Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!
by ReJaM©
ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umurmuncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]
Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.
Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.
Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.
Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".
Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.
Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.
Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).
Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for democracy" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).
Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!
ReJaM© "Bodohkan rakyat untuk terus berkuasa, dosa pahala tolak tepi..."
17:47 (10 hours ago)
Tiada sokongan, terpaksa pergunakan budak-budak
by ReJaM©
SATU perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.
Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.
Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.
Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.
Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.
Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.
Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.
Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.
Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.
Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".
Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?
ReJaM© "Boss diorang ni lupa nak ajar cara bagi alasan kah kah kah"
No comments:
Post a Comment