ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 24 February 2012

Melayu Islam Menentang BRITISH...sebelum ada UMNO lagi.


Melayu Islam Menentang BRITISH...sebelum ada UMNO lagi.


Lepas Perang Dunia Ke 2 (1940 - 1945 )..Kerajaan BRITISH hampir bangkrap..kerana perang dengan German ( macam SATU mesia jugak...jawatan awan DI BEKUkan )...British tak mampu lagi nak bayar GAJI + ELAUN pegawainya di luar negara Great Britain...maka dilantiklah pecacai MELAYU berperangai BRITISH...terutamanya anak anak penguasa pembesar meLAYU yang bersekolah di ENGLAND...untuk menjadi WAKIL BRITISH memerintah Tanah Melayu...untuk menjaga ESTET getah + lombong bijih timah ORANG PUTIH + CUKONG CINA..maka tertubuhlah UMNO yang diiktiraf oleh BRITISH...walaupun sebelum itu telah ada banyak lagi pertubuhan MELAYU..namun tidak menerima pengiktirafan dari BRITISH.

Di tubuhlah MCS..Malayan Civil Services..MCKK sekolah elit nak jadi orang putih..meLAYU itu diUBAH mentalnya...mencaci maki adat istiadat dan kebodohan meLAYU...terutama yang berkaitan dengan agama Islam.
Ramailah MELAYU terlibat dan...berkait rapat dengan ARAK...JUDI..dan PELACORAN...Mereka inilah yang berKUASA atas bangsa Melayu...bagi menjalankan dan menguatkusakan lagi undang undang BRITISH ( bukan Islam ) di Tanah Melayu ini..
.
Pahlawan Islam Melayu...seperti Mat Kilau, Tok Janggut di Kelantan  dan rakan-rakan dari negeri lain di Tanah Melayu yang menentang undang undang bukan ISLAM BRITISH..di panggil PENDERHAKA pulak...ada juga meLAYU bangang pun ikut sama kata penderhaka..???

Pahang sebagaimana yang diketahui mempunyai sejarah perjuangan mementangan British yang amat panjang. Hingga ke zaman moden, hal tersebut masih diperkatakan. Perjuangan di Pahang dimulakan oleh Datuk Bahaman yang juga pembesar dan Orang Berempat Pahang. 

Namun dalam ramai-ramai Pahlawan melayu di Malaysia ini yang pernah ada, Mat Kilau merupakan pahlawan yang sempat menceritakan perihal perjuangan menentang British kepada orang ramai melalui media massa sewaktu kemunculannya sekitar penghujung tahun 60an dahulu.

Sewaktu kemunculan pahlawan melayu yang tersohor ini, dia disanjung bagaikan raja, dia dikunjungi oleh ramai orang dari serata negara semata-mata untuk melihat susuk tubuh yang sangat digeruni British ini. Waktu itu beliau sudah sangat uzur tetapi terpaksa melayan tetamu-tetamu yang datang.

Tetapi disebalik itu apakah penghargaan yang diterima oleh pahlawan rakyat ini?. Pada pangkal namanya tiada gelaran Tun, Tan Sri mahupun Datuk. Dia hanya digelar Aki (Datuk) oleh cucu-cucunya sahaja. Dia tinggal di rumah papan di Kuantan dan bukan rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Mat Kilau pergi menentang British di hutan dan meninggalkan segala yang mereka ada. Mat Kilau bukan sebarangan orang, dia anak Tok Gajah antara manusia paling berkuasa, paling dihormati dan disanjung di Pahang suatu ketika dahulu. Pada zaman ini bolehlah malaysiasensasi katakan bahawa dia setaraf dengan anak Menteri Kanan kerajaan.

Tetapi semua kesenangan ditinggalkan demi mempertahankan agama dan tanah air yang dicintai. Ada pemimpin sekarang macam ni?

Dia tentunya tidak ingin meminta apa-apa ganjaran dari kerajaan. Kerana itu dia tidak pernah memohon apa-apa pangkat atau balasan menentang British demi mempertahankan agama dan negara. Inilah Pahlawan sejati melayu. Percayalah tiada lagi pahlawan seberani ini pada zaman sekarang..'pahlawan' membodek ada la...kalau tak membodek pasti ada agenda tersendiri.

-Al-fatihah semoga roh Mat Kilau, dan lain-lain pejuang melayu ditempatkan di tempat yang selayaknya oleh Allah.

No comments:

Post a Comment