C) Comment: We currently are witnessing a different tone and pace in the struggle between the Opposition and UMNO following Anwar's unrealized September deadline and the rapid consolidation of UMNO support behind Najib as the next Prime Minister.
While PKR's rationale for wanting to head-off Najib remains in place, Anwar has lost political momentum for the moment and seems to face increasingly long odds in securing future crossovers. Anwar's ability to attract the "losers" from the Abdullah-Najib transition remains theoretical. End Summary and Comment.
Anwar's Less Aggressive Posture
3. (C) Polcouns met separately with PKR Information Chief Tian Chua and PKR Vice President Sivarasa Rasiah on November 3 and 5, respectively. Both PKR officials acknowledged that Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a lower key approach since the passage of Anwar's public September 16 deadline to bring down PM Abdullah's government through the crossover of 30 or more government MPs.
Compared with September, Anwar is now more focused on consolidating the Opposition People's Alliance (Pakatan Rakyat), which encompasses three parties with often disparate political views: PKR, the Chinese-dominated Democratic Action Party (DAP), and the Islamic Party of Malaysia (PAS). As the formal Opposition leader in Parliament, Anwar is devoting attention to Pakatan's actions in parliament and guiding Opposition MPs, most of whom are sitting in the body for the first time.
Crossover Goal Unchanged
4. (C) Despite his less aggressive public posture, Anwar's goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib Tun Razak becoming the next UMNO party president and Prime Minister, Tian Chua and Sivarasa stated.
The time horizon has shifted from December to March 2009, in line with the shift in the UMNO party elections, at which time Najib is set to become UMNO president uncontested. PKR officials reiterated that Anwar and PKR remain focused on preempting Najib's takeover if possible, because they believe Najib would invoke authoritarian measures to scuttle the Opposition before the next national elections.
In the months ahead, PKR would look for opportunities to weaken support for Najib and the government, for example by criticizing GOM measures in the face of a possible dramatic downturn in the economy following the global financial crisis, or by using new information linking Najib to scandals, like the Altantuya case and the Eurocopter purchase.
(Comment: Anwar and other Opposition leaders have taken up such issues in Parliament over the past few weeks. On November 4, Anwar led a walk-out of Opposition MPs to protest Najib's refusal to allow questions during his presentation of revised budget figures. End Comment.
Attracting the "Losers"
5. (C) Anwar does not have enough ethnic Malay MPs ready to join the Opposition, according to both Tian Chua and Sivarasa, without which the Opposition faces unacceptable risks of a harsh government backlash justified on the basis of Malay nationalism.
Anwar reportedly hopes to attract disaffected UMNO leaders and MPs who are "losers" in the current transition from Abdullah to Najib; most prominent among these is veteran UMNO leader Tengku Razaleigh Hamzah.
Talks with Razaleigh remain inconclusive because Razaleigh continues to insist on the prospective position of Prime Minister, while PKR estimates that Razaleigh could secure the crossover of only four or five UMNO MPs (see notes below from the Ambassador's recent meeting with Razaleigh).
Anwar is also maintaining contact with PM Abdullah at this stage, primarily through son-in-law Khairy Jamaluddin, Tian Chua said. Whether members of Abdullah's circle would consider crossing over to Anwar remained an open question.
ISA as Warning to MPs
6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)
(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.)
Sodomy Trial Will Remain a Factor
7. (C) Sankara Nair, a prominent attorney for Anwar, told us on November 5 that, regardless of maneuvers in the current Sessions Court, it only a matter of time before the government shifted Anwar's sodomy case to the High Court, a more favorable venue for the prosecution.
Sivarasa, who also serves as one of Anwar's lawyers, believed that the trial phase of the sodomy case would begin in earnest by January.
Neither Sankara nor Sivarasa believed the government would drop the case.
Opposition Unlikely to Support Abdullah's Reforms
8. (C) The Prime Minister's circle -- through Khairy -- has approached Anwar regarding support for judicial reform measures that would be presented in Parliament soon as part of Abdullah's parting legacy, according to Sivarasa and Tian Chua. The Opposition, however, was unlikely to support these measures because they did not represent meaningful changes.
The Opposition believed, for example, the proposed changes to the Anti-Corruption Commission would leave the body under firm executive control. Following the resignation of legal reform Minister Zaid Ibrahim, Nazri Aziz, de facto Minister for parliamentary affairs, led the judicial reform discussions in Parliament, but he lacked credibility.
Anwar and the U.S. Presidential Election
9. (U) Following his initial remarks of November 5 (reftel), Anwar has continued to comment generally positively on Senator Obama's victory in the U.S. presidential election. Time Magazine highlighted Anwar's remarks on President-elect Obama as the first among those of only 11 prominent world personalities.
Anwar wrote that, "In Obama's victory are sown the seeds of great expectations that a truly new chapter will be written in the history of the world." Anwar publicly claimed he had been in contact with Senator Obama.
Ambassador Calls on Razaleigh
10. (C) The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who, as the only challenger to DPM Najib for the UMNO presidency, had yet to garner a single UMNO division nomination (he now has one). Casting himself as a reformer, Razaleigh said that he wished to bring greater democracy and transparency to UMNO, but that he could not compete in the current nomination race in the face of engrained corruption and money-politics.
Razaleigh said that Najib's coming to power would allow former Prime Minister Mahathir to regain substantial influence within the government. Razaleigh indicated his relations with Mahathir, his former political rival, remained strained.
11. (C) While Razaleigh conceded that Najib would win the UMNO contest, he stressed several times to the Ambassador that the next UMNO president would not necessarily become the next Prime Minister, but did not further explain this remark.
Razaleigh speculated that there now existed grounds for PM Abdullah and Anwar Ibrahim to work together, for example on reform measures. Razaleigh thought that Khairy Jamaluddin currently acted as the go-between for Abdullah and Anwar. Razaleigh acknowledged, as he has publicly, that he continues contact with opposition politicians, but he did not otherwise signal he planned to leave UMNO
KEITH

UMNO BN...dari atas ke bawah...suka buat KERJA GOBLOK???

27 RIBU KEPING TEMPE DAN 25 RIBU KILO PULUT MENJADI MANGSA KEBODOHAN UMNO... KAH KAH KAH !

Sebab itu gua kata bila aje bersahabat dengan Umno yang Bijak Pandai pun akan jadi bodoh beb... kebodohan itu pulak bukan sikit-sikt tapi jenis kebodohan Terlampau Yang Teramatlah Sangat... kah kah kah... dah lah tu kebodohan tersebut tak boleh pulak nak disorok-sorokan sebab ianya jenis kebodohan Tak Tahu Malu Tahap Gila Babi... jadi dia orang dah tak tahu nak bezakan yang mana satu kerja berfaedah dan yang mana satu kerja Haramjadah... kah kah kah !

Lu orang fikir lah beb sebanyak 27 ribu keping Tempe yang berharga RM0.60 kalau kecil dan RM1 kalau yang besar... lu orang kalikan 27000 keping x RM0.60 = RM16,200 bagi Tempe yang kecil atau 27000 keping x RM1 = RM27000 bagi Tempa yang besar... itu nilaian hanya bagi Tempe belum lagi Masa dan Tenaga yang dibazirkan begitu saja hanya kerana kebodohan tapi berselindung atas nama Semangat Kemerdekaan bagi menghasilkan Jalur Gemilang.

Tapi mungkin akan ada Penchacai Umno akan jawap "kita dapat tempe harga murah lah atau tempe kita buat sendiri lah"... atau jawapan yang paling sedap didengar ialah "kita tak beli tempe tu lah... itu semua ada orang sponsor"... kah kah kah... kalau itu jawapan yang penchacai umno  bagi maka lagi jelas lah kebodohan nya beb... kenapa tak jawap aje ynag tempe tersebut dibagi oleh Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo atau yang Berangan nak jadi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Noh Omar... kah kah kah !. baca sini


Sebelum itu telah berlaku satu lagi kerja bodoh oleh Puak-Puak Umno ni beb... ianya berlaku di Kampong Raja... apabila Puak-Puak Bangang Bin Bahlul ni menghasilkAn Jalur Gemilang dari 2500 kilogram Beras Pulut... lu orang bayangkan lah 2500 kilogram beras pulut dibazirkan atas nama semangat Kemerdekaan... tak boleh ke kalau buat kerja yang Bersahabat Dengan Syaitan... mungkin sebab itu kot sahabat dan penyokong Umno sampai sanggup menyerang orang hinggakan kedalam Masjid, kah kah kah !.

Sebab itu Orang Jawa yang ada kat Selangor ni patut tolak aje Pemimpin yang macam ni beb... buat malu Orang Jawa aje... dah lah yang satunya Penyamun Tarbus... tapi yang belum disahkan Penyamun ni pun Macam Otak Udang... tak dapat nak bezakan mana kerja Pembaziran Yang Bersahabatkan Syaitan dengan tak membuat Pembaziran Yang Bersahabatkan Malaikat... banyak lagi orang Jawa kita yang Bijak Pandai dan tak Bersahabatkan Syaitan beb... kah kah kah !.

hemmmmmm..... kata orang kalau banyak makan tempe boleh jadi cerdik beb... mungkin betul kalau syaitan tak masuk sekali dalam tempe tersebut... tapi kalau syaitan dah masuk sekali dalam tempe... dari kecil sampai mampos pun makan tempe tak kan cerdiknya beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Malaysia...ke GANAS an...yang di GALAK kan???


Muslihat di sebalik keganasan (Oleh Hishamuddin Rais)

Minggu lalu, bas Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin KEADILAN telah diserang di Kota Bharu. Kemudian, pada malamnya satu serangan berlaku di Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong Kedah. Serangan dalam masjid datang dari gerombolan 50 ahli Perkasa.

Serangan berlaku ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah. Seminggu kemudian bas yang sama telah diserang di Melaka. Apa maknanya semua ini? Apa ertinya serangan ini? Apa yang tersirat dan apa yang tersurat apabila kita membaca berita-berita serangan ini?

Memang betul ini bukan serangan RPG – rocket propel granade. Memang betul ini bukan serangan Klaskinkov atau M16. Ini hanya serangan cat merah yang dilempar ke cermin bas. Ini hanya balingan batu-bata yang memecahkan cermin bas. Ada yang berpendapat cat boleh dibasuh dan cermin pecah boleh diganti. Sekali pandang, mungkin ada yang menganggap ini hanyalah kerja anak-anak muda yang diupah oleh United Malays National Organisation. Jika pembaca memiliki jalur pemikiran ini, maka anggapan ini salah. Pandangan ini silap.

Untuk memahami semua serangan ini, biar saya surahkan sejelas mungkin agar kita sedar apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita. Mengetahui apa yang sedang berlaku amat penting. Jika kita faham apa yang berlaku sekarang, kita boleh membayangkan apa yang akan berlaku kemudian.

Pada ketika ini, dunia politik Melayu pecah dua. Saya menekankan DUNIA POLITIK MELAYU atau Malay Politickerana di Malaysia ini Politik Melayu adalah panglima kemudi kepada semua politik negara. Ini hakikat. Ini realpolitik. Politik Melayu menjadi panglima untuk mengkemudi arah negara. Politik Melayu menjadi kemudi politik Malaysia lahir dari hukum dan syarat sejarah.

Selama lebih lima dekad parti United Malaya National Organisation yang berslogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ menjadi hegemoni – memiliki kuasa mutlak. Parti politik ini bersama konconya dalam Barisan Nasional memonopoli ekonomi, politik dan budaya di Malaysia. Selama lebih 50 tahun gerombolan ini berkenduri-kendara – bercempera dan berpesta – memungut dan memunggah harta kekayan negara. Tanpa segan-silu, gerombolan ini dan kroni-kroninya telah menjadi kaya-raya.

Saya sekali lagi memberitahu pembaca bahawa politik ialah kuasa. Politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan kuasa untuk merebut ekonomi. Punca ekomomilah yang sedang menjadi rebutan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation.

Membaling batu ke ceramah Pakatan Rakyat adalah manifestasi perebutan politik. Mengganggu takzirah di masjid atas alasan tanpa tauliah adalah manifestasi perebutan ekonomi. Menggempur kenduri rumah terbuka adalah kerja politik. Kerja politik gerombolan ini dilihat ganas. Membaling batu dan melastik bola besi dilihat bahaya. Tetapi hakikatnya, inilah kegansaan yang dirancang. Jangan silap faham dan jangan salah hitung, semua disusun dan diatur. Di belakang simbah cat, baling batu dan lastik bola besi, wujud perancangan jahat yang lebih besar sedang menunggu.

Betulkah apa yang saya tulis ini? Apakah ini hanya tohmahan murah untuk memburuk-burukkan United Malays National Organisation? Jawabnya, ini bukan tohamahan. Ini bukan fitnah. Semua ini memiliki asas dan fakta yang kukuh. Lebih 50 tahun United Malays National Organisation memiliki kuasa untuk mengagih-agih harta kekayaan negara kepada konco dan penyokong. Berbilion-bilion ringgit harta negara dikelepet. Berbilion ringgit diagih atas nama projek kepada kroni. Mereka berjoget dan bertandak sambil merembat harta kekayaan negara tanpa halangan.

Tetapi sesudah 8 Mac 2008, semuanya berubah. Perubahan ini dimeterai oleh Bersih 2.0. Diperkukuh oleh Bersih 3.0. Dan dibuktikan bahawa hegemoni gerombolan ini telah kempis dengan Janji Demokrasi 2012. Justeru, perancangan keganasan disiapkan. Keganasan tersusun ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai agar kembali tunduk kepada kuasa multak – hegemoni United Malays National Organisation. Keganasan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai yang mula berani turun ke jalan raya.

Bayangkan jika orang ramai berani turun ke jalan raya dalam Bersih 2, Bersih 3 dan Janji Demokrasi – apakah mereka akan takut untuk mengundi Pakatan Rakyat? Jawabnya: Pastilah orang ramai sepuluh ribu kali lebih berani memberi undi kepada Pakatan. Inilah yang sedang berlaku. Untuk mendalami pemahaman, kita wajib melihat sejarah bagaimana taktik menakut-nakutkan orang ramai digunakan pada Bersih 2.0. Ugutan. Tekanan. Tangkapan. Semua gagal. Orang ramai masih berani turun ke jalan raya. Lihat pula sejarah Bersih 3.0 di mana secara dirancang, mata-mata yang bertugas ditanggalkan nama mereka. Ini bertujuan menyorokkan identiti mata-mata yang diarah untuk melakukan keganasan.

Keganasan Bersih 3.0 dengan episod kereta terbalik, dengan serangan tembakan gas dan pancutan air kimia masih segar dalam ingatan. Maknanya semua keganasan yang dirancang, bertujuan menakut-nakut orang ramai dari turun ke jalan raya.  Projek menakut-nakutkan orang ramai, gagal. Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu memperlihatkan puluhan ribu warga anak semua bangsa turun ke Dataran Merdeka. Tiada sesiapa lagi yang takut. Warga Malaysia terutama anak muda telah jadi berani. Takut telah ditongsampahkan.

Keberanian orang ramai ini diketahui oleh Najib Razak. Mahathir Mohamad telah mengalami ombak berani rakyat sehingga dia terpaksa berundur. Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi. Hishammuddin Hussein tahu realpolitik yang berlaku. Semua sedar bahawa kuasa hegemon di tangan mereka akan terlucut.

Justeru, pemikir, perancang yang diupah dan dilanggan United Malays National Organisation sedang bekerja keras. Pemikir dan perancang sedang melakar peta yang lebih besar untuk melawan ombak keberanian anak semua bangsa yang mula mengacungkan tangan untuk menghumbankan mereka ke tong sampah sejarah.

Serangan kecil ini bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa suasana negara mungkin kacau jika Pakatan memerintah. Kekacauan yang kita lihat hari ini adalah persediaan. Apa yang mereka harapkan ialah balasan dari anak-anak muda penyokong Pakatan. Pemikir yang diupah ini berharap ‘keganasan’ yang mereka rancang ini akan ‘menaikkan darah’ penyokong atau simpatisan Pakatan.

Ertinya – keganasan ini dijalankan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bahang politik yang sedang berjalan. Rancangan jahat ini bertujun untuk ‘menjemput’ penyokong Pakatan Rakyat secara bodoh untuk menyerang balas. Serangan balas inilah yang sedang ditunggu oleh United Malays National Organisation.

Jika berlaku serangan balas dari Pakatan, maka media milikUnited Malay National Organisation akan berlabon 25 jam sehari. Berita akan diputar untuk memperlihhatkan bahawa Pakatan ini satu badan politik yang tidak boleh dipercayai untuk mentabir negara. Keganasan di Semberong, Merlimau, Kerinchi, Pulau Pinang atau Kota Baru hanyalah persediaan jangka panjang United Malays National Organisation untuk menghadapi PRU 13.

Perhatikan bagaimana projek sedang diagih kepada kroni dengan pantas sekali. Projek ini bukan ratus juta tetapi berbilion-bilion. Ini adalah persediaan untuk berhadapan dengan hakikat bahawa jika PRU 13 dijalankan dengan bersih dan adil – United Malays National Organisation dan konconya akan kalah besar.

Untuk memastikan kuasa terus dimiliki, maka PRU 13 nanti akan dijalankan dengan penuh penipuan. Tetapi apa sangkut-pautnya penipuan pilihan raya dengan dengan keganasan simbahan cat merah? Pembaca wajib berwaspada keganasan yang berlaku minggu lalu – hingga ke hari ini masih belum ada dakwa-dakwi. Jika terus menerus tanpa dakwa dakwi hingga ke hari mengundi, maka inilah bukti sahih keganasan memang dirancang dan ditaja. Tujuan utama ialah menakut-nakutkan pengundi terutama orang Cina.

Justeru keganasan ini adalah persediaan United Malays National Organisation untuk melakukan keganasan jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada mereka. Pembaca perlu bertanya kepda diri sendiri. Jika pembaca yang memiliki projek berbilion-bilion, memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit, memiliki syarikat ini dan itu, tuan empunya kilang itu dan ini – akan memberi laluan percuma kepada Pakatan mengambil alih pentdabiran?

Biar saya senangkan soalan ini. Apakah Mahathir, Syed Mokhtar, Vincent Tan, Ananda Krishan, Daim Zainuddin, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Azman Hashim, Tony Fernandes, Mokhzani dan dan dan… akan memberi Pakatan masuk Putrajaya? Saya senangkan lagi: Mana lebih murah, belanjakan beberapa puluh juta ringgit mengupah anak muda Melayu untuk membuat ganas dari sekarang atau kehilangan berbilion-bilion ringgit dengan kemungkinan dimasukkan ke penjara? Apabila pembaca dapat menjawab soalan ini, maka pembaca memahami keganasan yang berlaku sekarang adalah sebahagian dari projek ganas yang akan berlaku kemudian.

Friday, 14 September 2012

Ramai pegawai kerajaan sokong PAS


PENDEDAHAN: Ramai pegawai kerajaan sokong PAS dan Pakatan Rakyat

Bekas Pengarah Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun, dilaporkan oleh portal Harakah online sebagai berkata;
 Pegawai kerajaan sokong PAS dan Pakatan Rakyat

Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.

“Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran,” katanya.

Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.

Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.

Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.

Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.

Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.

Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.

Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.

“Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain.

“Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.

“Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya. 

Thursday, 13 September 2012

Rakyat ASING dapat SUSU...rakyat SENDIRI???

Rakyat asing/BN VS rakyat berdaulat Selangor/Pakatan Rakyat.

Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran Parlimen seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang lalu.

Kita sudah mendengar pendirian dari Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu respon P Pinang dalam hal ini.

Sesungguhnya Selangor adalah salah sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan negeri itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada pihak lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang berdaulat itu.

Pendirian negeri Selangor iru bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan kembali berkuasa dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu pengundi yang dipersoalkan ‘ligitimacy’nya sebagai pengundi.

Sampai kehari ini masalah itu belum dapat di selesaikan oleh SPR dan pilihanraya sememangnya tidak patut di adakan selagi semua pihak berpuas hati tidak ada pengundi-pengundi yang tidak 'legitimate' termasuk di dalam senarai pengundi yang terdaftar dengan SPR.

Jika terdapat ratus ribu pengundi segera yang di daftarkan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu, maka ia merupakan satu isu pengkhianatan kepada negara. Kita tidak mahu negara kita di tentukan politiknya oleh rakyat asing yang di berikan kad pengenalan segera semata-mata untuk kepentingan pihak yang sedang dalam keadaan ‘desperate’.

Jika ini berterusan  maka keadaan akan menjadi berbeza. Ia akan mewujudkan situasi dalam mana pemilihan adalah di antara rakyat asing yang di sokong oleh BN dan rakyat Selangor yang di sokong oleh Pakatan Rakyat.

Dalam isu ini apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Selangor amat mudah untuk di fahami. Pakatan rakyat Selangor mahukan rakyat Selangor yang tulin sahaja yang mengundi dan bukannya dari rakyat asing yang mendapat kad pengenalan segera yang dikeluarkan oleh pihak BN.

Ia bermakna kerajaan Selangor terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dengan membenarkan hanya rakyat tempatan Selangor sahaja yang mengundi. Tindakan kerajaan Selangor itu semata-mata untuk menjaga kedaulatan Selangor sebagai sebuah negeri yang menganggotai kerajaan persekutuan Malaysia ini.

Perlu di ingat kedaulatan kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini.

Jika tercacat kedaulatan negeri yang menganggotai persekutuan itu maka ianya akan menjejaskan kedaulatan persekutuan kita ini.

Tetapi jika akhirnya Selangor terpaksa juga menghadapi pilihanraya kali ini tanpa dibersihkan senarai pengundi, maka pilihanraya nanti adalah pilihanraya untuk memilih pendatang asing yang di sokong oleh BN atau pun memilih kehendak rakyat negeri Selangor sendiri.

Yang penting rakyat dan pengundi tulin Selangor mesti mempertahankan kedaulatan negeri mereka dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang benar-benar mahukan hanya rakyat tulin Selangor sahaja yang mengundi.