Akan ku CAPATI kan....segala janji DACING yang penuh dengan RASUAH...
GEROMBOLAN HANYA BUAT JANJI UNTUK DI CAPATI
Syaitannya Umno... hahaha..!!!!
Dalam kereta dengar radio dung dang dung dang... tiba2 terpacul satu iklan yang berbunyi..:
Wanita: Apa yang awak tahu pasal "Merdeka"..???
Lelaki : Negara kita bebas dari "Penjajah"..!!!
Lepas tu ada lagi pertanyaan dan jawapan... tapi lebih kepada bodek kerajaan BN jelah.... bangangggg... punya iklan..!!!!
Teringat pulak isu Merdeka tahun lepas di mana ada 3 ekoq keldai umnoporno yang sekoqnya bertaraf Profesor Emiritus dan 2 ekoq lagi bertaraf Profesor KangKong yang mengatakan "Negara Kita Tak Pernah Di Jajah".
Selagi negara ini ditakbir urus oleh Keraaaaa..jaan BN/UMNO, selagi itulah kita sebagai rakyat Malaysia ditipu oleh umno/bn. Mangkuk2 ayun yang berada dalam umno/bn adalah penipu dan pemutar belit sejarah.
Umno sebenarnya adalah talibarut Penjajah British, mendapat kemerdekaan atas ihsan British dengan perjanjian yang menyusahkan orang2 melayu sekarang ini. Kalau tak percaya itulah yang diperjuangkan dan menjadi lolongan Hasan Ali, Ibrahim Ali sekarang ini.... hahahaha...!!!!
Apatah lagi..., persekongkolan umno british dipersetujui oleh Sultan/Raja2 Melayu pada masa itu, demi mengekalkan kuasa dan gila takhta, diorang sanggup mengadaikan maruah bangsa kepada british... hahahaha..., kalau yang ini pun lu orang tak percaya... selusurilah sejarah Raja2 Melayu yang dok ada sekarang ini..., semuanya yang ada sekarang adalah Raja2 Kincing Kuat... iaitu Raja2 atau Sultan2 lantikan British... muakakakaaa...!!!!
Berbalik kepada definisi perkataan "Merdeka", untuk mendapatkan kemerdekaan mestilah terhasil daripada sebuah "Perjuangan"... dan siapakah "Pejuang-Pejuang Kemerdekaan" itu..???
Inilah wajah2 pejuang yang menentang "Penjajah"... dan bukannya umno. Malangnya akibat persetongkolan Sultan/Raja2 Melayu dengan British pada masa itu telah menjadikan "pejuang2" ini sebagai Pengkhianat dan Penderhaka. Memang jahanam puak2 tu semua... semoga mereka yang menjadi talibarut penjajah ditempatkan dalam neraka jahanam...!!!!
Jika umno zaman Dato Onn iaitu umno spesies barua british (penjajah) telah diharamkan pada 4 Februari 1988, apatah lagi umno haramjadah yang ditubuhkan oleh Mahadeath Kutty pada sebagai "umno baru" pada 13 February 1988. So... apa yang anjing2 umno dok melalak sebagai kononnya dioranglah pejuang kemerdekaan...??? Yang gua tahu umno ini adalah sebuah Parti Rasis, Perosak Bangsa dan Agama Islam selama ini.
Kesimpulannya..., apa yang lu orang baca dalam senarai tokoh2 kemerdekaan yang ada menyebut nama2 tokoh dalam umno, itu semua adalah pembohong dan penipuan sejarah yang digarap oleh umno haramjadah. Tokoh2 umno adalah pengecut dan tarak teloq untuk angkat senjata menentang Penjajah.
Jadi apa yang umno dok menyalak selama ini adalah retorik sahaja, dengan bantuan internet kita kini dah tahu betapa jijik, kotor dan syaitannya umno selama ini bak kata mantan presidennya yang menubuhkan umno baru pada 13 Februari 1988 iaitu Tun Azazil ibni Tun Iblis San Miguel.
Oleh sebab itu rakyat Malaysia WAJIB menumbangkan Keraaaa..jaan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan datang. Janganlah kita melantik Syaitan2 menjadi Peneraju Kerajaan Malaysia kerana kita semua sudah tahu bagaimana akan sifat dan perangai Syaitan seperti yang telah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Di bulan yang mulia ini marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Pejuang2 Negara yang telah berkorban nyawa dan terkorban dalam menentang Penjajah tanahair ini.
Dan marilah kita sama2 kencing kat kuburan talibarut penjajah.... muakakakakaaaa... ada berani ke...??? Gua nak pi kencing kat kuburan Sarjan Hassan, pasal dia jadi askar british lawan Jepang... hahahaha...!!!!
Nota: Siapa lawan British jadi "Pengkhianat"... hahahaha... siapa sokong British jadi "Pejuang Negara".British tu siapa eeekkkk....???? Orang umno mesti tak boleh jawap soalan tu kannnn...????
RAMAI TERPERANGKAP UNTUK DIHUDUDKAN
HUDUD DAN LINGUA FRANCA
Kadang-kadang kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang merata-rata. Kadang-kadang kebebalan meloroh dan melanda. Hakikatnya bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal kehakiman.
Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bistari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.
Disini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua – politikus dan orang ramai - yang masih bangang.
Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.
Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh dibawah gabungan ini.
Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.
Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi Kerajaan Tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah dimana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Dibandar dan kota besar semua kerusi Kerajaan Tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.
Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.
Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.
Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.
Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.
Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.
Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa Kebangsaan!. Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!
Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.
Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih disekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam – protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee – pemimpin Parti Buruh.
Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda – bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.
Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Bengolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.
PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebgai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.
Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.
Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.
Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.
Saya melihat ini sama saperti apa yang pernah berlaku keatas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.
Biar saya jelaskan disini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil masyhul.
Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.
Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dari segi strategi perjuangan – pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan’ dan 'perbalahan'.
Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama. (TT)
No comments:
Post a Comment