ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 31 August 2012

Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'


Mahathir mengaku Umno/BN adalah 'iblis'

 Aspan Alias: Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata

“It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know,” kata Dr Mahathir dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu di mana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apakah peperangan yang lebih hebat daripada perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

Sememangnya peperangan yang paling hebat ialah peperangan melawan iblis dan syaitan kerana peperangan itu tidak putus-putus sepanjang hayat kita. Itulah sebabnya lahir sahaja seseorang manusia itu dengan roh yang suci bersih kita akan dihadapkan dengan perjuangan melawan hawa nafsu kita kerana kita terus sahaja berhadapan dengan elemen perjuangan hidup iaitu untuk memerangi hawa nafsu kita.

Kalaulah tidak ada iblis dan syaitan ini maka seseorang itu tidak ada perjuangan dalam kehidupan kita. Itu pun sebabnya kita dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi khalifah Allah kerana untuk kita berperang dengan musuh Allah, iaitu iblis dan syaitan itu. Kita perlu melawan habis-habisan iblis dan syaitan itu dan itu merupakan amalan untuk mengtauhidkan kebesaran Allah Maha Pencipta itu.

Itu sebabnya kita mesti dan wajib mencari dan berusaha untuk meningkatkan makam diri untuk menjadi seorang yang mukminin bukan setakat menjadi seorang muslim semata-mata. Untuk mencapai tahap mukminin ini hanya satu sahaja yang memungkinkan kita berjaya mencapainya, iaitu berjaya melawan hawa nafsu jahat yang dibawa oleh iblis dan syaitan itu. Barulah kita sebenar-benarnya menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Dalam kita yang masih lemah ini kita ditegah untuk memerangi iblis dan syaitan itu, adalah pula manusia yang menyeru kita memberikan dukungan kepada pihak iblis itu kerana beliau lebih mengenali iblis dan syaitan itu. Beliau tidak mengenali malaikat (yang haq) dan kita tidak tahu kenapa beliau menjadi begitu.

Itulah sebabnya ada ulamak yang zuhud memberikan ingatan yang nilai kehidupan seseorang itu bergantung kepada rakan dan taulannya. Jika kita selalu berpeleseran dengan iblis dan syaitan maka kehidupan kita akan terpengaruh dengan elemen yang dibawa oleh syaitan itu dan dia akan jauh dari elemen yang haq kerana tidak pernah mendekatinya.

Kalau kita seorang pemimpin dan selalu berabit dengan iblis dan syaitan maka cara kita memimpin akan dipengaruhi oleh iblis dan syaitan itu. Maka kita akan menjadi pemimpin yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa dan seterusnya memecah-belahkan orang-orang yang kita pimpin.

Iblis selalunya tidak suka apabila kita bersatu melawannya, tetapi mereka akan bergembira jika semua kita ini bersatu dan berabit bersamanya. Iblis mahukan semua bani Adam lebih-lebih lagi umat Muhammad untuk bersama dengannya kerana jika kita terpengaruh dengannya, maka mereka (iblis) itu berjaya menyesatkan umat manusia seperti janjinya kepada Allah apabila iblis ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam.

Terpulanglah kepada kita semua untuk memilih satu di antara dua pilihan. Kita boleh memilih untuk mengikut perintah Allah untuk melawan iblis dan syaitan itu dan menjadi khalifah Allah, atau bersekutu dengan iblis itu.

Jika kita hendak memilih untuk bersekutu dengan iblis itu elok diikut sahaja nasihat Dr Mahathir itu kerana iblis ini memang senang untuk dikenali dan mudah mesra dengan kita.

Mengenali yang haq memang susah kerana kita terpaksa melalui ujian besar untuk mengenalinya. Bak kata perpatah seorang ulamak tersohor, 'jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang enak-enak.'

Kalau sesiapa yang ingin mengikut dan menuruti seruan Dr Mahathir itu silakanlah.

Tetapi kita orang beragama dan bertuhan ini mengakui yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata kerana ia akan membawa kerosakan kepada kehidupan manusia.

Rilex jap : hayati lagu paling popular hari ini

Popout


- Aspan Alias

No comments:

Post a Comment