ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 27 August 2012

UMNO yang perasan MERDEKA...rakyat tak rasa pun...


UMNO ber iya iya....buat sambutan RAYA + kemerdekaan.....pasal sambutan itu di PROJEK kan...untuk KRONI...UMNO BN..jual bendera...catering makanan minuman...sewa khemah...supply SATAY...sewa musik...sewa DJ bertugas...sewa penyanyi + penari...silap silap GANGSTER depa...kutip SEWA HARAM...tempat letak kereta...Rakyat...dapat sepinggan makanan atau se gelas air sirap...itu pun kalo...BEREBUT makan minum...

Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera?

10 Syawal 1433H,

KUALA LUMPUR: Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan  modal politik dan propaganda parti, maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Tegasnya, kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok.

“Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, sama ada menyambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya kerana gambar yang dipaparkan di media dan papan tanda ialah gambar Presiden Umno, bukan gambar pejuang kemerdekaan negara yang melawan penjajah, sama ada dari puak kanan atau puak kiri.

Beliau berkata, rakyat tertanya-tanya mana tokoh Dr Burhanudin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan tokoh-tokoh yang lain.

“Sedangkan tokoh-tokoh ini membeli kemerdekaan dengan harga yang mahal, sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara, bukan seperti mana pemimpin Umno yang menyambut kemerdekaan dengan dulang emas.

“Kita boleh saksikan saranan kerajaan supaya rakyat mengibar bendera menjadi hambar, seolah-olah tarikh kemerdekaan 31 Ogos menjadi sejuk di paras beku,” ujarnya.

Menurutnya, macam mana rakyat hendak merasakan patriotik, anggapan mereka seolah-olah menyambut ulang tahun kelahiran Umno.

Ini, ujarnya ditambah pula dengan tema Hari Kemerdekaan “Janji Ditepati” yang memang jelas untuk menjadi modal kempen menjelang pilihan raya.

“Dengan tema ini rakyat yang selama ini sudah benci dengan Umno BN, menambahkan lagi kebencian,” katanya lagi.

Akhirnya, kata Idris mereka telah membuat protes secara senyap, iaitu tidak mengibar bendera.

Ini, ujar beliau boleh dilihat sepanjang perjalanan ke lebuh raya selama tiga jam, 100 buah kenderaan yang melaluinya, agak sukar kita melihat sebuah yang mengibar bendera di kenderaan mereka.

“Kenapa terjadi demikian?

“Jawapannya bukan rakyat tidak sayang kepada kemerdekaan negara, tetapi rakyat sudah benci dengan pemimpin yang mengendalikan program sambutan kemerdekaan negara,” katanya.-HD


Sambutan Hari Merdeka di Bukit Jalil: Untuk jemputan BN sahaja?
28 August 2012
KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Kerajaan Najib Razak dibidas untuk sambutan perayaan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil yang bakal menggunakan dana rakyat, namun pada masa yang sama melayan rakyat sebagai orang luar dan hanya mengutamakan jemputan dari kalangan pro-UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini menyelar sikap kerajaan tersebut yang dilihat membelakangkan rakyat dan menjadikan perayaan Hari Merdeka sebagai perayaan milik UMNO-BN sahaja.

Kit Siang berkata demikian berikutan laporan Malaysiakini semalam yang mendedahkan bahawa susun atur kerusi di dalam stadium tersebut telah diatur khusus untuk jemputan BN sahaja, termasuk pelajar sekolah, kakitangan kerajaan, dan kumpulan-kumpulan terpilih, termasuk parti politik mesra BN – Indian Progressive Front (IPF) dan Kongres India-Muslim Malaysia (KIMMA).

Menurut laporan itu juga, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kamaruddin Siaraf dipetik sebagai berkata bahawa orang umum boleh mengikuti sambutan itu melalui skrin gergasi yang akan dipasang di luar stadium.

Apabila disoal kenapa wakil Pakatan Rakyat tidak dijemput sama, beliau berkata bahawa ‘mereka’ boleh turut serta bersama ‘rakyat lain’ di luar bangunan stadium. “Mereka boleh datang atas ‘tiket rakyat’,” katanya.

Kit Siang menambah bahawa ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib Razak tidak memahami apa sebenarnya konsep rakyat sebagai ‘bos’ dalam sistem demokrasi berparlimen.

“Berapa kos sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil? Adakah Barisan Nasional akan membayarnya dengan wang parti itu sendiri?” soal beliau.

“Sambutan Hari Merdeka di Stadium Bukit Jalil adalah langkah ke belakang dalam pembinaan negara selama 55 tahun, apabila rakyat diasingkan daripada stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk yang hanya dikhaskan untuk ‘jemputan BN’ sahaja,” ujar beliau. – Roketkini.com

Makin Ramai Siswa Indonesia Jual Diri.. Malaysia?

 “Mahasiswa Indonesia di Mesir harus menjadi bagian dari solusi, ...

Jakarta: Banyak sekali aksi-aksi nekat seseorang bertujuan untuk mendapatkan kebahagiaan duniawi. Sulit memenuhi kewangan hidup, seorang siswi rela menjual diri serta keperawanan mereka terhadap lelaki jahat hidung belang. Biasanya siswi ini beraksi pada-pada tempat tertentu atau melalui agen penyedia 'ayam kampus' di Indonesia.

Agen penyedia itu disebut 'EOBIS' (Sebutan agen kepada bispak atau ayam kampus) bertugas mencari ayam kampus baru di linkungan universiti swasta mahupun negeri di Indonesia untuk di jadikan pekerja lacur mereka. 'Bispak-bispak' (ayam kampus) ini, ketika sudah berada di dalam agen EOBIS akan menandatangani sebuah kontrak kerja dengan agen tersebut. Para bisapak tersebut akan dapatkan masa tenggang dari mjikn kerjanya.

Apabila bispak ini melanggar dan berhenti sebelum masa tenggang dari kontraknya bispak ini akan dikenakan denda yang sangat besar. Selain itu apabila ayam kampus atau para bispak telah bergabung dengan EOBIS, mereka akan dapat beberapa fasiliti. Fasiiti itu seperti memiliki kereta, makeup dan lain-lain.

Yang lebih fantastik lagi, EOBIS ini akan merawat ahli bispaknya sehingga bispaknya akan tampil seperti artis, Maksudnya ialah  bispak EOBIS ini akan disuntik putih satu persatu secara bertahap agar kulit mereka bersinar seperti kulit putih yang sehat!

"Tujuan konyol terebut" kata GG, "bertujuan untuk menarik hati pelanggan agar mereka tertarik dengan bispak EOBIS kami!"

Standart Harga Bispak Indonesia, harga sewa PSK (Pekerja Seks Komersial) seperti berikut...

Wanita kelas 5 = Rp. 100,000 (kira-kira RM35) -PSK Pinggir Jalan.
Wanita Kelas 4 = Rp. 200,000 (kira-kira RM70) -PSK Pinggir Jalan.
Wanita Kelas 3 = Rp. 300,000 (kira-kira RM105) -PSK Pinggir Jalan, Salon,dll
Wanita Kelas Mesz = Rp. 500,000 (kira-kira RM175) -PSK Rumah Bordil
Wanita Kelas Eksekutif = Rp. 800,000 (RM280)  -PSK Kaoroeke, Cafee,dll
Wanita HighClass (Model)= Rp. 1.500,000(RM525) -Panggilan, terselubung, Model, SPG dll
Wanita kelas VVIP = Rp. 5.000.000 ( RM1,750) -SPG, Model, EOBIS.

Lihat blak-blakan.com dengan judul: Mengungkap Skandal Ayam Kampus di Indonesia .Mengapa siswi-siswi itu jadi begitu? Seringkali menjadi alasan..
  • mereka perlu bayar wang kuliah sendiri, 
  • kecewa dengan kekasih, 
  • korban pemerkosaan semasa di bangku sekolah 
  • dll. 

Malaysia pernah dikejutkan dengan kisah Sufiah Yusuf (gambar) si genius matematik yang berjaya memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, tetapi akhirnya menjadi pelacur di England.

Isi beg tangannya tidak lupa selalu ada kondom berbagai bentuk dan jenama agar dapat setiap saat mampu melayani langganan booking yang menghampirinya. Ada Ayam kampus yang mencari langganan sendiri mahupun melalui pihak ke-3 atau guna perantara. 

Moga-moga di Malaysia sekarang tidak begitu. (IH)

No comments:

Post a Comment