Setan memang kelaku lagu ni ka?
Cepatnya "Setan Yang Dikenali" si Mahathir lupa diri!!
Meh gua nak ingatkan si madey balik!! Ada tak dia sebut kat bawah ni perkataan HUDUD PAS? Kalau dah jenis tak reti agama tu jgn ler buat2 pandai! Kan dah mengaku jadi setan!!
1- (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
2- Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
3- Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
4- (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.
5- (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
6- Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?
7- (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
8- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
9- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
10- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masakini.”
11- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
p/s: Hmmm.. Nampaknya pemimpin Agong parti Syaitan ini cuba nak buat U Turn pula pasal isu hudud.. mungkin dia terlupa kita sekarang bukannya hidup pada tahun 60 atau 70an.. orang yang tak ada capaian internet bolehlah dia perbodohkan...
Tapiiii... yang gua hairannya ada juga yang tahu gunakan internet, tapi masih tak tahu nak bezakan mana yang benar dan mana yang bohong... awatlah bengong sangat depa tu?? FB
Jangan membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar (bhg 2)
Sebagaimana yang saya janjikan saya menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam.
Hudud ini, jika dipersoalkan berlebihan ia akan hanya menjadikan seseorang itu dipandang tidak mempunyai keyakinan terhadap hukum Tuhan itu. Walaupun ada seorang pemimpin besar negara yang sekarang menafikan beliau bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi beliau tidak bersetuju dengan hudud PAS.
Kenyataan beliau ini menjelaskan kepada kita beliau bercakap di atas premis politik dan menganggap hudud yang hendak di perjuangkan oleh PAS itu adalah hudud ciptaan PAS. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan seorang yang hanya celik mata zahir tetapi sudah buta mata hatinya.
Beliau membutakan hatinya kerana bermain politik kepartian yang terlalu menebal sehinggakan di waktu partinya sudah hampir tumbang dan terumbang ambing beliau sanggup membuat keyataan yang bertentangan dengan agamanya sendiri. Apa yang hendak dibawa oleh PAS itu ialah hukum yang di turunkan oleh agama dan Tuhan kita.
Adalah tidak munasabah menuduh yang hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah hudud PAS. Untuk mendapat penyelesaiannya yang terpenting bagi kita yang berbeza parti politik ini wajar terlebih dahulu untuk mengakui yang hudud itu adalah hukum Tuhan. Itu yang perlu dilakukan dahulu kerana jika kita tidak percaya yang hukum itu adalah hukum Tuhan maka sampai bila isu ini tidak akan selesai.
Bagi saya hudud adalah undang-undang untuk semua orang Islam dan itu datangnya dari Tuhan yang maha adil dan saksama. Hudud ini wajar di terima oleh semua orang Islam kerana itu adalah undang-undang agamanya. Tetapi jika tidak mampu melaksanakannya jangan pula di hina undang-undang itu. Segala yang baik ini bukan senang untuk dilakukan dan tidak menjadi masalah jika ianya di ikuti secara beransur-ansur sehingga dapat terlaksana dengan sepenuhnya.
Yang penting usaha mesti ada dari mana-mana pihak untuk membina keyakinan yang hudud itu adalah perintah Tuhan dan kita laksanakan secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, ‘kerja beransur-ansur itu tidak bertahan’.Susah senangnya untuk melaksanakan hukum Tuhan ini sebenarnya berada di dalam pemikiran kita. Jika kita berfikir yang ia susah untuk dilaksanakan maka susah lah ia. Tetapi jika kita serius maka ia akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan senang.
Oleh kerana yang memberi komen ini meyalutkan unsur politik biar kita jawab dengan bersalutan politik juga. Kini pemimpin politik terutamanya dipihak UMNO dan BN sedang berusaha untuk memecah-belahkan pembangkang dengan isu ini. MCA (Chua Soi Lek) sehingga hari ini memainkan isu hudud yang bukan pun hukum agamanya dengan terang-terangan dan UMNO sebagai rakan kongsinya mendiamkan diri kerana UMNO sendiri memang telah menolak hukum ini. Jadi semua pari-parti dalam BN menolak hudud terang-terangan tanpa segan silu.
Chua Soi Lek telah memaksa Lim Guan Eng untuk menolak PAS kerana perjuangan untuk melaksakan hudud untuk orang Islam kita. Niatnya ialah untuk menakut-nakutkan kaum Cina dan bangsa lain yang telah menolak UMNO dan BN sekarang ini. Dalam perbahasan terbuka di antara Soi Lek dengan LGE beberapa bulan dahulu LGE telah memberitahu Soi Lek yang DAP menghormati agama dan kepercayaan orang lain. LGE dan DAP bukannya seperti MCA yang memaksa UMNO menolak hudud kalau UMNO tidak mahu MCA meninggalkan BN.
Dengan jawapan LGE dalam perbahasan itu dan dalam siding media bersama Pakatan Rakyat telah memberikan pendirian resmi DAP yang parti itu menghormati agama dan kepercayaan pihak dan agama lain. Dalam erti lain DAP tidak menentang dan membenci hudud itu secara resmi dan sanggup bekerjasama dan terus-menerus melaksanakan apa yang telah bersama-sama di persetujui seperti yang terkandung di dalam buku jingga Pakatan Rakyat dan tidak mahu isu hudud itu menjadi penghalang kepada kerjasama dan permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu.
Suara-suara terpencil seperti suara Karpal Sing itu merupakan elemen yang biasa di dalam mana-mana pertubuhan termasuk dalam pertubuhan politik. BN nampaknya menggunakan isu Karpal Singh ini sebagai isu yang besar untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan UMNO yang sedang berkuasa pun tidak membuat sesuatu pun untuk melaksanakan hukum agamanya sendiri.
Apa yang dihairankan jika Karpal Singh mengeluarkan kenyataan peribadi menentang hudud itu? Karpal bukannya beragama Islam. Tetapi Mahathir atau Najib pemimpin besar UMNO yang beragama Islam sendiri mempersendakan hukum agamanya sendiri, kenapa pula hendak marahkan Karpal yang bukan beragama Islam menentang hukum Tuhan kita ini? UMNO tidak mahu dan enggan untuk membuktikan bahawa hudud itu adalah adil untuk semua.
Kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, saya berharap jangan dipersendakan hudud ini. Jika tidak mampu untuk melaksanakannya berikan lah penghormatan kepada pihak yang sedang berusaha untuk melaksanakannya. Jangan dipersendakan yang hukum ini adalah ciptaan PAS kerana PAS seperti juga dengan orang-orang Islam lain bertuhankan Allah swt.
Setidak-tidaknya berikan pendirian seperti DAP yang secara resminya menghormati kaum lain dengan agamanya. Jika sebelum ini DAP di momokan sebagai parti kafir kenapa sekarang keadaan dan pendirian di antara DAP dan UMNO itu sudah terbalik?
DAP menghormati tujuan PAS untuk melaksanakan hudud sedang UMNO dari dulu menghalang perlaksanaan hudud ini secara terbuka. UMNO sehingga hari ini tidak mahu memberikan pengakuan secara resmi yang hudud itu datangnya dari Allah swt dan jika kita bersama-sama beriman maka mengakuinya merupakan usaha memperkuatkan tahap keimanan kita.
Perbezaan di antara DAP dengan PAS mungkin wujud, tetapi di atas perbezaan inilah yang telah membina permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu. Kita mesti ingat jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak aka nada elemen permuafakatan itu sendiri. Kita juga tahu yang BN ada permuafakatan tetapi permuafatan mereka ialah untuk bersama-sama untuk mempersendakan hukum agama dan Tuhan kita.
Kita kepingin untuk mendengar UMNO mengakui secara resmi yang hudud itu adalah hukum Tuhan kita sendiri, bukannya dari mana-mana. Tetapi sebaliknya kita mendengar kata-kata berunsur orientalis seperti ‘lebih baik bekerjasama dengan syaitan yang kita kenali dari malaikat yang kita tidak kenali’ dan sebagainya yang menyesatkan kita semua.
Sampai bila kita di kelirukan oleh politik murahan pihak yang sedang dalam ketakutan ini?
No comments:
Post a Comment