ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 15 September 2012

Cinta Dalam Hati ..DONGENG kemerdekaan Malaysia


Cinta Dalam Hati Lakonan Remy Ishak Dan Dira

13 Episod ‘Cinta Dalam Hati’ Remy Ishak dan Dira Abu Zahar di TV1

Gandingan pelakon Remy Ishak dan Dira Abu Zahar bakal disatukan dalam sebuah drama cinta yang menguji kesetiaan, kejujuran selain menuntut pengorban besar daripada seorang kekasih terhadap pasangannya disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 15 September depan menerusi TV1.

Drama bertajuk Cinta Dalam Hati yang menghiburkan petang hari anda jam 7.00 malam, setiap Sabtu dan Ahad ini turut dibantu pelakon Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob.
Drama Cinta Dalam Hati

13 episod drama arahan Zul R’shad ini mengetengahkan watak Dino, seorang graduan lulusan Persembahan Kreatif dari UiTM telah menjalin hubungan cinta dengan Munira, gadis sekampung dengannya. Ibu Munira, Mariam menghidap penyakit buah pinggang. Tinggal jauh di pedalaman nyata menyukarkan Mariam dan penduduk setempat untuk menjalani hemodialisis. Lalu Dino dan Munira berhasrat untuk membeli mesin tersebut dengan bantuan Doktor Roslan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Dino berusaha menyiapkan skrip Filem Cinta Dalam Hati yang mengisahkan percintaan mereka berdua dan hasil bayaran skrip tersebut akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis. Malangnya, sebelum skrip tersebut disiapkan, Munira telah meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Kematian Munira menguatkan lagi semangat Dino untuk menyiapkan skrip tersebut dan akhirnya diserahkan kepada Othman Hisham, seorang pengarah yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran telefilem di kampungnya. Ketika itu Dino diminta membantu untuk mencari lokasi.

Othman Hisham berjaya memujuk Rio Darwan untuk melabur dalam filem berkenaan, bagaimanapun Rio meletakkan syarat Irama yang memegang watak utama. Jika tidak, dia akan menarik diri dari perojek berkenaan. Irama memang pelakon terkenal tetapi belum pernah berlakon filem. Dia gembira menerima tawaran tersebut, bagaimanapun apabila tahu Rio yang membiayai projek berkenaan, dia menolaknya.

Badrul, pengurus peribadi Irama dan Elfi, wartawan dan juga kawan baik Irama tidak mahu Irama mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya. Ini kerana, Rio adalah bekas kekasih Irama. Mereka pernah dinobatkan sebagai pasangan paling bahagia tetapi kebahagiaan itu diragut apabila Rio ditangkap khalwat dengan artis baru. Sejak itu, Irama berjanji tidak akan melihatkan diri dalam sebarang projek Rio. Dino kecewa apabila Irama menolak tawaran tersebut kerana hasratnya untuk membeli mesin hemodialisis tidak akan kesampaian.

Bagaimanapun selepas berjumpa dengan Dino dan mengetahui tujuan Dino yang sebenarnya, Irama akhirnya terpanggil untuk membantu Dino. Sejak itu hubungan Irama dan Dino mula akrab tetapi cuba dihalang oleh Rio. Rio mahu Irama kembali ke pangkuannya.

Dalam diam, Dino sebenarnya turut jatuh cinta pada Irama, bagaimanapun perbezaaan status serta konflik yang berlaku di antara mereka dengan Rio, menyebabkan Dino menarik diri. Manakala Irama pula, walaupun didesak oleh Rio, pintu hatinya memang tertutup untuk Rio.

Dino akhirnya sedar tentang kesucian cinta Irama terhadapnya. Dia kembali mencari Irama untuk meminta maaf dengan apa yang berlaku dan menjelaskan kenapa dia menjauhkan diri daripada Dino angkara Rio yang mengugut akan menghalang karier Irama. Dino tidak mahu karier Irama musnah kerananya. Akhirnya hubungan mereka bertaut dan Rio pula sekali lagi ditangkap khalwat dengan Shasha, pelakon baru.

Dalam waktu yang sama, cinta Nadia dan Iskandar menghadapi dilema apabila Nadia disahkan menghidapi virus HIV. Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV menyebabkan Iskandar keliru untuk meneruskan hasratnya untuk meminang Nadia walaupun dia amat menyintai Nadia. Nadia pula yang merasakan kehidupannya telah berakhir, telah berhenti kerja dan pulang ke rumah neneknya, Kalsom di kampung.

Sepanjang berada di kampung, Dino berjaya memberi semangat dan kekuatan kepada Nadia. Dino turut membuka minda Iskandar tentang penyakit HIV yang sebenarnya. Akhirnya Iskandar nekad untuk meneruskan hasratnya meminang Nadia, bagaimanapun sebelum impian itu terlaksana, satu kejadian berlaku yang menyebabkan Iskandar terpaksa melupakan hasrat untuk bersatu dengan Nadia selama-lamanya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bagaimana pula penyudah kepada hubungan Dino dan Irama?

Cinta Dalam Hati satukan Remy Ishak dan Dira Abu Zahar
turut dibantu Azhan Rani & Azza AF


HISHAMUDDIN RAIS: KELENTONG UMNO PECAH, DONGENG MERDEKA TERBARAI

Kelentong Umno pecah, dongeng Merdeka terbarai (Hishamuddin Rais)

(http://www.keadilandaily.com)

Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan paling rancak untuk menilai sejarah. Selama setengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.

Selama lebih 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation  berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir setengah kurun gerombolan ini bersama koncu-konconya berkisah bahawa merekalah yang berhak ke atas bumi Tanah Melayu ini.

Dengan menjual nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan ‘Hidup Melayu’ parti siasah ini mereka kisah-kisah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.

Sayang seribu kali sayang. Kemunculan internet mengubah semua ini. United Malays National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemoni yang berupaya memonopoli maklumat. Jalur naratif perjuangan bangsa tidak lagi dimonopoli gerombolan ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kasih Ronald Reagan kerana menghadiahkan internet kepada dunia.

Mitos dan kisah dongeng pertama yang diterbarai oleh internet ialah tentang naratif perjuangan bersenjata. Selama lebih dari setengah abad warga Tanah Melayu dikelentong dengan kisah bahawa perjuangan menuntut merdeka dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation berunding di London dengan British. Ini memang kisah hampeh. Ini cerita karut lagi marut yang ditabur setiap bulan Ogos sejak 1958.

Selama lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya ditabur kerana warga tidak memiliki maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British disongsangkan. Tetapi melalui intenet, hari ini anak-anak muda mula mengenali Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah CD, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

Anak-anak muda semua bangsa kini mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (1930). Malah turut sama berjuang melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf (1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hizbul Muslimin (1948) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti ini bersama PKM mengangkat senjata melawan British.

Kini anak semua bangsa mula mengenal Mat Indera yang mati digantung oleh British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Setelah mangkat 59 tahun dahulu, hari ini Mat Indera menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che Geuvera. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Semakin ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini: United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada 1946. Sebelum United Malays National Organisation muncul, banyak parti dan kumpulan siasah yang lama berjuang menentang British.

Gerombolan United Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti politik apabila British mengharamkan PKM, API, KMM dan Hizbul Muslimin. Malah, sehingga ke hari ini, nama organisasasi – Umno – masih lagi menggunakan nama Inggeris. Dari fakta sejarah, umum mengetahui United Malays National Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila ‘Hidup Melayu’ dan bukan ‘Hidup Inggeris’ menjadi slogan perjuangan.

Pembohongan paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de Berenger (1780-1857) – pembuat lagu Mamula Moon. Kini telah diketahui umum, bagaimana Mamula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia. Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negaraku di Malaysia.

Sekarang, fakta sejarah ciplakan yang selama ini cuba disorok telah bocor. Warga Malaysia mula bangun dan melaungkan yang mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan lagu Negaraku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.

Tidak cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak, kini timbul perbincangan di kalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini dilihat sebagai ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Melalui maklumat internet, orang ramai tahu bahawa selama ini wujud bendera Sang Saka Merah Putih yang membawa motif Nusantara. Jalur Gemilang nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu tidak bermotif roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur Gemilang bermotif ciplakan dari The Star Spangled Banner.

Pembohongan demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 Mac 2008. Sesudah tarikh ini, sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berubah untuk selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat dinafikan lagi. Orang ramai menunggu masa untuk menghumbankan parti ini ke tong sampah sejarah.

Di saat saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan – United Malays National Organisation cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang sedang berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan datang bertalu-talu dari laman dari blog, dari facebook dan twitter, anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.

Pelekehan logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos juga diciplak dari Taiwan. Tetapi ketika itu, serangan anak muda agak terhad. Tetapi kali ini serangan datang bergantang-gantang sehinggakan pungutan suara melalui media baru di Malay Mail – akhbar pro United Malays National Organisation – terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan ditolak.

Penolakan dan pelekehkan oleh anak-anak muda ini menakutkan United Malays National Organisation. Ini kerana mereka sedar undi anak mudalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU 13 nanti.

Dalam keadaan kelam kabut ini Menteri yang berwajib cuba mencari jalan keluar. Menteri Kelam Kabut ini cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai sebagai jalan penyelesaian.

Ha! Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian ini pula memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo 31 Ogos berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi hati orang ramai pada PRU 13.

Tiba-tiba laman media baru meledak dengan berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja Indonesia. Kah kah kah !! Sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhempap pula ke tahi lembu. Sekali lagi, terima kasih Ronald Reagan.

Di sebalik semua ini, apakah yang sebenarnya terjadi? Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betulkah lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indonesia? Dua soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan.

Bukan logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah manifestasi tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Penolakan dan pelekehan terhadap logo dan lagu ini adalah manifestasi betapa bencinya anak-anak muda dan orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Sama ada lagu ‘Janji Ditepati’ ada persamaan dengan lagu ‘Tuhanku Maha Besar’ memang tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama bukan persoalan. Bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang muzik. Malah, mungkin ramai yang mengutuk lagu ini di facebook tidak pun mendengar untuk membuat bandingan kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Penolakan dan pelekehan ini muncul kerana umum mengetahui bahawa parti siasah United Malays National Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak. Kalau kayu tepi sungai sudah condong, bukan sahaja kura-kura akan memanjat, malah ia akan dijadi pangkin untuk terberak.

Hari ini, kebencian sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangkan, apa sahaja yang dianjurkan – semuanya akan ditolak. Semuanya akan diperlekeh. Malah, sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib – Presiden United Malays National Organisation - perkataan itu tidak dipercayai. Terima kasih Ronald Reagan.

artikel asal: http://www.keadilandaily.com/kelentong-umno-pecah-dongeng-merdeka-terbarai-oleh-hishamuddin-rais/
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com

No comments:

Post a Comment